Jumaat, 2 Mei 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI
JUMAAT 2 MEI 2025
HARI BURUH SELESAI
HARI RAYA TAMAT
NAK TUNGGU RAYA AJI
JOKOWI BERDOA
Ada gambar gua lihat Jokowi bekas Presiden Indonesia berdoa. Gambar tak penuh – apakah dia berdoa  dihadapan  mayat Pope  Francis? Tapi ada Nitezen Malaysia kutuk apa yang di lakukan oleh Jokowi – berdoa untuk Pope.

Maka warga Indonesia naik marah lalu tayang gambar Anwar Blackrock main bontot. Kah kah kah. Hebat juga  netizen Indon ini. Mereka buntuti apa yang berlaku di Malaysia. Kah kah kah.

Untuk gua dari mazhab Islam Budaya lu nak doa pada sapa pun lu punya pasal. Itu hak lu. Pada yang Islam ke  - pada yang Kristian ke – pada yang tak caya tuhan ke .. itu lu  punya pasal...untuk gua hanya hadiah Fatihah  - itu pun sudah menghormati yang WAFAT.

AMBALAT
Apa cerita? Gua nampak di YouTube ada tembak menembak di perairan Ambalat. Ingatan gua wilayah ini dah selesai tapi pasai apa masih gaduh!!! Jeng jeng jeng.

Apa yang pelik di Malaysia gua tak nampak pulak media kita  lapor berita ini – apakah Mat Indon buat  BERITA PALSU – nak kacau Anwar BlackRock kah kah kah.

AMERIKA
Setiausaha Pertahanan Amerika  Mike Waltz letak jawatan. Ini kes  dia tersilap masuk kan seorang wartawan dalam kumpulan Sembang Internet ketika bincang hal nak serang Yaman. Trump tak buang dia. Jadikan Mamat ni wakil Amerika ke PBB.

ANGKASA LEPAS
Minggu depan satu roket akan jatuh ke bumi tanpa kawalan. Ini roket lama zaman Soviet Rusia. Dah lama bertapak di Venus semanjak tahun 70’an. Roket lebih satu tan ini belum di ketahui arah mana akan gugur.

SYRIA
Geng Islam bunuh lebih dari 100 warga Syria. Geng Islam makin gila di Syria.

UK
Kemarin paling panas 30 darjah Celsius. Wow – tak lama lagi boleh tanam petai di London.

SINGAPURA
PRU – undi esok – Ada 53 orang calon wanita. Parti kerajaan akan menang lagi. Tak turun jalan raya tak menang pilihan raya.

UK
Pilihan raya kerajaan tempatan juga akan berjalan  sekarang. Parti baru REFORM UK – makin maju ini kerana parti ini turun jalan raya. Turun jalan raya pasti menang pilihan raya.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya enak. KL & KL sentral berjerebu. Kemarin tak hujan. Langit Biru muda.

Pagi ini TIDAK ada suara Warga Asal. Jadi gua dengar  Murai, Tekukur dan Nyiap Nyiap Nyiap. Juga dari jauh suara Keng Keng.

Di Udara sayu sayu bunyi pesawat melintas  dalam perjalanan ke KLIA.

Ha ha .. Tak Tak jupa kawan – Jantan Muda – tak menyalak mungkin kerana dia seorang. Merak bergurau. Gua terpaksa datang tarik Tak Tak untuk ajak pulang.

Ketika gua mengetik ini – di luar balkoni – dalam hutan depan Le Chateau Jantan berkokok tak henti henti Aduh ! Indahnya pagi ini.

Hari ini akan panas. Jika petang hujan malam sejuk nyaman. Amin.

BRO 
SENYUM
SENYUM DI PAGI JUMAAT

Gulai belimbing ikan keli
Nasi panas atas dapur
Netizen Malaysia kutuk Jokowi
Netizen Indon tayang klip berjubo

Kaki lutut banyak berkudis
Bubuh ubat angin bertiup
Wayang bontot tidak akan habis
Klip tersimpan dalam YouTube

