Sabtu, 20 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Sibuk sibuk dan sibuk
Yang tak sibuk buat sibuk
Yang membeli sibuk mencari
Yang membungkus sibuk mengira

Raya seminggu lagi

Yang tak membeli buat sibuk melihat orang membeli
Yang tak sibuk buat sibuk tercar-cari

Bayangkan masuk ke gedung membeli belah
Lalu ternampak seratus ribu jenis pakaian
Bayangkan masuk ke kedai sepatu ternampak sejuta kasut baru
Lalu kita mengacu dan bergaya
Bayangkan masuk ke kedai makan ada sejuta juadah menunggu
Lalu kita melihat untuk merasa

Kita memilih dan kita membelek
Kita membelek dan kita menilai
Kita menjamah dan kita merasa

Rasakan lah nikmat di alam sempurna
Rasakan nikmat kebebasan membuat pilihan

Hidup ini juga adalah nikamat
Hidup ini juga adalah membuat pilihan

Bayangkan betapa nikmatnya dalam hidup ini
Jika kita dapat memilih apa yang kita mahu
Bayangkan betapa nikmatnya membuat apa yang kita suka
Bagun lewat tidur meninggi hari
Membaca buku mendengar musik
Berjalan sepuas hati tanpa ganguan tanpa digari
Melukis, memancing, melepak sepanjang hari
Tiada tegahan tiada rendah diri

Apakah ini mimpi

Tidak

Sebenarnya kita memerangkap diri
Kita menggadaikan hidup untuk membeli dan memiliki
Lalu kita menjual masa dan harga diri
Dengan niat bila tua nanti kita tidak pedih dan peri
Terapit sesak dalam kereta saban hari
Walhal ada yang lebih nikmat dari ya datuk yes tuan

Hidup ini hanya sekali
Kalau tidak sekarang bila lagi
Bila tua yang tinggal hanya mimpi
Kita gagal untuk mengenal diri
Sampai ke lahad kita tidak tahu potensi diri

Hidup ini ada pilihan
Di hadapan ke kanan
Di hadapan ke kiri

Kebebasan memilih terpulang diri sendiri
Jangan mati muda kerana membeli dan memiliki

Tegok secangkir air sejuk
Nikmati sebuku roti

Sudah tahu maksima potensi diri?



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana berpesan.


Ngah.

Tanpa Nama berkata...

Betapa kuatnya pengaruh komersil dan konsumerisme dalam hidup moden ini. Kita bak kupu-kupu yang terus mencari-mencari kepuasan dalam hutan dan dunia konsumerisme dan akhirnya tak tahu nak kembali kepada nikmat simple. Kita mungkin tersesat tapi normanya lebih banyak yang sesat daripada sedar

Tinta Sisyphus berkata...

Mengira hari...selamat berpuasa!

Tanpa Nama berkata...

"You, the consumer have been consumed" petikan dari lagu America on Line hasil nukilan dari kugiran Morning Again

Tanpa Nama berkata...

salam..best tuh.
suke hati bila baca.
terpantul pada diri.
,,nak kopi paste dalam blogku buleh?
nak merekemenkan blog tukar tiub kpd member2..

fatah85 berkata...

best..
reflect pada diri dan sekitar.
nak copy paste dalam blog buleh?
nak rekemen kat member2 blog tukar tiub nih..

pape pon, slamat berpuasa..

Tanpa Nama berkata...

Berapa ramai yang sibuk di depan Quran? Berapa banyak aya yang dibaca dan terus dibaca berkali-kali sehingga kering tekak?
Berapa ramai yang sibuk bangun ditengah malam untuk sujud dan menyibukkan diri dengan Quran dan zikir?
Zikir dan Quran jarang dengar di tengah Kota dan ketika matahari menghilang di ufuk barat.
Sibuk punya sibuk sehingga terlupa untuk sibuk lagi dengan Quran di rumah, di dalam kereta, dalam lrt dan bas.
Ketika menunggu kawan dan teman. Dan ketika berlegar bersama anak dan kekasih hati di gedung-gedung untuk sambutan yang hanya beberapa jam di pagi 1 syawal.
Mungkin kesibukan ini juga yang terakhir. Kerana 1 syawal ini terakhir ketika berdiri di atas 2 kaki sebelum menjadi bahan organik oleh hidupan pengurai yang menanti denagn setia ketibaan kita di habitat yang dingin dan kelam.
Masih sempat kah untuk sibuk?

Tanpa Nama berkata...

Apabila materialisme dan duniawi menguasai diri...
akhirat kini tiada bererti...

Tanpa Nama berkata...

aku tujukan lagu ni untuk bro isham dan comrade2 nya.


John Lennon - Imagine

Imagine there's no Heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us only sky
Imagine all the people
Living for today

Imagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people
Living life in peace

You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one

Imagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man
Imagine all the people
Sharing all the world

You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will live as one

Tanpa Nama berkata...

Pengundi diMalaysia

Malangnya kita cuma boleh pilih antara: Barisan atau Pakatan

Dalam bahasa inggeris: Hobson Choice

Inilah nasib kita di sini !!!

Ydiana berkata...

Sad truth of reality...isn't it.
:( But not true for all.

Tanpa Nama berkata...

dalam komunisme.

aku tak kata salah...