Isnin, 8 September 2008

BERITA SEDIH - DISERANG HARIMAU KETIKA AMBIL PETAI – Berita Hairan


KUANTAN: Seorang daripada dua sahabat parah diserang harimau kumbang ketika mahu mengambil petai di Kampung Bukit Batu, Panching dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 11 pagi itu, Mohd Zani Wahab, 42, dan rakannya, Abdul Razak Abdul Halim, 49, bernasib baik kerana harimau berkenaan tidak terus mengganas, sebaliknya melarikan diri selepas menyerang Abdul Razak.

Abdul Razak dari Batu 12 Jalan Gambang cedera parah di bahagian tapak tangan kanan, beberapa bahagian di lengan kiri akibat digigit dan dicakar.


Jangan ketawa .....ini berita sedih. Sebagai pemakan petai yang tegar berita ini cukup menyedihkan.

Saya takut harga petai di pasar chow kitt akan melambung naik.

Saya hairan semenjak bila pula harimau berminat makan petai?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mungkin sejak pak lah warning suroh kita smua ubah gaya hidop..rimau pon nak ubah, tak makan daging dah..

Tanpa Nama berkata...

salam,
harimau berminat makan petai semenjak agung serta mahathir telah berbuka pose di rumah ku li.mereka makan petai gajah.kahkahkahkah.

Unknown berkata...

Erm tuan hisham nampaknya saya mempunyai kegemaran yang sama dengan tuan - PETAI!

Diingat kembali saya pernah membantu ayah menjual petai sebab itu setiap hari ibu saya masak lauk petai dengan pelbagai variasi, masak sambal - masak cili - masak gurai - masak kicap - ulam dan lain-lain.

Bila tuan free boleh saya belanja tuan makan nasi lauk petai kahkahkah.

Amir S. berkata...

err ini macam turr,harimau tak berminat dengan petai.ia lebih berminat kepada pencari petai.hehe.

MILLENNIUM2U berkata...

NAK TUBUH PARTI BARU LAMBANG PETAI, nama parti ialah BARISAN PETAI MALAYA