Khamis, 26 Jun 2025

TRUMP ISRAEL DAN IRAN


TRUMP - 

ISRAEL DAN IRAN


Sabtu  pagi  21 Jun 2025 - satu minggu sesudah Israel menyerang Iran  - Presiden Donald Trump Presiden Amerika yang juga Ketua Komander Angkatan Tentera Amerika mengarahkan 7 pesawat B-2 mengebom fasilitas nuklear Iran.

Fasilitas ini terletak di Fordo, Natanz dan Isfahan.  Fasilitas ini tersorok di bawah tanah dalam kawasan gunung ganang. Justeru hanya pesawat B-2 ini berupaya membawa bom peledak Bunker Buster seberat 30,000 pound.

Mengikut Jeneral  Dan Caine, ketua operasi  berkata:  Operasi Midnight Hammer melibatkan 125 pesawat tentera  termasuk tujuh pengebom spesawat B-2.

Semasa taklimat di Pentagon, Caine berkata  pesawat pengebom berlepas dari Amerika  dengan penerbangan selama 18 jam. Beberapa pesawat di arah menuju ke Guam sebagai pukau mengalih pandangan.

Esoknya Trump melalui media sosial mengumumkan bahawa semua pesawat selamat pulang. Tugas di jalan dengan baik. Mengikut Trump Tuhan  telah bersama menyelamatkan Amerika.

"Serangan itu adalah kejayaan ketenteraan yang menakjubkan," kata Trump dalam ucapan di televisyen. "Kemudahan fasilitas  nuklear utama Iran telah dilenyapkan sepenuhnya."

Kenyataan Trump ini disambut pula oleh Netanyahu. Israel berterima kasih kepada Amerika dan  Presiden Trump.  Mengikut Netanyahu Tuhan juga bersama menyelamatkan  Israel dan Amerika.

Jelas projek  memusnahkan fasilitas nuklear ini telah  lama dirancang.  Projek ini di impikan oleh Netanyahu sebelum dia menjadi Perdana Menteri lagi ini berasaskan dasar yang telah di rangka dalam strategi A Clean Break.

A Clean Break: A New Strategy for Securing the Realm  ialah dokumen dasar yang disediakan pada tahun 1996 oleh kumpulan kajian yang diketuai oleh Richard Perle untuk Benjamin Netanyahu, perdana menteri Israel ketika itu. Dokumen ini  menjelaskan pendekatan baharu untuk menyelesaikan masalah keselamatan Israel di Timur Tengah. Ini termasuklah memusnahkan Iran  dan fasilitas  makmal nuklear Iran. 

Pada 22 September 2003 Al Jazeera telah melaporkan  kenyataan bekas General Wesley Clark:  “ ... Pentagon sesudah 9/11 merancang untuk menyerang 7 negara Islam -  Iraq,  Syria, Libya,  Lebanon, Somalia, Sudan dan Iran... “ 

Satu demi satu negara ini diserang dan di mandulkan. Semua mengikut agenda Clean Break.  Paling akhir ialah Iran. Justeru adalah silap jika kita berpendapat  serangan terhadap Iran ini kerana Iran dikatakan  tidak  mematuhi Perjanjian Nuklear. 

Projek menyerang 7 negara ini adalah projek untuk memastikan Israel selamat. Untuk memastikan  tidak ada negara Arab Islam yang boleh bersaing atau melawan Israel.

Dokumen Clean Break ini juga di perkukuhkan dengan  satu lagi dasar  di panggil : The Project for the New American Century (PNAC). Dasar projek ini ialah  untuk memastikan  keunggulan hegemoni Amerika kepada dunia. Juga memastikan tidak ada kuasa-kuasa lain yang boleh menandingi kuasa politik , ekonomi dan ketenteraan Amerika.

Untuk memahami kenapa Amerika ‘gila-babi’ terus menerus membantu Israel kita wajib menyedari dua perkara.

Pertama :  Wajib di nyatakan disini  bahawa negara yang di panggil Israel adalah Pangkalan Tentera Amerika. Tanah Israel  ini  adalah tanah jajahan. Israel wujud untuk menjadi polis dan pengawal di Timur Tengah untuk kuasa imperialis Anglo-Amerika.

Kedua:  Hampir semua ahli politik Amerika - dari Kongres ke Dewan Senat dan juga Presiden  - Republikan atau Demokrat -  ada mendapat dana dari  Zionis Yahudi. Justeru tidak salah jika ada penganalisa politik pada tahun 2025 ini mentafsir  bahawa politik Amerika telah di beli oleh Kaum Zionis.

Menyerang dan memusnahkan Iran ini adalah niat dan cita-cita  Netanyahu dan Israel. Bertahun-tahun Netanyahu telah merancang untuk menjerut dan memancing Amerika agar menyerang Iran. Kali ini Netanyahu berjaya. Presiden Trump kini dalam saku Netanyahu.

