Isnin, 1 Jun 2026

PELUAQNG UNTUK GULING KERAJAAN


AMERIKA & ISREAL

SEDANG

 MEMBANTU PARTI PEMBANGKANG

GULINGKAN 

KERAJAAN

RASUAH

AMIN

PEBANGKANG

JANGAN LEPASKAN

PELUANG INI

KHALAS 


Sebahagian sektor perniagaan berisiko tutup sementara operas

KUALA LUMPUR: Sebahagian sektor dalam perniagaan negara ini berisiko menutup operasi secara sementara pada separuh kedua tahun ini, jika krisis gangguan bekalan global berpanjangan susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mencetuskan peningkatan kos logistik serta lonjakan harga bahan mentah hingga menekan aliran tunai syarikat.

Paling terdedah ialah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor pembuatan berasaskan import yang kini bergelut kekurangan bahan mentah kritikal, kelewatan penghantaran dan kos operasi yang meningkat mendadak menjelang kemuncak krisis dijangka berlaku pada Jun dan Julai ini.

Presiden Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM), Jacob Lee Chor Kok, berkata hasil tinjauan kedua impak Asia Barat oleh persekutuan itu mendapati 70 peratus pengeluar kini mengalami kekurangan kritikal input pengeluaran penting seperti resin, polimer, petrokimia dan logam.

Beliau berkata, kira-kira lapan peratus ahli FMM hanya mempunyai stok kritikal kurang daripada dua minggu, manakala 40 peratus lagi hanya menyimpan inventori mencukupi untuk tempoh satu hingga dua bulan.

Katanya, PKS kini berada dalam kedudukan sangat tertekan menjelang kemuncak krisis pertengahan tahun ini dengan sektor pembuatan konvensional dan PKS beroperasi dengan margin keuntungan kecil sekitar lima hingga 15 peratus.

"Ia menyebabkan mereka sukar menyerap kelewatan berpanjangan dan kenaikan kos penghantaran antara 20 hingga 50 peratus.

"Walaupun syarikat sedang cuba beralih kepada sumber alternatif dari China, India dan ASEAN, proses itu tidak mudah kerana membabitkan isu standard dan ketidakpadanan kualiti yang menghalang peralihan segera," katanya kepada BH.

Chor Kok berkata, ancaman penutupan sementara atau separa operasi kini semakin realistik sekiranya gangguan rantaian bekalan dan tekanan kos tidak ditangani segera.

Beliau berkata, tinjauan FMM mengesahkan 72 peratus pengeluar menyaksikan keadaan operasi semakin merosot dengan 74.5 peratus syarikat melaporkan kos pengeluaran meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus berbanding sebelum krisis, manakala 68 peratus lagi berdepan masalah modal kerja dan aliran tunai akibat kelewatan bayaran pembeli dan syarat pembayaran pembekal yang semakin ketat.

Menurutnya, tekanan kewangan itu juga mula diterjemahkan kepada pengurangan struktur operasi apabila 28 peratus pengeluar terpaksa melaksanakan pelarasan tenaga kerja, termasuk mengurangkan kerja lebih masa dan membekukan pengambilan pekerja.

Katanya, sektor paling terdedah termasuk pengeluar plastik hiliran, bahan kimia dan pemproses bahan industri yang bergantung kepada bahan suapan import seperti nafta, benzena, LPG dan sulfur dari Asia Barat serta Eropah.

"Selain itu, industri intensif diesel seperti seramik, pembuatan kaca, pemprosesan makanan berintensif haba dan kuari, turut berdepan tekanan susulan kenaikan harga diesel industri dan peningkatan 28 peratus harga minyak mentah Brent global tahun ini.

"Justeru, FMM menggesa kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Krisis Eksport dan Pembuatan bagi menyelaras langkah mitigasi segera termasuk pengecualian duti import dan cukai jualan terhadap bahan mentah kritikal dari rantau bukan konflik.

"Kami turut mencadangkan potongan cukai berganda untuk kos logistik berkaitan krisis serta akses subsidi diesel industri bersasar bagi memastikan operasi kilang dan pekerjaan tempatan terpelihara," katanya.

Tak cukup bersedia 

Sementara itu, Presiden Persatuan SME Malaysia (SME Malaysia), Dr Chin Chee Seong, turut bersependapat dengan menyatakan sebahagian besar PKS tempatan masih belum bersedia menghadapi gangguan rantaian bekalan berpanjangan.

"Secara terus terang, kebanyakan PKS tempatan tidak cukup bersedia sekiranya keadaan bertambah buruk pada Jun dan Julai. Mereka beroperasi dengan aliran tunai ketat, kitaran inventori pendek dan modal kerja terhad.

