Jumaat, 30 Mei 2025

APA JADI DENGAN KES RASUAH PEGAWAI SAIFUDDIN?



APA JADI DENGAN

KES RASUAH

PEGAWAI

SAIFUDDIN?

AMIN 



Unknown commented on
 "TEKANAN
 KE ATAS SAIFUDDIN"

Kena muka tebal, kena kulit tebal, ada orang dibagi jawatan penting seperti Munke KDN tanpa dapat mandat rakyat kah kah kah jenama macam ini rare Bro kah kah kah

Unknown commented on 
"TEKANAN
 KE ATAS SAIFUDDIN"

Siapfooldin isap kuat..pandey jilat ikut pintu blakang..yang dia pandey ban buku, rampas jam tangan berwarna warni...mangkok nie ada lulus spm belum tentu, bleh jadi munteri..apa punya kepundekkan ketimbang nie? Dia tau ka apa tu gentleman? Dia ingat gentelman ka? Kakakakaka

TRUMP PRESIDEN DAMAI


TRUMP 

PRESIDEN  DAMAI


Tahun lalu ketika berkempen Trump menyatakan bahawa dia akan menamatkan Perang Ukraine dalam masa 24 jam. Kini dah berbulan-bulan Trump di Rumah Putih tapi perang masih berjalan. 

Trump menuduh bahawa Perang Ukraine ialah perang Biden. Mengikut mulut Trump jika dia Presiden perang ini tidak akan berlaku.

Fakta ini tidak betul. Ketika Trump menjadi Presiden pada 2016 rancangan untuk menjadikan Ukraine batu loncatan menyerang Rusia telah bermula. Malah dari zaman Obama lagi  CIA telah merancang untuk membawa masuk Ukraine ke dalam NATO.

Mustahil Presiden Trump tidak tahu  perkara ini. Apabila  Trump memasuki Rumah Putih menggantikan Obama pasti maklumat bertulis sulit ini terpampang di meja Presiden.

Pada  18 Jun 2022  Portal Yahoo telah melaporkan  Pentagon "akhirnya menjadi bersih" dan "mengakui...bahawa terdapat 46 biolab yang dibiayai oleh tentera Amerika di Ukraine".  Semua ini adalah perancangan untuk  menyerang Rusia.

Dari awal lagi – bertahun-tahun sebelum pecah perang – Rusia telah memberi tahu : Ukraine jangan menjadi anggota NATO. Ukraine wajib berkecuali. 

Pada tahun 2008 Duta Amerika ke Rusia  William J Burns telah memberitahu Setiausaha Negara Condoleezza Rice : Keahlian NATO untuk Ukraine adalah 'di luar meja'. Ertinya tidak perlu ditimbulkan.

Inilah dasar Rusia yang telah di ajukan kepada Obama, kepada Biden dan kepada Trump.  Ukraine menjadi anggota NATO adalah garis merah yang jangan di lintasi. Jika dilintas maka Rusia akan bertindak.

Dasar Rusia ini diketahui oleh semua pentadbiran Amerika.  Jika semua pentadbiran tahu dasar ini kenapa Ukraine masih di jemput untuk menjadi anggota NATO.

Jawabnya amat mudah :  Military Industry Complex -  industri senjata mahu Amerika ada musuh. Musuh perlu untuk industri bergerak   terus membuat senjata. Jika perang meletus ini adalah bonus untuk industri senjata.


Pada ketika ini Rusia dan China Merah adalah musuh Amerika.

Istilah "kompleks industri ketenteraan" merujuk kepada hubungan rapat antara tentera , industri pertahanan yang membekalkannya, dan agensi kerajaan yang mengawasi mereka. Kumpulan ini dilihat berkuasa untuk mempengaruhi dasar awam.

Selain dari kumpulan  Kaum Zionis – kompleks industri senjata  - ini adalah pelobi terulung di Washington DC.

Pada ketika ini  Presiden Trump sedang berhadapan dengan dua perang – Perang Gaza dan Perang Ukraine. Kita juga telah mendengar beberapa kali Trump klim – I am Peace President -  Saya adalah Presiden damai.  