Serangan dari Amerika ini telah di balas oleh Iran. Sebanyak 6 peluru berpandu Iran telah meledak ke Pangkalan soldadu Amerika di Qatar. Juga di beritakan Pejuang Islam Iraq telah mengebom pangkalan Amerika di Iraq.

Jelas  serangan Iran terhadap Amerika ini  hanya untuk memberi petanda bahawa Iran tidak mahu berperang dengan Amerika. Malah ada berita melaporkan sebelum peluru berpandu meledak masuk Iran telah memberitahu pihak berwajib di Qatar. Memberi amaran agar tidak ada nyawa melayang. 

Tup Tup tanpa diminta tanpa di rayu Trump telah mengumumkan  perang tamat. Semua selesai. Iran dan Israel bersetuju untuk tidak serang menyerang.

Dunia kali ini tidak lagi terperanjat kerana dunia telah faham akan borak,  kelentong dan labun  Trump.  Dunia hanya memerhati sambil tersenyum.

Untuk menambak komidi kepada lawak Trump ini  - sebelum Trump membuat pengumuman  penting   tentang ‘Tamat Perang’ Trump telah menjaja pemukul bola golf yang akan menjadi bahan sejarah kerana  ada tanda tangan Donald Trump Presiden Amerika. 

Kenyataan Trump ini disambut oleh Israel dengan serangan ke atas Iran. Iran pula membalas dengan  serangan yang hebat sekali. Ratusan peluru berpandu Iran menghentam masuk ke dalam Israel.

Dilaporkan juga beberapa YB Israel telah cuba melarikan diri dengan menaiki pesawat kecil menuju ke Cyprus. 

Warga Israel yang kaya raya telah lari awal.  Warga Israel yang memiliki dua kerakyatan telah cabut  lama  dulu. Yang  tercicir kini  berbondong-bondong lari meninggalkan Israel mengikut jalan darat ke Syria dan Jordan.

Lapangan terbang utama Israel  Ben Gurion  telah ditutup kerana telah beberapa kali menjadi mangsa  peluru berpandu Iran.  

Ketika tulisan ini di garap kelihatan serang menyerang telah berhenti.  Dilaporkan Israel dan Iran telah  membuat gencatan senjata dan memberhentikan Perang 12 Hari ini.  Dunia dan  pasaran saham dan pasaran minyak sedang memerhati dengan rapi.

Selat Hormuz dimana 25% bahan bakap petrol melintas di selat ini tidak ditutup.

Tertiba muncul berita di CNN. Muncul berita  di akhbar The New York Times mengatakan bahawa  pengeboman yang di klim oleh Trump itu  tidak benar. Malah ada media Amerika yang mengatakan  bom-bom bunker buster seberat 30,000 pound sebutir ini  itu hanya berjaya mengebom bangunan dan bilik-bilik kosong.

Gambar-gambar kini muncul dalam media di Amerika yang menunjukkan bahawa semua peralatan , semua uranium milik Iran yang tersimpan dalam  3 fasilitas ini telah dipindahkan lebih awal. Justeru Amerika menghabiskan 100 juta dolar berbelanja mengebom bangunan kosong.

Berita – mengebom  bangunan kosong – ini berpunca dari ‘orang dalam Pentagon ‘. Ada pegawai Pentagon yang membocorkan laporan intel yang membuktikan bahawa uranium milik Iran ini tidak musnah. Masih selamat. 

Malah The New York Times melaporkan : Kerosakan ini agak kecil. Ianya hanya akan melewatkan beberapa bulan sahaja sebelum Iran akan kembali membina fasilitas nuklear.

Bila berita ini meledak di Amerika Presiden Trump menyumpah  dan menuduh stesen CNN sebagai penyebar ‘ fake-news’ – berita palsu. Menurut Trump media-media ini tidak hormat kepada soldadu Amerika yang terlibat dalam operasi ini.

Kini makin jelas gencatan senjata kali ini diminta dan di rayu oleh Netanyahu. Di Gaza Netanyahu berkeras tidak mahu melakukan gencatan senjata. Tetapi kali ini telah bertemu buku dengan ruas. Iran bukan negara kecik anak yang boleh di buli. Iran telah lama membuat persediaan.

Peluru berpandu Iran masih banyak tersimpan.  Peluru ini semuanya buatan Iran dari pelbagai jenis. Malah peluru berpandu Iran yang hipersonik seperti Fatah dan Sijjil – 8 kali lebat cepat dari bunyi - bukan saja dapat menembus benteng Iron Dome malah berjaya meledak musnah apa sahaja.

Di laporkan Ibu Pejabat Mossad telah meledak. Pelabuhan Haifa telah musnah.  Lapangan terbang Ben Gurion kini terbengkalai.  Hakikatnya Tel Aviv kini telah menjadi Gaza. Apa yang dilakukan oleh Israel kepada Gaza kini dapat dirasakan oleh Israel sendiri.

