Jumaat, 13 Jun 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 13 JUN 2025

JENG JENG JENG

FRIDAY THE 13


CUKAI SST
Wow cukai ini sedang berjalan. Pada 1 Julai ini semua buah-buah yang di import dari luar negara kena cukai 5%. Jeng jeng jeng. Wow ! Yang ini – hal buah import – gua pasti terkena.

Tiap minggu gua di Pasar Chow Kita akan beli buah – banyak yang datang dari Siam. Mangga segala jenis, longan, lycee, anggur, kiwi , delima.... wow bajet gua pasti naik meledak.

RON 95
Bila minyak ini naik kita lagi parah.  Harga bahan barang akan naik.

MAKAN BURUNG
Pagi ini  gua sembang dengan Abang Pantai Dalam. Dia datang awal pagi ke Hokkien. Dia bawa 2 ekor Burung Balam. Ini hobi dia mendengar suara Balam lawan berlawan.

Dia pelihara banyak Balam – dan mengikut Abang ini dulu satu kilo makanan 70 Ringgit sekarang dah naik jadi 120 Ringgit. Berat.

MAT MOHONG
Kali ini semua tangan menunjuk pada Mat Mohong yang klim  sebagai Menteri Kewangan Terbaik.... kah kah kah terbaik  lanchau ...kah kah kah.

IRAN
Zionis Israel serang Iran. Fasiliti nuklear Iran di Nantaz jadi sasaran. Berbelas tempat lian telah di bom. Sasaran untuk memusnahkan makmal selidikkah nuklear Iran.

INDIA
Pesawat Air India jatuh terhempas. Seramai 241 tewas. Seorang warga UK selamat. Ini berlaku di lapangan terbang Ahmedabad.

INDONESIA
Projek tambak laut di Pulau Jawa di lancar. Projek bernilai 80 bilion dolar ini  bermula di sepanjang pantai utara Pulau Jawa.

AUSTRIA
Sekolah diserang oleh bekas pelajar. 10 murid termasuk guru mati. Di Austria ada 8 juta penduduk. Dan ada 1 juta pistol dan senapang di miliki oleh warga.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Mata hari bersinar lemah. KL & KL Sentral cerah.  Langit agak pucat berawan putih.

Di pintu masuk terdengar Tekukur bersuara kuat dari atas bukit.   Dalam sawah rumput suara Pipit chip chip chip – bunyi ramai tapi badan tak nampak.
Gua nampak seekor Warga Asal Hokkien. Dia berjalan seorang diri – ini jelas  dari kumpulan TERBUANG.  Dia tidak menyalak hanya memerhati Tak Tak dan Ezi.

Ha ha ha  ramai betul Tiong berkumpul di sekeliling 3 Abang Potong Rumput. Ini betul-betul lubuk rezeki. Rumput di potong belalang dan ulat lari. Rezeki untuk Tiong.

Di jalan pulang dekat pintu masuk gua terdengar siulan Murai. Bila murai bersiul  pagi ini jadi indah.

Gua harap akan sampai Hujan Rahmat – hari ini hari Friday The  Thirteen.  Guan bukan menunggu Freedy tapi menunggu  Hujan Rahmat. Amin.


BRO
SENYUM SENYUM
DI PAGI JUMMAT

Hari Raya   main mercun
Buah manggis buah mempelam
Cukai SST Sama Sama Terjun
Harga naik Sama Sama Tenggelam 

Pasir berkuak di rumah Cik Non
Ambil kertas buat kajang
Rakyat muak dengan Madanon
Masa dah sampai untuk diterajang

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEJUMAAT

TERKINI TER NOW TER HOTT


ZIONIS ISRAEL


BLACKROCK


SEDANG BOM


FASILITI


NUKLEAR 


IRAN

Khamis, 12 Jun 2025

UNTUK YUSOF RAWTHER


UNTUK 

YUSOF RAWTHER

PARA PEGUAM

PENYOKONG &

PENEGAK

 KEBENARAN 

AMIN

 TERIMALAH 

LAGU INI


AMIN

AL-FATIHAH


Brian Wilson, pengasas bersama The Beach Boys meninggal dunia

LOS ANGELES: Dunia muzik kehilangan salah seorang tokoh paling berpengaruhnya apabila Brian Wilson, pengasas bersama kumpulan ikonik The Beach Boys, disahkan meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Keluarganya mengumumkan berita duka itu menerusi kenyataan rasmi di laman web dan media sosial beliau, menyatakan bahawa mereka "kehilangan kata-kata" dan memohon agar privasi mereka dihormati ketika waktu berkabung ini.

Wilson, yang dilahirkan pada 20 Jun 1942 di California, dikenali sebagai genius muzik yang mencipta lagu-lagu abadi seperti Good Vibrations, God Only Knows, dan California Girls.

Bersama adik-beradiknya Carl dan Dennis, sepupu Mike Love, dan rakan Al Jardine, beliau menubuhkan The Beach Boys pada awal 1960-an — kumpulan yang kemudiannya menjadi simbol budaya pop Amerika dan suara musim panas generasi itu.

Sepanjang kerjayanya, Wilson bergelut dengan masalah kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah, namun tetap menghasilkan karya-karya yang mengubah landskap muzik pop.

Album Pet Sounds yang diterbitkannya dianggap sebagai antara album paling berpengaruh dalam sejarah muzik moden.

