Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 24 Ogos 2009

MITOS DAN PENIPUAN




TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN



Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


MITOS PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS


Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

Nota:

Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
tujuan memecahkan mitos.




33 ulasan:

SUKJ berkata...

PAK LONG TT,

JIKA ANAKDA YDP AGONG...BETA AKAN LANTIK PAK LONG TT MENJADI MENTERI PENERANGAN SEUMUR HIDUP...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

MENTERI PENERANGAN YANG ADA SEKARANG...AKAN BETA TUKAR MENJADI DRIVER VAN PENERANGAN DAERAH KUALA MUDA/YAN...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

tukar bendera berkata...

malangnya gerombolan masih xleh terima mereka adalah dinosaur yg akan pupus dlm masa terdekat .. masih cuba takutkan rakyat dgn cara yg sama 50 tahun yg lalu ..

Jongkidin berkata...

raja dari muntah lembu? raja lembu? raja segala lembu? raja menjadi lembu? lembu jadi raja?...oit sham tu sumua fakta lah bukan mitos semua kategori disebut ada daulat...daulat lembu...


Raja kapak best...

Tanpa Nama berkata...

//Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.//
Ada yg keempat yg deterokai oleh wali, sages and seers.Tak perlu masuk gua/ashram utk dapat "maklumat,info,knowledge" yg lebih luas.Segalanya ada di dlm dada kia.

superstar.Rajinikanth berkata...

mitos jepun pula megatakan kote atau alat sulit lelaki adalah tuhan,sebab tanpa kote atau alat sulit, mereka tidak ujud didunia ini...

kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

Teori RAHMAN pun satu MITOS,

R = RAHMAN
A = ABDUL RAZAK
H = HUSSIN ONN
M = MAHATHIR
A = ABDULLAH
N = NAJIB

Najib spesis terakhir dari Gerombolan yang jadi PM. Lepas nie giliran PR plak la.

Wak Sembab usah mimpi jadi PM

-Zackry-

Pa'chik berkata...

mitos: amnu berusia 63 tahun...

amnu dah mati pada 4 februari 1988...
mati kehinaan dalam umo 42 tahun...

amnu yang sekarang baru umo 21 tahun...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat hidup dalam penipuan dari lagu negara ku hingga ke proton dan perodua semuanya palsu, palsu, palsu, 1 Mesia kena auta...hau hau hau hau....mesia unik hotok lanon kawabanga...kalau ke US lihat sendiri pelbagai bangsa yang kat sini pun tak pernah dengar!

SarjanTulang berkata...

salam,

wakakaka....lepas ni kena panggil MYTHBUSTER nih....kasi pecahkan mitos nih....

wakakka....

sarjantulang

Kucing Parsi berkata...

gua ambik artikel ni

dengan credit g kat u bro...

thanks

nice artikel

patut la umno asyik cakap perpaduan melayu

bila masa kita berpadu pelik jugak

bahasa johor dengan pahang pun tak sama

ha ha ha

visit

http://melodymockers.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Selain Mitos ada juga cerita dan karya lama yang berupa dan menjurus kapada khayalan dan hiburan dinamakan cerita penglipulara.

antara cerita bohong atau omongan kosong yang menjadi diklasifikasikan sebagai cerita penglipura lara ialah lima (5) pendekar Melayu (Kulup) yang dikenali Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Jebat, Hang Kasturi & Hang Likiu . Mereka ini adalan saudara lelaki kepada Puteri Hang Li Po yang di ceritakan dihadiahkan kepada Sultan Melaka .

Cerita penglipur lara ini telah dilenyapkan secara perlahan lahan dan tidak lagi jadi sebutan apa bila diketahui kebenaranya.

Hasil dari cerita penglipur lara ini, maka wujudlah satu Mitos kekebalan Orang Melayu " Melayu takkan hilang dibumi" - Hang Tuah
(sila lawat Muzium Negara di Jln Travers Kuala Lumpur)berdiri tegak.

Mitos kedua, apabila seseorang yang lahir bukan dalam keluarga Islam tetapi kemudian dalam peningkatan dewasa memeluk Islam, mereka ini digolongkan dan dikenali sebagai Muallaf.

Muallaf mendapat tempat yang istemewa dalam Islam . Mereka harus ditolong dalam setiap aspek kehidupan sehingga dapat mendapat tempat dalam masyarakat dan hidup selesa seadanya .

Lima (5) pendekar mendapat tempat diistana itu sebahagian Mitos yang diceritakan ada menyebut, kerana ihsan untuk memperbaiki diri sebagai insan yang hidup dalam suasana baru. Walau bagaimanapun tiada seorang pun diantara mereka yang berkahwin , higga kehari ini tidak ada seorang pun mengaku dari keturunan kelima-lima pendekar tersebut .

Peningalan mereka dan terus menjadi ingatan ialah minuman kopi , Jangan lupa "Kopi Cap Hang Tuah" . Yang sudah lenyap dan tak akan timbul lagi ialah " Ekspres Hang Tuah" (tanya orang Masjid Tanah)syarikat bas ekspres Melayu pertama di Melaka.( kubur tak bertanda)

selamat berbuka puasa.

Juasseh estate 1962

sam berkata...

terima kasey hisham! http://ricecooker.kerbau.com/2007/08/11/hishamuddin-rais-50-tahun-terang-bulan-terbarai/

SyawaL berkata...

Ramai lagi kat luar ni yang dok percaya dgn cerita mitos ni....

AnginSepoi berkata...

dlm dunia sastera,bukan jak mitos..cerita jenaka pun ada..jenaka dan penipuan..cerita jenaka yg palng sensasi..upah cabut gigi sebatang dapat banglo harga 24 juta

keraspedal berkata...

mitos terbaru ;

barisan NAZIonal akan memenangi piliahn raya kecil dun permatang pasir berikutan permasalahan yang dihadapi pakatan rakyat.

saji berkata...

Mengikut pandangan para pemimpin UMNO, kontraktor Melayu ali-babakan projek kerajaan kerana tak cukup modal, tak cukup kepakaran, nak raih untung cepat, malas, Cina monopoli bidang pembinaan, kontraktor Melayu tidak ada rangkaian sub-kontraktor. MITOS lagi BOHOOOOOOOOOOOOOOOOOG!

FAKTA muamalat Islamnya ialah, kontrak pembinaan projek kerajaan gunakan kontrak jenis al-Istisnaa' atau Melayunya Tempahan atau Inggerisnya Price-in-advance yang diHARAMkan oleh Islam berdasarkan ijtihad Masalih Mursalah imam mazhab Hanbali, Maliki dan Shafiee' atas dua hujah berikut: Pertama; Istisnaa' sebagai kontrak pembinaan tidak dianggap kontrak, tetapi tanggungjawab melaksanakan amanah di antara pihak penjual iaitu kontraktor utama dan pembeli iaitu pemilik projek, kedua; kesangsian tingginya amanah pihak penjual dan pembeli tersebut yang diperlukan untuk memastikan sasaran projek dari segi kualiti, kos dan tempoh siap tercapai.

Hendak percaya atau tidak, purata 85% projek kerajaan, mengikut rekod JKR, diali-babkan sejak DEB hingga kini walaupun kerajaan UMNO/BN telah berusaha untuk mengatasinya seperti menyenarai-hitamkan kontraktor ali-baba, bantuan modal, latihan dsb.

FAKTANYA juga, imam mazhab Hanbali, Maliki, Shafie dan Hanafi menyarankan penggunaan kontrak pembinaan al-Ijarah atau Melayunya Upahan atau Inggerisnya Cost Reimbursement sebagai cara Islam menyelesaikan gajala ali-baba tersebut.

keraspedal berkata...

mamula moon..

http://www.youtube.com/watch?v=VsFIhqj6_MY

Tanpa Nama berkata...

