Isnin, 8 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kuala Lumpur hari ini mendung tapi tak hujan
Tuan empunya warong suka hati.

Di Pasar Chow Kit ada bubur lambok percuma
Kelmarin jam 5 saya ke sana
Saya perhatikan bagitu ramai orang beratur
Kalau sedia beratur dapat bubur percuma

Hari Raya lagi 22 hari

Masa berjalan cepat

Pada petang hari raya pastikan semua tv perlu kita rosak dan pecahkan
Ini adalah jalan terbaik jika kita ingin menyambung tali
Persaudaraan dengan kaum keluarga,  adik kakak, ipar mulai, sahabat handai dan jiran tetangga.

Jangan melangok di hadapan tv.

Bersembang, berlabon, berborak dan ketawalah dengan manusia-manusia yang sudah lama tidak kita temui.

Raya dengan tv hanya untuk mereka yang gagal.

27 ulasan:

Unknown berkata...

Tuan,

Begitulah nasib kami yang lahir dan kampung di Kuala Lumpur. Sebenarnya lebih syahdu menjadi anak KL dari menjadi anak perantau!

Tiada pohon nyiur melambai, tiada ombak menderu, tiada padi kuning mengamit, tiada kebau kambing memanggil seolah menyambut pulang yang ada hanya jalan raya yang lengang, bangunan batu yang bisu dan rumah-rumah tanpa tuan apatahlagi tetamu.

Lainlah tuan ada kampung tempat mengadu, ada saudara madu tempat bersendu.

AKUOKU berkata...

budaya tv dan handphone meranapkan kesucian raya!

Tanpa Nama berkata...

btoi2..abah aku marah btoi kalo ari raye menongak tengok tivi je..

Tanpa Nama berkata...

Barangsiapa yang tak sampai hati nak pecah / hancurkan TV sendiri, Sila serah tugasan tu kepada saya. Free jer. Lokasi masih dirahsiakan...

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,

Selamat Berbuka Puasa 8 Ramadhan 1429.

Hari Raya lagi 22hari..

Putrajaya------->8 hari lagiiii..

Selamat Berarak & Salam Perjuangan

Tanpa Nama berkata...

Selamat berbuka...

Betul ke aku dengar cerita kau nih taukeh karburetor dung? Jilat sket...

Tanpa Nama berkata...

oleh sebab saya ni duduk kat KL, org2 kampung semua kalau nak tau apa2 yg terkini mesti tanya saya...

satu soalan yg sampai skrg saya tak boleh nak jawap ialah, mana pergi Ezam selepas Permatang Pauh?

ada sesiapa yg boleh bantu saya?

kc7 berkata...

dear bro,
Luv the way u srew this diggaroo politicianzz wif ur wordzz...keep on posting and selamat berbuka puasa..

Tanpa Nama berkata...

JAKARTA 7 Sept. – Indonesia bercadang membina penjara khas bagi menempatkan pesalah rasuah kerana bilangan mereka yang disabitkan dengan kesalahan itu di negara ini semakin bertambah.

Menurut Menteri Keadilan dan Hak Asasi Manusia, Andi Mattalata, pembinaan penjara khas itu juga dapat mengatasi kesesakan sedia ada di penjara-penjara di seluruh Indonesia.

Ketika ini terdapat kira-kira 137,000 banduan di penjara seluruh negara berbanding kapasiti asal hanya sekitar 80,000 orang, katanya sebagaimana dipetik oleh akhbar Jakarta Post hari ini.

Pada zaman pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, ramai pegawai kerajaan peringkat atasan, anggota Parlimen, pegawai bank dan ahli perniagaan dipenjara kerana rasuah.

Para pengkritik, bagaimanapun, menyifatkan kes rasuah yang lebih besar dan serius masih belum berjaya ditangani di negara ini.

– Reuters

shahrizalisme berkata...

Monsieur Hisham,

Saya di perantauan nak raya dengan umat Islam dunia. Tak nak tengok TV. TV adalah 'idiot box'. Saya dah selesai buka puasa. Hanya makan bijirin dan nasi goreng masakan sendiri. Teringin nak makan bubur lambuk. Apakan daya, Malaysiaku jauh beribu batu.

Selamat berbuka!

Tanpa Nama berkata...

Isham,

boleh senaraikan nama MPs yang ke Taiwan 7-17 Sept ?

Hijat Panjang... berkata...

Salam...

Kepado sesapo yang duit bersepoh2 taktao nak taroh mano, dari dok ngabehkan boreh ajo rajin2 la haria mai siket untuk org2 susah yang memerlukan..

