Rabu, 17 September 2008

HANYA MAINAN POLITIK ANWAR –Utusan Melayau


KEPALA BATAS 16 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai senarai 31 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai pakatan pembangkang sebagai satu permainan politik Anwar untuk menjejaskan kestabilan politik negara ini.

“Saya tidak fikir dia mempunyai nama-nama itu. Kalau dia ada senarai (31) nama, dia boleh bagi tahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada wakil rakyat mereka
.

kah kah kah….. orang nak bagi tengok list tak nak pulak......takut nama kj ada sama...kah kah kah

kah kah kah....napa tak nak tengok?.... fikir-fikir tak guna sakit kepala susah nak zzzzzzzzzz kah kah kah

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Target 16/9 tidak menjadi kenyataan bukan bermakna bohong. Setiap matlamat perlu ada tarikhnya, sekiranya tidak tercapai mungkin tarikh itu boleh dianjakkan, tidak jadi masalah. Adakah jika Malaysia tidak menjadi negara maju pada 2020, kita nak kata Dr M berbohong?

Tanpa Nama berkata...

semalam aku tak pi terawih, desakan tugas....aku tengok tv3suku. ha ha ha...itu paklah lagi lawak dari senario da movie, cakap langsung tak macam negarawan...sebijik macam cendawan ganoderma, aku suka tengok kak wan, dia syok sendiri je, ...naluri aku pecaya...laki dia ada list tu. kalau aku jadi laki dia pon aku pikir 10X nak reveal, konpem masuk dalam bebudak yang dah sain keroteh tu

Navy pencen

Tanpa Nama berkata...

malam tadi ada program kat TV1 ke TV3 I tak perasan. Tapi si-gila Ibrahim Ali dgn MP Muar and Deputy Minister Science Tn Hj Something jadi panel dengan Dato RTM Bodek Bodek jadi facilitator. Apa lagi, semua dok kutuk DSAI la.

You all tau apa jadi?

Depa dapat 2 phone call dari penonton. Satu dari Shah Alam, someone called Ahmad, dia kata, DSAI itu genius, dia buat 10 step, kita baru paham 1 step. jadi tak payah lah kutuk dia. Lagi pun kata Saudara Ahmad, DAI itu bertanggungjawab, tak buat macam Pakistan, jauh 1000x lebih baik dari revolusi pakistan. TERGAMAM semua panel and facilitator. tak sempat depa matikan phone line. Lepas tu depa bali-balik kutuk DAI, Ibrahim Ali ada tunjuk kelakar gelak macam budak perempuan umur 6 tahun.

Tiba tiba Saudara Fadhil dari Sabah call. Dia kata, oooooh dulu UMNO beli PBS okay tapi kini DSAI ajak UNO lompat tak boleh???? mana bole bah? mana adil bah? terkejut semua kat TV. Terus facilitaor mintak Fadhil jangan ulang perkara kurang baik zaman lampau, sampai jari penudingnya kebibir sendiri semasa live TV (!!!) suruh Fadhil diam. Fadhil gasak habih habih dan letak phone. Aisey, tak pernah aku tengok macam nie dalam live TV.

Walaupun semua ahli panel cuba buat recovery, hancur dia punya program live hari nie….kah kah kah…nak kutuk DSAI, kena kutuk by penonton.

Tanpa Nama berkata...

Ramai tidak faham apa yang dimaksudkan oleh DSAI tentang ahli parlimen lompat parti. Dan ada yang mahu lihat senarai nama sebagai bukti DSAI bercakap benar. Ramai juga orang yang mengutuk dan mengaku kononnya mereka paling kenal (muslihat) Anuar Ibrahim sebenarnya mereka bohong.

Ahli parlimen yang disebut oleh DSAI seramai 30/40 orang itu sebenarnya tidak perlu lompat parti untuk membuktikan bahawa mereka berpihak kepada PR. Itu lah sebabnya mengapa sehingga kehari ini tiada seorang pun ahli parlimen yang muncul
memperkenalkan diri sebagai lompat parti.

Lompat parti itu hanya simbolik saja. Mengapa tidak perlu lompat parti…? Dan Anuar tetap bertegas mengatakan beliau boleh membentuk kerajaan..? Pelik tapi benar. Ini lah satu kejutan yang ingin dilakukan oleh DSAI dalam masa terdekat. Oleh kerana itu diharapkan semua penyokong dan ahli PR sentiasa bersabar dan bersatu menyokong usaha DSAI hingga tercapai.