Isnin, 6 Januari 2025
1000 MASJID DI ROSAKKAN OLEH ZIONIS BLACKROCK
ISTANBUL: Hampir 1,000 masjid di Gaza rosak akibat serangan Israel sepanjang tahun lalu, menurut pihak berkuasa Palestin seperti dilaporkan oleh Agensi Anadolu (AA).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin memaklumkan bahawa 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Kementerian itu juga melaporkan bahawa 19 tanah perkuburan dan tiga gereja turut musnah dalam apa yang disifatkan sebagai perang genosid oleh Israel ke atas Gaza pada 2024.
Di Tebing Barat yang diduduki, kementerian itu merekodkan 256 pencerobohan oleh peneroka ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur sepanjang tahun lalu.
Menurut kementerian, seramai 2,567 peneroka haram memasuki kompleks masjid itu bagi meraikan cuti perayaan Hanukkah selama seminggu, yang berlangsung dari 25 Disember hingga 2 Januari.
Kementerian turut mendokumentasikan serangan Israel ke atas 20 masjid di Tebing Barat.
Ketegangan terus memuncak di Wilayah Palestin yang diduduki susulan perang genosid Israel ke atas Gaza, yang telah meragut lebih 45,800 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Oktober 2023.
Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang yang memusnahkan Gaza.
KU LI BERTANYA
KU LI JUGA
WAJIB BERTANYA
TITAH INI DIBUAT
KETIKA JADI AGONG
ATAU DAH BEREHENTI
JADI AGONG ?
KHALAS
KES BUKAK MULUT MOHONG
Peguam dedah surat Istana Pahang sahkan Titah Adendum wujud, sahih
PUTRAJAYA: Peguam Muhammad Shafee Abdullah sebentar tadi mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujudnya Titah Adendum yang membenarkan Njib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Hormati mahkamah, ulasan Titah Adendum tak boleh dikemukakan sekarang - PM
KUALA LUMPUR: Sebarang ulasan mengenai Titah Adendum membabitkan Najib belum boleh dikemukakan ketika ini, kata Anwar Ibrahim.
WOIT
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
BUKAK MULUT
MOHONG
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)


