Sabtu, 21 November 2026
APAKAH ZIONIS ISRAEL MAHU DUNIA AMAN ?
APAKAH SESUDAH
PERTEMUAN INI
DUNIA JADI AMAN?
AMIN
APAKAH ISRAEL
BENARKAN INI
BERLAKU ?
AMIN
BUKAN CAKAP TAPI BUAT
PERKARA INI
SEMUA ORANG
TAHU
AMIN
YANG PENTING
BUKAN CAKAP
TAPI BUAT
AMIN
Kepastian undang-undang kunci keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman - Ketua Hakim Negara
KUALA LUMPUR: Kepastian undang-undang penting dalam memelihara keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman bagi memastikan mereka boleh bergantung kepada peruntukan undang-undang ketika berdepan isu perundangan dan membuat keputusan, kata Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Beliau berkata, perkara itu penting kerana setiap individu yang hadir ke mahkamah Malaysia, memerlukan kejelasan mutlak tentang apa yang ditetapkan oleh undang-undang dan sama ada mereka boleh bergantung kepadanya.
"Apabila sesuatu undang-undang itu jelas, orang ramai boleh merancang dengan penuh keyakinan... jika tidak, mereka akan teragak-agak, terpaksa melalui proses litigasi dan hilang kepercayaan.
"Peraturan yang tidak diketahui sebelumnya tidak boleh digunakan dengan adil selepas itu.. kepastian bukan sekadar satu kemudahan dalam sistem perundangan sebaliknya ia adalah syarat untuk memperoleh keadilan... ia juga syarat untuk mendapatkan kepercayaan," katanya.
RAKYAT NAK ALAMI KERAJAAN PAS DAN UMNO
RAKYAT NAK
ALAMI KERAJAAN
PAS DAN UMNO
AMIN
NAK BANDING
DENGAN KERAJAAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
PN anggap BN rakan kongsi ideal berdasarkan pengalaman PRN - Saifuddin
KUANTAN: Barisan Nasional (BN) dilihat rakan kongsi paling sesuai bagi Perikatan Nasional (PN), berdasarkan kejayaan kerjasama gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan PRN Melaka.
Setiausaha Agung WAWASAN, Saifuddin Abdullah berkata, kerjasama digelar sebagai 'Gelombang Biru' itu dilihat semakin mendapat sambutan, khususnya pada kedua-dua PRN berkenaan.
"Terdapat dua peringkat kerjasama. Pertama membabitkan rakan komponen dalam gabungan PN sendiri, manakala peringkat kedua merangkumi kerjasama politik dengan mana-mana parti yang dirasakan sesuai bagi membantu gabungan ini membentuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
"Berdasarkan pengalaman kita di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, BN buat masa ini adalah rakan kongsi yang paling sesuai," katanya selepas membentangkan Kad Laporan Kawasan Parlimen beliau bagi tempoh 2022–2026, di sini, hari ini.



