Selasa, 9 Disember 2008
BERSEMBELIH DI ASILAH
Bulan June itu saya sampai ke Algeciras kota perlabuhan di Selatan Sepanyol. Ingin menuju ke Moroko. Teman berjalan seorang gadis - Maria dari Findland/Sweden. Dari kota London pesawat udara kami berhenti di Jabil al-Tarik a.k.a Gilbartar sebelum ngelencong berjalan kaki ke Sepanyol. Kami ingin mencari ambience dunia Arab Afrika Utara.
Sesampai di Algeciras kami memesan tiket kapal laut ke kota pelabuhan Tangiers. Untuk menunggu kapal keesokan hari – kami menginap di sebuah hotel tidak jauh dari perlabuhan.
Udara Selatan Sepanyol panas dan enak amat jauh bezanya dari cuaca kota London yang sejuk, redup dan basah walau pun sudah memasuki musim panas. Laut Tengah biru permai- cukup mengashikkan. Saya teringat Teluk Kemang – pantai pertama saya berkenal dengan kemasinan air laut. Pantai yang menjadi sasaran Orang Nogori. Saya merasa gatal hendak mandi di Laut Tengah tapi tidak tahu arah yang mana harus di teruni. Lalu gagal untuk bercempera di laut Tengah.
Sebelah malam kami meleser untuk mencari makan. Pekan perlabuhan ini bukan tujuan percutian kami. Tapi kami wajib makan. Makanan di Sepanyol agak murah berbanding dari kota London.
Lalu kami ke restaurant yang ramai pelanggan sebagai tanda makanan dijamin sedap. Kami memesan paella makanan popular Sepanyol. Ini sebenarnya makanan yang ditemui oleh orang Sepanyol ketika mereka menjajah Pilipina – makan nasi goreng Melayu. Cuma bezanya beras di goreng dengan minyak zaiton dan dicampur segala macam barang bahan bahan dari laut. Yang menambah enaknya apabila paella dihadiri sama oleh air anggur – untuk saya air anggur merah.
Kami tersenyum kerana kami kurang arif, rupa-rupanya ramai pelanggan datang ke restaurant kerana ada ‘jual beli daging mentah’. Bersama kami ada dua orang perempuan-perempuan berambut blonde dan perang sedang berginju dan berkasut tinggi tumit- mungkin dari Eropah Timur.
Makan malam pertama kami di Sepanyol cukup murah dan enak.
Esoknya sebelum jam 12.00 kami mengambil kapal Ibnu Battuta. Tidak banyak penumpang luar yang memasuki Moroko kerana cuti musim panas di Eropah belum bermula. Penumpang kebanykan ialah warga Moroko yang bekerja di Eropah – terutama – dari negara lama saya – Belgium. Mereka membawa kereta-kereta lama dan baru. Bertimbun-timbun beg dan kotak kotak yang entah apa didalamya. Atas kereta mereka berikat-ikat barangan.
Kami berjalan ringan. Beg tidur, dua tiga helai pakaian dan passport. Ketika itu saya menggunakan Kertas Perjalanan PBB yang di keluarkan oleh Belgium – ertinya saya penduduk tetap Eropah – bejalan ke mana sahaja dalam dunia ini tidak ada masaalah kecuali tidak di benarkan ke Malaysia.
Perjalanan cukup nyaman. Udara tengah hari Laut Tengah memeriahkan harapan percutian kami. Saya tidak tahu dunia Arab yang bagaimana agaknya di Moroko. Teman saya agak ‘gentar’ kerana – budaya Arab/Islam. Kalau Islam Malaysia dia sudah mengenali melalui kawan-kawan saya di London - tetapi Islam Moroko Maria agak ‘aprehensif’. Saya agak ‘terbuka’ kerana telah pernah melihat budaya Arab – Syria, Jordan Libanon dan Irak – semuanya telah saya lintasi.
Lebih kurang dua jam kami sampai ke pelabuhan Tangiers. Hati berdebar. Telah bagitu lama di Eropah, saya hampir terlupa budaya dunia ketika. Kami berbaris di lorong ‘orang asing’ - hanya 7 orang sahaja kami. Entah dari negara mana mereka. Kami tidak ambil pot – ini budaya Eropah – tak perlu sibuk-sibuk bertanya. Kami hanya bertanya dan merujuk kepada buku panduan yang telah kami beli di kota London. Buku ini teman setia kami.
Melintasi kastam dan imigrisen cukup cepat. Ah ! Kami telah resmi di Moroko. Kemana arah hendak di tuju?