Israel sedaya upaya cuba menyorokkan wajah, imej dan gambar  Tel Aviv dan kota-kota lain yang kini hancur. Media luar negara di larang masuk melapor. Malah warga Israel sendiri yang mengambil gambar  bangunan runtuh atau terbakar untuk media sosial akan di tangkap kerana mereka di anggap khianat terhadap negara.


The New York Times melaporkan bahawa peluru dan senjata Israel makin kurang. Malah dilaporkan makin ramai anak-anak muda  yang Wajib Tentera telah melarikan diri. Banyak juga soldadu telah tidak datang melapor diri.

Bayangkan Hamas yang hanya memiliki 10,000 tentera lengkap dan 30,000 penyokong masih tidak berjaya di kalahkan oleh Israel.  Selama hampir tiga tahun Israel memerangi Hamas tetapi Israel masih gagal untuk menghapuskan Hamas.

Mengikut bancian terakhir dari Wikipedia  Iran mempunyai kira-kira 610,000 anggota tentera aktif dan 350,000 anggota simpanan. Semua  berjumlah kira-kira 960,000 anggota. Sahih Iran tidak terkalahkan oleh Israel.

Renungkan Iran dengan penduduk 90 juta. Israel hanya ada 9 juta. Justeru jika perang 12 hari ini tidak di tamatkan oleh Netanyahu maka   Israel akan lenyap sebagai sebuah negara. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/news/747243
















LEMBAGA KEHAKIMAN ROSAK KERANA KES ISAP PELIR


LEMBAGA

KEHAKIMAN

 ROSAK

KERANA KES

ISAP PELIR

YUSOF RAWTHER

KHALAS

LEMBAGA NUKLEAR JADI BARUA ZIONIS


Parlimen Iran lulus pelan gantung kerjasama dengan IAEA


TEHRAN: Jawatankuasa Parlimen Iran meluluskan pelan umum bagi satu rang undang-undang yang bertujuan menggantung kerjasama negara itu dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Menurut laporan Agensi Berita MEHR (MNA), pelan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap tindakan badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas wilayah Iran.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen, Ebrahim Rezaei memaklumkan bahawa pelan itu diluluskan oleh anggota jawatankuasa selepas meneliti perinciannya dalam sesi yang diadakan pada Isnin.

Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen, kerajaan Iran akan dikehendaki menggantung kerjasama dengan IAEA selagi Tehran tidak menerima jaminan konkrit mengenai profesionalisme agensi itu.

Di bawah pelan itu, Iran berkemungkinan tidak akan bekerjasama dalam pemasangan kamera di kemudahan nuklearnya, menolak pemeriksaan fizikal, kemasukan para pemeriksa dan penyerahan laporan, sehinggalah keselamatan semua kemudahan nuklear negara itu benar-benar terjamin.

Langkah itu dibuat susulan serangan udara oleh AS ke atas beberapa tapak nuklear Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa termasuk Piagam PBB.

Terdahulu, rejim Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 13 Jun, yang kemudiannya disusuli campur tangan AS melalui serangan udara ke atas tiga tapak nuklear utama Iran di Natanz, Fordow dan Isfahan pada awal Ahad.

Iran menegaskan bahawa negara itu berhak mempertahankan kedaulatan, kepentingan dan keselamatan rakyatnya.

Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) pula menyatakan bahawa serangan itu melanggar Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), dan tidak akan menjejaskan komitmen Tehran untuk meneruskan program nuklear secara aman. – BERNAMA-MNA


LEMBAGA IAEA

DAH JADI

BARUA ISRAEL

AMIN

TAK IKUT 

KENA BOM

IKUT PUN

KENA BOM

AMIN

SEKARANG IRAN

BEBAS UNTUK

BUAT APA SAJA

KHALAS

POJEK ISAP PELIR YUSOFF RAWTHER



PROJEK ISAP

PELIR YUSOFF

RAWTHER SEDANG

DI SUSUN

KHALAS


Unknown commented on 
"HOT HOT TER KINI
 TER NOWW"
azam baki kalah sadiq menang..apa makna ? adakah ini jelah azam baki ini anjing suruhan ?

SELAT HORMUZ DI TUTUP SATU DUNIA PARAH


SELAT HORMUZ

DI TUTUP SATU

DUNIA JADI PARAH

AMIN

Unknown commented on 
"TRUMP MAIN TEATER
 NAK SELAMATKAN ISRAEL"

dan iran tak tutup teluk hormuz sebab kesannya kepada ekonomi negara amerika sendiri dll kah kah kah perang dengan iran jika berlangsung lama baru syok!!! kebal yang tembus.