"Tidak seperti syarikat besar, PKS tidak mempunyai kapasiti kewangan untuk menyimpan stok bahan mentah dalam jumlah besar, menyerap kenaikan kos penghantaran berpanjangan atau menanggung kelewatan bekalan yang lama," katanya.

Chee Seong berkata, tinjauan pada April 2026 menunjukkan 76 peratus PKS mengakui kenaikan harga bahan api memberi kesan besar kepada operasi, manakala lebih 80 peratus berdepan peningkatan kos dua digit dengan sebahagiannya melebihi 20 peratus.

Beliau berkata, sekitar 45 peratus PKS menjangkakan masalah aliran tunai serius, manakala 33 peratus menjangka perniagaan menjadi perlahan.

"Isu utama kini bukan lagi sekadar kenaikan kos, tetapi kelangsungan aliran tunai. Jika gangguan berpanjangan terus berlaku, banyak PKS akan bergelut bukan kerana kekurangan permintaan, tetapi kerana mereka tidak lagi mempunyai kecairan mencukupi untuk terus beroperasi," katanya.

Menurutnya, jika keadaan itu berterusan sehingga Jun dan Julai, risiko penutupan sementara, pengurangan pengeluaran, pengurangan waktu kerja, pembekuan pengambilan pekerja dan pengecilan operasi akan meningkat dengan ketara.


1 JUTA AHLI PKR BERTANYA ?


JAWAPAN 1 JUTA

AHLI PKR NAK  TAHU

IALAH: MANA  ILANG

NURUL BIN IZZAH?

KHALAS

BERITA BAIK UNTUK MENGHASUT


PERANG

 BERTERUSAN

ADALAH BAIK

AMIN

HARGA MINYAK

TERUS NAIK

AMIN

RAKYAT NAIK

MINYAK 

MUDAH UNTUK

DI HASUT

KHALAS 



Harga minyak meningkat selepas Israel mara lebih jauh ke Lubnan


BEIJING: Harga minyak meningkat lebih dua peratus pada awal dagangan hari ini selepas Israel mengarahkan tenteranya mara lebih jauh ke dalam Lubnan dalam pertempuran menentang Hezbollah yang disokong Iran, walaupun gencatan senjata diumumkan lebih enam minggu lalu.

Niaga hadapan minyak mentah AS meningkat AS$2.37 atau 2.71 peratus kepada AS$89.73 setong setakat 0028 GMT.

Niaga hadapan Brent pula naik AS$2.16 atau 2.37 peratus kepada AS$93.28 setong.

Peningkatan konflik itu, yang berlaku sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) menjadi tuan rumah rundingan damai Israel-Lubnan di Washington pada Jumaat lalu, mengurangkan harapan bahawa AS dan Iran akan segera mengumumkan lanjutan perjanjian gencatan senjata mereka.

Harapan terhadap lanjutan gencatan senjata itu sebelum ini menyebabkan harga minyak mentah Brent dan West Texas Intermediate (WTI) masing-masing ditutup rendah sebanyak 1.8 peratus dan 1.7 peratus pada Jumaat.

Konflik Israel-Lubnan merupakan kesan limpahan terbesar daripada perang Iran.

Konflik itu bermula pada 2 Mac apabila Hezbollah melancarkan roket dan dron merentasi sempadan Israel sebagai tanda sokongan kepada sekutunya, Iran.

Kedua-dua pihak mencapai gencatan senjata pada pertengahan April, namun serangan balas masih berterusan.

Presiden AS, Donald Trump, berkata pada Jumaat bahawa beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi mengenai cadangan perjanjian untuk melanjutkan gencatan senjata dengan Iran yang diumumkan pada awal April.

Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak masa kepada perunding untuk mencari penyelesaian kekal kepada konflik terbabit serta isu utama berkaitan program nuklear Iran.

Israel dijangka memainkan peranan penting dalam sebarang perjanjian sedemikian, manakala Iran berulang kali menegaskan bahawa Hezbollah juga perlu dilibatkan dalam rundingan.

Pada masa sama, kebimbangan semakin meningkat mengenai kewujudan periuk api laut di Selat Hormuz, laluan utama penghantaran minyak dan gas dunia, menurut penganalisis IG, Tony Sycamore.

Beliau berkata, situasi itu boleh melambatkan proses pembukaan semula selat berkenaan dan menyebabkan kelegaan kepada pasaran minyak mengambil masa yang lebih lama walaupun laluan itu dibuka semula.

"Walaupun perjanjian dicapai, ia tidak akan menyebabkan lambakan bekalan minyak secara mendadak," kata Sycamore.