Seorang anak muda bermotor datang menghampiri kami. Dia berbahasa Peranchis. Katanya dia menunggu teman dari Eropah yang datang dari kapal yang sama dengan kami. Kami bergerak. Dia mengekori dan bertanya itu dan ini dan bertanya kami ingin ke mana. Saya katakan belum bagitu pasti.
Di kaki jalan saya ternampak kereta sorong yang penuh dengan limau. Cukup mengeliourkan. Kereta sorong ini menjual perahan air limau segar. Saya telah mengenali limau Maroc yang manis ini semanjak saya menjadi warga Belgium.
Lalu kami mencari kedai untuk duduk berehat sebantar kerana keretapi kami ke pekan Asilah pekan pertama yang ingin kami singgahi akan bergerak dua jam lagi. Kami juga ingin merasa perahan air Moroc.
Dalam kedai tidak jauh dari pelabuhan dan stesen kereta api ini kami memesan dua gelas Maroc. Sebelum minuman kami sampai anak muda bermotor tadi datang lagi ke meja kami. Saya tanyakan apakah temannya telah di temui. Lalu dia mengomel tentang soiree yang akan dianjurkan malam ini. Dia cuba mengiklankan ‘soiree’ yang memberahikan di Tangiers.
Mamat ini tidak kenal dengan saya. Mamat ini tidak tahu tentang soiree saya di kota London yang hebat - dari jam 9 malam ke 9 pagi. Soiree saya tidak pernah gagal. Sampai ramai yang minta di jemput. Malah hingga ke hari ini kawan-kawan yang saya tinggalkan di London masih bercerita tentang ‘kegilaan ‘ soiree di flet saya.
Saya amat sedar, Mamat bermotor ini dikenali sebagai l HASALA dalam bahasa Arab Moroko. Ini dari perkataan ‘hustler’ – mencari makan dengan menipu para pelancung yang datang ke Moroko. Mereka ini macam nyamuk dan agas ada dimana-mana di Moroko dengan harapan – ada gadis Eropah yang dapat mereka tiduri atau ada peluang untuk kahwin dengan gadis Eropah. Untung-untung dapat berpindah ke Eropah.
Saya tersenyum dengan Mamat ini. Dia mulanya terperanjat kerana saya dari Malaysia berbahasa Peranchis. Segala kelentongnya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mamat ini menyedari kelentongnya tidak jalan apabila saya tidak mahu membayar minuman yang di pesannya. Saya biarkan dia membayar harga air minumananya. Ini cara terbaik untuk tidak di rapati oleh para hasala.
Mamat ini mengundur diri. Maria menuduh saya cukup kedekut kerana tidak membayar minuman si Mamat itu. Walhal hanrga minuman tidak pun sampai 1 pound untuk kita bertiga. Maria teman saya ini tidak mengetahui perbualan kami dalam bahasa Peranchis, maka saya di persalahkan kerana tidak bersimpati dengan warga dunia ketiga yang miskin tanpa kerja.
Kami kemudian menaiki kereta api ke Asilah kota kecil dipinggir laut. Kereta api ini penuh. Tidak sampai 1 jam kami pun sampai ke Asilah. Bila kamu turun dari gerabak tiba-tiba seorang lagi anak muda datang – dia juga penumpang dari gerabak yang lain. Dia memakai celana Arab Moroko dan bertanya apakah kami memerlukan bilik. Rumahnya ada menyediakan bilik untuk di sewa.
Namanya Ahmad – ayahnya Berber dan ibunya Arab. Saya kurang yakin lalu meminta dia membawa kami ke rumahnya. Betul. Ada banyak bilik-bilik yang kosong yang disediakan untuk di sewa. Tidak ada orang lain yang menyewa kerana kami datang agak awal sebelum musim bercuti.
Untuk pejalan dan perayau seperti kami bilik ini lumayan. Apa yang kami perlukan hanya bilik untuk tidur dan tempat selamat untuk meletakkan beg sandang kami. Bilik mandi di luar. Tandas mencangkung. Tandas ini agak menjadi masaalah untuk kami - kaki dan lutut kami tidak terlatih untuk mencangkung – walau pun inilah cara terbaik untuk memberak.
Saya berkhutubah dengan Maria tentang hal mencangkung ini. Saya juga bersurah bahawa budaya Arablah yang mengenalkan Eropah dengan ‘toilet dan bidet’. Saya juga bersurah tentang asal usul limau yang mula di tanam seribu tahun dahulu di Moroko. Malah limau Mandrin dari Cina itu juga berasal dari Moroko.
Sebelah petang Ahmad datang membawa satu kampit daun ganja bersama buluh paip. Saya menjangkkan dia ingin menjual ganja ini. Tidak. Ini untuk tamu di rumahnya. Dia menerangkan bahawa ganja ini sama seperti tembakau dimana semua orang di Moroko menghisapnya. Maria dan saya berpandangan kerana kami dapat mempelajari satu lagi budaya Arab Moroko. Kami menerima hadiah dari Ahmad.
