Ahad, 1 Februari 2009
PEMECAH BERITA – 3 ADUN GEROMBOLAN TAK HADIR
Isteri Rosmah telah memanggil mersyuarat tergempar semua ahli dewan undangan Perak pagi ini di rumah nya.
Isteri Rosmah ingin memberitahu kedudukan politik dalaman Perak.
Tetapi tiga orang Adun Perak TIDAK hadir.
Mereka yang gagal hadir di Putrajaya ialah Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
jeng3...suspen bro...bleh wat pilm ni...
nak meting wat la kt baliraya ka..,ni wat kt umah dia ni mesti ada masyuuk ni..xabis2 nak rasuah,elok la adun2 ni xdtg..baik ltk jawatan je biar ada prk skli lg..tgk isteri rosmah pening kepala..
Entah apa maksud yang tersirat ye?
BN hakikatnya bukan dlm kedudukan ofensif tetapi defensif ketika ini. Tetapi tindakan ofensif terhadap PR di Perak bakal menjadi senjata makan tuan yang amat teruk buat BN. taktik ini akan gagal sama sekali. Kerana apa? kerana kebencian rakyat terhadap BN akan lebih nyata lagi selepas ini. Ini tidak akan dapat mereka elak. Haha..biarkan luncai terjun dgn labunya..biarkan.. Sekali sungai bah..sekali pantai berubah.
Joerizan - KL.
Isham
Lagi bagus kalau ada pilihanraya semula di Perak.
Ada catatan yang menarik mengenai peluang gerombolan untuk ditendang sekali lagi http://1426.blogspot.com/2009/02/if-perak-state-assembly-dissolves-now.html
Salam,
Bukankah isteri rosmah kata semua adun ada...ni yang bengang sebab tak abis2 cakap 'benar'!!!
hahaha!
Kali ini Najib terperangkap dan berada di laluan sukar untuk mengejar impiannya menjadi PM setelah kedua exco PKR Perak meletakkan jawatannya.
Ini bermakna kerusi Dun Changkat Jering dan Dun Behrang diisytiharkan kosong dan pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Apakah SPR akan mengadakan pilihanraya kecil untuk kedua-dua kerusi DUN ini serentak?sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Mood rakyat ketika ini memihak Pakatan Rakyat dan peluang BN untuk menang boleh dikatakan agak tipis.
Jika congakan ini diambilkira,Najib bakal menghitung hari karier politiknya akan berakhir.Kau kena perangkaplah Najib.Pak Lah dan Khairi sengaja beri tanggungjawab baru kepada kau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.
Kalau BN kalah dua-dua kerusi DUN ini,alamatnya Najib kena letak jawatan sebagai TPM,Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.
Tok nak tengok macamana gandingan Najib dan Zahid berdepan dengan situasi ini.Kedua-duanya dulu bekas orang kanan Anwar tapi bila dah senang bos korang sendiri kau kenakan.Pengakuan bersumpah oleh saiful bukhari yang mengatakan dia diliwat dah sah rancangan licik korang.
Langit tak selalunya cerah dan korang akan berdepan dengan hukuman rakyat sebelum berdepan dengan hukuman Tuhan.
Najib telah memanggil mesyuarat tergempar semua ahli dewan undangan Perak pagi ini di rumah nya di Putrajaya mengenai situasi politikdi Perak. Didapati tiga orang Adun Perak tidak hadir.
Mereka yang gagal hadir di Putrajaya ialah Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat).
Ketiga-tiga trio ini diberitakan akan melompat ke Pakatan Rakyat.Satu lagi tamparan hebat buat gandingan Najib-Zahid.
Eloklah korang mintak nasihat kat PM pencen tu,Tun Mahathir.Selama ini dialah penasihat korang.
UMNO tentu sudah pening sekarang.Pemilihan UMNO Mac ini dimeriahkan dengan pilihanraya kecil DUN Behrang dan changkat Jering.
Nak kempen untuk jawatan parti atau untuk Pilihanraya Kecil kedua-dua DUN ini.Tak kempen untuk diri sendiri nanti kalah pulak dan peluang nak jadi calon BN untuk PRU13 tipis.Dilema ni.Biar BN kalah asalkan aku menang,demikianlah pendirian kebanyakan pemimpin UMNO yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan.
Pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering akan menjadi mimpi ngeri buat Najib dan Zahid.Khairi menunggu giliran menghukum korang kerana mensabotaj orang-orangnya Wan Farid dan Norza Zakaria.
Tok juga nak cadangkan kepada Pakatan Rakyat Perak agar tidak berebut dan bergaduh ketika menamakan calon untuk kedua-dua kerusi DUN tersebut.Berbincanglah dan berlapang dadalah terhadap calon yang diputuskan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati mulai sekarang dan mengawal ketat kesemua ADUN mereka agar tidak diculik Najib sehingga berakhirnya Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering.
Kepada pengundi-pengundi dikedua-dua DUN tersebut,segala pemberian kerajaan BN korang ambiklah.Anggaplah durian runtuh tapi time mengundi nanti korang undilah Pakatan Rakyat.
Kedua-dua exco PKR itu telah hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun.UMNO dan BN pecah kepala untuk memikirkan calonnya.Adegan baling kerusi,pulau memulau,bergaduh dan sabotaj akan menjadikan UMNO,parti yang luput tarikh semakin menghampiri zaman kepupusannya.Katakan tidak kepada UMNO dan BN
Permainan politik licik UMNO.Jamaluddin kata dia tak ada masalah dengan pengundi-pengundi di Behrang tetapi mempunyai masalah dengan pemimpin PKR.ia hanya ingin meletakkan jawatannya di dalam PKR dan bukannya sebagai DUN Behrang.
Inilah kacang lupakan kulit.dulu masa korang berdua kena cekup,rakan-rakanlah yang mempertahankan korang daripada pertuduhan rasuah.Kalau korang tak ada jawatan dalam PKR,korang ingat korang boleh bertanding tak dalam PRU12.
Tok nak cadangkan kalau kes ini dibawa ke mahkamah,Pakatan Rakyat kena tengok siapa hakimnya.Kalau pro UMNO,eloklah kita bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya semula.
Biar najib berabih duit kat Perak sampai terberak-berak bila diumumkan BN kalah teruk.
setahu toklah kalau dah tandatangan,apa juga alasan korang,kena paksa ke tak laku.kita kena ada black and white.SPR eloklah jalankan amanah dan isytiharkan PRK untuk DUN Behrang dan Changkat Jering.
Tok tak sabar nak berkempen kat sana....kengkawan semua mohlah kita ke Perak
TAKBIR....
ALLAHUAKBAR...
aLHAMDULLILAH.....
SUBHANALLAHHHHH........
ALLAH bagi kita pemimpin yang BIJAKSANA.
INTERNATIONAL standard, OBAMA pun kena belajar lagi...
AYUH MEDAN JIHAD semua jumpa kawan2 saudaramara2 keluarga2 balik kg jumpa mak bapak kali pangkah KEADILAN...
Mengikut web Tranungkite, dua ADUN tu memang dah sain surat letak jawatan, sebelum ni lagi. Jadi, apabila ada rumous nak lompat parti, terus surat tu release, dan speaker pun maklum pada media tentang perletakan jawatan tu.
Memang sengit ni, dan PRK Behrang dan Changkat Jering jadi penanda aras kemampuan PR di bawah Nizar.
Buat Najib plak, kalau gagal seperti di KT dan PPauh, toksah mimpi lah jadi PM. hehehe
Catat Ulasan