Sabtu, 29 November 2008
SATU LAGI PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU – NAJIB LANCAR PROJEK EE7B 3 DISEMBER - melayau
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri Malam Perpaduan Nusantara (MPN) seterusnya melancarkan projek Ekspedisi Ekstrem 7 Benua (EE7B) pada 3 Disember ini.
Bertempat di Dewan Perdana Felda, program anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dan ESQ Leadership Centre itu bertujuan mengumpul dana bagi membiayai projek ekspedisi tersebut yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta.
Pegawai Komunikasi Korporat ESQ Leadership Centre, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, projek EE7B digerak bagi merealisasikan misi tiga anak muda dalam mengharumkan nama Malaysia.
"Kutipan RM1.5 juta itu kemudian akan dibahagikan kepada tiga peserta EE7B bagi membiayai program penjelajahan RM500,000 seorang.
"Penjelajahan termasuk mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua, berenang merentasi Selat Inggeris dengan sasaran terakhir merangkul pingat emas negara pada Sukan Olimpik 2020," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
kah kah kah… NAK RENANG SELAT MELAKA? kah kah kah…. hari hari mat indon berenang dari sumatera … kah kah kah…. ulang alik mereka datang… tak hairan…
kah kah kah…. MENGAHARUMKAN NAMA MALAYSIA ?.... kah kah kah…. janganlah tipu melayu…. tak ada sapa ambil pot kalau renang selat inggeris… kah kah kah…. tipa musim panas berpuluh anak muda dari dover berenang ke ostend di belgium….. kah kah kah…. janganlaaa tipu melayu…. melayu dah bodoh… nak buat apa projek bodoh macam ni… kah kah kah
kah kah kah…. NAK NAIK GUNUNG EVEREST ?.... kah kah kah…. sapa ingat nama 3 warga yang telah naik everest ?... kah kah kah…. dan tahun bila?.... kah kah kah…. mesti tak ingat… kah kah kah
KENAPA?.... kerana projek itu projek membodohkan melayu… kah kah kah
kah kah kah…. janganlaaa buat projek cari makan dengan bodohkan melayu… carilah kerja lain… kah kah kah… susah susah jual bundle di chow kit…. kah kah kah
Labels:
projek membodohkan melayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
ni mesti kes nak melancong free semua ni...hahaha....ni mesti kes nak carik minyak wangi ni...haha
aduh... ni bukan mengharumkan.. MENG-HARU-KAN... rakyat malaysia.. terharu... tengok duit2 mereka dileburkan!
Merangkul pingat emas kat Olimpik tuuuu..kahkahkahkahkahkahkah..
Tak tahulah sampai bila agaknya pihak pembangkang macam bro Isham ni nak menghargai apa yang kerajaan buat? Semuanya salah dan semuanya ada penyelewengan atau penipuan di mata bro... Kenapa suka tengok yang negatif saja? Tengok juga yang positifnya...
Projek Syiok Sendiri ini dibawakan khas oleh.... Gerombolan! Juga ditaja oleh Para Pembayar Cukai Negara! Simpan resit cukai anda supaya anda boleh menyertai peraduan Gores dan Menang. Hadiah-hadiah termasuk penurunan caruman EPF, sistem ekonomi yang kebal daaaaaaaaannnnnn peluang untuk berjumpa pembaca berita RTM pilihan anda!
Catat Ulasan