Kita juga di beritahu bahawa Trump telah membuat panggilan talipon dengan Putin untuk membincangkan jalan damai di Ukraine. Trump juga telah mengkritik Presiden Zelensky yang enggan mencari jalan damai.

Apakah betul Trump ini Presiden Damai.

Apa yang ada dalam fikrah Trump tidak mungkin kita ketahui sepenuhnya.  Kita hanya dapat melihat tindak tanduk dan langkah-langah yang dilakukan oleh Trump. Malah ketika ini cakap-cakap dan kenyataan dari Trump juga amat susah untuk di pegang. 


Presiden Trump mungkin bercakap ini dan membuat itu. Menganjurkan itu dan mendasarkan yang lain. Kata-kata dari Presiden Trump ini boleh di dengar. Yang penting kita lihat apa yang akan di lakukan.

Kita mendengar Trump berkata dengan sedih : ...Banyak nyawa melayang... banyak nyawa anak muda melayang... hentikan perang ini...Dan dan dan.

Pada 20 Mei 2025 akhbar The Times of Israel melaporkan : Presiden Donald Trump "kecewa" dengan perang yang berterusan di Gaza, merasakan ia adalah isu terakhir yang menghalang kemakmuran di Timur Tengah dan mahu kerajaan Israel "mengakhirinya," menurut laporan  memetik pegawai Rumah Putih.

Laporan itu memetik seorang pegawai Rumah Putih sebagai berkata Trump "kecewa" dengan imej kanak-kanak dan bayi Palestin yang menderita di Semenanjung Gaza akibat sekatan dan serangan Israel, dan bahawa dia "menekan Israel untuk membuka semula pintu dan membenar bantuan masuk."

Pada 26 Mei 2025 BBC melaporkan : Presiden AS Donald Trump berkata beliau "tidak gembira" dengan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin, berikutan serangan udara terbesar Moscow ke atas Ukraine.

Dalam teguran yang jarang berlaku, Trump berkata: "Apa yang berlaku kepadanya? Dia membunuh ramai orang." Dia kemudian memanggil Putin "benar-benar gila"

Dua perang – Ukraine dan Gaza – sebenarnya boleh di hentikan dengan serta merta. Perang ini bukan Perang Biden atau Perang Obama. Ini Perang Amerika.  Di belakang ke dua-dua perang ini ialah Amerika  tanpa  mengira dari pentadbiran Demokrat atau Republikan.

Perang Gaza dan Perang Ukraine ialah perang yang di dalangi oleh kuasa imperial Amerika untuk mendominasi dunia.


Bolehkah Trump menjadi Presiden Damai. Pasti boleh.  Kuasa ada terletak dalam tangan Presiden Amerika. Trump boleh menalipon Zelensky dan memberi arahan hentikan perang. Jika Zelensky berdegil bawa pulang ratusan ‘ soldadu gelap ‘ Amerika yang sedang beroperasi sebagai penasihat di Ukraine.

Juga buat panggilan talipon ke Tel Aviv. Beritahu Netanyahu untuk hentikan genosid dengan serta merta. Hentikan  penghantaran senjata dari BlackRock dengan serta merta ke Israel.  Penghantaran dana dolar dari Amerika  di hentikan juga.

Jika tidak semua  kata-kata yang telah di lafazkan oleh Trump hanya sandiwara. Lawatan Trump ke Saudi, ke Qatar dan UAE hanyalah mainan teater.  Berjabat salam dengan  al-Julani  bekas pengganas  al-Qaeda itu hanya lawak berdiri.

Hakikatnya Trump telah dilihat mandul atau telah di mandulkan oleh  pemilik kilang senjata dan juga pelobi Zionis yang mendanai kempen Trump dulu.

Kebelakangan ini dunia diberitahu bahawa Trump dan Netanyahu telah tidak sebantal lagi.  Dunia juga telah melihat bagaimana Trump ‘ melibas ’  Zelensky di Pejabat Oval.  Media arus perdana di Amerika dan di Eropah telah menganalisa bahawa telah ada perubahan dasar luar Amerika terhadap Timur Tengah.

Wajib disedari dan wajib di ketahui bahawa  di belakang semua pentadbiran Presiden Amerika ada  lapisan struktur  yang berkepentingan. Wujud  lembaga-lembaga yang  telah lama menjadi tembok dan benteng kepada kuasa  hegemoni Amerika.