Unknown commented on 
"TRUMP MAIN TEATER
 NAK SELAMATKAN ISRAEL"

terima kasih iran jadi impian ramai orang untuk menikmati israel meletup berkecai.. impian tt melihat us bom iran pun dah tercapai... kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 26 JUN 2025

PERANG 12 HARI BERHENTI


PERANG 12 HARI
Satelah 12 hari berperang – gencatan senjata berjalan. Berapa lama akan berjalan TIDAK kita ketahui. Tapi apa yang jelas untuk sementara ini peluru berpandu dari Iran tidak lagi membedil Tel Aviv.

BERITA  FASILITAS NUKLEAR  IRAN SELAMAT -  masih heboh heboh heboh kah kah kah. Media arus perdana di Amerika seperti The New York Times , seperti Washington Post – semua bertanya betul ke fasilitas itu hancur musnah? KAH KAH KAH

Stesen CNN juga bertanya apakah pesawat dari Amerika telah mengebom bangunan kosong kah kah kah. Kerana  uranium yang telah dikayakan telah di pindahkan. Justeru TIDAK ADA PENCEMARAN RADIO AKTIF. Khalas.

KRISIS HAKIM
Wow... heboh heboh... rupa rupanya Anwar Blackrock sedang merancang untuk lari dari jenayah percubaan ISAP PELIR YUSOFF RAWTHER kah kah kah.

Caranya senang : LANTIK HAKIM yang akan ikut skrip kah kah kah.

Apa yang MENARIK ialah ada  surat dan maklumat BOCOR dari dalam. Ini ertinya ramai pegawai kerajaan masih jujur dan telus dalam menjalankan tugas. Ramai pegawai kerajaan tidak setuju dengan projek  ISAP PELIR YSIFF RAWTHER. Amin

IRAN
Lapangan terbang di Iran  di buka kembali. Kedai di buka kembali. Orang ramai mula berjalan ke sana sini. Yang lari dulu kini pulang kembali.

AMERIKA
Tup tup Trump membuat kenyataan bahawa laporan dari CIA dan Intel tentang fasilitas nuklear Iran  tidak tuntas. Menteri Pertahanan Hegseth kata mungkin runtuh sikit atau runtuh banyak.

BELANDA
Mesyuarat NATO bersetuju anggota NATO untuk tambah belanja senjata ke 5% dari bajet negara. Trump mengalu-alukan dasar ini.

SEPANYOL
Negara ini tidak mahu ikut dasar NATO – tambah bajet. PM Sepanyol berkata duit itu boleh di gunakan untuk perubatan dan pembelajaran. Bukan untuk buat senjata.

GAZA
Gerila Hamas berjaya membunuh 7 soldadu Zionis Blackrock di Selatan Gaza. Berbelas cedera.

IRAN
Kempen mencari dan menangkap ajen Israel dan tali barut yang bekerja untuk Mossad sedang berjalan lancar. Ramai di tahan.

AMERIKA
Trump meminta kes RASUAH Netanyahu di batalkan sama  seperti yang di lakukan oleh Anwar Blackrock kepada Zahid Hamidi.

HOKKIEN
Pagi ini kering cerah segar. Matahari tak kelihatan, KL & KL Sentral berkabus nipis. Malam kemarin ada renyai turun.

Di Pintu masuk  dari bukit kiri ke gaung kanan suara Tekukur. Dalam sawah rumput didengar suara pipit. Petang kemarin gua ternampak satu kumpulan Pipit Uban lebih dari 500 ekor. Wow ! tak pernah gua nampak seramai ini.

Tertiba suara pesawat amat kuat. Gua mendongak kelihatan pesawat agak rendah.  5 pesawat soldadu terbang – satu di depan – tiga di tengah dan satu di ekor. Gua rasa ini latihan soldadu.

Pagi ini TIDAK ada pekerja kelihatan – tidak ada lori melintas -  hanya  Tak Tak , Ezi dan Gua. Wow – tak pernah berlaku – biasanya ada juga pekerja kubur melintas.

Berjalan pulang gua dengar suara MURAI. Aduh indah merdu.  Murai berkicau dekat dengan POKOK ARA – ha ha – kemarin  gua ikut belakang Pokok Ara ada BANGLO TEMPUA..... maka inilah suara yang dulu gua dengar. Dua banglo tempua untuk ibu  bertelur.

Pagi ini langit pucat biru kelabu. Tapi gua rasa hari ini akan panas. Petang redup santai. Jika Hujan Rahmat sampai lagi molek. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI KHAMIS

BRO
Buat lah sesuatu yang lu belum pernah buat. Lakukan sesuatu yang lu belum pernah mencuba.

BRO
Jika lu tak pernah buat salah ertinya lu tak pernah buat apa apa.

BRO
Hidup hanya sekali. Hidup dengan apa yang lu rasakan bukan ikut cakap orang lain. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA