Isnin, 24 November 2008

BERITA TERKINI ! SHAH RUKH KHAN BATAL


Shah Rukh Khan telah membatalkan kedatangan untuk menerima anugerah Datuk dari kerajaaan Melaka.

Dalam usaha untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia kerjaaan Melaka pagi ini telah membincangkan untuk memberi anugerah Datuk kepada Micheal Jackson yang diberitakan baru memelok agama Islam.

Satu delegasi resmi kerjaan Melaka akan pergi ke Los Bodokos di Selatan Carlifornia untuk membicangkan tarikh penerimaan anugerah derajah Datuk Peduka Melinga Manku Alam, derajah yang tertinggi di Melaka.

Dari apa yang difahamkan Michel Jackson akan dicadangkan datang ke Melaka pada 23 March tahun hadapan bersama dengan tarikah persidangan gerombolan United Malays National Organisation.

Mengikut sumber diplomat, langkah ini sama seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Harun pada tahun 1975 apabila beliau telah menjemput Joe Burgner dan Mohamad Ali Clay untuk bertumbuk di Kuala Lumpur, sebagai langkah untuk mempopularkan dirinya yang sedang bertanding.

Malah Mohamad Ali Clay telah di jemput untuk datang ke persidangan tahunan gerombolan United Malays National Organisation yang pada ketika itu di adakan di Dewan Bahasa dan Petaka.

Jika Micheal Jackson bersetuju untuk menerima anugerah ini maka besar kemungkinan Ali Rustam akan menjadi bagitu popular sekali. Ini kerana budaya gerombolan ini cukup suka kalau ada orang masuk Islam terutama dari Amerika, lebih-lebih lagi kalau orang itu Mat Saleh.

Rancangan rapi telah diatur agar Michel Jackson akan memakai baju Melayu atau Batik ketika menerima anugerah Datuk.

Jika semua ini berlaku, Ali Rustam Ketua Menteri Melaka yang pada ketika ini diberitakan sedang belajar Bahasa Inggeris adalah bakal Perdana Menteri Malaysia sesudah Ibrahim Ali.
(TT)



11 ulasan:

Life2110 berkata...

kah kah kah..tan sri Datuk Mikael Jakson bersalam dengan Tan Sri Datuk Ali Rustam bersama2 Tun Ibrahim Ali....kah kah kah

fahim berkata...

love the sarcasm :)

Tanpa Nama berkata...

~meow

oops, hasrat bik mama mengusap-usap wajah ShaH rUKh Khan yang begitu hansem dan bergaya nampaknya kecundang, hahaha. Berita Gumbira~

usaplah pink lips ooops hahha

ataupun ... mikaeel jackson? hehehe ajak dia mari woiiiit hahaha

Tanpa Nama berkata...

Hahahah. Serious. Yang ini kelakar.

Michael Jackson dapat datuk.
Kah kah kah.

"Ini kerana budaya gerombolan ini cukup suka kalau ada orang masuk Islam terutama dari Amerika, lebih-lebih lagi kalau orang itu Mat Saleh."

It4Ch1 berkata...

hahaha!! mmg klakar

Tanpa Nama berkata...

halamak...kalah lagi semalam...

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Bodoh dan sememangnya bdoh..

Tak habis2 nak membodohkan melayu..

Aduhai..

Khun Pana aka johanssm berkata...

Bagus juga kalau MJ dapat Datuk.
MJ sayang pada monkey nya. Umno pun ada banyak monkey-monkey.
hehehe, saya terbayang kan MJ akan usik usik kan selip seluar kankang dia (crotch touching trade mark of MJ )) bila dapat gelaran Datuk depan Ali Ketam ..hahaha.
crotch touching ni tak ada fatwa ke?
Jakim / Jakun / jais / mais / mawi /mawas harus ambil perhatian..hahaha

Tanpa Nama berkata...

wakakakak mekal jekson mat salleh..wakakaka..pasni mana mana mamak kulit itam..salin kulit putih dah bleh panggail mat salleh wakkakakak

Tanpa Nama berkata...

1975 masih lagi ada sedikit perasaan dan penguasaan minda olih arus budaya "Woodstock" ...hippies banyak merata ada yang pakai bell bottom berambut panjang dan anak gadis menyarung "hot pants"...dimana ya gadis genit yang bersama saya menjadi "protes jalanan", kerana ada di Baling mereka yang kelaparan -tua, muda , kecil, besar...bukan sebab hujan tak dapat makan tetapi mereka miskin jiwa dan raga tanpa ada simpati pemerentah.

Diatas pentas inilah "membesarnya jagohan" saperti Sdr Anwar, Isham Is, Ibrahim Toad, Kamarudin Jaf...

Oh ya..penaja utama perlawanan boxing diantara Joe Bugner dan Muhammad Ali ialah Bank Kerjasama Rakyat "Bank Rakyat" . satelah penat bertumbuk dan Joe Bugner menang bermulalah satu sejarah politik tanahair. Dato Harun Idris dibicarakan atas tuduhan pecah amanah (kes pertama melibatkan ahli politik melayu) dan Bank Rakyat mula tumbang saperti muhamad ali diatas gelangang, tak pernah untung sehinggalah tahun 2002 . Olih kerana bank Rakyat merupakan "bank" milik ahli dan angota koperasi maka ia maseh bolih bernafas nyawa-nyawa ikan ketika itu.

Walaubagaimanapun kita maseh bangga kerana ada sekumpulan orang Melaya yang berupaya dan berkebolehan manganjurkan dan mengadakan pertandingan yang sehebat itu 23 tahun sebelum "commonwealth Game". Tapi wajar diambil perhatian mengenai cara politik orang melayu sebelum ini (dalam kontek semasa) dan teknik "politikal Asasination", tergoleklah ikon "politikal figure" orang melayu yang sebelum ini banyak disandarkan kekuatanya dalam meneruskan dan mempertahankan bangsa melayu dalam tahun 1969.

-Alangden

Tanpa Nama berkata...

As'kum Pak Isham.
Aku ambik sikit kata-kataTok Sidang,
Sape dia munkee yang mintak belas kasihan supaya org mencalunkan dia utk jadi tim presiden ameno, ni le munkeenya.
Sape dia munkee yg rekomen Datuk utk SRK, ni le munkeenya.
Sape dia munkee yg kalo bersuara memang tk de standard bunyinya, ni le munkeenya.
Malang betul Melaka dpt CM mcm munkee serupe ni.
Ali Restam... Ooo... Ali Restam... Ada hati pulak nak jadi TPM Malaysia. Woiit ! Buat gelak kat orang jee...
Kah..Kah..Kuh..Kuh..Kuh (Sampai terbatuk-batuk aku gelak)

- Pak Ngah Kelamak