Khamis, 16 Oktober 2025
KLIP ROGOL TANDA KEJAYAAN !!!
Polis menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah di Baling yang disyaki terlibat dalam kes rogol bawah umur.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada waris mangsa yang berusia 53 tahun pada 8.11 malam, Ahad lepas.
“Pada 11 pagi hari yang sama, pengadu telah dimaklumkan oleh guru disiplin sekolah berkenaan mengenai penularan satu rakaman bogel.
“Polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar bagi membantu siasatan. Hasil siasatan lanjut mendapati, kesemua suspek melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lepas di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular berkenaan dan polis telah merampas enam telefon bimbit suspek.
“Permohonan reman terhadap empat suspek telah dibenarkan selama lima hari dari tarikh ditangkap (12 Okt) bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen rogol berkumpulan dan menghantar pornogafi kanak-kanak.
“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai, terutamanya ibu bapa dan penjaga untuk memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak, khususnya dalam kalangan remaja,” katanya.
- Bernama
WOIT
KAMERA TALIPON
JADI ALAT
ROGOL
AMIN
KLIP VIDEO
UNTUK TAYANG
TANDA BERJAYA
PADA GENG
AMIN
TAPI AKAN TERUS
JADI BUKTI UTAMA
DI MAHKAMAH
KHALAS
SABAH M - BERTEMPUR 29 NOVEMBER 2025
Pilihan raya Sabah 29 NovPilihan raya negeri Sabah akan berlangsung pada 29 Nov.
Penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov.
Tarikh-tarikh itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kota Kinabalu sebentar tadi.
Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 6 Oktober lalu.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi dilantik.
JENG JENG JENG
Pilihan raya negeri Sabah akan berlangsung pada 29 Nov.
Penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov.
Tarikh-tarikh itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kota Kinabalu sebentar tadi.
Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 6 Oktober lalu.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi dilantik.
KAH KAH KAH
AMIN
ZIONIS BLACKROCK MASIH MENYERANG
Israel terus cabul gencatan senjata
GAZA: Berlaku pelanggaran jelas terhadap pengumuman gencatan senjata apabila tentera Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Rabu, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
Kereta kebal tentera pendudukan melepaskan tembakan meriam ke arah orang awam di bandar Bani Suhaila serta kawasan kejiranan Sheikh Nasser, di timur Khan Younis dan Kota Gaza.
Sumber perubatan melaporkan pada malam Selasa bahawa jumlah kematian akibat pencerobohan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 67,913 orang, manakala 170,134 lagi cedera.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, seramai 44 rakyat Palestin - termasuk 38 mayat yang baru ditemukan - serta 29 yang cedera telah dibawa ke hospital di wilayah itu.
Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan, manakala pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi akibat kemusnahan yang teruk.





