Isnin, 12 Oktober 2009

DARI ARKIB TUKAR TIUB



KEJAYAAN RASUAH DALAM BUDAYA MELAYU




NOTA :

tulisan ini keluar di malaysiakini pada 1 hb oktober 2004 – apabila
isa samd mendapat undi terbanyak untuk dipilih
sebagai naib presiden united malays national organisation.
beberapa bulan kemudian isa di buktikan telah merasuah
untuk mendapat kemenangan ini.




ISA SAMAD PILIHANKU


Dari Kepung pergi ke Batu
Terima kaseh kerana bagi saya nombor satu


(pantun dua kerat Tan Sri Isa Samad di PWTC - laporan TV1 petang Sabtu 25
September)

Ditanya sama ada faktor politik wang yang sering diperkatakan menjadi punca pemilihan seumpama itu, Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata: "Memang semua orang bercakap fasal itu, it is an open secret (ia rahsia umum).

“Benda ini (politik wang) tidak boleh disorok-sorok, semua orang tahu. Pucuk pimpinan parti pun berkata dia akan siasat,'' katanya. (Laporan Utusan Melayu - 28 September 2004)

“Sayang jangan terperanjat bila abang tersenyum lebar hingga ke telinga bila diberitahu tahu bahawa Tan Sri Isa Samad - warikh kito - telah mendapat nombor satu” (SMS Hishamuddin Rais yang sah, bukan SMS haram kepada Siti Nur Haliza)

Saya merasa bagitu marah sekali terhadap desas-desus yang cuba memperlekehkan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Samad. Desas-desus ini disebarkan sebaik sahaja Tan Sri warikh kito ini mendapat kedudukan nombor satu dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno bagi sesi 2004-2007.

Saya sebenarnya tidak ingin menggunakan semangat assobiyah kenegerian, tetapi kali ini saya terpanggil untuk mempertahankan suku, perut dan terumba apabila anak Adat Pepatih diperlekehkan.

Pertamanya, saya ingin menghebohkan kepada rakyat saentero negeri bahawa kemenangan Tan Sri Isa Samad ialah jawapan Umno kepada globalisasi. Kedua, saya menuduh bahawa rakyat Malaysia telah leleng dan gagal membaca makna dan tanda yang disampaikan oleh ahli-ahli Umno melalui kemenangan anak Negeri Sembilan. Ketiga, Tan Sri Isa Samad adalah intipati perjuangan Agenda Melayu berasakan Islam Hadari yang diajukan oleh Umno untuk kita semua.

Ahli politik kecewa

Saya, dengan jujur dan sopan - perangai yang saya amalkan semenjak berkenalan dengan Cik Siti Nur Haliza - menolak semua desas-desus dan khabar-khabar tentang politik wang (baca: rasuah) yang memenangkan Tan Sri Isa Samad. Cerita-cerita dan fitnah di luar dewan PWTC tentang Tan Sri Isa telah menggunakan duit untuk membeli undi, sengaja disebarkan oleh 'orang-orang tertentu'.

Cerita-cerita ini juga ditimbulkan oleh ahli-ahli politik kecewa yang telah ditolak rakyat. Amat jelas untuk saya bahawa semua ini adalah tohmah dan fitnah ala Laman Reformasi. Pihak-pihak tertentu dan ahli politik yang kecewa ini tidak akan berhenti-henti dari menabur fitnah. Bak kata petitih Adat Pepatih - Kepala Agung sudah diberi kenapa pahat berbunyi lagi.

Saya hampir menjadi sasau kerana hingga ke hari ini, masih ramai orang yang tidak mahu faham bahawa tidak ada politik wang a.k.a rasuah dalam parti Umno. Tidak ada rasuah ini bukan cakap saya. Ini kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden Umno sendiri. Pucuk pimpinan Umno ini telah mengatakan dengan jelas kepada pihak media bahawa mereka tidak ada bukti tentang rasuah dalam Umno.

Kenyataan dari pucuk pimpinan ini menunjukkan bahawa semua ahli-ahli Umno ini adalah orang-orang yang suci, jujur dan bersih. Jika ada rasuah dalam Umno, pasti ada seorang berdua ahlinya yang akan membuat aduan. Apakah tidak ada seorang pun daripada dua ribu orang perwakilan itu yang mengamalkan Islam Hadari, berani membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah. Mustahil.

