Sabtu, 19 Julai 2025
PROPAGANDA : BOM ISLAM
PROPAGANDA
BOM ISLAM
Saya masih ingat lagi tahun 1980 – ketika itu saya adalah pendatang haram di Pakistan. Saya tinggal di Karachi. Awalnya saya menumpang dengan mahasiswa pelajar Patani di No 4 Internasional Hostel Karachi Universiti. Kemudian saya pindah ke B 52 Haque Bahu Plaza Universiti Road Karachi.
Tapi bukan cerita hidup pendatang haram di Pakistan yang hendak saya tulis disini.
Apa yang ingin saya rakamkan disini ialah suasana politik tahun 80’an di Pakistan yang bersangkutan dengan bom nuklear. Ketika saya menjadi pendatang haram di Pakistan bekas Presiden Ali Bhutto dalam penjara. Pakistan di bawah pentadbiran askar.
Jeneral Zia-ul-Haq telah merampas kuasa dari Bhutto pada tahun 1977. Kemudian Jeneral Zia memanggil dirinya Chief Martial Law Administrator – Ketua Pentadbir Kerajaan Askar. Gelaran ini diguna pakai sebelum Jeneral Zia klim dirinya menjadi Presiden Pakistan pada tahun 1978.
Dari segi sejarah Pakistan - tentera terus menjadi pentadbir negara ini. Republik Islamik Pakistan klim sebagai negara pengamal demokrasi berparlimen. Ada mengundi dan ada pilihanraya umum. Tetapi kerajaan sivil tidak pernah melintasi satu penggal - tidak lebih dari empat tahun berkuasa. Soldadu sentiasa merampas kuasa dan mengambil alih pentadbiran.
Kenapa ini berlaku?
Ini berlaku kerana Pakistan sentiasa berperang dengan India. Kali pertama tahun 1947-48 bilamana Pakistan berpisah dari India. Kali ke dua tahun 1965, kali ke tiga tahun 1971 bila mana Pakistan Timur pecah untuk menjadi Bangladesh. Tahun 1999 perang sekali lagi kerana Kashmir Kali akhir Perang Empat Hari pada Mei 2025. Perang terbaru ini juga berpunca dari Kashmir.
Bila Jeneral Zia-ul-Haq merampas kerajaan dari Zulfikar Ali Bhutto saya mendengar desas desus bahawa Bhutto dijatuhkan kerana dia sedang merancang untuk membuat bom nuklear untuk Pakistan.
Ketika itu saya terbaca bahawa Media Barat menuduh Pakistan sedang membuat Islamic Bomb. Fasilitas nuklear ini di Kahuta tidak jauh dari Rawalpindi pusat soldadu Pakistan.
Wajib diberitahu bahawa India – musuh Pakistan – telah meledakkan bom nuklear pada 18 Mei 1974. Pada tarikh ini dunia mengetahui bahawa India kini telah memasuki Kelab Eklusif Pemilik Bom Nuklear.
Satelah India meledakkan bom nuklear di Rajashtan, dunia hanya menunggu bila pula Pakistan akan meledakkan bom yang sama.
Di sebelah Pakistan ialah Iran. Di sebelah Iran ialah Iraq. Di sebelah Iraq ialah Israel. Negara yang bernama Israel ini telah memiliki bom nuklear semenjak sesudah Perang Arab Israel tahun 1967. Israel telah dibantu oleh Peranchis untuk membina fasilitas tenaga nuklear dan kemudian berupaya memperkayakan uranium untuk membuat bom nuklear.
Hari ini dari maklumat Wikipedia Israel dikatakan memilik 90 butir bom nuklear.
Israel tidak menanda tangani Perjanjian Internasional Atomic Energy Agency (IAEA). Ertinya Israel bebas untuk melakukan apa sahaja yang bersangkutan dengan tenaga nuklear. Fasilitas nuklear Israel bertempat di Dimona dalam padang pasir Negev.
Dasar Israel ialah : Tidak mengakui memiliki bom nuklear dan dalam masa sama tidak menafikan memiliki bom ini. Strategi ini bertujuan untuk terus memberi ketakutan kepada negara-negara Arab di sekeliling Israel.
Pemimpin negara Arab seperti Muamar Gadaffi dan Saddam Hussein sedar akan bahaya bom nuklear milik Israel. Untuk negara Arab bom nuklear milik Zionis ini akan terus mengancam negara mereka.
Justeru masuk akal sebagai pertahanan negara -negara Arab ini juga mahu memiliki bom nuklear . Dari segi teorinya jika sesebuah negara ada memiliki bom ini maka tidak ada negara lain yang akan berani mengancam.
Justeru Muamar Gadaffi dari Libya membina fasilitas tenaga nuklear. Begitu juga Saddam Hussein dan Hafiz al-Assad juga mahu memiliki bom yang sama.
Fasilitas nuklear ini asasnya ialah untuk mengeluarkan tenaga leterik untuk kegunaan sivil. Tapi dari sampah lebihan uranium ini boleh di perkayakan untuk menjadi bom.
Perang 12 Hari yang baru selesai telah memperlihatkan bagaimana pesawat F-35 Amerika telah datang mengebom dan memusnahkan fasilitas nuklear Iran di Fordo , Natanz dan Isfahan.
Presiden Trump klim semua fasilitas nuklear Iran telah hancur lebur dan musnah. Justeru rancangan nuklear Iran telah gagal. Apa yang di klim oleh Trump ini telah terus di pertikaikan oleh media Amerika.
Hakikatnya seperti kenyataan Tuan Speaker Iran :
Ilmu pengetahuan tidak akan dapat di musnah oleh bom.
Kita lihat dan tunggu apa yang akan Iran lakukan seterusnya. Ketika ini Iran tidak mahu lagi terikat dengan Perjanjian IAEA. Malah Iran juga enggan mengadakan perundingan tentang tenaga nuklear dengan Amerika.
Seyogia di beritahu bahawa Israel pasti mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada fasilitas nuklear Iran. Tali barut Israel dalam Iran dan Mossad pasti mengetahui hakikat yang sebenarnya.
Dalam masa yang sama jika sah dan sahih apa yang dikelim oleh Trump tidak semestinya Israel akan selamat. Di sebelah Iran ialah Pakistan. Negara ini sah dan sahih memiliki bom nuklear. Dari fakta risikan hari ini Pakistan memiliki 170 ke 200 biji bom nuklear.
Dalam temu bual dengan CNN pada 2011 yang di pungut dari portal CJ Welerman Show - Netanyhu berkata : ...our great mission ...we must prevent a militant Islamic regime from meeting up with nuclear weapons...or nuclear weapons meeting up with a militant Islamic regime...the first is called Iran the second is called Pakistan...’
Justeru persoalan hari ini apakah Israel juga akan menyerang Pakistan. Ini kerana Pakistan ialah Islamic Republic of Pakistan – negara Islam.
Satu perkara yang perlu saya tanda merahkan disini. Media Barat selalu menulis bahawa Pakistan di katakan memiliki Islamic Bomb. Walhal Israel tidak di tuduh memiliki Bom Yahudi atau India memiliki Bom Hindu atau Amerika tidak dituduh memiliki Bom Kristian.
Jelas secara halus propaganda untuk menumpaskan dan menyerang Pakistan telah lama bermula. Hari ini umum mengetahui bahawa kumpulan Zionis Kristian bersama kumpulan Hindu sedang melobi pentadbiran Trump untuk melakukan sesuatu terhadap Pakistan.
Kumpulan-kumpulan Hindu di India kini mengeluarkan propaganda bahawa Pakistan adalah negara yang menaja dan memberi dana terhadap kumpulan pengganas yang memakai jubah Islam.
Kalau Iran dituduh mendukung pengganas Palestin. Pakistan pula dituduh menyokong pengganas dari Kashmir. Hujah ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa sebelum dibunuh arwah Usama bin Ladin telah disorokkan dengan selamat di Pakistan.
Dasar Zionis Israel ialah tidak akan membenarkan negara Islam memiliki bom nuklear. Dari segi fakta sejarah Israel telah mengebom fasilitas nuklear Iraq pada tahun 1981. Pada 2003 Libya telah memusnahkan fasilitas makmal nuklear sendiri hasil tekanan Amerika. Pada 2018 Israel mengakui telah mengebom dan memusnahkan fasilitas makmal nuklear Syria pada tahun 2008.
Perlu diberitahu disini bahawa pada tahun 1981 Israel telah memiliki satu rancangan khas untuk memusnahkan fasilitas nuklear Pakistan yang terletak di Kahuta.
Ada kerjasama Israel dengan India dalam usaha untuk memusnahkan fasilitas Kahuta ini. India telah membenarkan pesawat F-16 Israel untuk berlabuh dan mendarat di India untuk menyerang Pakistan. Operasi ini dikenali sebagai Operation Shakti. Soldadu Israel yang akan mengambil bahagian dalam operasi ini dilatih di India.
Rancangan jahat Israel dan India ini telah dicium oleh lembaga risikan Pakistan. Ini berlaku di zaman pentadbiran Jeneral Zia.
Justeru Jeneral Zia telah memberi amaran kepada Israel ‘... if you strike at Kahuta...we will strike at Dimona... jika kamu bom Kahuta kami akan bom Dimona.
Jeneral Zia juga memberi amaran kepada India. Jika Israel mengebom Kahuta Pakistan akan menyerang India. Kata-kata keras dari Jeneral Zia ini telah menakutkan India. Tanpa sokongan India kepada Israel projek mengebom Kahuta ini tidak akan berjaya. Maka Operasi Shakti ditamatkan.
Tetapi projek untuk memusnahkan Kahuta dan memastikan tidak ada negara Islam memiliki bom nuklear terus berjalan hingga ke hari ini. Badan pelobi, lembaga pemikir dan kumpulan Zionis Kristian yang bersarang di Washington terus mengeluarkan propaganda bahawa Bom Islam Pakistan ini satu masa nanti akan jatuh ke tangan ekstremis atau pengganas Islam.
Sesudah Perang 12 Hari ini tamat kelihatan Zionis Israel sedang mengarahkan perancangan mereka terhadap Pakistan. Israel kini melihat peluang terbuka luas untuk memusnahkan apa yang di panggil Islamic Bomb. Pada ketika ini Pakistan dalam keadaan huru hara.
Kerajaan tentera yang korup telah memenjarakan Imran Khan yang di pilih oleh rakyat. Dalam masa yang sama ekonomi Pakistan dalam keadaan yang nazak. Di tambah pula oleh pukulan malapetaka banjir.
Saya yakin ketika ini Mossad sedang merancang dan mengenal pasti para saintis nuklear Pakistan, para Jeneral yang berpengaruh dan para pemimpin politik Pakistan. Alamat dan tempat tinggal mereka sedang dimasukkan ke dalam data yang akan digunakan tidak lama lagi.
Apakah Israel akan menyerang Pakistan ?
Jika mengikut pandangan Netanyahu Pakistan sama bahayanya dengan Iran. Justeru kita tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan oleh Israel terhadap Pakistan. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/749347
‘
BERITA BAIK
Pemimpin blok pembangkang adakan perjumpaan khas, bincang cadangan tubuh barisan rentas parti
KUALA LUMPUR: Satu perbincangan khas membabitkan pemimpin daripada parti-parti blok bukan kerajaan, telah diadakan pada petang tadi berhubung cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, dalam hantaran melalui Facebook beliau, malam ini.
Muhyiddin memaklumkan bahawa barisan rentas parti itu akan mengambil pendirian bersama dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.
Beliau berkata, cadangan penubuhan itu bertujuan memperkukuhkan peranan semak dan imbang parti pembangkang di dalam dan luar Parlimen.
"Saya telah mengadakan perbincangan bersama ketua-ketua parti blok bukan kerajaan, petang ini, bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti yang akan mengambil pendirian bersama dalam hal-hal menyentuh kepentingan rakyat dan negara," katanya.
Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, antara pemimpin menghadiri perbincangan itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Selain itu, Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Punithan Paramsiven; Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; dan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan Subraniam; Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya; Ketua Belia Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Sathiah Sudakaran; Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Zamani Ibrahim; Presiden Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Prof Dr P Ramasamy; dan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP), P Waytha Moorthy.
Muhyiddin berkata, semua yang hadir memberikan maklum balas amat positif terhadap cadangan berkenaan.
"Insya-Allah, saya akan membawa pandangan yang diutarakan dalam pertemuan ini ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang," katanya.