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT

Khamis, 1 Mei 2025

NETIZEN INDON MARAH KERANA ADA NETZEN MALAYSIA HINA JOKOWI BERDOA UNTUK ARWAH POPE FRANCIS



KLIP MONTOT

MUNCUL KERANA

NETIZEN INDON

MARAH ADA

NETZEN MALAYSIA

HINA JOKOWI

BERDOA UNTUK

ARWAH 

POPE FRANCIS

AMIN

Unknown commented on
 "BAHAYA ISAP KOTE"

hisap kote untuk dapat projek pun ada bahalol.. jangan cepat stim mudah pancut.. menjerit reformasi belum tentu orang baik.. kah kah kah

jangan pajak jubor commented on
 "AMBALAT BERTEMBAK ?"

kesian dengan orang yang masih menyokong bapak munafik.. kah kah kah

Unknown commented on 
"KLIP MAIN MONTOT TERSEBAR DI INDONESIA"

nasib baik bekas PM.. fuh lega... kah kah kah

Unknown commented on
 "KLIP MAIN MONTOT TERSEBAR DI INDONESIA"

bapak malu gila... mana nak letak muka... bangsat betul yang undi dia.. babi

HOUTHI TERUS MENYERANG


HOUTHI TERUS 

MENYERANG

ZIONIS BLACKROCK

AMIN

TABIK HORMAT PADA ANAK MUDA KAPIR


TABIK HORMAT

PADA ANAK MUDA

KAPIR YANG BERANI

AMIN

BILA ANAK 

MUDA ISLAM

NAK TANYA 

ANWAR BLACKROCK

KENAPA

MALAYSIA JUAL

LAPANGAN TERBANG

PADA ZIONIS YAHUDI

AMIN

KAUM BURUH BERSATULAH


‘Kapitalisme tak berpihak pada kita’ - 64 pertubuhan kemuka 51 tuntutan
Lebih 60 pertubuhan bersatu sempena Hari Buruh dan mengemukakan 51 tuntutan merantasi 11 kategori kepada kerajaan.

Antara tuntutan tersebut ialah gaji minimum RM2,000, pendapatan asas sejagat dan skim pencen.

“Para pekerja sekalian, kita perlu sedar bahawa sistem kapitalis ini tidak berpihak kepada kita.

“Sistem ini mengumpul kekayaan dalam tangan golongan kapitalis dan elit dengan mengorbankan kesejahteraan rakyat jelata, keamanan negara dan dunia, kelestarian alam sekitar dan lain-lain,” kata mereka dalam kenyataan.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut turut menggesa penggubalan Akta Pekerja Gig, peluasan Sistem Insurans Pekerjaan dan pengiktirafan lebih baik terhadap kesatuan sekerja.

Mereka juga menuntut agar kerajaan menghapuskan sistem kerja kontrak dan melaksanakan lebih banyak skim pekerjaan untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Bagi kategori kesihatan, mereka menggesa kerajaan meningkatkan belanjawan tahunan negara untuk sektor itu kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Kerajaan harus menumpukan usahameningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dengan cara seperti membina lebih banyak hospital kerajaan dengan kemudahan lengkap di bandar-bandar utama, menambah bilangan kakitangan, mewujudkan struktur gaji yang setimpal dan keadaan kerja yang lebih baik untuk semua kakitangan agar mereka dapat terus berkhidmat dengan bersemangat, dan sebagainya,” menurut mereka.

Mereka turut menyeru kerajaan agar menghentikan peluasan sektor kesihatan swasta dengan membekukan pembinaan hospital swasta yang berorientasikan keuntungan.

Mengenai isu perumahan, mereka menuntut agar pengusiran paksa dihentikan dan perumahan alternatif disediakan sebelum sebarang pemindahan dilakukan.

Mereka turut menggesa penggubalan Akta Skim Perumahan Ladang.

Berkenaan hak asasi manusia, mereka mendesak kerajaan menggubal Akta Kesamarataan Gender dan memansuhkan mana-mana undang-undang serta dasar yang menyokong diskriminasi jantina.

Kategori lain

Di bawah kategori alam sekitar, mereka menuntut agar kerajaan mengisytiharkan darurat iklim dan mempercepatkan pelan adaptasi nasional.

“(Kerajaan perlu memberikan) Peruntukan untuk tingkatkan kemudahan dan kapasiti dalam kalangan masyarakat, terutama untuk komuniti terpinggir, agar bersedia menghadapi ancaman kesan krisis iklim seperti kenaikan paras laut, banjir, kemarau, gelombang haba dan lain-lain.”

Selain itu, mereka menggesa kerajaan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon dengan menyifatkannya sebagai "solusi iklim yang palsu" kerana ia tidak berkesan dalam mengurangkan pelepasan karbon dan turut menafikan hak tanah komuniti tempatan.

Mereka turut menyatakan bahawa petani tempatan perlu diberikan geran tanah sebagai sebahagian usaha mewujudkan keterjaminan makanan negara yang mampan.

Kenyataan tersebut juga menyentuh isu kecerdasan buatan (AI), dengan menyatakan penggunaannya mestilah dilakukan secara beretika.

“Kerajaan perlu menjamin hasil kerja dan hak cipta tidak disalah guna oleh teknologi AI.

“Suatu pindaan dalam akta berkenaan hak cipta perlu wujud untuk membela nasib para karyawan sekiranya syarikat AI tempatan dan global disyaki menggunakan karya mereka tanpa persetujuan sebagai data latihan algoritma Large Learning Machine (LLM) dan sebagainya,” kata mereka.

Kata mereka lagi, gaji yang setimpal perlu disediakan untuk pekerjaan yang sukar diautomasi dan penting untuk pembangunan negara, seperti kerja berkaitan alam sekitar, pertanian, kerja sosial, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur kesihatan.

Antara organisasi yang terlibat ialah Parti Sosialis Malaysia, pelbagai organisasi mahasiswa dari universiti tempatan, kumpulan alam sekitar, kumpulan wanita, dan kumpulan pekerja.

KAUM BURUH

BERSATULAH

AMIN

LAWAN KAPITALIS

LAWAN ZIONIS

AMIN

DIRIKAN NEGARA

SOSIALIS BARU

AMIN

KHALAS

PENDATANG HARAM DARI NIGERIA

 



Lelaki warga Nigeria didakwa gigit sebahagian cuping telinga polis hingga putus

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dengan menggigit sebahagian cuping telinganya hingga putus.

Tertuduh Okenyehhike Kelvin Obianke, 38, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret S. Mageswary.

“Saya tidak sengaja, saya mengaku tidak bersalah,” katanya.

Lelaki Nigeria dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menggigit telinga kiri seorang anggota polis sehingga terputus sebahagian ketika dibawa oleh anggota polis ke Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 APRIL 2025.Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga penuntut sebuah kolej itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap Koperal Danierul Azraq Ahmad Khair, 36, di bahagian telinga kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah premis di Metro Prima, Kepong di sini pukul 10.10 pagi pada 25 April lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkannya diikat jamin dan menetapkan 10 Jun ini bagi sebutan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Okenyehhike turut mengaku tidak atas pertuduhan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih lim tahun atau kedua-duanya dan tidak lebih enam sebatan jika sabit kesalahan.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis Benzo (Nimetazepam) ke dalam badan sendiri di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 3 pagi pada 26 April lalu.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan itu, yang mana sekiranya dia disabitkan kesalahan, tertuduh itu boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Majistret Atiqah Mohamed kemudian menetapkan 23 Julai ini bagi sebutan semula kes.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Mohamad Poad dan Nurainizatul Farhana Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Minggu lalu media melaporkan seorang anggota polis MPV putus sebahagian telinga kiri selepas digigit lelaki warga Nigeria yang bertindak agresif ketika ditahan di Jalan Kepong, Metro Prima di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.03 pagi ketika koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu cuba membantu menahan suspek yang mengganggu sebuah klinik.

Bagaimanapun sewaktu anggota polis cuba memasukkan suspek ke dalam MPV melalui pintu belakang, warga asing itu yang dalam keadaan bergari secara tiba-tiba menggigit telinga kiri mangsa hingga putus sebahagian.

Berikutan itu, anggota polis terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, manakala suspek berjaya ditahan di tempat kejadian. –

PENDATANG HARAM

DARI NEGERIA

DARI CHINA MERAH

ADALAH MASALAH

MASA DEPAN 

NEGARA

AMIN

MEREKA AKAN

BERKUMPUL BUAT

GENG

BUKA NIAGA

DADAH DAN LENDIR

AMIN

MEREKA MERASUAH

POLIS KASTAM

IMIGRISEN

PEGAWAI KERAJAAN

DAN POLITIKUS

AMIN

MEREKA AKAN

BELI SENJATA

SEPERTI 

TERJADI PADA

HAITI DAN NEGARA

LATIN AMERIKA

AMIN

KHALAS