Malah, Tan Sri Isa Samad apabila ditanya oleh para wartawan tentang isu politik wang, telah menjawab dengan begitu jujur sekali: “Saya tidak tahu”. Jawapan 'saya tidak tahu' pastilah datangnya dari seorang mulut insan yang jujur, suci dan baik hati macam Siti Nur Haliza. Jikalau Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini memiliki maklumat tentang politik wang, pasti beliaulah ahli Umno yang pertama yang akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah.

Rahsia terbuka

Di akhir persidangan, beliau ditanya sekali lagi oleh para wartawan dengan soalan yang sama dan Tan Sri Isa telah menjawab: “Kan semalam seeh dah cakap apo nak tanyo lag...”. Untuk saya, jawapan jujur dan tanpa berselindung seperti ini hanya muncul dari seorang insan yang berfikiran global dan pengamal Islam Hadari.

Kerana itu, saya menolak kenyataan Menteri Penerangan yang cuba merabunkan mata rakyat dengan ayat 'it is an open secret'. Saya tidak faham apa yang 'open' dan apa pula yang 'secret'. Zip seluar dan 'secret' siapa yang ter'open'. Abdul Kadir (Sheikh Fadzir) yang amat pandai berlawak ini, cuba meng‘viagra’kan hujahnya dengan berkata 'benda ini tidak boleh disorok-sorok semua orang tahu'.

Kalau 'benda ini semua orang tahu' kenapa Menteri Penerangan ini tidak mengarahkan RTM tidak membuat racangan Akademi Fantasia Politik Wang atau Money Politics Malaysian Idol. Jika 'benda ini semua orang tahu' pasti rancangan-rancangan ini akan menjadi popular dan boleh di francaiskan ke Brazil atau Mexico.

Justeru, cakap-cakap tentang politik wang ini mencurigakan kepala saya. Barulah saya sedar bahawa inilah contoh orang politik kecewa yang selalu dibebelkan oleh bekas pemimpin agung Umno, Tun Dr Haji Mahathir Mohamad.

Kerana itu, saya akan berburuk siku dan mengembangkan tangan untuk menutup mulut orang-orang yang akan senyum atau ketawa apabila mendengar ‘innuendo’, sindiran atau lawak-lawak yang menyamakan Tan Sri Isa Samad ini dengan Tun Ghafar Baba dari segi keupayaan pemikiran. Kisah Tun Ghafar memasuki dua universiti dengan mendapat dua ijazah – BA BA – ini memang telah menjadi cerita rakyat. Tetapi Tan Sri Isa lebih hebat dari Tun Ghafar Baba.

Buktinya, dua tahun lalu, Tan Sri Isa Samad telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Labu Seremban. Dalam Ucapan Penerimaan ijazah, Tan Sri Isa telah menyatakan bahawa beliau merasa bangga kerana sebuah kilang elektronik di Linggi telah menempa sejarah kerana berjaya membuat sebutir komputer chip yang terbesar di dunia.

Musuh ketat


Mengikut ucapan Tan Sri ini, kejayaan kilang ini berpandukan semangat Malaysia Boleh. Menurut Tan Sri Isa, hingga ke hari ini, tidak ada sebuah pun negara dalam dunia ini yang telah berjaya membuat komputer chip sebesar yang dicipta oleh kilang di Linggi.

Memang betul Isa Samad tidak pergi ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Memang betul beliau memasuki Universiti Malaya dengan menggunakan tiket bumiputera. Memang betul beliau hanya berjaya mengikuti kuliah Pengajian Melayu di Fakulti Sastera. Memang betul rakyat belum pernah mendengar beliau bercakap atau menulis dalam bahasa Inggeris.

Sebenarnya sindirian-sindiran mengenai keupayaan Bahasa Inggeris Tan Sri Isa ini berpunca dari beberapa cawangan Umno di Jelebu. Sindiran ini ditimbulkan oleh para penyokong setia Dato Seri Rais Yatim yang menjadi musuh politik Tan Sri Isa. Berbanding dengan Dato Seri Rais Yatim, memang Bahasa Inggeris Tan Sri Isa Samad ini agak corot.