Dari segi ekonomi  - senjata dan perang adalah eksport utama untuk Amerika. Lihat saja kali ini pentadbiran Trump telah mengumumkan rancangan untuk meminta $1.01 trilion untuk perbelanjaan Pentagon untuk tahun fiskal 2026.  Ini satu rekod.

Jika Kongres menandatangani permintaan Trump, ini akan menandakan permulaan era baharu belanjawan Pentagon bernilai trilion dolar.  


Dalam masa yang sama Trump akan memotong besar-besaran kepada program kritikal yang bukan ketenteraan seperti bantuan perumahan, inisiatif pendidikan, program alam sekitar dan bantuan asing.

Apakah ini contoh Presiden Damai?

Mungkin dalam hati kecil Trump memang dia berniat untuk menjadi Presiden Damai. Trump pasti ingat bagaimana Obama menerima Hadiah Nobel pada tahun 2009 kerana peranan Obama membawa damai  dalam hubungan antarabangsa dan menolak perlumbaan senjata nuklear.

Dalam sejarah hanya 4 sosok Presiden Amerika yang menerima penghormatan Hadiah Keamanan Nobel  -  Theodore Roosevelt, Woodrow Wilson, dan Barack Obama ketika menjadi Presiden. Manakala  Jimmy Carter satu-satunya yang memenanginya selepas meninggalkan jawatan.

Apakah  teater dan sandiwara yang sedang dipentaskan oleh Trump ini adalah sebahagian dari skrip agar dia  di panggil ke Oslo oleh Norwegian Nobel Comittee.


Atau apakah teater dan sandiwara Trump ini hanyalah taktik untuk mengalih pandangan dunia bahawa  kini telah tersedia perancangan yang di lakar oleh Netanyahu untuk memerangi  Iran.

Dunia tidak akan memperlekeh Trump jika dia di anugerah Hadiah Keamanan Nobel.  Malah hari ini dunia sedang  menunggu dan menanti bila  Trump akan membuat panggilan talipon kepada Netanyahu, kepada Zelensky  dan kepada Putin. Hanya dengan satu ayat sahaja : Hentikan perang sekarang. Khalas.

Jika ini berlaku saya yakin pasti akan ada panggilan talipon  ke Rumah Putih dari Oslo Norway.  (TT )



TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/744756 





KENAPA USTAD INI KENA TANGKAP ?


KENAPA USTAD

INI KENA TANGKAP

AMIN 

MADANI PARTI KOYAK RABAK

 


MADANI

PARTI KOYAK

RABAK

AMIN

Unknown commented on 

"ZAHID BERANI DAN TEGAS"


Entahlah sampai bila kena tanggung puak-puak ini? Semakin lama semakin menyusahkan rakyat? Putar belit tahap gaban, putar sini putar sana cakap subsidi cakap bantuan cakap rasionalisasi entah mana pun tak nampak, sekejap sekejap cakap bantuan dihulurkan kepada orang-orang susah? Betulkah orang susah dapat atau sendiri pakai nama orang susah kaut masuk poket sendiri? 


Aku tengok penjawat awam macam tak senang sekarang ini semakin gelisah semakin resah semakin tertekan dengan macam-macam kenaikan harga barang keperluan, hampir semuanya naik belaka, pasti keuntungan dilipat gandakan tetapi selalunya cakap menjaga kebajikan rakyat jelata kah kah kah, tanya sesiapa saja semua akan cakap Madani cap haprak, sekarang baru sedar BN terbaik walaupun dulu semua puak label BN sebagai perasuah pencuri penyamun tetapi sebenarnya mereka golongan lebih baik dari sekarang,


 cop Madani ini kelentong kuat tipu sini sana pakai ayat baharu menipu kuat, subsidi rasionalisasi subsidi rasionalisasi dipanjangkan sepanjang zaman tetapi hakikatnya rakyat susah, kah kah kah ingat lagi pesanan Atok Melayu Mudah Lupa kah kah kah

MINUM AIR DUIT TAK AKAN KEBAL



MINUM

AIR DUIT

TAK AKAN KEBAL

AMIN

Unknown commented on 
"MINUM AIR DUIT
 TAK AKAN KEBAL"

X X easy mau kebal yang mudah eezy bebal lagi beban pada negara wooit aitt mana vaksin kebal cepat cari kah Hu hu x dak kat kkm cari kat court!!?