Tapi saya juga sedar dari kitab pandu yang saya baca - adalah bahaya untuk orang luar jika di dapati memiliki ganja atau hashih. Malah ada ramai pelancung luar yang sengaja di beri ‘barang’ ini agar dapat ‘dipau’ oleh polis Moroko.( bersambung )
( sebahagian dari ingatan yang belum di terbitkan )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
20 ulasan:
hehe..banyak teladan kisah ni..yang akhir berssama Ahmad tu sedap..hehehe
haha...
hikmah tinggalkan malaysia...
dapat pengalaman...
Bang,
Ini mukadimah dari buku baru tuan untuk dijual ker?
Perjalanan ini satu sejarah penting yang perlu dikongsi oleh generasi baru pasca 13 Mei macam saya.
Macam saya baca buku Sebuah perjalanan tulisan sasterwan Negara Dato Abdullah Husein abang kepada Prof Simail Husein GAPENA terbitan DBP.
Buku tuan pulak mungkin boleh diterbitkan oleh publisher yang jual murah yer?
you very knowledgeable,
kau ni dok sana ngan pompuan...
makan main bduk jer ke...
kita ni islam....
Bila pula Abang Hisham jadi warga Belgium ni?
duh..aku pantang betul perkataan 'bersambung' nih..
pergghhhh tu dia......boleh buat koleksi bro
restaurant yg ada ‘jual beli daging mentah’ tu sangat menarik kena detailkan lain kali...owh tidak lupa jugak pesta soiree benar2 teruja
TAWIL HAJI - anda dari kelab malam mana?
tulisan yang cool dari isham kali ni. kami pembaca setia tulisan isham mmg sentiasa tunggu tulisan pasal pengalaman luar negara.
laaagiii coool kalau bau-bau ada 'daging mentah' dengan hashih jugak hehehehehe
hehehe best..best best...aku harap tukar tiub banyakkan tulisan pasal masa zaman menjadi pelarian dulu..kalau boleh mulakan dari Malaysia..ceritakan bagaimana dan pasal apa sebenarnya tukar tiub di halau/melarikan diri..
dah lama nak tanya pasal benda ni tapi memandangkan tukar tiub dah mula tulis pasal ni baik di teruskan...terima kasih..
Woo.. hebat ..moroko..
Alangkah indahnya kalau malayisoa bebas isap ganja...
boleh tanam depan rumah...
Bro..Maria tu cantik ke..?
Ko dapat tak entot dengan dia..?
Best la kau dapat sisap ganja lepas tu layan entot..
perrrghh,...berdenggung..siot..
LIWAT IJAH-,TAWIL HAJI pun ada catatan juga,bila ada blog sendiri bolih catatkan.
isham pula melalui catatan pengalaman menunjukan tiada hipokrit dalam diri beliau.
meow~~
mengapa membaca tulisan hisham satu bentuk nikmat?
memang betul kata salah seorang pembaca - tiada hipokrit dalam tulisan beliau. Kita tidak perlu membaca tulisan sesetengah orang yang suka berlagak seolah-olah ia orang alim yang tidak pernah berbuat salah. Bosan. Mana adventurenya?
Merantau itu sesuatu yang baik. Pengalaman luar bisa menggegarkan ilusi tentang dunia yang kita pegang sebelum merantau.
tahun bila kau pergi moroko ni isham? cite pasal moroko mesti teringat pasal coup d' etat General Oufkir. tapi masa kau sampai moroko ni mesti dah aman kan.
citer pengalaman luarnegeri kau ni isham dah macam cite Dato' Hamid(Kam Ralan) pulak. ape pasal tak kawin je dgn maria tu takdelah kau raya haji itu ari sorang2 hahaha
Salut Monsieur Hisham,
C'est interessant recit, continuer si'l vour plait!
Bonne journee, au revoir!
belasah red wine ekkk??...kekeke
teringat aku majalah fantasi...
moh kita ke kg sarin hujung minggu ni...mungkin ada peristiwa kecil dan besar bakal disurahkan...
wakakaka.....
Tanpa Nama berkata...
teringat aku majalah fantasi...
moh kita ke kg sarin hujung minggu ni...mungkin ada peristiwa kecil dan besar bakal disurahkan...
wakakaka.....
Ada apa di kg sarin weekend ni....nak gak join
Hari ni baru dapat baca Tukar Tiub. Kerja seminggu, kerja kerja kerja. Ni la nasib dapat boss cina.
Ciss. Nasib baik esok cuti.
Good articel. Keep on writing.
Catat Ulasan