Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 21 April 2009

SATU MALAYSIA NAK TAHU



SEMUA SAYAP PARTI SOKONG KEPIMPINAN AHMAD SAID
– berita hairan

Walaupun kedengaran suara sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu mendesak Menteri Besar, Ahmad Said meletak jawatan, situasi berbeza dilihat dalam mesyuarat khas Umno negeri malam kelmarin apabila hampir semua Ketua Bahagian dan ketua ketiga-tiga sayap parti sekali lagi menzahirkan sokongan kepada kepemimpinan Ahmad untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Sumber yang rapat dengan Menteri Besar dan turut berada dalam mesyuarat khas itu berkata, majoriti pemimpin Umno negeri yang hadir mengulangi sokongan terhadap Ahmad, sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu wujud penolakan tersusun daripada Umno negeri terhadap kepemimpinan Ahmad di Terengganu.


MAJORITI ADUN BN TERANGGANU MAHU MB LETAK JAWATAN
-mkini

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.


kah kah kah…. MANA YANG BETUL NI…. kah kah kah…

kah kah kah…. SIAPA YANG LEBIH DI YAKINI – AKHBAR INTERNET ATAU AKHBAR BERTENET ?.... kah kah kah…

woit…. MANA YANG sedap ANGKASAPURI ATAU HAJI SAMURI… kah kah kah



3 ulasan:

Komunis berkata...

haji samuri lagi sedap..
satay arnab 20 pucuk!
hahaha

Muhamad berkata...

Angkasapuri sedap untuk GEROMBOLAN
sahaja,tak sedap untuk marhaen.
HAJI SAMURI sedap untuk sesiapa sahaja sebab dia punya sambal fuyyooo,,,, sesiapa tak caya sila datang ke kajang dan nikmati,

Keylee Daud berkata...

hahaha..10 suratkhaber 10 macam cerita..hahaha 10,10 kipas...kipas asap...kakaka