Rabu, 7 Mei 2025

REVOLUSI BERSENJATA PATANI


Pemberontakan di Selatan Thailand memuncak, kerajaan buru pemimpin militan

BANGKOK: Pemberontakan di selatan Thailand kembali memuncak, memaksa kerajaan bertindak tegas dengan merangka semula pelan untuk memburu serta melumpuhkan rangkaian kepemimpinan militan.

Menurut laporan The Nation/ANN, tiga kumpulan utama yang menjadi sasaran militan di wilayah sempadan selatan negara itu ialah masyarakat Buddha Thai, pegawai kerajaan (termasuk penjawat awam, anggota tentera, polis dan sukarelawan), serta umat Islam yang bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Beberapa siri serangan di selatan Thailand termasuk insiden tembakan terhadap sami dan sami muda yang sedang mengutip derma di Daerah Saba Yoi, Wilayah Songkhla.

Selain itu, ia turut membabitkan insiden tembakan rambang di Daerah Tak Bai di Narathiwat yang mengorbankan tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dan seorang warga emas berusia 70 tahun, serta mencederakan dua yang lain.

Ia turut membabitkan serangan pandu lalu di Daerah Cho-airong, Narathiwat yang mengakibatkan kematian seorang wanita buta berusia 76 tahun dan mencederakan anak lelakinya yang berusia 50 tahun ketika mereka dalam perjalanan ke hospital.

Serangan berkenaan menyasarkan individu yang lemah dan tidak bersenjata, jelas bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat dan ternyata berjaya.

Keganasan itu mendapat kecaman meluas dan meningkatkan tekanan terhadap kerajaan untuk bertindak segera dan berkesan.

Penganalisis keselamatan mengaitkan gelombang keganasan terbaharu ini dengan beberapa faktor utama antaranya rundingan damai yang tergendala di bawah kerajaan Srettha Thavisin dan Paetongtarn Shinawatra, khususnya selepas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Phumtham Wechayachai menyeru perubahan strategi tetapi gagal melantik wakil rasmi Thailand untuk dialog.

Faktor lain adalah membabitkan konflik dalaman dalam Barisan Revolusi Nasional (BRN) antara puak lama dan generasi baharu yang kini bertindak secara bebas dan ketegangan yang meningkat ketika bulan Ramadan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Selain itu adalah faktor pengurangan sekatan jalan raya di laluan kecil susulan aduan penduduk sempena pelaksanaan dasar Ramadan Panjor serta keletihan dalam kalangan pasukan keselamatan yang menyebabkan kelemahan kawalan keselamatan.

Gerakan politik untuk menuntut status pentadbiran khas di wilayah berkenaan serta kenyataan terbuka pemimpin kerajaan yang dilihat memberi tekanan masa, mungkin mencetuskan provokasi balas oleh kumpulan militan menjadi antara faktor berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattapon Nakpanich dijadualkan mengadakan lawatan ke selatan negara itu pada 7 Mei ini untuk bertemu pemimpin agama dan menggerakkan semula semangat pasukan keselamatan tempatan.


INI REVOLUSI

BERSENJATA

MELAYU PATANI

AMIN

HAK UNTUK

MERDEKA

AMIN

HANYA SATU

JAWAPAN

LAWAN !!!

KHALAS

YAMAN DI SERANG


YAMAN DISERANG

KHALAS

GAZA AKAN DI KOSONGKAN DARI RAKYAT PALESTIN




Tiada guna teruskan rundingan gencatan senjata di Gaza - Hamas

GAZA: Hamas tidak lagi berminat untuk meneruskan rundingan gencatan senjata dengan Israel dan menggesa komuniti antarabangsa supaya menghentikan 'perang kebuluran' Israel terhadap Gaza, kata seorang pegawai kumpulan pejuang itu.

Pegawai Kanan Hamas, Basem Naim, berkata tiada makna untuk meneruskan rundingan atau mempertimbangkan cadangan gencatan senjata baharu selagi perang kebuluran dan pemusnahan terus berlaku di Semenanjung Gaza.

Katanya, dunia perlu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menghentikan jenayah kebuluran, kehausan dan pembunuhan di Gaza.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas tentera Israel mendakwa operasi ketenteraan yang diperluas di Gaza akan membabitkan pemindahan sebahagian besar penduduknya.

Dalam pada itu, hampir keseluruhan penduduk wilayah itu sudah dipindahkan, kebanyakannya lebih daripada sekali sejak bermulanya perang yang tercetus antara Palestin dan Israel pada 7 Oktober 2023.

Gaza diletakkan di bawah sekatan penuh oleh Israel sejak 2 Mac lalu dan kini berdepan krisis kemanusiaan yang buruk.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac lalu, sekali gus menamatkan gencatan senjata selama dua bulan.

Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmud Bassal, mendakwa tiga rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak perempuan terbunuh dalam serangan Israel pada waktu subuh di beberapa kawasan di Gaza.

Menurut seorang jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres amat bimbang dengan rancangan Israel itu yang akan membawa kepada lebih ramai orang awam terbunuh dan kemusnahan seterusnya di Gaza.

Sementara itu, Menteri Luar Perancis menyatakan bahawa Paris mengecam kempen ketenteraan baharu Israel di Gaza itu.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas tentera Israel mendakwa operasi ketenteraan yang diperluaskan itu akan membabitkan pemindahan sebahagian besar penduduk Gaza.

"Ia tidak boleh diterima dan kerajaan Israel sudah melanggar undang-undang kemanusiaan," kata Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot dalam satu temu bual radio.

Keputusan Israel itu dibuat ketika PBB dan pertubuhan bantuan kemanusiaan berulang kali memberi amaran mengenai bencana kemanusiaan yang semakin buruk, dengan kebuluran sekali lagi menghantui Gaza selepas lebih dua bulan disekat sepenuhnya oleh Israel.

Hampir semua daripada 2.4 juta penduduk Semenanjung Gaza sudah dipindahkan sekurang-kurangnya sekali sepanjang perang yang tercetus pada Oktober 2023.


PROJEK AKHIR

ZIONIS

AMIN

KOSONGKAN GAZA

JADIKAN WILAYAH

ISRAEL

AMIN

KHALAS

NEGARA INI NAMANYA TANAH MELAYU



NEGARA INI

NAMANYA

TANAH MELAYU

AMIN


Unknown commented on 
"KITA BUKAN MALAYA"

Sejarah ditulis org yang menang.

Paling bangang, prof kangkung dari universiti cap ayam pun telan bulat2 pseudo history yg tulis oleh British

Bangsa Melayu diubah jadi Austronesia...Madura jadi Indonesia hanya kerana British taksub dgn benua India dan Australia

Bangsa kita dikait dgn. org asal Australia kerana mahu rendahkan asal usul bangsa kita dari benih Neanderthal, manusia separa monyet.

Walhal, tak ada bukti saintifik pun kita ni asal dari Afrika atau India atau Yahudi atau Arab atau China atau Australia.

JANGAN GANGGU RAFIZI SEDANG BERCUTI


JANGAN

 GANGGU RAFIZI 

SEDNAG BERCUTI

AMIN

Unknown commented on 
"POLITIKUS KAYA RAYA 
JUAL TEMBERANG & RASUAH"

& enjoy d menjoy bersaing ketua cabang, pusat dll ewah eewahh utk negara jawatan menteri & parti tanda org2 berkepakaran kah kah kah jgn marah pulun balun mana dan/boleh!!!

Unknown commented on 
"ISRAEL NAK SERANG IRAN ?"

hhhhhhhhmmmmmm...........dok tengah buat apa tuh??

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 7 MEI 2025

                             PERANG PERANG PERANG


 YAMAN
Ketika gua mengetik ini Yaman sedang  telah di serang oleh soldadu Israel. Pesawat Zionis datang mengebom  Yaman. Ini  mengikut kata Setanyahu sebagai balasan  atas kejayaan Houthi menembak lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv.

GAZA
Setanyahu telah umum soldadu akan masuk ke Gaza. Kali ini Gaza akan di serang dan semua penduduk warga Palestin akan di  halau keluar.

Gaza akan di musnahkan. Ini kenyataan Menteri Zionis.

Kemana warga Palestin seramai 2.5 juta ini akan pergi ?

INDIA-PAKISTAN
Akhirnya berperang. India lancar OPERASI SINDOOR.  India tembak peluru berpandu ke arah Kashmir. 8 Pakistan mati. Pakistan tembak pesawat India. Dua jet pengebom India jatuh.  

Keadaan makin tegang. Jeng jeng jeng.

AMERIKA
PM Canada Mark Carney berjumpa Trump.  Carney  tolak cadangan Canada jadi provinsi Amerika. Trump mahu Canada jadi  jiran yang baik. 

UNITED KINGDOM
Negara ini terus membekal senjata pada Israel walau pun ada dasar larang  penjualan ini.

GERMAN
Friedrich Merz  dapat undi kali ke dua untuk jadi Canselor German. Kalai pertama kantoi. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah German. Kelihatan kerajaan ini bermula dengan terumbang ambing.

PATANI
Gerila Pembebasan Rakyat Patani makin aktif menyerang soldadu Siam. Ini adalah gerakan MERDEKA PATANI.

SWITZERLAND
Pegawai Amerika dan Pegawai China akan bertemu minggu ini di Geneva. Ini kali pertama berjumpa selepas traif.

ITALY – VATICAN
Semua Kardinal telah sampai ke  Vatican. Merak akan mulakan mesyuarat RAHSIA untuk memilih Pope. Dalam asa sehari dua semua akan cuba melihat cerombung asal Vatican.  Jika asap hitam ertinya masih belum ada calon di pilih. Jika asap putih ertinya dunia ada Pope baru.

RUSIA-UKRAINE
Dua negara ini bertukar  orang tawanan. Seramai 205 soldadu Ukraine di pulangkan. Jumlah sama juga untuk Rusia.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Mata hari tidak bersinar. KL & KL sentral berkabus nipis. Langit puteh pucat. Arah Sungai Besi awan hitam mula berkumpul.

Di pintu masuk murai berkicau. Atas bukit Tekukur berlaku. Dalam sawah rumput Tiong berloncatan. Pagi ini Hokkien riuh dengan suara unggas.

Bunga-bunga  dalam Hokkien segar  berkembang. Hujan dan cuaca sejuk membantu segar. Bunga Raya merah di tepi jalan. Bunga  Cempaka Putih dan Merah Muda  bertaburan di makam.

Tiga orang anggota keluarga  bersama seorang Sami Perempuan berdoa di hadapan kubur. Loceng berbunyi dan ayat-ayat suci dilafazkan oleh Sami yang botak dan memakai baju kuning.

Gua rasa hari ini akan panas. Tapi Tak Tak kini menjalar di belakang kerusi gua. Ezi tak kelihatan.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI RABU

BRO
Lu sayangilah orang yang sebantal dengan lu. Jika lu beralih bantal lu boleh beralih sayang.

BRO
Tiga kali. Gua ulang. Jika lu talipon ajak keluar enjoi de menjoi  – tiga kali dia tolak – lu tolak dia.

BRO
Lu nak ngentot tak perlu surat kahwin. Lu perlu kondom. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA