Ahad, 1 Februari 2009

KES KUGAN : 17 NGO SOKONG POLIS - melayau


KUALA LUMPUR 31 Jan. – Ketika polis dibidas teruk oleh segelintir individu dan ahli politik khususnya pembangkang dalam isu kematian suspek curi kereta mewah, A. Kugan, 17 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil memberi sokongan kepada pasukan itu.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan itu melahirkan keyakinan tidak berbelah bahagi terhadap keupayaan polis untuk menangani kes kematian suspek curi kereta mewah itu.

Malah, mereka percaya polis mampu menangani kes ini dengan telus dan adil.

Penasihat undang-undang kepada gabungan NGO itu, Datuk Theng Book berkata, orang ramai perlu menghentikan segala spekulasi mengenai kematian Kugan.

“Pemahaman sedemikian boleh dieksploitasi. Ini akan membawa kepada peningkatan jenayah dan kecenderungan untuk menjadi penjenayah,” katanya pada sidang akhbar yang dihadiri kira-kira 100 ahli gabungan NGO itu di Pusat Bandar Puchong dekat sini, hari ini.

Beliau yang mewakili gabungan itu yakin keputusan siasatan kes Kugan dapat dibuat secara adil dan saksama bagi memuaskan hati semua pihak.

Antara NGO yang hadir pada sidang akhbar itu ialah Persatuan Por Tor Puchong Jaya, Persatuan Penduduk Puchong Indah, Persatuan Penduduk Puchong Intan dan Persatuan Penduduk Kampung Tengah.

Persatuan Penduduk Puchong Perdana, Persatuan Penduduk Balakong, Persatuan Penduduk Pangsapuri Puchong Jaya dan Rukun Tetangga Pangsapuri Puchong Jaya.

Persatuan Penduduk Pusat Bandar Puchong, Persatuan Penduduk Sungai Besi Indah, Persatuan Penjaja Pasar Pagi Puchong Indah, Persatuan Tarian Singa Balakong, Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Puchong, Persatuan Penganut Dewa Cheng Nam Tin, Persatuan Penganut Zheng Yuan Puchong Selatan dan Persatuan Buddhist Batu 14, Puchong.


kah kah kah…. kah kah kah…. WAH WAH WAH…. RAMAINYA NGO…. kah kah kah….

kah kah kah…. INI BELUMM MASUK LAGI : Flat Tiga Blok Empat – Flat Empat Blok Lima, Flat Lima Blok Enam, Flat Enam Blok Tujuh, Flat Tujuh Blok Lapan…… kah kah kah kah kah kah….

woit…. ADA LAGI…. PERSATUAN FLAT KANAN SEBELAH KIRI DEPAN KEDAI BASIKAL, PERSATUAN FLAT KIRI TINGKAT LAPAN BLOK 3, PERSATUAN FLAT PANJANG LORONG LIMA DEPAN KEDAI MAMAK….. kah kah kah

woit… ADA LAGI…. PERSATUAN MAIN GULI, PERSATUAN GULI, PERSATUAN GUL, PERSATUAN LI. PERSATUAN GUL GUL, PERSATUAN LI LI…. kah kah kah….

woit…. TAK KAN DESPRATE SANGAT…. kah kah kah



10 ulasan:

jab sp berkata...

Isham,apabila saya online utusan tadi,dah terbayang macam mana catatan Isham.tetapi bagi saya ia adalah yang tersirat dan tersurat olih manusia manusia dalam utusan itu sendiri.mungkin pagi ini ruangan lawak tak ada,olih itu berita ini pun dimasukkan sebagai ganti slot "lawak pagi ini"

MARI BERSATU berkata...

Tidak ada seorang pun yang tidak menyokong untuk menahan penjenayah, semua penjenayah perlu ditahan dan mereka BELUM PENJENAYAH dan BELUM BERSALAH sehingga diputuskan oleh Mahkamah. Kugan "di syakki" mencuri kereta mewah, yang keluarganya marah ialah KUGAN DISYAKI TAPI KENAPA BOLEH MATI DALAM LOKAP DENGAN KESAN LUKA DI BELAKANG.

Itu yang menjadi asas kemarahan keluarga mereka, tidak ada siapa pun marah kalau kita tangkap penjenayah, tapi jangan buat sampai mati kecuali ada HUKUMAN MATI.

!7 Ngo ni tak faham perasaan keluarga yang menerima kematian anak dalam lokap, 17 NHO ni ingat orang ramai marah polis kerana tangkap penjenayah, sebenarnya orang ramai mengalu-alukan polis tangkap penjenayah, semua orang kena bantu polis tangkap penjenayah, kita semua kena bantu polis tangkap penjenayah. Tapi...Tapi...jangan sampai orang yang kita tangkap itu MATI dalam tahanan kita.ITU YANG TIDAK BOLEH.

iNI BUKAN 17 NGO TAPI 17 NGOK

PR Juasseh/Jemapoh berkata...

Pekan Kuala Pilah dan penduduk kampong JEMAPOH khususnya, mengucapkan Terima Kasih tak terhingga atas kehadhiran jemputan kami untuk bersama-sama menjayakan MALAM AIRMATA PLASTINE. Sajak Abang Hisham membuat pengertian yg cukup mendalam dan pengisian pembuka minda bagi orang-orang kampung. Insyallah, kalau di izinkan, kami akan menjemput Abang Hisyam sekali lagi ke Pejabat Pakatan Rakyat Dun Juasseh/Jemapoh dalam siri program yg akan datang. @@ Bro Luv @@

maun berkata...

Itupun bukan NGO, itu NGOOOOK namanya

zaidi musa berkata...

takkan 17 ngo je yang sokong polis? ngo2 lain mana dh mati ke? lupa ngo2 lain sibuk dengan palestin,dakap dan mcm2 lagi.zionis sebarang laut nampak, yang kt malay$ia tak nampak ke? polis dah jumpa ke pencuri 3 kasut daim? kalau tak jumpa lagi mintak bantuan interpol,fbi,cia,csi, gerak khas di tv2,yusuf haslam, akedemi polis. polis malay$ia kan "malaikat"

Tanpa Nama berkata...

Bang

Selalunya parti UMNO(Baru) bila tersepit je mendapat sokongan tiba-tiba dari pelbagai NGO segera.

Ni nak tanya skit....POLIS yang 17 NGO puchong dok sokong ni parti politik ke? Kalau ye, mesti dari komponen BN kan!......wakakakakakaka


bat8

Tanpa Nama berkata...

takkan kau sorang yang betul Bro!!

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHA!!!! LUCU!!!!

Persatuan Penduduk Kampung Bukit Botak, Selayang tak nak join ke?

Khun Pana aka johanssm berkata...

Munkin kah balai polis puchong tu mesra rakyat?
Polis puchong tidak minta ang pow besar, cuma angpow kechil.
Polis puchong tidak pau pelacur dengan wang beribu-ribu tapi cuma pau wang berpuloh-puloh ringgit.
Dari persatuan penjaja- penjarjis pasar pagi puchong hingga ke persatuan jaga kereta puchong semua nya suka polis yang mintak ang pow kechil.
Rupa-rupanya Latok Tembuk ini macai dari Malayan Cacing Association (mca)

Tanpa Nama berkata...

PunXXXXxek punya ngo dan bangang!!!