Selasa, 14 Julai 2009
MANEK URAI LAGI !
PANDANGAN ORANG ORANG BIASA
‘Gapo nak royak…. Tok peraih pun tak leh meneg… guanalaa gayonya’.
‘Teruk umno ni…dah enam kali kalah… kawe tak ada apa nak cakap’.
‘Nampaknya orang ada diploma pun tak dapat mengalahkan pembeli ikan…’
‘ Natang bewok..’
‘Ambo dah royak… Najeet tak leh gi..’
‘ Tu laaaa mu… dah tak do jembate..’
‘ Ijazah dari universiti tidak memberi apa kelebihan…berbanding dengan sokongan parti..’
‘ Phd ke… ape ke… mu sok mo rasuah…anak bini mu make tok abih..’
( Dipungut dari warong-warong di Manek Urai)
SEBELUM TENGAH MALAM
Manek Urai masih sibuk.
Kegembiraan dimana-mana sahaja.
Yang sedang merayakan kemenangan di sana sekarang diantaranya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa; ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagi merayakan kemenangan Mohd Fauzi.
Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN kah kah kah...sudah blah jumpa Firaun.
KEPUTUSAN - BN BERJAYA
BARISAN NASIONAL BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEKALAHAN
Calon Pas Mohd Fauzi mendapat 5348 undi.
Calon Bn Tuan Aziz mendapat 5283.
Barisan Nasional BERJAYA SEKALI LAGI mempertahankan kekalahan sebanyak 65 undi.
Kapal terbang Najib tak jadi pusing balik.
SERATUS EMPAT HARI KEMUDIAN NAJIB MELARIKAN DIRI
SATELAH 104 HARI SEMUANYA LOHE DAN BOCOR
Di Manek Urai United Malays National Organisation telah berjaya mempertahankan kekalahan mereka.
Justeru, Najib telah menghilangkan diri. Dia tidak kelihatan dimana-mana.
Ini satu rekod.
Muhyiddin ditahap-tahap akhir telah membuat perangkap dengan janji membuat jembatan. Ini menjadikan seluruh warga Manek Urai dan seluruh rakyat Kelantan telah marah.
Mengikut pemerhati politik : Muhyiddin sengaja melakukan ini untuk memastikan kekalahan partinya. Kerana melalui kempen ancaman dan ugutan ‘jembatan’ ini tidak pernah berlaku dalam apa-apa kempen sebelumnya.
Janji selalu dilafazkan tetapi tidak pernah bersandarkan ugutan. Muhyiddin adalah politikus pertama berbuat demikian.
Suara-suara telah mula kedengran mengatakan bahawa ‘ugutan’ ini sengaja dilakukan untuk memastikan kekalahan dan sekali gus menikam 100 hari Najib.
UMNO MASIH DAPAT MEMPERTAHAN KEKALAHAN
MANEK URAI - ENAM KOSONG
Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.(TT)
MANEK URAI - JAM 4.50 PETANG - TERKINI
TERBARU !!!
Penyokong dan jentera BN sudah tidak kelihatan lagi.
Semenjak jam 3.00 petang kebanyakan bilik gerakan BN telh tutup.
Jumlah turun membuang undi ialah 85 peratus. Satu rekod.
Dari risikan awal calon Pakatan Rakyat akan menang dengan
majoriti 1700 undi. (TT)
TERKINI !!! MANEK URAI
AL-MALIKUL SEMBAB TELAH CELAH
Berita mula tersebar bahawa Al-Malikul Sembab telah
celah meninggalkan Manek Urai.
Dia katakan Al-Malikul telah celah dengan helikopter menuju
ke Kota Bahru.
Mungkin Al-Malikul berundur kerana ramai ahli Gerombolan datang minta
duit upah.
PERATUS PEGUNDIAN
Hingga ke saat ini hampir 75 peratus telah keluar mengudi.
Ini adalah satu rekod untuk pilihan raya kecil.
MAT REMPIT
Makin ramai Mat Rempit berkeliaran untuk
menyambut kejayaan gerombolan pada malam ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