PAGI INI

 


PAGI INI 

PAGI INI

JUMAAT 30 MEI 2025

LAGI 7 HARI KITA RAYA


KES  RASUAH
Ingat tak? Tertiba berita meledak 3 Pegawai Saifuddin Nasution di tangkap oleh SPRM. Ini dalam minggu sebelum PKR mengadakan pemilihan parti. Jeng jeng jeng.

Di katakan Saifuddin  dah bersedia nak bertanding lawan Rafizi – jeng  jeng jeng.

Saifuddin Menteri KDN juga bekas Setiausaha Agong PKR. Ada apa apa ke?

Soalan ini timbul kerana sampai sekarang kita tak tahu apa jadi kes ini? Jeng jeng jeng. Hilang tengah jalan.

KES RASUAH PERMATANG PAUH
Ingat tak ? Tertiba satu Mamat yang juga ahli majlis di pegang oleh SPRM. Yang menjadi menarik ialah  sehari sebelum SPRM cekau Mamat ini umum nak bertanding untuk jadi Ketua Cabang PKR Permatang Pauh. Jeng jeng jeng

Sapa ketika itu ketua cabang Permatang Pauh yang akan di lawan ?  Kah kah kah – nama dia Nurul binti Izzah ibni Blackrock kah kah kah.

Kes ini juga lesap. Apa jadi?

Lalu ramai bertanya semenjak Azam Baki disambung kontrak kerja di lihat SPRM ini jadi senjata untuk  menumbangkan musuh yang berkuasa.

PALESTIN
Zionis Blackrock bercadang untuk mendirikan 22 buah perkampungan Yahudi di Tebing Barat.  Al- fatah yang dah belot akan jadi apa? Jadi Polis Yahudi ?

AMERIKA
Pentadbiran Trump berikrar akan menangkap 3000 orang sehari pendatang haram untuk membersihkan Amerika dari penyakit pendatang haram.

GAZA
Israel terima cadangan gencatan senjata di Gaza. Apakah Hamas bersetuju ?

AMERIKA
Elon Musk tidak lagi menjadi kaki tangan dalam kerajaan Trump. Dia letak jawatan. Dia nak tumpu berniaga kerana kereta TELSA jualan makin merosot.

AUSTRALIA
Satu jenis Kobid baru telah muncul di Australia. Kini Siam dan Singapura sedang berhadapan dengan Kobid.

GAZA
Kes bulur makin bertambah.  Bekas Ketua Tentera Israel berkata : Israel sedang guna bulur sebagai senjata untuk musnah Palestin.

ISRAEL
Akhbar Haaretz menulis bahawa Israel kini terlibat dalam jenayah perang.

AMERIKA
Bekas jurubank Golam Sachs di penjara 2 tahun. Ini  sebahagian dari kes 1MDB.

HOKKIEN
Pagi ini kering cerah. Matahari dah keluar . Cahaya lembut lagi. Langit penuh dengan awan putih hanya sedikit awan biru. KL & KL sentral berjerebu nipis.

Di pintu masuk gua dengar gak gak gak – macam menangis – sedih di pagi hari bila mendengar suara gagak. Tapi suara ini di bilas oleh  suara Tekekur dari atas bukit.

Pagi ini Hokkien agak kosong hanya dua Abang Potong Rumput bekerja. Muka-muka biasa tak kelihatan.

Gua yakin kejap lagi matahari akan bersinar terik. Tak Tak dah terbaring di balkoni menunggu cahaya.

Petang redup macam petang kemarin akan menjadikan hujung minggu enak. Malam ini gua nak cari makan spesial. Kalu boleh berharimau. Amin

BRO
SENYUM SENYUM
DI PAGI JUMAAT

BRO
Jika tidak adil jangan lakukan.
Jika tidak benar jangan cakapkan

BRO
Setiap hari setiap pagi adalah anugerah alam untuk lu.

BRO
Sebelum lu buka mulut lu  wajib betul betul faham apa yang lu nak cakap. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERJUMAAT