Khamis, 11 September 2025

ANAK MUDA GEN Z BANGUN MELAWAN


Tentera ambil alih kuasa selepas kerajaan Nepal digulingkan


ANKARA: Tentera Nepal mengambil alih kuasa pada Selasa malam selepas dua hari protes yang mengorbankan 20 orang serta menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri KP Sharma Oli, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Portal berita SetoPati melaporkan tentera 'sedang beroperasi di seluruh negara'.

Askar dikerahkan untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman ketika penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam serta membebaskan banduan.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat Jeneral Ashok Raj Sigdel, menggesa agar semua pihak bertenang dan mengadakan dialog bagi menyelesaikan krisis di negara Himalaya itu.

Semua lapangan terbang turut ditutup.

Presiden Ramchandra Paudel sedang bersiap memulakan proses membentuk kerajaan baharu selepas beliau menerima peletakan jawatan Oli.

Hampir 350 yang lain dilaporkan cedera.

Nepal menyaksikan beberapa peristiwa dramatik sejak Isnin selepas Oli melarang penggunaan media sosial, sambil menggesa syarikat multinasional itu membuka pejabat di negara berkenaan.

Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di ibu negara Kathmandu apabila penunjuk perasaan menyerbu bangunan awam dan pejabat parti politik, termasuk memasuki bangunan Parlimen sebelum membakarnya.

Penunjuk perasaan turut membakar kediaman beberapa pemimpin utama termasuk Pejabat Presiden, ketika protes ganas berterusan walaupun kerajaan mengumumkan larangan terhadap media sosial ditarik balik.

TANDA BAIK

ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

AMIN

BERMULA

DI SRI LANGKA

KE BANGLADESH

KE INDONESIA

ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

AMIN

AMARAN KEPADA

POLITIKUS RASUAH

AMIN

AMARAN KEPADA

MENTERI & YB

 JAHAT  GANAS

LAGI  ZALIM

KHALAS

HARGA DIRI


HARGA DIRI

TIDAK DAPAT

DINILAI DENGAN

RINNGIT & PANGKAT

KHALAS

Unknown commented on 
"ZURAIDA BERI PANDANGAN"

Ucup router kalau dulu tak menolak kehendak penghulu lgbt mungkin boleh dilantik jadi setpol dan seterusnya jadi jutawan.

NEPAL - RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA


KERAJAAN RASUAH

SALAH GUA KUASA

DARI PARTI KOMUNIS

KHALAS


Unknown commented on
 "KERAJAAN NAK 
TUTUP YOUTUBE ?"

kerajaan tutup media sosial bermana kerajaan kacau periuk nasik orang muda..bila ini terjadi rakyat akan mengamuk.

maharaja lela mengamuk sebab orang putih celaka berlagak kacau periuk nasik ..kutip cukai.. akhirnya mampus kena bunuh...

sejarah telah mengajar berkali-kali... belajarlah..


Unknown commented on
 "MADAFAKA LEBIH ZALIM DARI MAHAFIRAUN"

revolusi berjaya di nepal ?

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 11 SEPTEMBER 2025

ANAK MUDA COOL


FESYEN  ANAK MUDA
KAH KAH KAH – Cool – amat Cool -  INI cool  – fesyen ini – trend ini -  gaya ini sedang merebak. Mari kita sesama rayakan.   Jangan ketinggalan – jangan lari dari trend yang cool -  jangan jadi poyo – Jangan  jadi Minah dan Mamat Poyo.

TREND APA INI?
Mula mula  fesyen ini bermula di Sri Langka.  Rakyat turun ke jalan – lawan RASUAH – lawan   kerajaan yang salah guna kuasa – Para Menteri jadi kaya raya – rakyat miskin papa kedana – Anak Muda Mahasiswa menyusun.

KELUAR KE JALAN RAYA – jeng jeng jeng – demo demo demo  Terbaik -  kemudian anak muda mengamuk bila menteri mula dulak dalik – tipu  putar belit – spin  dengan berita  PELABURAN MASUK kah kah kah. Anak Muda marah RUMAH PRESIDEN RUMAH PERDANA MENTERI  digeledah.
Akhirnya rumah PERASUAH di BAKAR – kah kah kah KHALAS HANGUS. Politikus cabut lari.. Perdana Menteri Sri Langka lari ke Singapura.

FESYEN ini disambut pula oleh siswa dan pelajar BANGLADESH. Perdana Menteri  RASUAH – Menteri dan YB korup. DEMO DEMO DEMO – semua turun ke jalan – jeng jeng jeng.

Perdana Menteri mengganas – ramai Anak Muda ditembak mati oleh soldadu. Kemarahan meluap- luap – lalu RUMAH PERDANA  MENTERI di geledah dan di BAKAR – Amin.

Perdana Menteri Bangladesh lari ke India. 

Fesyen cool dari Sri Langka dan dari Bangladesh berkembang KE INDONESIA. Presiden RASUAH. Menteri dan  para YB RASUAH. Mereka memiliki   bermulut longkang. 

Anak Muda Mahasiswa turun ke Jalanraya. Mahu PRESIDEN TURUN . Presiden jadi ganas. Siswa terus bangun berdemo. Soldadu tembak mati anak muda.  Marah meluap - Bangunan DEWAN RAKYAT DI BAKAR – RUMAH MENTERI MULUT LONGKANG DI GELEDAH DAN DI BAKAR –  kah kah kah – Cool memang cool. 

Menteri Mulut Longkang lari ke Singapura.

FESHEN BEKEMBANG KE NEPAL – sama  juga seperti di Indonesia – Perdana Menteri  Rasuah – nak tutup semua media sosial yang di lihat mengancam kuasa.

Mahasiswa anak muda bangun berdemo – demo demo demo. Perdana Menteri jadi ganas.  Soldadu tembak pendemo.  Kemarahan meluap. RUMAH PERDANA MENTERI DI GELEDAH DAN DI BAKAR.

Perdana Menteri lari ke India. Amin

Inilah fesyen yang TER NOWW TER HOOT TERKINI  yang di lihat cool oleh anak- anak muda  di Asia.

INI FESYEN ANAK  MUDA TER NOWW  TER HOTT 

MALAYSIA
Gaji  PM berapa ? Gaji Menteri berapa ? Gaji YB berapa ? Rumah mereka berapa buah -– berapa besar ? BERAPA HARGA – apakah dengan gaji boleh  buat rumah bernilai  berjuta-juta ? Jeng jeng jeng – Jangan buka MULUT LONGKANG   - nanti anak muda  dan orang kampung marah.

AMERIKA
Charlie Kirk : Seorang aktivis penyokong kuat Trump di tembak mati ketika memberi ucapan. Trump arah Amerika berkabung 3 hari. FBI sedang mencari penembak.

INDONESIA
Hujan lebat di Nusa Tenggara dn Bali. Banjir besar 15 orang hilang nyawa dan 10 tenggelam hanyut.

PAKISTAN
Hujan Monsun bawa banjir. Kini 1.6 juta warga Pakisatn menghadapi bahaya  banjir besar.

SIAM
Bangkok - Penjaga zoo maut di terkam oleh singa. Babak ini di lihat oleh ramai pelawat zoo.

NEPAL
Tentera ambil alih kerajaan. Perdana Menteri letak jawatan dan lari.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk cerah segar basah. Matahari belum keluar langit berawan biru pucat dengan awan putih. KL & KL Sentral berkabus  - kemarin petang hujan -  malam juga hujan sampai bawa sejuk pagi.

Di Pintu masuk murai berkicau – Wow  kuat sekali – bawa gumbira untuk gua. Suara Tekukur tak dengar pagi ini. Tapi bunyi mesin rumput gua dengar.

Di kawasan hutan pagar ada suara burung baru HOOK HOOK HOOK – burung apa ini?

Gua naik tangga depan pokok Ara menuju ke Wakaf – ha ha ada anak anjing – kemudian mereka lari. Gua tabur Friskies – emak datang dan anak anak ikut sama – pagi ini tak ramai di Wakaf hanya 3 ekor.

Di jalan gua jumpa satu lagi emak dengan 3 anak – gua tabur Friskies – wow emak dengan berani datang merapati  gua – bila emak berani 3 anak ikut sama – Mereka menikmati  sarapan pagi - Tak Tak dan Ezi tak ganggu.

Gua gumbira pagi ini – hari ke tiga – Emak dan Anak dah berani mendekati gua. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
Kita belajar dari semalam – untuk hari ini – dengan harapan untuk esok.

BRO
Yang dah lepas jangan lu sesali – lu belajar darinya.

BRO
Hidup ini ialah mengumpulkan pengalaman.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Rabu, 10 September 2025

EROPAH DALAM KEADAAN TEGANG

 


EROPAH DALAM

KEADAAN TEGANG





KERAJAAN NAK TUTUP YOUTUBE ?


KERAJAAN NAK

TUTUP YOUTUBE

MEDIA SOSIAL

ANAK MUDA MARAH

KELUAR BERDMEO

KHALAS