Rabu, 23 Oktober 2024

ISLAM BUDAYA DAN KESEDARAN MELAYU



ISLAM BUDAYA

DAN

KESEDARAN MELAYU

AMIN

HAMAS TIDAK DAPAT DIKALAHKAN


HAMAS 

IALAH IDEA

AMIN

IDEA 

UNTUK BEBAS

 MERDEKA

AMIN

IDEA TIDAK AKAN

DAPAT DIKALAHKAN

TAMBAH PULA

DIBALUT DENGAN

SENJATA

KHALAS

MADANI GONE MENTAL



MADANI 

GONE MENTAL

AMEEN

BUKAK MULUT MOHONG LAGI


BUKAK MULUT

MOHONG LAGI

AMIN

JADIKAN KETUM HASIL PERTANIAN



Harga ketum bakal cecah RM180 sekilo


KANGAR: Selepas hampir dua tahun sepi, permintaan ketum di Thailand kembali rancak berikutan kerajaan negara gajah putih itu dikatakan dalam pro­ses melarang semula penanaman tumbuhan tersebut.

Jika kerajaan Thailand menguatkuasakan larangan bagi penanaman atau penjualan ketum, harga pasaran dijangka kembali mencecah sehingga RM180 sekilogram dengan aktiviti seludup juga bakal kembali aktif.

Selepas Thailand ‘menghalalkan’ ketum sebelum ini, aktiviti penyeludupan daun berkenaan di sempadan agak sepi malah harganya merundum sehingga RM8 sekilogram.

Ketika ini, harga ketum di Thailand mula meningkat antara RM30 hingga RM50.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, semasa peringkat awal kerajaan Thailand membenarkan tanaman ketum di negara itu, harga pasarannya telah merundum jatuh sehingga RM8 sekilogram malah aktiviti penyeludupan juga turut berkurangan.

Katanya, jika kerajaan Thailand kembali mengharamkan daun ketum, berkemungkinan harganya akan melonjak dan mendapat permintaan tinggi sekali gus menyebabkan penyeludup kembali beralih mengambil bekalan di negara ini.

“Malah, dalam kes kelmarin, kita berjaya merampas satu tan metrik ketum dianggarkan bernilai RM50,000 dirampas kedudukan 0.4 batu nautika ti­mur laut muara Kuala Sanglang

“Bot membawa ketum berke­naan dipercayai dari Thailand dan disyaki mengambil bekalan ketum di sekitar Kedah untuk diseludup ke negara jiran,” katanya di sini, semalam.

Pada Ogos 2021, Thailand memutuskan untuk mengeluarkan ketum dari senarai dadah yang berbahaya digunakan di negara berkenaan.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata, peruba­han tersebut menyaksikan orang awam boleh menggunakan atau menjual ketum secara sah di sisi undang-undang.

Susulan itu, harga ketum Ma­laysia di Thailand yang pernah mencecah RM180 sekilogram turun mendadak sehingga RM30 ke RM20 sekilogram susulan polisi negara jiran itu.
 
Penurunan harga sehingga 200 peratus itu turut menyaksikan aktiviti penyeludupan daun berkenaan di sempadan di nege­ri ini semakin berkurangan sehingga 50 peratus dengan tumpuan jualan daun dan air ketum lebih berfokus kepada pasaran domestik.

Dalam pada itu, Mohd. Ha­shim berkata, rampasan terbesar ketum di negeri ini pernah direkodkan pada 2022 melibatkan 8.3 tan metrik dengan anggaran nilai RM1.8 juta.

“Kita akan meneruskan mela­kukan pemantauan berterusan selepas ini bagi memastikan ke­giatan penyeludupan ketum tidak berleluasa dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya. – UTUSAN

MASA DAH SAMPAI

JADIKAN KETUM

HASIL PERTANIAN

AMIN

KETUM MALAYA

TERBAIK DIDUNIA

AMIN

KENAPA  BODOH

JENAYAHKAN 

TANAMAN ASLI

BUMI KITA

AMIN

KHALAS

RON95 NAIK - HARGA BARANG IKUT NAIK


BILA RON95

NAIK HARGA

BARANG AKAN

JADI NAIK HARGA

AMIN




KUALA LUMPUR: Bagaimana harga barangan akan turun selagi isu penurunan nilai mata wang masih tidak diselesaikan?

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetori Malaysia, Prof. Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tidak dinafikan perkara tersebut akan berlaku bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada masa akan datang.

“Satu daripada puncanya ialah polisi kerajaan dalam rasionalisasi petrol RON95 dan juga kenaikan gaji minimum tetapi ia bukan merangkumi keseluruhan kepada permasalahan tersebut.

“Ini kerana realitinya ialah masalah penurunan nilai matawang itu sendiri yang secara keseluruhannya menyumbang kepada kenaikan pelbagai barangan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Menurut beliau, kenaikan barangan yang dijangka berlaku pada tahun hadapan tidak akan berlaku secara ketara.

Tambahnya, ini kerana kerajaan masih mengenakan kawalan harga terhadap sesetengah barangan dan perkhidmatan asas itu sendiri.

“Lagipun, kadar inflasi semasa adalah 1.9 peratus yang sememangnya jauh daripada kadar purata inflasi iaitu sebanyak tiga peratus. 

“Sebenarnya inflasi telah wujud sepanjang zaman yang mana ianya terikat dengan hukum banyak permintaan daripada penawaran yang turut dikenali sebagai ‘pull factor’.

“Namun begitu, pada masa ini inflasi adalah berpunca daripada para industri hutang walaupun dilabel ‘Islamik’ yang mana mereka mencipta wang melalui pemberian apa jua pinjaman atau pembiayaan kepada rakyat.

“Apabila semakin banyaknya wang yang dicipta beredar di pasaran maka penurunan nilai mata wang dijamin akan berlaku dan ini yang menyumbang kepada kenaikan harga barangan.

“Kesannya, ramai peniaga terpaksa menaikkan harga barangan atau perkhidmatannya semata-mata untuk membayar bebanan pinjaman atau pembiayaan yang diambil,” ujarnya.

Sehubungan itu, Razman menyatakan bahawa kenaikan harga barangan yang berlaku pada hari ini adalah lebih kepada bersifat ‘artificial’ (dicipta) dan bukan semata-mata hukum semula jadi berbentuk penawaran dan permintaan (supply and demand).

Tambah beliau, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah kenaikan harga barangan itu sendiri.

“Jadi, apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah selagi reformasi sistem kewangan ini masih tidak dilakukan, maka masalah ekonomi rakyat akan terus berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/10/2024