TERBAIK
BERSATU LAWAN
MUSUH UTAMA
MA DA FAKA
KHALAS
BERES MENGHASUT
BERES
MENGHASUT
AMIN
Unknown commented on
"PETANG ESOK
DI ALOR STAR"
Kerja kerja menghasut telah dimulakan, semoga setiakawan diteruskan, semoga mendapat sokongan majoriti rakyat yang selama ini selesa mendapat bantuan sokongan percuma sahaja tanpa berusaha kah kah kah, paling penting hapuskan golongan free loader yang semakin menekan rakyat kah kah kah
SABTU DEPAN DATAN MERDEKA
SABTU DEPAN
DATARAN
MERDEKA
AMIN
mamat commented on
"PANDANGAN TEPAT
UNTUK RAFIZI"
madey : anwarrrrr
rakyat : turunnnnnn
madey: turunlah.. dengar tak ?
kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SABTU 19 JULAI 2025
SABTU DEPAN KITA BERDEMO
HIMPUNAN DI ALOR STAR
Wow – awal macam tak ramai datang. Ini kerana gua datang awal - jam 5 dah sampai. Warung jualan masih sedang di pasang di sebelah padang. Macam macam ada – ini macam pesta MAKANAN hebat.
Program Anak MUDA mula jam 6 – ada 1500 ke 2000 geng anak muda baju itam datang dengan motosikal. Wow HEBAT !
Sebelum MENGHASUT gua makan MEE SUP dulu. Ha ha ha.... banyak gerai jual BAJU T – warna hitam TURUN ANWAR – Ini dah macam zaman BERSIH
Lepas sembahyang program KEDUA bermula. Gua jalan di sekeliling gerai lihat suasana – ha ha ha. HEBAT orang KEDAH – padang makin penuh. Ucapan dari pemimpin dimulakan.
TURUN TURUN TURUN
Semua melaungkan Turun Anwar – Mak Cik Kakak Adik Abang – jika setengah dari mereka ini turun ke Kuala Lumpur pada Sabtu 26 Julai ini – maka bukan ribu ribu tapi ratus ratus kah kah kah.
PROGRAM MENGHASUT masih berjalan di Kuantan – di Kota Baru – jeng jeng jeng.
Untuk Gua kalau ada 5000 berdemo pada Sabtu depan gua puas hati – jika lebih ini BONUS kah kah kah AMIN.
AMERIKA
Trump saman akhbar The World Street Journal. Ini kerana ada laporan dalam akhbar ini memberitakan Trump hantar ucapan selamat hari jadi pada Jeffrey Epstein Bapak Ayam.
JEPUN
PRU akan berjalan hujung minggu ini. Ada parti politik baru macam MAGA – American First. Parti Jepun dengan slogan Japanese First – Dulukan Jepun – anti imigran.
INDONESIA
Bekas Menteri Perdagangan Indonesia Thomas Lembong kena penjara 4 tahun. Kes rasuah import gula.
AMERIKA
Trump sekali lagi mengancam BRICS – mana negara yang jadi ahli BRICS dan terlibat dalam BRICKS akan di kenakan tarif sebanyak 10 %.
INDIA
Ribut MONSUN hujan dan petir, ramai mati kena panah petir. Mereka bekerja di sawah atau landang terbuka. Angka terbaru 33 mati.
AUSTRALIA
Kereta kebal dari Australia kali pertama telah di hantar dan sampai ke Ukraine.
SIAM
Skandal Tok Cha berancuk. Semakin banyak kesah Tok Cha yang dilarang berancuk dalam ajaran agama Buddha kini telah berancuk.
SYRIA
Komuniti Druze masih di bantai oleh kumpulan Islam Isis. Israel mencelah masuk dan berlagak menyokong Druze. Ini projek nak pecahkan Syria.
HOKKIEN
Pagi ini kering cerah. Matahari dah keluar. Cahaya lemah. Langit biru pucat tidak indah. KL & KL Sentral berjerebu.
Tekukur bersuara di sana sini. Panas pagi menjemput pipit keluar. Suara di dengar badan tak nampak. Tiong meloncat loncat mencari rezeki di rumput kering.
Seekor gagak melintas – gak gak gak – terbang sambil menangis.
Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Pasar – nak tengok berapa sekilo buah manggis. AMIN
BRO
SENYUM
KITA SENYUM
DI PAGI SABTU
BRO
Kita berterima kasih kerana hari ini kita bernafas dan hari ini adalah hari yang terbaik.
BRO
Jangan berharap masa hadapan. Hari ini adalah harinya BUKAN esok.
BRO
Lu seorang lu tak mungkin buat semuanya. Paling baik lu buat apa yang lu boleh buat. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)











