Rabu, 7 Mei 2025

TER NOW TER KINI TER HOTT


TER NOWW

TER KINI

TER HOTT




TERKINI DAN RASMI

PESAWAT PERANG IDF TIBA DI YAMAN

Kapal perang memasuki ruang udara Yaman

TERKINI

Media Arab melaporkan kemasukan pesawat Tentera Udara ke ruang udara Yaman

IDF telah mengambil alih televisyen Yaman dan menyiarkan video mengenai pemindahan itu.

TERKINI DAN RASMI

IDF SERANG YAMAN

Serangan Tentera Udara di Yaman

Dilaporkan serangan tanpa henti di Yaman ketika ini 😭

TERKINI

LETUPAN KUAT DI YAMAN KETIKA INI 😭

Laporan letupan di Sana'a

TERKINI

Tentera Udara Israel kini telah memulakan gelombang serangan di Yaman.

TERKINI

Media yang bergabung dengan Ansar Allah: Pencerobohan Israel terhadap ibu negara Sanaa

TERKINI

Kali ini lebih banyak jet rejim Israel - F15 dan F35

TERKINI

Lebih 10 serangan udara telah melanda Lapangan Terbang Sanaa di Yaman setakat ini.

TERKINI

Pihak Berkuasa Penyiaran Israel: Pesawat perang berada di udara dan menunggu arahan daripada Tentera Udara untuk menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a.

Selasa, 6 Mei 2025

MAHARAJA SEDANG DI LAWAN


LAWAN RAJA

TURUN 

KE JALAN RAYA

AMIN

KITA BUKAN MALAYA


KITA BUKAN

MALAYA

AMIN

KITA TANAH MELAYU

KHALAS

NURUL BELOT



Nurul Izzah pula dicadang galas jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Bahang pemilihan jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas selepas Nurul Izzah Anwar dicadangkan bertanding merebut jawatan timbalan presiden sekali gus mencabar i Rafizi Ramli.

Cadangan supaya Nurul Izzah untuk merebut jawatan nombor dua parti itu disuarakan Ketua Penerangan PKR Perak, Azam Afandi yang turut mengharapkan sokongan seluruh ahli parti berkenaan.

Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Tapah berkata, sokongan terhadap Nurul Izzah itu juga akan membuka lembaran baharu dalam usaha memacu PKR sebagai parti masa depan untuk Malaysia yang lebih adil, progresif dan inklusif.

“Nurul Izzah bukan asing dalam pentas perjuangan PKR. Dengan pengalaman sebagai bekas naib presiden parti, ahli Parlimen bagi dua penggal, aktivis hak asasi manusia dan pejuang pembaharuan institusi negara, beliau membawa bersama kekuatan nilai dan wawasan yang amat diperlukan untuk memimpin parti menghadapi cabaran mendatang,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan beberapa portal berita hari ini.

Tambah Azam, pencalonan Nurul Izzah bukan hanya soal personaliti atau faktor warisan tetapi soal masa depan PKR untuk terus relevan dan diyakini rakyat.

Ujarnya, dalam dunia politik hari ini yang semakin mencabar, PKR memerlukan pemimpin yang mampu menjadi jambatan antara generasi pengasas reformasi dan generasi baharu yang bakal mewarisi perjuangan parti itu.

Sehubungan itu beilau percaya sekiranya Nurul Izzah diangkat sebagai Timbalan Presiden, Puteri Reformasi itu mampu membawa nilai kesederhanaan, ketegasan prinsip dan daya fikir progresif yang amat penting dalam menyuntik semangat baharu dalam parti.

“Nurul Izzah juga diyakini mampu memperkukuhkan lagi sinergi antara PKR dan rakan-rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi mengesahkan akan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

Menurut Rafizi, keputusan itu diambil bagi mengelak berlakunya ‘drama’ dalaman parti yang akan memberi impak negatif kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun hari ini,  Ketua PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman mencadangkan Rafizi memberi laluan kepada  Saifuddin Nasution Ismail untuk menggantikannya.

Syed Badli yang juga bekas pegawai kanan bekas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membangkitkan pengalaman Saifuddin Nasution mengharungi “jatuh bangun” PKR.

Sehingga kini, Saifuddin Nasution yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagaimanapun masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden atau sebaliknya ketika tarikh tutup pencalonan berbaki beberapa hari sahaja lagi. – 

WOIT

DULU SATU TIM

DGN RAFIZI

AMIN

MASA ANWAR

GOTU GOTU

NURUL MARAH

 PADA ANWAR 

BERI MAKJAH MALU


KAH KAH KAH

SEKARANG

NAK LAWAN

RAFIZI

KAH KAH KAH

BELOT JANGAN

TAK BELOT

AMIN

LAWAN JANGAN

TAK LAWAN

KAH KAH KAH

KHALAS

DAH KALAH PADAN MUKA



Pimpinan tewas pada pemilihan peringkat Cabang perlu terima secara terbuka – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pimpinan kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas pada pemilihan peringkat Cabang perlu menerima secara terbuka.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah memutuskan ahli parti perlu bergerak ke hadapan dengan resolusi yang telah disokong sebulat suara.

“Hasil audit dalaman dan juga luaran menunjukkan bahawa sistem ‘blockchain yang digunakan tidak menyaksikan sebarang bukti pencerobohan, manipulasi data, ataupun sebarang defect kepada sistem.

“Integriti sistem adalah utuh, tidak ada apa-apa bukti gangguan daripada pihak luar atau  ketiga. Apa yang input itulah yang output. Jadi ini yang disampaikan semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan siaran baharu TV5 Free-to-Air Digital Movie Channel di platform MYTV, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kehadiran Timbalan Presiden PKR,  Rafizi Ramli pada mesyuarat MPP semalam, Fahmi berkata, pemimpin itu hadir bagi mendapatkan maklum balas mengenai hasil kajian audit pencalonan pemilihan PKR 2025 yang telah dilaksana oleh auditor luar terhadap sistem pencalonan.

“Seperti Setiausaha Agung PKR (Fuziah Salleh) nyatakan, tidak ada apa-apa masalah dengan sistem dan selepas habis mesyuarat itu beliau (Rafizi) beredar dari tempat mesyuarat yang diadakan,” jelasnya.

Semalam, media melaporkan MPP PKR membuat keputusan untuk menerima keputusan pemilihan cabang yang dipertikaikan

Menurut sumber, dalam mesyuarat selama satu jam itu, juruaudit antarabangsa yang dilantik untuk menyemak keputusan pemilihan telah memberi taklimat kepada jawatankuasa kepimpinan menerusi sidang video.

Sumber itu mendakwa tiada sebarang bantahan dikemukakan terhadap keputusan untuk menerima keputusan pemilihan Cabang dan bergerak ke depan.

Sebelum ini, terdapat desas desus menyatakan bahawa keputusan pemilihan Cabang PKR mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kem Rafizi.

Walaupun Rafizi menang jawatan ketua Cabang Pandan, beberapa pemimpin kanan PKR lain tewas, termasuk Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abd Halim, serta ahli jawatankuasa pusat, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Fahmi Zainol, Lee Chean Chung dan Rodziah Ismail. – MalaysiaGazette


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

DAH KALAH

PADAN MUKA

KAH KAH KAH

BUAT JANJI BARU

BUAT PUTAR

BARU

KAH KAH KAH

KHALAS

RAFIZI SEDANG DI KEPONG


RAFIZI SEDANG

DI KEPONG


KENYATAAN MEDIA

SOKONGAN TERBUKA CABANG CABANG KEADILAN NEGERI MELAKA KEPADA NURUL IZZAH ANWAR SEBAGAI CALON TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT BAGI SESI 2025–2028

Parti Keadilan Rakyat telah melalui sebuah perjalanan panjang yang penuh ranjau dan pengorbanan sejak penubuhannya. Gerakan reformasi yang digerakkan lebih dua dekad lalu bukan sahaja berjaya merubah landskap politik tanah air, tetapi turut melahirkan satu generasi pemimpin dan pendukung yang setia, berprinsip dan komited untuk meneruskan perjuangan demi keadilan dan demokrasi.

Kini, dalam menghadapi masa depan yang lebih mencabar dan kompleks, KEADILAN perlu terus memperkukuh barisan kepimpinan yang bukan sahaja memahami sejarah perjuangan, tetapi juga mampu membawa nilai reformasi ke hadapan, memacu agenda perubahan dan menterjemah aspirasi rakyat dengan lebih berkesan.

Sehubungan itu, kami dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap amanah perjuangan, menyatakan sokongan terbuka dan keyakinan penuh kepada Nurul Izzah Anwar sebagai calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat bagi sesi 2025–2028.

Nurul Izzah bukanlah nama asing dalam gerakan reformasi dan perjuangan KEADILAN. Sejak awal, beliau telah menunjukkan keteguhan prinsip, keberanian bersuara, serta komitmen tanpa lelah dalam memperjuangkan agenda keadilan sosial, hak asasi manusia dan reformasi institusi. Pengalaman beliau sebagai bekas Naib Presiden parti, Ahli Parlimen dua penggal, dan aktivis masyarakat sehingga baru baru ini disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam 'Project Syndicate Forward Thinkers List' tentunya memberikan kekuatan dan kredibiliti untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan parti.

Pencalonan beliau bukan soal personaliti semata-mata atau pertimbangan warisan, tetapi soal masa depan KEADILAN sebagai sebuah parti politik progresif yang kekal diyakini rakyat. Dalam dunia politik yang dinamik, kita memerlukan pemimpin yang menjadi jambatan antara generasi pengasas dan generasi baharu – seorang pemimpin yang membawa nilai kesederhanaan, berprinsip, progresif dan berwawasan.

Kami yakin Nurul Izzah mempunyai segala ciri kepimpinan tersebut. Beliau mampu menyuntik nafas baharu dalam KEADILAN, memperkukuh sinergi bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, dan terus membawa obor perjuangan ke arah sebuah negara yang lebih adil, stabil dan inklusif.

Dengan ini, kami berdiri teguh menyokong pencalonan YB Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat bagi sesi 2025–2028. Semoga pencalonan ini mendapat sokongan padu daripada seluruh anggota KEADILAN dan menjadi titik tolak kepada kebangkitan baharu parti dalam mendepani cabaran semasa serta masa depan negara.

Reformasi!
#keadilanmemimpin

Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin
Ketua Cabang Keadilan Hang Tuah Jaya

Mohd Khuzaire Bin Mohd Kamal Kannan
Ketua Cabang Keadilan Alor Gajah

Azlan Bin Osman
Ketua Cabang Keadilan Tangga Batu

Jagatheason a/l Ramiah
Ketua Cabang Keadilan Jasin

Md Yusoff Bin Ahmad
Ketua Cabang Keadilan Kota Melaka