Isnin, 8 Disember 2008

UJAN UJAN DAN HUJAN



Malam tadi jam 4.00 pagi ujan turun lebat di kuala lumpur
Menutup tingkap kucing kesejukan
Jam 5.00 ujan masih turun lalu tidur
Jam 12.00 baru bangun – tiga ekor kucing di hujung kaki
Kucing kesejukan

Jam 2.33 petang ini – ujan masih tak henti

Macam mana orang di terengganu
Macam mana orang di kuala kerai
Macam mana orang d muar
Macam mana orang di langkawai
Orang degil di bukit antara bangsa apa cerita
Raya macam mana?

Masih kecil dulu diajar ada dewa bergaduh di langit
Maka ujan turun
Bila kilat datang itu tanda gajah bergaduh
Ilmu sains betul betul kokak abis semua mitos pecah
Tak ada magik dan mitos
Semua boleh dihurai
Lalu kita menjadi manusia moden

Ni ujan yang tak henti henti apa maknanya
Dewa sedang terkecing di atas langit
Terlalu banyak makan tapai
Atau dewa malam tadi pergi ke bar
Minum bira tak henti henti
Sekarang kencing tak putus putus

Atau dewa telah marah lalu tanah tanah runtuh
Air melimpah ruah
Sawah tenggelam sungai klang membuak

Di luar
Di bilik kesaorangan

Sms masuk mengucap selamat hari raya
Jemputan ke rumah
Semua tidak akan di layan
Kalau nak jemput antar tiket dan tambang
Kalau ucap sms baik tak usah





BAHAYA!!! NAJIB BIMBANG SEMANGATA KORBAN KIAN TERHAKIS - melayau

PEKAN 7 Dis. –Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kebimbangannya terhadap semangat untuk berkorban yang semakin terhakis di kalangan umat Islam pada masa ini.

Beliau berkata, sebahagian umat Islam kini semakin mementingkan kebendaan apabila segala yang dilakukan perlu dibayar dalam bentuk wang ringgit.

kah kah kah… mat mongol ni cakap hal korban…. kah kah kah…. bahaya woooi!! … bahaya….. jaga jaga …. jaga jaga…. dulu minah cun dari mongolia….. ni…. nak minta korban lagi…. kah kah kah…. bahawa woit…. bahaya…. kah kah kah




Ahad, 7 Disember 2008

SELAMAT HARI RAYA HAJI

Malam kelmarin saya ke pasar Chow Kit
Sibuk tapi tak sesibuk masa nak raya puasa
Yang banyak daun pucuk kelapa untuk ketupat
Warong durian jadi warong pucuk kelapa

Pasar ikan jual ayam
Ada daging kotak dan ada daging segar
Sapa tak kenal pasti kena tipu
Perhatikan lampu merah di warong jual daging
Nak jadikan daging hitam merah segar

Tahun ini tak pulang ke jelebu

Malam raya ini tak ada apa apa
uduk di bau bau cafe minum kopi dan sembang

Tahun ini tak pulang lagi ke Jelebu

Tidak ada lagi sauh di kampong
Rumah kampong sudah tutup
Dulu ada ayah yang hendak dilawati
Kali ini tak ada siapa lagi

Semua sendirian tak ada sapa
Ganjil – tapi inilah perjalanan hidup
Akhirnya kita sendirian

Esok seperti biasa – di rumah tepi kubur
Buat kopi dan buka internet
Esok seperti biasa – angkat talipon dan bersembang
Masak nasi goreng telor

Bila petang sampai
Apa nak buat bila pentang sampai
Entah – bila petang sampai apa nak buat
Dalam bandar nak raya ke mana?

Kalau esok hujan lagi tak seronok
Kalau esok hujan lagi tak senang
Kalau esok hujan orang di bukit antarabangsa susah hati
Kalau esok hujan aku kena pakai payong

Selamat hari raya
Jangan makan terlalu banyak daging
Jangan makan teralu banyak makan

Selamat hari raya sebelum musim susah sampai



GEMPAR !!!! OPERASI SAR DIHENTIKAN SEMENTAARA BERIKUTAN PERGERAKAN KUAT – berita hairan


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, dekat sini, dihentikan buat sementara sejak awal pagi ini berikutan pergerakan kuat dikesan berlaku di lereng bukit dan kawasan tanah runtuh pagi ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.


kah kah kah… kah kah kah…. bik mama berjogging pagi ini…. kah kah kah…



PROJEK MEMBODOH MELAYU !!! TERPUKAU SHAH RUKH KHAN BERPAKIAN BAJU MELAYU - mStar



MELAKA: Penampilan julung kali pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan, lengkap berpakaian baju Melayu hitam, bersongkok dan bersongket yang diikat dengan gaya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, membuatkan kira-kira 1,000 tetamu terpukau melihatnya pada sesi khas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada pelakon popular itu.

woit… hentikan laaa projek MEMBODOHKAN KAN MELAYU….dah 50 tahun melayu di bodoh bodoh kan … tak cukup cukup lagi ke….. dah ramai melayu bodoh…apalah TERPUKAU... terpukau apa?..... hentikalah… cukuplaaa…. bagi laaa otak melayu berfikir sikit…. dah lama bodoh… berita berita macam ini jadi candu yang bodohkan melayu….




BN PERLU MENANG DI KUALA TERENGGANU - melayau


SHAH ALAM 6 Dis. - Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari ini amat penting kepada Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan ia adalah sebuah parti yang diterima oleh rakyat.

Justeru Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengingatkan semua pemimpin parti komponen berkenaan supaya berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan BN mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

''Kita tidak mahu kekalahan di Permatang Pauh berulang di Kuala Terengganu kerana ia akan memberi peluang kepada pembangkang untuk menyebarkan dakyah mereka bahawa kerajaan BN ditolak oleh rakyat,'' katanya.


kah kah kah….munkee botox mana lama ilang?..... kah kah kah…. berapa juta dah belanja? … boleh menang ke…kah kah kah…. drebar keereta yang dapat 200 hektar tu cam man?.... sehat?...kah kah kah….

kah kah kah… DAKYAH BN DI TOLAK RAKYAT ?..... kah kah kah… woit buta ke mata…..memang sudah di tolak rakyat….tak kan lupa … tak kan tak sedar…. kah kah kah…

kah kah kah… di KUALA TERANGGANU NANTI RAKYAT BUKAN TOLAK TAPI RAYAT BAGI PENYAPU …. kah kah kah