Ahad, 9 November 2025

JANGAN MENGKANG KONG


JANGAN

MENGKANG KONG

KHALAS



Unknown commented on 
"BERBANGGA JADI MELAYU
 BUKAN JADI ARAB"

Ya betul berbangga dengan diri sendiri, tak payah emosi siapa dahulu siapa kemudian, tak payah buang masa bergaduh, bertengkar, berdebat, yang penting sekarang, siapa mencapai kemajuan, siapa mencapai kecemerlangan, siapa yang tidak berbuat jahat, siapa tidak rasuah, mencuri, menyondol bontot sudah, jangan bercakap kegemilangan zaman dahulu tetapi keadaan sekarang penting, selalunya warga Malaysia ini suka bergaduh dalam media sosial kerana bangsa, agama macam-macam hal sejak semakin cerdik. Kah kah kah tak guna berdebat tentang perkara yang berlaku beratus tahun dahulu, kadangkala yang terpaling bodoh apabila semakin tinggi tahap pembelajaran macam Prof Kangkung seekor. Kah kah kah nak ubah sejarah gunakan akal gunakan kajian tulis buku bukan mulut berbau sambal belacan woit kah kah kah

SARANG KANG KONG


SARANG

KANG KONG

AMIN

Unknown commented on 
"JANGAN JADI KANG KONG"

Tahap kangkung akar masuk parit saja lah engkau orang, tapi mulut tidak pernah tutup sekejap kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

AHAD 9 NOVEMBER 2025

SABAH


RASUAH DAN SABAH
PRM Sabah bila? Mengundi lagi 20 hari. Sekarang sibuk berkempen. Sebanyak 73 kerusi jadi rebutan jeng jeng jeng.

Sabah ini satu ketika dulu negeri terkaya dalam Malaysia  - kini tercorot dan termiskin – pasal apa ??? sebab RASUAH – kini  menjadi- jadi di Sabah – hampir semua YB di Sabah terima duit rasuah – ini bukan dongeng – ada klip video.

TUKANG BERI RASUAH   rakam video untuk pau para YB – Gua rasa TANGKAP JUGA SI PEMBERI – kerana dia ada niat jahat nak PROJEK – Yang MEMBERI  LEBIH JAHAT DARI YANG MENERIMA -  Gua  suka kalau mereka di penjara minimum 10 tahun dan 12 kali rotan – ini WAJIB – jika tidak  RASUAH  tak habis.

JANGAN BEBASKAN PEMBERI – merekalah  punca RASUAH – tanpa PEMBERI tidak akan ada RASUAH DI MALAYSIA.

Tangkap PEMBERI dulu -  baru betul – selama ini Pemberi bebas – yang di denda PENERIMA – ini tidak adil – Punca rasuah ialah pemberi rasuah. Amin.

AMERIKA
Bajet masih  belum lulus – Amerika sedang kacau beribu  kapal terbang tak naik ke udara – Pekerja di lapangan terbang  tak datang kerja – Gaji tidak di bayar.

SYRIA
Bekas pengganas ISIS jadi Presiden – kini melawat Amerika. Untuk buktikan dia kini jadi Barua Amerika yang setia – kem ISIS telah di serang.

AMERIKA
Jurucakap  Rumah Putih telah menuduh BBC sebagai sarang Fake News . BBC  di tuduh mengeluarkan banyak berita palsu.

IRAN
Seorang aktivis telah di tembak mati dalam kereta. Kemudian media kerajaan tuduh dia bunuh diri – Mamat ini telah membakar gambar  Ayatollah Khamenei dan sebar dalam media sosial.

ISRAEL
Hamas telah memulangkan  mayat tawanan. Tinggal lagi 5 mayat belum ditemui. Bila 5 ini di pulangkan maka masuk Fasa Ke Dua Perjanjian  Damai 2025.

INDONESIA
Heboh di Indonesia – berita ijazah Jokowi palsu . Ini fitnah. Lapan telah di tangkap kerana sebar berita palsu.

PALESTIN
Tebing Barat  dalam bulan Oktober ini telah di serang . Sebanyak 264 kes Yahudi Pendatang serang warga Palestin. Ini rekod terbanyak dalam masa 20 tahun.

GERMAN
Negara ini haramkan Kumpulan Islam Interaktif – kerana melanggar Perlembagaan Negara German.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk. Rintik-rintik dapat di rasa. Matahari tidak kelihatan. Langit putih pucat. KL & KL Sentral berkabus nipis. 

Tuk Tuk Tuk – suara kuat dari pokok tinggi. Dalam sawah rumput suara Tekukur. Di udara sekumpulan gagak terbang sambil menangis.  

Warga Hokkien tunggu gua di Wakaf Pertama. Siti datang berlari – adik abang ikut di belakang – semua gumbira dapat sarapan.

Hari ini akan panas – matahari dah muncul – tapi sinar masih lemah. Jika petang hujan – malam jadi sejuk. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD

BRO
Janji ialah hutang. Lu wajib bayar.

BRO
Orang jujur akan tunai janji. Penipu akan buat janji.

BRO
Lu jangan  hanya cakap  - lu lakukan. Lu jangan kata – lu tunjuk. Lu jangan berjanji – lu buktikan. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI



Sabtu, 8 November 2025

TETAP MELAYU TANPA ARAB


TETAP MELAYU

TANPA ARAB

AMIN

GEO POLITIK ARAB - ISLAM MAKIN BERUBAH

 


GEO POLITIK

ARAB - ISLAM

MAKIN BERUBAH

AMIN

LAGI KES RASUAH DI SABAH


LAGI KES RASUAH

DI SABAH

AMIN