Rabu, 21 Ogos 2024

PERANG NUKLEAR



Biden lulus strategi sulit 

nuklear fokus 

ancaman China -

 New York Times
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengemas kini strategi nuklearnya yang sangat sulit bagi menangani ancaman China yang semakin meningkat dan potensi kerjasamanya dengan Russia serta negara lain, lapor The New York Times, pada Selasa.

Kebiasaannya 'Nuclear Employment Guidance' disemak setiap empat tahun dan hanya boleh diakses sekumpulan pegawai pentadbiran terpilih kerana sifatnya yang sensitif.

Ahli Kongres juga tidak mempunyai akses penuh kepada garis panduan, yang memperincikan tindak balas AS sekiranya berlaku serangan nuklear.

Menurut The Times, rancangan strategi nuklear yang disemak pada Mac lalu, dilaporkan sudah diluluskan Presiden AS, Joe Biden.

Buat pertama kalinya, panduan yang disemak secara jelas menyebut strategi pencegahan untuk 'senjata nuklear China yang berkembang pesat', lapor The Times.

Dokumen itu juga menangani potensi serangan terkoordinasi membabitkan China, Russia, Korea Utara dan Iran.

Pada Jun lalu, Pengarah Kanan di Majlis Keselamatan Negara, Pranay Vaddi, memberitahu persidangan kawalan senjata, berdasarkan 'realiti era nuklear baharu', Biden memperluaskan dasar untuk menangani ancaman yang ditimbulkan oleh negara-negara ini.

"Dasar yang disemak menekankan keperluan untuk mengambil kira pertumbuhan dan kepelbagaian senjata nuklear China dan keperluan untuk menghalang Russia, China dan Korea Utara secara serentak," katanya.

Vaddi juga mendedahkan Washington sedang mempertimbangkan untuk mengembangkan senjatanya bagi menangani keupayaan serangan musuh.

"Ini akan menandakan perubahan ketara daripada era pasca Perang Dingin, apabila AS memulakan usaha diplomatik untuk mengurangkan simpanan nuklear global.

"Russia, China dan Korea Utara semuanya mengembangkan dan mempelbagaikan senjata nuklear mereka pada kadar yang sangat pantas tanpa menunjukkan sedikit atau tiada minat dalam kawalan senjata," katanya.

Sementara itu, Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, semakan 'Nuclear Employment Guidance' sama sekali bukan rahsia, bukan juga tindak balas kepada mana-mana entiti, negara atau ancaman tunggal'.

Keupayaan nuklear China mendapat perhatian daripada pembuat dasar dan penyelidik di seluruh dunia di mana Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm melaporkan China meningkatkan senjata nuklearnya sebanyak 90 kepala peledak, menjadikan jumlahnya 500 setakat Januari.

Laporan itu juga mengunjurkan jumlah peluru berpandu balistik antara benua China pada masa ini sekitar 238 yang boleh mengatasi 800 peluru berpandu AS atau 1,244 peluru berpandu Russia dalam dekad akan datang.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, berkata jualan senjata AS kepada Taiwan menjejaskan suasana politik untuk meneruskan perundingan kawalan senjata.

Isu itu turut dibangkitkan oleh calon presiden dari Republikan, Donald Trump ketika perbualan dengan Elon Musk di mana Trump menyatakan kebimbangan mengenai China mengejar keupayaan nuklear AS.

Ini bukan kali pertama kerjasama ketenteraan antara Beijing dan musuh AS yang lain membawa kepada perubahan dalam dasar pertahanan.

Pada Mei lalu, Pengarah Perisikan Pertahanan di Pentagon, Leftenan Jeneral Tentera Udara AS, Jeffrey Kruse, memberitahu Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat AS bahawa 'walaupun Russia dan China dalam pasukan tentera tidak boleh beroperasi, mereka pasti akan bekerjasama', mendorong angkatan tentera untuk mengkaji semula strategi mereka. -AGENSI

PERSEDIAAN

UNTUK PERANG

DUNIA KE 3

AMIN

PAKAI SENJATA

NUKLEAR

AMIN

KALAH JADI ABU

MENANG JADI 

ARANG

KHALAS

MALAPETKA IKLIM MULA SAMPAI


MALAPETAKA

IKLIM MULA SAMPAI

AMIN

ENJOI PAKAI DUIT TAKYAT


ENJOI DE MENJOI

PAKAI DUIT

RAKYAT

AMIN

Unknown commented on
 "PROJEK REMBAT DUIT RAKYAT DIGAGALKAN"