SUMBANGAN JEJAK FAKIR-4
Bendahari Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
Sdr Aidi Rafizul bin Idrus (Bendahari AMK Negeri Pulau Pinang)
Tel: 016-4362117

Account : Aisyalami Ent ( RHB Bank : 20715800028482)
Azrizal Tahir Naib Ketua 1,Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
Tel : 012-4984556

Untuk maklumat lebih lanjut Program Khidmat Masyarakat Jejak Fakir siri ke-4, Tahun ke-4 Peringkat Negeri Pulau Pinang, lawatilah blog, http://bloghijat.blogspot.com/ DAN http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/2008/09/jejak-fakir-4.html

Tanpa Nama berkata...

selamat berbuka pak isham.

Tanpa Nama berkata...

Saranan ini sangatla disokong brader. Kalu bole rancangan tv masa seminggu raya cerita UMNO/BN jer supaya org benci bukak tv.

Masa raya la nak berborak sakan ngan yg tak berjumpa dah lama, bebudak nak bermain dengan sedara mara. Ini x masa raya tengok tv sampai tv tengok kita balik.

NO to TV HariRaya and NO to UMNO/BN

RipinMat

iamstradust berkata...

umah aku tak de tivi ah isham..

nanti lepas raya baru bapak nak beli

yahooo

AnakSemuaBangsa berkata...

Salam..

'Satu hari dihari raya.. kulihat CAHAYA BERSINAR INDAH,LANGIT CEMERLANG tak tekira tanda kuasa yang maha ESA,memberi NIKMAT pada manusia'..lagu dari m.nasir.

Begitulah indah dan cantiknya Islam bagi yang hendak menilai.Alam pun turut sama menyambutnya..Paling syahdu sekali apabila mendengar takbir memujiNya,dan pasti ada yang akan menitiskan air mata..

Bermaaf-maafan kepada ibu dan bapa bersama keluarga,sanak-saudara,rakan dan taulan pasti ada yang akan menitiskan air mata lagi..begelak ketawa kerna yang lama tak jumpa akan mengimbau memori silam.

Bagi pemuda dan pemudi inilah hari untuk berjumpa sibuah hati atau seseorang yang diidamkan bersama keluarganya dirumahnya sendiri.Kerna hari itu semua orang begumbira menyambut kemenangan dan amat janggallah jika kita tidak disambut dengan baik dihari kemenangan ini..

Tetapi keadaan sudah banyak berubah pada hari ini..
Malangnya manusia yang telah dilalaikan oleh teknologi..

Selamat..takbir!!

Tanpa Nama berkata...

dh 3 kali miss raya kt mesia..mmg wajib balik tahun ni..insya Alah

L_J berkata...

Braders,

There is only one Asian country, post-independence, which has allowed transfer of power without revolution and democratically. And that is India. All the other Asian countries – e.g., Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Philippines, Thailand etc – have had to lose lives for it.

Will Malaysia be the only other exception? I hope and pray so, but there is no guarantee that this is going to happen without violence and destruction. Remember that the army has been quite. But there surely are Malay supremacists in the army as well who could intervene, if they fear that ketuanan is in danger of extinction. They must be assured that that will not be so. Has Anwar done this? I hope so.

Does anyone know the feelings of the generals and colonels? It should make interesting reading.

LJ

Tanpa Nama berkata...

salam persaudaraan,
saya bersetuju benar.ada yang boleh bersetuju dgn bro ada yang tak sehaluan yang pasti kita seiring sejalan iyer bro.

Tanpa Nama berkata...

Betul ke Gerakan dah kluar BN?

Tanpa Nama berkata...

Aku dah berbulan-bulan tak menonton tv secara insentif. sikit2 adala. Pasal TV semua program mengarut. berita bohong. Hiburan tak menghibur. cerita lawak tak kelakar. Katun untuk budak2, rancangan wanita tak kan nak tengok. Infomasi tak infomatif, tipu dan putar belit.
hidup aku jadi rasa lega pasal tak tengok tv. tak sakit hati dengar berita2 bohong dan 18sx.

Tanpa Nama berkata...

Bang,

Boleh tak stop counting bila nak raya? I feel like you are counting someone's death.

Tiub Lori

Edyes berkata...

BREAKING NEWS !

Ahmad Ismail dah mula ugut kaum cina !!!

refer sini

kimek betul !!

TOOLBOX berkata...

Waghih.. kau tak ikut samo lawatan sambil belajar ke Taiwan ko? Kot-kot ado teknologi baru, balik esok2 buleh kau menanam pokok gotah kek dalam payo samo ngan padi :)

Tanpa Nama berkata...

Kali ini gua stuju sama lu bro.apasal tarak ketawa lg?

Tanpa Nama berkata...

brader, benarkan sy copy paste kan ini..........sinis dan bernas!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya puasa & raya kat Australia utk tahun ke tiga berturut - turut... merantau menuntut ilmu.

Syahdu bila baca pasal pasal Ramadhan & berbuka puasa kat tanah air...

Ini nanti bila pasang lagu dendang perantau dekat nak raya ni, mula lah meleleh air mata...