Gugur Muhyiddin: Najib belum selamat lagi? SHAH ALAM – Kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri didakwa masih belum 'selamat' lagi meskipun beliau sudah menggugurkan Muhyiddin Yassin dari Kabinetnya.
Demikian kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sambil menegaskan bahawa Najib hanya selamat jika beliau boleh memecat keahlian Muhyiddin dalam Umno seperti yang pernah dilakukan oleh Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim pada 1998.
“Adakah Najib sanggup menanggung risiko selepas ini? Muhyiddin ada kuasa dan keupayaan khususnya untuk berjumpa bahagian demi bahagian, cawangan demi cawangan terutamanya ketika musim pemilihan sekarang in
Dalam video bocor, Muhyiddin kata Najib mengaku RM2.6 bilion masuk akaunnya
Najib Razak mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya, kata bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya malam tadi, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.
“Saya tanya dia (Najib) daripada siapa? Dia tak sebut nama, tetapi dari Timur Tengah. Berapa banyak? Lepas itu dia kata, susah nak kata, dia kata ‘a lot, a lot’.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dalam-video-bocor-muhyiddin-kata-najib-mengaku-rm2.6-bilion-masuk-akaunnya#sthash.fTG4pZ3N.dpuf
Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini dibatalkan
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dijadualkan berlangsung Jumaat ini, yang menjadi spekulasi akan membuat keputusan berhubung status Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, dibatalkan.
Perkara itu dimaklumkan kepada ahli MT melalui satu surat bertarikh hari ini ditandatangani Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.
Alasan pembatalan mesyuarat itu bagaimanapun tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.
Selain itu, turut dibatalkan ialah majlis taklimat tertutup isu semasa oleh PresidenNajib Razak dan sambutan hari raya kepimpinan Umno yang dijadualkan pada tarikh sama.
Perkara itu bagaimanapun dimaklumkan dalam surat berasingan kepada pemimpin Umno peringkat Bahagian.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mesyuarat-majlis-tertinggi-umno-pada-jumaat-dibatalkan#sthash.DYFbw3Ld.dpuf
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market