Sabtu, 21 November 2026

BUKAN CAKAP TAPI BUAT


PERKARA INI

SEMUA ORANG

TAHU

AMIN

YANG PENTING

BUKAN CAKAP

TAPI BUAT

AMIN





Kepastian undang-undang kunci keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman - Ketua Hakim Negara


KUALA LUMPUR: Kepastian undang-undang penting dalam memelihara keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman bagi memastikan mereka boleh bergantung kepada peruntukan undang-undang ketika berdepan isu perundangan dan membuat keputusan, kata Ketua Hakim Negara,  Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana setiap individu yang hadir ke mahkamah Malaysia, memerlukan kejelasan mutlak tentang apa yang ditetapkan oleh undang-undang dan sama ada mereka boleh bergantung kepadanya.

"Apabila sesuatu undang-undang itu jelas, orang ramai boleh merancang dengan penuh keyakinan... jika tidak, mereka akan teragak-agak, terpaksa melalui proses litigasi dan hilang kepercayaan.

"Peraturan yang tidak diketahui sebelumnya tidak boleh digunakan dengan adil selepas itu.. kepastian bukan sekadar satu kemudahan dalam sistem perundangan sebaliknya ia adalah syarat untuk memperoleh keadilan... ia juga syarat untuk mendapatkan kepercayaan," katanya.

Tiada ulasan: