Sabtu, 24 Januari 2009
POLITIK WANG UMNO: CALON MT SERAH DIRI DI SPRM - mStar
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno kanan peringkat pusat, yang dipercayai terlibat dalam politik wang dalam pemilihan parti, menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi semalam.
Beliau merupakan orang yang ke-13 ditahan oleh SPRM berhubung politik wang, yang hangat diperkatakan menjelang pemilihan parti itu.
kah kah kah….. tak sebut pun nama…. kah kah kah…. apa punya akhbar ni….kah kah kah….
woit…. nak suruk apa?.... kah kah kah….
woit…. datuk norza…. kong hee fat choi ni gi mana…. kah kah kah…. tak ada angpau?....kah kah kah
Labels:
UMNO Berpecah,
Umno Rasuah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
yang bestnya anak sedara dia jadi Pengerusi GERAK!
hang rasa kes ni sangkut ka?
mana boleh! depa akan pakat masing2 jaga kalau tak Norza heret semua sekali, naya!
Mat ni ada strategi brader...dia serah diri dan nanti semua akan terbongkar jadi Mat Ngantuk senang hati yang susah hati Mat Monggol dan Bik Mama.
Ini strategi nama nya " serah, tikam dan bubarkan"
kita lihat siapa hebat brader, Mat ngantuk ke atau Mat Monggol? Atau Mat sembab yang tersunggkur.
hahahahaha kalah perang brader.
Bro,
Agak janggal untuk saya menyebut POLITIK WANG kerana tiada istilah itu dalam undang-undang negara kita. Semaklah dalam mana-mana buku statut undang-undang, tiada satu pun tercatat POLITIK WANG. Sebaliknya yang ada ialah RASUAH!!!
Memang sepatutnya istilah politik wang diganti semula sebagai RASUAH POLITIK atau NAJIS RASUAH KEPARTIAN GEROMBOLAN UMNO!!!Lebih sedapkan? Dan Lebih dalam maksudnya.Perlakuan NAJIS RASUAH KEPARTIAN GEROMBOLAN UMNO (NRKGU)adalah lebih hina daripada perlakuan sumbang mahram. NRKGU ini lebih bahaya dari ancaman zionis atau lebih mudarat daripada virus HIV. Kenapa saya berkata begitu?
Bro,
Kerabat-kerabat gerombolan UMNO ini adalah mereka yang langsung tidak mempunyai roh agama , tiada hati perut dan berkiblatkan harta, pangkat dan kemewahan. Mereka hanya mengaku sebagai Melayu Islam tetapi langsung tiada mempunyai peribadi sebagai seoarang muslim sejati.Mereka sanggup bertuhankan aspirasi politik songsang mereka.Mereka sanggup memusnahkan orang lain hatta rakan sejawat atau saudara mara sendiri demi mencapai matlamat mereka ini.
Bro,
Mari kita ambil semula contoh apa yang telah berlaku terhadap Dato' Khalid Jefri,penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri.Buku tersebut telah menjadi kitab suci kepada semua perwakilan UMNO yang hadir dalam Perhimpunan Agung Gerombolan Umno pada 1998. Sebagai seorang yang telah beberapa kali muflis, Khalid Jafri yang pernah aktif di Utusan Melayu dan tonggak utama Mingguan Perdana dengan sewenang-wenangnya telah memfitnah Sdr Anwr Ibrahim sehingga langsung tidak memberi peluang kepada Sdr Anwar membela diri. Cuba bayangkan, buku 50 Dalil itu lebih banyak dikilik, dibaca dan dibelek belek dalam Perhimpunan Agung Gerombolan UMNO daripada kitab suci al-quran sendiri!!!
Tun Mahathir sendiri mengetahui isi buku berkenaan sebagai fitnah, tetapi beliau merelakan sahaja demi survival politiknya dan niat jahatnya untuk menghancurkan Sdr Anwar Ibrahim. Musuh-musuh politik Anwar gembira, megah, bangga dan kembang lubang hidung mereka kerana niat mereka untuk menjatuhkan Sdr Anwar telah berjaya.
Bro,
YA Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, akhirnya telah membuat keputusan bahawa buku Dalil 50 itu adalah fitnah dan mengarahkan supaya Khalid Jafri membayar ganti rugi RM4.6juta dan menghukum Khalid Jafri atas kesalahannya itu yang telah membawa kepada kemusnahan karier Anwar dan menjatuhkan maruah dan martabat Anwar.
YA Hakim Datuk Mohd Hishamudin mengulas:
"kerjaya politik Anwar musnah oleh kerana penerbitan buku itu dan serangan kejam terhadap integritinya oleh para defendan yang berkomplot dengan yang lain membawa penghinaan dan cemuhan awam selain tekanan mental kepada Anwar dan keluarganya yang begitu sukar untuk dibayangkan.
Beliau berkata tujuan utama defendan menerbitkan buku itu ialah untuk memusnahkan reputasi plaintif dan kerjaya politiknya memandangkan buku itu diedarkan di Perhimpunan Agung Umno pada Jun 1998.
"Defendan-defendan dan mereka yang berkomplot dengan defendan mencapai tujuan mereka," kata Mohd Hishamudin.
Katanya dalam menilai gantirugi itu mahkamah mengambil kira yang dakwaan dalam buku itu bukan sahaja banyak, tetapi juga sangat berniat jahat terhadap seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan politik seperti Anwar."
Bro,
Jelas di mata kita bahawa kewujudan NAJIS RASUAH KEPARTIAN GEROMBOLAN UMNO (NRKGU)telah menjadi darah daging dalam gerombolan UMNO sekarang ini. Itulah sebabnya tidak salah kalau kita katakan bahawa UMNO tidak lagi relaven sekarang ini. UMNO telah sekian lama bergelumang dengan dosa dan noda NAJIS RASUAH KEPARTIAN GEROMBOLAN UMNO (NRKGU). Adakah penyakit ini boleh diubati?
Tentu TIDAK!!!
UMNO akan terus hina selagi pemimpin-pemimpin gerombolan ini masih bermati-matian hendak kekal berada di takhta singahsana kepimpinan gerombolan.Tidak ada pemimpin gerombolan UMNO yang bebas dari NAJIS RASUAH KEPARTIAN GEROMBOLAN UMNO (NRKGU).Selagi nama UMNO wujud, selagi itulah NAJIS RASUAH KEPARTIAN GEROMBOLAN UMNO (NRKGU)akan terus menyelimuti UMNO dan BN amnya.
Bro,
RAKYAT MENANTI UMNO REBAH!!!
RAKYAT JIJIK DENGAN UMNO!!!
RAKYAT JIJIK DENGAN NAJIS RASUAH KEPARTIAN GEROMBOLAN UMNO (NRKGU)!!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!
...Ikhlas dari hatiku...RIDER
Semua ni wayang aje - sampai masa nya nanti tak ada kes.Habis kan masa dan habis kan wang kerajaan bayar gaji orang SPRM aje.Kamu orang banyak cakap takut kamu yang kena tangakap dan di ISA kan nanti.
Catat Ulasan