Seorang wartawan Axios melaporkan di platform X pada Jumaat bahawa Iran meletakkan lebih banyak periuk api di selat itu pada awal minggu lalu, tidak lama selepas Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, menyatakan bahawa sebarang cubaan menambah periuk api akan dianggap sebagai pelanggaran gencatan senjata.

Selat Hormuz mengendalikan kira-kira satu perlima aliran minyak dan gas global, dan Iran secara efektif telah menutup laluan itu sejak konflik bermula berikutan serangan AS dan Israel pada Februari.

Kebimbangan terhadap gangguan bekalan mengatasi kesan data ekonomi China yang lemah pada hujung minggu lalu, menunjukkan aktiviti sektor pembuatan semakin perlahan.

Perkembangan itu menambah kebimbangan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu sedang kehilangan momentum, dibebani oleh penyusutan eksport dan tekanan kos yang berterusan.-Reuters

TUTUP JUDI DI GENTING !!!


JADIKAN

TUTUP  JUDI

DI GENTING

AGENDA NASIONAL

KHALAS 


Unknown commented on
"HARGA MINYAK MAKAN ?"

tol lebuhraya kembali kepada rakyat...
tol ke genting siapa dapat manfaat..

undi DAPig dapat Tol

kah kah kah

MINYAK DARI PLASTIK ?


MINYAK DARI

PLASTIK ?

KHALAS 


Unknown commented on 
"HARGA MINYAK MAKAN ?"

Plastik boleh dibikin petrol dan disel. Plastik memang adalah petrol dan disel dalam bentuk bekas. Juga dinasihatkan jangan guna banyak pinggan cawan plastik kerana ia petrol dan disel, dicap diceluo warna dan diacu. Minyak dari plastik kitar olah, dari tahun 70 sudah wujud.

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 1 JUN 2026

PERANG HARI KE 94

GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN


SELAT HORMUZ MASIH DI KAWAL OLEH IRAN
Iran telah beri amaran sapa ganggu gugat Selat Hormuz akan di bedil oleh soldadu Iran.

Amaran ini jelas. Hari ini Selat Hormuz akan menjadi punca  DANA NEGARA UNTUK IRAN. Sapa nak lalu kena tol – jeng jeng jeng.

HARGA MINYAK DUNIA
Masih di tahap tinggi – 100 dolar satu tong. Kalau  3 bulan lagi keadaan tidak berubah maka ekonomi dunia akan meleset.

Banyak kilang akan di tutup. Dunia jadi huru hara.

Jika PERANG DUNIA PECAH ini  BAIK SEKALI – Kita boleh ubah sistem yang wujud hari ini.  Negara boleh berubah -  sempadan baru akan muncul. Amin.

MINYAK KERETA DARI MINYAK SAWIT ?
Wow – ini menarik – apakah harga  minyak untuk masak akan naik kerana semua dihantar ke kilang untuk jadi minyak kereta ? jeng jeng jeng

PRU BILA ?
Makin menarik -  jika Najib bebas sebelum PRU16 adakah akan membantu UMNO ?

Ini pasti sedang di fikirkan oleh ... oleh sapa?... Jeng  jeng jeng...

NURUL BIN IZZAH
KEMANA ILANG ? Kenapa tak bersuara?

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Kemarin hujan petang. Matahari belum keluar. Langit  berawan putih. KL & KL Sentral berkabus agak tebal.

Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi dan dalam belukar suara Tweet Tweet Tweet – tak tahu burung apa.

Dari jauh Siti dan keluarga dah berkejar. Mereka semua menunggu makan pagi. Pagi ini ramai datang. Puppy Itam yang takut itu dah berani masuk makan. Gua amat gumbira. Tiong juga turun makan.

Di hadapan Pokok Ara gua dengar suara Gagak – sedih mendayu dari  wilayah Kwantung -  bila Gagak bersuara bumi jadi sedih.

Semasa gua bersenam di Wakaf Tiga Murai berkicau – ha ha pagi jadi indah bila Murai  berkicau.

Balik di Wakaf Satu hanya Siti yang menunggu – yang lain lesap – pasti dah kenyang. Ha ha .. Tiong Laki Bini pun datang  sama makan dengan Siti. Buah dada Siti dah kelihatan - Siti  bukan lagi Anak Dara.

Ari ini akan panas – harapan gua.

 SENIN INI CUTI UMUM – HARI WESAK. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI  SENIN

Cari masa – bila hujan nak sampai dan angin bertiup kuat – perhatikan daun gugur. Nikmatilah keindahan alam kita.

BRO
LAKUkAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI