Selasa, 5 Mei 2009

MAT SEMBAB NAK KELENTONG




MUHYIDDIN BELUM PUAS HATI DENGAN KAJIAN PPSMI
– berita hairan

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata beliau masih belum berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan termasuk sesi perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan bersedia memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan kerajaan terhadap isu berkenaan adalah kritikal.

"Kami tidak mahu dilihat sebagai tidak konsisten (flip-flop) dalam perkara ini. Kami perlu melihat lebih banyak maklum balas. Tetapi melihat kepada kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa badan bebas, hasilnya tidak sama dengan perbincangan meja bulat yang diadakan.



kah kah kah… SAMPAI BILA NAK PUAS HATI… DAH BERTAHUN…kah kah kah..

kah kah kah… MASA BUAT DASAR TAK PERNAH BINCANG… kah kah kah

kah kah kah….LUPA KE … DASAR INI MADEY YANG BUAT SORANG DIRI…kah kah kah..

woit… NAK MASA PANJANG MANA?… BERAPA BATU PANJANGNYA… kah kah kah..



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perbincangan meja bulat dahulu bukan berbincang dengan mereka yang melaksanakannya disekolah iaitu guru-guru. Perbincangan itu diadakan dengan profesor-profesor universiti, penasihat pendidikan yang jadi guru dalam tahun 50an dan 60an dahulu dan orang yang ada kepentingan kewangan dalam pelaksanaan PPSMI. Mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sekolah. Ada kajian terperinci dijalankan oleh pensyarah UPSI tetapi tidak diterima.
Kata sahajalah dengan terus terang, PPSMI diteruskan kerana hendak menjaga kepentingan kroni-kroni yang terlibat dalam pembekalan peralatan PPSMI itu sendiri dengan kontrak bernilai berbillion ringgit.

orang AMNO berkata...

nak tunggu sampai malaysia jatuh bangkrap...time tu baru la geng gerombolan tak dapat nak kaut lagi kontrek-kontrek ppsmi ni...takkan puas hati sampai bila-bila la jawabnya...melayu...oh...melayu... bumiputera...oh...bumiputera.....

Tanpa Nama berkata...

persidangan meja casino bulat PPSMI

how are you tuen mejestret?

i don't know whether going to hell or haven??
...oppsss whether going to penanti or hell...!!

Tanpa Nama berkata...

salam,

Strategi itu sebenarnya untuk melambatkan pemansuhannya kerana malaun yang melaksanakannya masih hidup.

Dia sebenarnya takut kepada Mahathir apatah lagi ada juga rasa terhutang budi dgn kelahapan mahathirlah yang mempercepatkan dia menjadi TPM.

Menteri itu bukan peduli dgn anak-anak melayu. Orang melayupun `pengampun atau pemaaf` sifatnya selain pelupa.

Apa menteri mahu takut. Semua kuasa dn wang dalam penguasaan mereka.

teringat saya kata-kata Najib ketika mengulas kekalahan BN dalam beberapa negeri selepas PRU lalu.

`Selagi kita menguasai kerajaan pusat, kita boleh lakukan apa sahaja`, katanya.

Bagi saya, sekarang dia sedang melakukan `APA SAHAJA` yang dimaksudkannya itu.

Adnan M

mosabit berkata...

..alah..bukan aku tak tau... diorang kat sekolah ajar dalam basa melayu jer....sebab solannya dwi bahasa....95 % murid di arah jawab dalam basa melayu..supaya keputusan terus cemerlang...
semua guru tak setuju ppsmi dimansuhkan...sebab ???...diaorang taknak elaun 10% dpd gaji kerana mengajar dalam basa hilang.......

ha ha berkata...

Well..We wait until my son does not know to count Satu Dua Tiga..so the pantun will be..

One Two Kucing Berlari..
Mana nak sama Si Kucing Belang..
PSSMI Bila nak berhenti...
Kita tunggu apa kata Mat Sembam..

Ha ha ha ha ha..