Wilson disahkan menghidap demensia pada tahun 2024, tidak lama selepas kematian isterinya, Melinda.

Keadaan kesihatannya yang merosot menyebabkan keluarganya memohon perintah konservatori untuk menjaga kebajikannya.

Penghormatan mengalir dari seluruh dunia muzik. Sean Ono Lennon menyifatkan Wilson sebagai "Mozart Amerika" dan "Genius dari dunia lain", manakala Nancy Sinatra menulis bahawa muziknya akan "hidup selama-lamanya dan mengembara ke seluruh alam semesta".

Brian Wilson bukan sekadar pencipta lagu — beliau adalah arkitek emosi dan harmoni yang membentuk jiwa The Beach Boys.

Pemergiannya meninggalkan kekosongan besar dalam dunia muzik, namun legasinya akan terus bergema dalam setiap nota yang pernah diciptanya


AL- FATIHAH

SAMAN ISAP PELIR DI TERUSKAN !!!



SAMAN ISAP PELIR

DI TERUSKAN

AMIN

YUSUFF AKAN TERUSAKAN KES SAMAN ISAP PELIR

 



Yusoff Rawther ikrar terus berjuang, sedia lawan Anwar dalam saman serangan seksual


Muhammed Yusoff Rawther, bekas pembantu penyelidik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini tampil di luar mahkamah buat pertama kali sejak sembilan bulan sambil berikrar untuk meneruskan perjuangannya mendapatkan keadilan.

Ia selepas pemuda itu dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan senjata api dan dadah terhadapnya.

"Saya akan terus berjuang. Saya dianiayai, diperlakukan macam-macam," kata Yusoff, 32, sejurus selepas mahkamah menolak pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Senjata Api dan memutuskan beliau tidak perlu membela diri.

Bercakap kepada pemberita, peguam Rafique Rashid berkata Yusoff membuktikan dia tidak gentar terhadap golongan yang berkuasa walaupun keselamatan dirinya diancam.

"Kalau dia risau tentang keselamatan, dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan kepada orang yang berkuasa. Tetapi di hadapan anda semua adalah seorang lelaki muda yang berani berdiri dan menyatakan dia akan lawan kezaliman," kata Rafique.

Keputusan yang disambut dengan sorakan dan laungan takbir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu selang dua hari selepas Anwar mengelak kemungkinan dirinya hadir dalam perbicaraan berdepan saman sivil difailkan Yusoff, di mana pemimpin PKR itu dituduh menyerang pemuda itu secara seksual tujuh tahun lalu.

Pada Selasa, Mahkamah Rayuan memberikan penangguhan sementara bagi semua prosiding yang dijadualkan pada 16 Jun ini, selepas membenarkan permohonan Anwar menangguhkan saman sivil itu sementara menunggu percubaannya mendapatkan penangguhan penuh bulan depan.

Langkah itu bagi membolehkan Anwar meneruskan permohonannya di Mahkamah Persekutuan untuk menentukan sama ada beliau merangkap perdana menteri menikmati kekebalan daripada sebarang saman mahkamah, langkah yang mengundang kontroversi dan kritikan orang ramai.

Yusoff, cucu kepada aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang Allahyarham SM Mohamed Idris, pernah bertugas sebagai pembantu penyelidik Anwar di pejabat banglo ahli politik itu di Bukit Gasing, Petaling Jaya pada 2018.

Pada 2021, Yusoff memfailkan saman mendakwa pemimpin PKR itu menyerangnya secara seksual pada Oktober 2018, hanya beberapa hari sebelum beliau memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson. Anwar menafikan dakwaan tersebut. 

Siasatan polis ketika itu menyaksikan Yusoff menjalani ujian poligraf, manakala Anwar memilih tidak menjalani ujian pengesan bohong itu dengan mengatakan tuduhan terhadapnya sebagai tidak berasas.

Saman sivil itu turut dibangkitkan pihak pembelaan dalam kes dadah dan senjata api melibatkan Yusoff, termasuk persoalan mengenai cara polis menyerang hendap keretanya pada 6 September tahun lalu, iaitu seminggu selepas dia menyerahkan senarai saksi saman itu.

Pihak pembelaan seterusnya berhujah bahawa siasatan polis tidak lengkap kerana antara lain gagal menyoal Anwar dan bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador, dua individu yang dinamakan Yusoff dalam laporan polisnya sebagai orang yang menyimpan dendam terhadapnya. 

Sepanjang penyiasatan dan perbicaraan, Yusoff kekal mengatakan dirinya menjadi mangsa orang berkuasa yang menyimpan dendam terhadapnya disebabkan saman yang difailkan terhadap Anwar.

Yusoff hari ini menyifatkan pembebasannya sebagai kemenangan untuk semua rakyat Malaysia, sambil menambah akan meneruskan saman sivil tersebut.

INI BERITA BAIK

BERITA DI NANTI

AMIN

DILUAR MAKIN

RAMAI RISAU

JIKA ADA DEAL

AMIN

YUSUF DI BEBAS

KEMUDIAN DIA

TARIK SAMAN

JENG JENG JENG

PASTI ADA DALANG

CUBA BUAT DEAL

UNTUK BATALKAN 

SAMAN

JENG JENG JENG

SAMA SAMA

KITA SOKONG

YUSUF & PASTIKAN

KES ISAP

PELIR DI KETAHUI

DUNIA

AMIN

KHALAS