KUALA LUMPUR: Tengah hari ini Komposit Index Kuala Lumpur jatuh 9.18 mata atau 1.06%.
Ini ketika Najib sedang memberi nasihat kepada pemimpin dunia di Peru tentang cara untuk menyelamatkan ekonomi dunia.
CADANGAN PELARASAN MALAYSIA DI TERIMA: NAJIB
PEMIMPIN Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) bersetuju dengan cadangan Malaysia supaya menyelaraskan pakej rangsangan fiskal negara anggota bagi meningkatkan perbelanjaan dalam usaha mengeluarkan ekonomi global daripada krisis kewangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ekonomi Asia Pasifik perlu meningkatkan kecairan dan pinjaman kepada pengguna untuk merangsang perdagangan serta pelaburan.
kah kah kah… kah kah kah….CUKUPLAAA JANGAN TIPU MELAYU… HENTIKANLAAA PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU… kah kah kah
Isnin, 24 November 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
dah up sket....klentong kene glokal bro...takkan melayu je kene...alang2 kasi semua skali...kah kah kah kah kah
Hujan turun renyai-renyai... tanda bermulanya musim monsoon dab diikuti bah .
Dalam tahun 1997 bila berlakunya krisis matawang dan seluruh negara ASEAN tersungkur akibat kerakusan pemodal - hedge fund.
Apa yang berlaku ...tekanan jualan matawang menyebabkan :-
1.Tekanan jualan di BSKL apabila pemodal keluar pasaran dan membawa hasil jualan saham keluar.
2. Jualan secara besar -besaran membuatkan nilai RM jatuh, dan dimasa sama secara spekulatif ada yang menjual ringgit terus-terusan.
RM menjunam dari paras RM2.40 terduduk "bogel" pada harga nilai tukaran melepasi RM3.80 sebelum kerajaan memberhentikan niaga dipasaran jualan RM.
Kerajan menetapkan tukar wang bagi US Dollar pada RM3.80, saperti kita ke pajak gadai . Harga ditetapkan olih pembeli pajak walaupun harga emas mungkin tinggi sedikit .
Untuk merumitkan keadaan, dalam pasaran pinjam-meminjam diantara Bnak pula terdapat peralihan dimana bank milik tempatan tiba -tiba berada dalam posisi kekurangan wang "shortage" dan terpaksa meminjam . Pelik pada ketika itu peminjam atau bank yang mempunyai "long position" adalah bank bukan milik tempatan .
Berkonsepkan permintaan dan penawaran, permintaan yang tinggi untuk meminjam bagi menampung "shortage" yang dialami olih bank tempatan dan sikap panik menjadikan tawaran kepada wang di bida dengan tinggi sekali lantas kadar pinjaman melonjak dan kesan sampingan ketika itu ialh kenaikan bayaran faedah atas setiap pinjaman termasuk kenderaan, pinjaman perumahan , kad kredit , pinjaman perniagaan..
Tindakan kerajaan pada masa itu ialah dengan cara membeli aset bermasalah dari bank tempatan ( tanya datuk Man Ya Botak kuat sembahyang) dan menubuhkan Danaharta . Kerana saiz aset itu kecil maka kerajaan mampu membiayai pembelian . Perlu diingat bahawa kerajaan tidak membelanjakan saperti jumlah yang dibentangkan di Capitol Hill.
Bagi saya model yang sesuai untuk secupak permasalahan yang kita alami tidak sebesar timbunan gantang yang dialami olih negara barat sekarang ini. Saya rasa kita cuma sekadar jaguh kampung . Kalau banker tempatan berwawasan dan berkemapuan tiggi dalam menguruskan dana atau kewangan saya percaya malaysia sudah lama jadi financial centre saperti Singapore dan Hong Kong tetapi kita cuma ada Cyber City yang indah kabar dari rupa .
Alangden
ho..i sham,
inilah dia contoh pemimpin gerombolan united malay national organisation tak sedar diri. nasihat orang lain jangan berak tengah jalan tapi dia berak kat mongol. bosanlah dengan pemimpin gerombolan united malay national organisation. tak pernah aku dengar dia orang ni salah. suma betul2 belaka. dulu nak gaji kakitangan awam 2 kali sebulan. tup tup tak jadi pula sebab banyak bantahan. tapi tak pun kate cadangan tu salah. heran heran...
baik ko ganti dia tpm syamm.. ko boleh ke? hehehehe
malang nya kita mempunyai pemimpin yang kaki tembak.
macam lah dia buat betul. nak buat projek mega saperti jabatan penang kedua, pun kena pinjam duit dari bank of cina. porah...org kampung boleh lah kau tembak..
ini masalahnya bila..nak tunjuk bahawa dialah champion,dialah juara tentang ekonomi..
Catat Ulasan