Sabtu, 18 Julai 2009

JUI MENG MASUK PARTI KEADILAN RAKYAT


BANYAK LAGI RASHIA GEROMBOLAN AKAN DIBOCORKAN



CHUA JUI MENG MEMBOCORKAN DUA PEKARA :

1 – RASUAH DI PERLABUHAN KLANG DIMANA 12 BILION RINGGIT DUIT WARGA SATU MALAYSIA LESAP DI REMPAT OLEH MALAON MCA

2 - KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

KES KEMATIAN TEOH MEMPERCEPATKAN KEPUTUSAN BEKAS MENTERI INI UNTUK BERSAMA RAKYAT UNTUK MENENGGELAMKAN KAPAL GEROMBOLAN.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan Jui Meng masuk lepas tu lari ke BN balik sudah ....takut pisang berbuah betik pulak

Unknown berkata...

Alhamdulilah, orang bukan Islam dah buka mata hati, bila lagi orang Islam Melayu ni nak terang hati?

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah....kah kah kah...KUMPULAN TV MEDIA SETAN SUDAH KELENTONG SATU MALAYSIA...kah kah kah kah

KONONNYA JUI MENG HANYA NAK BERI PELUANG PADA MUKA BARU...kah kah kah kah...kah kah kah

SEBENARNYA BUKAN UNTUK MUKA BARU...TAPI UNTK PADAN MUKA SETAN...kah kah kah kah..kah kah kah

[TERER]

Unknown berkata...

Satu jawapan yg paling sesuai dan tamparan yg paling hibat dari bekas pemimpim
besar mca.semuga semua kabilah menyedari bahwa politik perkauman sudah ketingalan zaman.kepentingan malaysia
pasti di utamakan.parti2 perkauman
di harap dapat menyedari bahwa rakyat sudah busan dgn sengkita perkauman, malaysia boleh di kungsi bersama, kek2 politik/ekonomi
memadai utk semua kaum ,malaysia akan dilihat tempat yg amat sesuai
utk sesorang berkurban kerana nya.

Unknown berkata...

salam...

Pakatan dan Suara Rakyat sudah bertambah... Allah Hu.

Doa Rakyat sikit2 telah termakbul... insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Datuk Chua Jui Meng. Harap lebih banyak ahli MCA akan keluar Part dan menyeratai PKR. be END macam dekat dekat karam sudah!!

Tuhan Mahakuasa dan Mahaadil!
Allahuakhbar Allahuakhbar.

Tanpa Nama berkata...

tiga ekor katak perak tu tak nak ke ikut mr.chua?selamat berhijrah mr.chua.

KrisLamPir berkata...

Aku risau sejauh mana keupayaan Pakatan Rakyat bersatu menuntun negara Malaysia ke arah kemajuan dan kemakmuran, sekiranya diberi peluang memerintah negara.

Namun, lebih-lebih lagi kerisauan ini apabila menyaksikan hari demi hari kerajaan BN semakin lama semakin menurun prestasinya... walaupun pelbagai pembohongan dan sandiwara baru mulai dipertontonkan kepada rakyat Malaysia.

Semoga, akan ada kerajaan beserta pemimpin baru yang lebih berkaliber, berdedikasi dan mementingkan keadilan dan kesaksamaan... muncul pada PRU ke13 nanti.... Amin...

Tanpa Nama berkata...

u are welcome to da club mr chua!

Tanpa Nama berkata...

SAPP tunggu apa lagik?

MCA kasi ajak itu kabilah2 lain dalam parti . . . kasi penuh ini kapal rakyat!

Tanpa Nama berkata...

Amri Yahyah dengarnya juga nak dibeli oleh PKR !!!

Sebagai spekulasi sebelum Manchester United nak beli Amri........

Tak sangka mamat Jawa Kuala Selangor bole score goal

Well done, lepaih ni bolehlah Ali Rustam kasi gelaran Dato Amri Yahyah.....kah kah.....kah

2 JARINGAN GOL YG HEBAT

Johan berkata...

sbenarnye gua mmg xsuke la org2 BN ni bile da xde kuasa,msuk PKR..susah nk yakin ngan munkee2 mcm ni

DurianKampung berkata...

Setuju ngan Johan kat atas tu. Pemimpin PKR kena berhati2 gak ngan bekas pemimpin negara yg baru join PKR ni. Takut saja nak cari pengaruh & jawatan blk selepas ditolak BeeEnd

Apapun jika masuk dengan niat yg tulus ikhlas... baguslah!!

Kucing Parsi berkata...

tahniah chua jui meng
jangan pualk dapat sikit lagi duit masuk mca balik

orang PKR ni bukan boleh percaya sangat