Khamis, 22 Disember 2022
RASUAH SAMPAI KE LUBANG KUBUR
Terima rasuah urus jenazah, 3 kakitangan Hospital Kajang dipenjara sehari
TIGA pembantu perawatan kesihatan di Hospital Kajang dipenjara sehari dan denda masing-masing antara RM3,000 dan RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharum Hassim, 42, Muhd Azhar Nahar, 45, dan Mohd Nizam Noordin, 42, selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah bagi pertuduhan pilihan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 kepada Sharum manakala Azhar dan Nizam masing-masing didenda RM5,000.
Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki terbabit menjalani hukuman penjara tersebut bermula hari ini dan dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan pilihan, Sharum, Azhar dan Nizam yang merupakan pembantu perawatan kesihatan di Unit Forensik Hospital Kajang, masing-masing menerima wang berjumlah antara RM300 dan RM600 daripada Nur Azlan Azmi melalui akaun mereka tanpa sebarang balasan daripada Nur Azlan yang diketahui olehnya ada kaitan dengan tugas rasmi tertuduh iaitu bagi kerja-kerja pengurusan jenazah. – Bernama, 22 Disember, 2022.
WOIT
INI MALAYSIA
KES RASUAH
DARI PERDANA
MENTERI HINGGA
KE LUBANG
KUBUR
KAH KAH KAH
BERAT BERAT
AMAT BERAT
KAH KAH KAH
KHALAS
MAYAT BELUM DITEMUI
Hanya seorang murid SJKC Mun Choong belum ditemui
HANYA seorang murid Tahun 5 dari SJKC Mun Choong yang masih belum ditemui dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, U Chin Ong.
Beliau berkata 26 daripada 27 orang yang dikaitkan dengan sekolah berkenaan disahkan meningal dunia di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.
“Jika tidak silap jumlah keseluruhannya adalah 26 orang termasuk enam guru dan pekerja kantin yang bekerja di sekolah ini. Mangsa lain adalah kenalan kepada mereka semua.
“Setakat ini semua sudah ditemui kecuali seorang murid lelaki darjah lima. Sebenarnya kami merancang untuk membuat majlis memperingati mangsa tanah runtuh ini, namun disebabkan ada beberapa keluarga yang belum selesai proses pengebumian serta masih ada yang belum ditemui, jadi kita akan tunggu dulu.
“Sebab mereka ini (pengusaha kantin) juga adalah sebahagian dengan sekolah ini, jadi tak boleh sisihkan mereka. (Bila semua sudah selesai) kita akan buat majlis di sekolah ini sebagai kenangan guru-guru dan pengusaha kantin,” katanya memetik laporan The New Straits Times hari ini selepas menerima sumbangan RM50,000 daripada syarikat pembinaan Gadang Holdings Berhad di sekolah itu, hari ini.
Chin Ong berkata pihak sekolah tidak tahu berapa banyak yang telah didermakan oleh orang ramai atau perniagaan dan berkata Gadang Holdings turut memberi sejumlah besar sumbangan.
“Pihak sekolah juga ada membuka tabung sumbangan dan setakat ini respon yang diberikan sangat baik, selain sumbangan dari rakyat Malaysia kami juga menerima sumbangan dari Singapura,” katanya.
Chin Ong berkata pihak sekolah tidak membenarkan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengutip dana untuk ahli keluarga mangsa tetapi menyedari terdapat NGO yang mengumpul wang menggunakan nama sekolah.
Setakat 10.30 pagi hari ini empat lagi mayat ditemui oleh anggota penyelamat di tapak tanah runtuh Batang Kali, kata polis, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam bencana itu kepada 30 orang.
Pencarian, kini memasuki hari ketujuh, ditangguhkan kira-kira jam 10 malam semalam.
Seramai 94 orang dilaporkan berada di tapak perkhemahan berkenaan yang terletak berhampiran Genting Highlands, sebelum berlaku tanah runtuh sekitar jam 3 pagi pada 16 Disember.
61 orang telah diselamatkan. – 22 Disember, 2022.
TERIMA KASIH
YANG BERTUGAS
KHALAS
TEPUK DADA TANYA KOTE
TEPUK DADA
TANYA KOTE
KHALAS
Unknown commented on
"BERJUBO
KE TAK BERJUBO ?"
Najiba dikatakan jubo belakang Altantuya dalam SD seorang hamba Allah yang dah mati, yang tu masih dapat gelaran Bossku, sebaliknya Anwar terus diserang menerus sampai kini maksud apa sokongan orang KITA masih kepada wang ringgit bukan kepada kebenaran, bukan bukan setakat kuliah ceramah wayang kulit alim ular semuanya lakonan belaka, dalam hati boleh terima seorang perompak negara dari seorang yang didakwa peliwat, kah kah kah berapa lama lagi nak pakai plot, skrip yang sama? Tepuk kote tanya jubo nak mana? Depan atau belakang? Kah kah kah
AGAMA INI APA ?
AGAMA NI APA?
KHALAS
Unknown commented on
"KOLEJ KELIMA AKU SAMPAI"
Kalau mak hang masih ada..tenguk hang jadi mcm ni..agama ke laut..tentu dia menangis dan menyesal hantaq hang ke um dulu..lebih baik hang motong getah dulu...lagi pun dgn keputusan stp hang yg tak dapat sijil penuh tu...memang patutnya motong getah saja dikampung..entah2 hang jadi tok lebai sekarang..kah kah kah
BUKAN BALA TAPI MALAPETAKA PERBUATAN MANUSIA
BUKAN BALA
DARI ZEUS
TAPI MALAPETAKA
PEBUATAN MANUSIA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)