Agama bukan falsafah.Agama sebenarnya adalaah reality kehidupan.Negara pertama yg mengamalkan sistem demokrasi socialisme adalah India,iaitu pada era vedic(vedic period).Sistem kelas yg wujud pd masa itu berdasarkan karektoristik maha kuasa.Shudra,kaum buruh sebenarnya diwakili oleh mahasaraswati.Itu sebabnya pada zaman itu,raja raja terpaksa dengar pandangan kaum buruh,dan kaum buruh dan juga wanita layak utk jadi rishi(wali).Keempat empat kasta adalah berdasrkan kpd 4 maha kuasa Brahman.Bila keempat empat kasta saling memahai antara satu sama lain,baru ada harmoni,equlibrium yg sempurna.Bila ini rosak,negara hancur.Untuk menstabilkan semuala masyarakat,muncul visnu avatar Gautama Buddha.Buddha,sebenarnya hampir hampir lenyap dlm infinit(nirvana),tetapi pd saat genting tu,beliau menbuat satu deklarasi,iaitu selagi ada seorang insan di muka bumi ini dlm kesusahan,beliau berjanji utk tidak lenyap ke dlm absolute(nirvana).Lepas tu,muncul seoang prophet utk membantu umat manusia melalui kasih sayang tak kira miskin,kaya,pariah ,brahmin,tetapi Jesus Christ pun mengetahui bahawa dia harus "pulang" utk merialasasikan misinya.Tak lama kemudian muncul hamba Allah,Nabi Muhammad.Nabi Muhammad telah memperkenalkan semula sistem social demokrasi berdarkan rukun rukun islam.All is equal before Allah.Maksud ini sebenarnya adalah SOUL EQUALITY,ONENESS IN ALL,ALL IN ONE.Sungguh susah utk memahami apa sebenanya ini.Hanya gnostic saints,sufi,pirs,yogis yg tlh "melihat" dan mempunyai divine's insight tahu maksud One in all,all in one,many in one,one evolving and realising the supreme oneness.Tidak ada perbezaan antara seorang Raja dan seorang hamba sebab semuanya sama(one) dalam Allah.Di Eropah,oneness,equality,fraternity sedikit sebanyak diperkenalkan menersui revolusi Peranchis,dan revolusi Bolshevik.Masaalahnya,sistem demokrasi berparlimen dan socislitic demokrasi di Eropah adalah berdasarkan logik,dan idealisme,dan apa apa yg berdasrkan logik memang tak sempurna,dan tak hairanlah demokrasi berparlimen dan socialistik demokrasi ala eropah yg sebenarnya bukan organik kini berada dlm keadaan "nazak".Kita orang asia dah tak ada pilihan lain.Kita sudah try cara Eropah dan kita lihat di Malaysia,dan di negara negara lain,memang sistem socialisme atau demokrasi berparlimen ala Eropah memang tak "laku".Kita tak ada pilihan lain.Kita mesti rujuk semula kepada sistem demokrasi socialitik yg holistik.Bagi org asia,ini bukan satu masaalah besar,sebab, org Asialah yg memperkenalkan sistem socialistik demokrasi ke seluruh dunia.

Marhein berkata...

mitos penyedap cerita....kebanyakan mitos melampaui akal..marilah kita bersama-sama menggunakan akal yang tuhan bagi..agar tidak selamanya patuh membuta tuli

si sembab berkata...

(umno) united mitos national organisma

Johan berkata...

bro pernah ketengahkn hakikat ni dlm tulisan2 bro pd tahun2 lps dan jugak ms forum psl isu Namewee tahun 2007..mmg wajib diulang tiap2 tahun,supaya yg blum sedar dpt disedarkn,yg mls brfikir dipaksa utk brfikir..

Mr berkata...

Mitos.. Kita skrang hidup dalam dunia Yakjuj & Makjuj (Gog & Magog). (Quran - Surah Al-Kahf) or www.imranhosein.org/

Tanpa Nama berkata...

Tiada agama didunia ini melainkan Agama Allah(Tuhan). Semua manusia diuji dgn agamanya. Bermaksud hindu diberi bhagwan gita(kitab tuhan), kristian diberi injil dan yg akhir diberi kitab al-quran. Perbezaan pendapat telah menyebabkan manusia mentafsirkan agama mengikut pendapatnya. Mereka tidak mengatakan bahwa kitab tuhan itu tidak benar. Tetapi mereka telah mengambil pendapat sebagai agama dan meninggalkan kitab tuhan sebagai panduan dari Tuhan. Oleh itu, didlm al-quran, Islam itu ialah mengakui tiada tuhan selain tuhan dan beriman dgn apa yg diturunkan tuhan iaitu kitab sebagai perintah dan panduan dari tuhan. Berapa ramai dari kita yg membaca dan memahami kitab tuhan ini?

Irfan berkata...

Artikel ini masih memperbodohkan lagi orang-orang yang membaca.

Fakta yang dikemukakan tanpa rujukan adalah mitos bertopengkan fakta melalui susunan ayat.

Kami orang berilmu, tidak akan menerima bulat-bulat, sebaliknya berfikir sebelum mempercayai. Bukti amat diperlukan.

Tanpa Nama berkata...

[Yusufali 75:9] And the sun and moon are joined together


[Yusufali 76:13] Reclining in the (Garden) on raised thrones, they will see there neither the sun's (excessive heat) nor (the moon's) excessive cold.

Adakah ayat ayat ini satu silap mata?satu "miracle"..ayat ayat ini bermaksud,dari sudut Allah,semunya adalah satu,tak kira rupa bentuk,fungsi,semuanya adalah satu jugak..tat ekam(the ONE without a second)..ah chong,mutu,ahmad,rodriguez,semuanya soul entities of ALLAH jugak..Ya..it is Allah HIMSELF extending through time and space in infinite number of shapes,objects..

Tanpa Nama berkata...