Kah kah kah selama ini atas nama mesyuarat, atas nama bengkel, atas nama workshop, semuanya enjoy menjoy duit kerajaan, latihan dalam perkhidmatan, latihan dalam bekerja, latihan ini latihan itu, makan minum hotel santai lawatan dalam lawatan luar kempen sini kempen sana semuanya ditanggung beres, ketua boleh lulus ketua bawa anak bini santai sama, semua diketahui umum, mungkin ada juga tapau lagi kah kah kah, sudah jadi budaya orang kita, memang selalu berlaku walaupun selepas madani atas nama, tetapi apa pun nak tanggung biawak biar biawak yang bekerja betul bukan biawak makan bangkai nak berak merata tempat lagi kah kah kah pedih tetapi hakikatnya betul kah kah kah

PROJEK JUAL TAKUT


KALI INI GENG

MADANON MANA

DAPAT PROJEK

JUAL TAKUT

AMIN

Unknown commented on
 "SAPA DAPAT PROJEK INI"

Berapa harga berapa komisen siapa supply siapa pembekal semuanya perlu diatur dahulu, jangan silap bagi geng musuh dalam selimut kah kah kah bagi geng sendiri cari makan kah kah kah

BUNUH


KES BUNUH


RABU 21 OGOS 2024
SETIAP  HARI KITA  
MEMBACA MEDIA
PASTI ADA  BERITA KES  BUNUH

MEDIA KITA TERUS  MELAPOR
ADA KENA TIKAM
ADA KENA POTONG
ADA KENA RACUN
ADA HILANG KEMUDIAN
DI  TEMUI MATI

ADA BUDAK KENA BUNUH
ADA  NENEK KENA TIKAM
ADA DATUK KENA CEKIK
ADA MAK MATI KENA BUNUH
ADA KEKASIH KENA BUNUH

APA  KAH KES BUNUH BERTAMBAH
ATAU SAMA SAJA
SEPERTI DULU DULU
KECUALI SEKARANG
ADA MEDAI SOSIAL
MAKA ADA LAPORAN
JENG JENG JENG

PROJEK REMBAT DUIT
RAKYAT KE BALI GAGAL
TERIMA KASIH SOSIAL MEDIA
DAN PORTAL MEDIA
BUKA CERITA DAN HEBOHKAN
AMIN

AMERIKA
PRESIDEN BIDEN BERIKRAR
AKAN TAMATKAN
PERANG GAZA

VIETNAM
RAMAI MURID TAK KE SEKOLAH
KERANA BANJIR 
DAN TANAH RUNTUH

AMERIKA
ELON MUSK
SEDIA KERJA DENGAN KERAJAAN
JIKA DI PELAWA

UK
TAHUN DEPAN WARGA UK
NAK MASUK KE  EROPAH
KENA BAYAR 7POUND
DUIT VISA

SEPANYOL
MARIA BRANYAS
SOSOK PALING LAMA
HIDUP DALAM DUNIA INI
SELAMA 117 TAHUN
MENINGGAL DUNIA
DI UTARA SEPANYOL
AL-FATIHAH

AMERIKA
KONVENTION PARTI DEMOKRAT
SEDANG BERJALAN DI CHICAGO
MASUK HARI KE TIGA
CLINTON LAKI BINI
OBAMA LAKI BINI
AKAN BERUCAP
SOKONG KAMALA
JADI PRESIDEN

QATAR
SU NEGARA AMERIKA
ANTHONY BLINKEN
MAHU GENCATAN SENJATA
SECEPAT MUNGKIN

HOKKIEN
PAGI INI BASAH LECAH
HUJAN MASIH BELUM PUAS TURUN
RINTIK RINTIK DI RASA ATAS TOPI
LECAH SANA SINI
MATA HARI TAK KELIHATAN
KL N KL SENTRAL CERAH
JEREBU DI BASUH HUJAN

DARI JAUH TERDENGAR
JANTAN BERKOKOK
DARI JAUH SUARA  MENYALAK
PADANG RUMPUT SENYAP
MUNGKIN KERANA BASAH

LANGIT PUCAT
MUNGKIN AKAN HUJAN LAGI
PETANG INI

BRO
SENYUM
SENYUM  HARI RABU

BRO
JIKA LU DAPAT
SURAT BERANTAI JANGAN LAYAN
BAKUL SAMPAHKAN

BRO
KALAU LU JATUH BASIKAL
KETIKA DENGAR RADIO
JANGAN BERITAHU ORANG
NANTI TAK DAPAT SIMPATI

BRO
JANGAN BUKA TELINGA
DENGAR  SUARA 
DARI PEMBESAR SUARA
DI PASAR RAYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Selasa, 20 Ogos 2024

INI CIRI ISLAM BUDAYA


INI CIRI

ISLAM BUDAYA

AMIN