There is no god but HE..the HE is the SUPREME SELF(THE SELF OF ALLAH)..bagi owang india,the HE adalah PUROSHOTAMMAN..lain kali bila jumpa member india yg bernama purushotamman a/l kalimuthu..hehe..blhlah jugak panggil "alo bradder great self,apa khabaq?"

Tanpa Nama berkata...

Untuk memahami Al Quran,kita perlu rujuk kpd Vedas/Upanishads/Gita utk mendapat gambaran/tafsiran yg sejelas jelasnya .Vedic terminologi memang "mind boggling",tapi apa nak buat..tak dak pilihan lain.Berikut adalah beberap info mengenai HE/HIM/THE LORD/SUPREME dlm Al Quran.

[Yusufali 56:96] So celebrate with praises the name of thy Lord, the Supreme.

[Yusufali 85:3] By one that witnesses, and the subject of the witness;-


[Yusufali 85:9] Him to Whom belongs the dominion of the heavens and the earth! And Allah is Witness to all things.


[Yusufali 15:19] And the earth We have spread out (like a carpet); set thereon mountains firm and immovable; and produced therein all kinds of things in due balance.

[Yusufali 59:24] He is Allah, the Creator, the Evolver, the Bestower of Forms (or Colours). To Him belong the Most Beautiful Names: whatever is in the heavens and on earth, doth declare His Praises and Glory: and He is the Exalted in Might, the Wise.






purusottama-the Supreme;the highest purusa,the Supreme Conscious Being;the Supreme Divine Person(same as para purusa)

para purusa-the Supreme Soul,GOD,the Self containing and enjoying both the stillnes and the movement,but conditional and limited by neither of them

para atman-the Supreme Self,the Absolute

para brahman-the Supreme Being,Supracosmic Divine,the spaceless and timeless Absolute.

prajna-the All Wise Intellience,the universal intelligence,the Self situated in deep sleep;the master of Wisdom and Knowledge

prajnana-apprehending Truth Consciousness;the consciousness that cognizes all things as objects confronting its observation,in the divine mind it is knowledge regarding things as their source,possessor and witness.

Tanpa Nama berkata...

321. The communistic principle of society is intrinsically as superior to the individualistic as is brotherhood to jealousy and mutual slaughter; but all the practical schemes of Socialism invented in Europe are a yoke, a tyranny and a prison.

322. If communism ever reestablishes itself successfully upon earth, it must be on a foundation of soul's brotherhood and the death of egoism. A forced association and a mechanical comradeship would end in a worldwide fiasco.

323. Vedanta realised is the only practicable basis for a communistic society.

It is the kingdom of the saints dreamed of by Christianity, Islam and Puranic Hinduism.

324. "Freedom, equality, brotherhood," cried the French revolutionists, but in truth freedom only has been practised with a dose of equality; as for brotherhood, only a brotherhood of Cain was founded-and of Barabbas. Sometimes it calls itself a Trust or Combine and sometimes the Concert of Europe.

325. "Since liberty has failed," cries the advanced thought of Europe, "let us try liberty cum equality or, since the two are a little hard to pair, equality instead of liberty. For brotherhood, it is impossible; therefore we will replace it by industrial association." But this time also, I think, God will not be deceived.

326. India had three fortresses of a communal life, the village community, the larger joint family and the orders of the Sannyasins; all these are broken or breaking with the stride of egoistic conceptions of social life; but is not this after all only the breaking of these imperfect moulds on the way to a larger and diviner communism ?

327. The individual cannot be perfect until he has surrendered all he now calls himself to the divine Being. So also, until mankind gives all it has to God, never shall there be a perfected society.

Thoughts and Aphorisms by Sri Aurobindo

Tanpa Nama berkata...

Mitos ke 8 Pakatan Rakyat adalah
bersih suci dan memperjuangkan untuk RAKYAT.

faizalzainol berkata...

barangkali.. mitos yang pertama kelihatan seperti salah ditulis..
mungkin tuan empunya blog perlu mengedit semula..

ada sedikit kesilapan yg mungkin tuan empunya blog terlepas pandangan..

16 september 1963 (hari malaysia)
memang benar tetapi susunan ayat yang tertera agak mengelirukan..

hamba allah berkata...

tuan TT...nak amk n letak kat Blog aku...

TUN JANA KHATIB berkata...

PENGLIPUR LARA YANG MENDENDANGKAN MASYARAKAT KAMPUNG SEWAKTU MASA SENGGANG.

Tanpa Nama berkata...

Tun Jana Khatib....
Mitos menjadi satu unsur yang diselitkan oleh Penglipur Lara dalam persembahannya kepada masyarakat kampung sewaktu masa senggang.