Tetapi harus diingat, Dato Seri Rais Yatim, walaupun telah menulis buku Freedom Under Excutives Power in Malaysia, tarafnya sama seperti Ibrahim Ali. Jangan kita lupa, bekas pembakar jambatan ini telah menggantikan Ibrahim Ali sebagai Menteri Kehakiman apabila Dato Paduka Ibrahim Ali bersara.

Justeru, saya terperanjat apabila New Straits Times menggunakan perkataan 'terperanjat' sebagai induk berita dalam melaporkan kemenangan Tan Sri Isa Samad. Sebenarnya tidak ada apa-apa yang harus diterperanjatkan. Yang terperanjat ialah 'bomoh-bomoh media - spin doctors' dalam media kita. Seharusnya seluruh rakyat Malaysia wajib bergembira dan tersenyum.

Cuba tutup mata dan bayangkan - sesudah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, pastilah Datuk Najib Razak yang akan menggantikan beliau. Dan sesudah Najib, orang ketiga di tangga pucuk pimpinan Umno ialah Tan Sri Isa Samad. Gambarkan insan global dari Negeri Sembilan menjadi Perdana Menteri kita. Pasti kita semua akan mengelobah tersenyum.

Sebar Fitnah


Saya menolak pandangan bomoh media yang menganggap Tan Sri Isa ini tidak memiliki ketinggian susuk dan imej negarawan seperti Tan Sri Muhamad Taib. Bomoh-bomoh media ini sedang menyebarkan berita bagaimana Tan Sri Isa Samad sedang diserang hebat oleh SMS - short man syndrome - sindrom orang katek.

Tetapi dukun media ini lupa bahawa tinggi rendah susuk seseorang itu bukan satu ukuran. Dunia tidak akan melupakan Napoleon, Deng Xiaping, Habibie atau Danny de Vitto. Kesemua mereka adalah orang katek yang telah berjaya meninggalkan zuriat. Saya berani berkata bahawa Tan Sri Isa Samad adalah Napoleon kita yang datang dari Linggi, bukan Napoleon dari watak buku
Animal Farm itu.

Tanyalah sesiapa sahaja yang berasal dari Negeri Sembilan, pasti mereka akan terkenang-kenangan akan sumbangan Tan Sri Isa Samad. Semasa Tan Sri Isa berpindah ke Kuala Lumpur, orang-orang Negeri Sembilan telah menangis kerana memikirkan projek pembanguan di Lake Garden Seremban terbengkalai gagal tanpa kehadiran Tan Sri Isa.

Konsep meneroka kawasan-kawasan hijau dalam kota Seremban akan dialihkan ke Wilayah Perseketuan. Yakinlah , tidak lama lagi, Tan Sri Isa akan membawa idea yang sama untuk membangunkan kawasan simpan Bukit Nenas, Bukit Persekutuan dan Bukit Ceylon. Beruntunglah sesiapa yang menjadi warga Ibukota.

Malah, sebulan setelah menjadi Menteri Wilayah, Tan Sri Isa telah mencadangkan agar semua bulatan - roundabout - yang dianggap besar di sekitar Kuala Lumpur; seperti di hadapan Dewan Perhimpunan Cina, boleh diswastakan. Bulatan yang luas boleh dijadikan pasarana pemangkin ekonomi. Untuk saya, idea seperti inilah yang amat-amat diperlukan untuk mengembangkan ekonomi kita dalam era global.

Doktor senapang

Pengalaman Tan Sri Isa Samad dalam Negeri Sembilan Incorporated cukup positif dan amat-amat diperlukan oleh negara, terutama di Kuala Lumpur. Walaupun pada awalnya Tan Sri Isa Samad amat liat untuk meninggalkan kawasan Adun Linggi, tetapi kerana pemikiran Tan Sri ini amat-amat diperlukan oleh negara, maka Perdana Menteri kita telah bersusah payah datang menjemput beliau naik ke Kuala Lumpur.

Mungkin ada rakyat di luar Negeri Sembilan tidak pernah mendengar nama Doktor Senapang (nama terjemahan dari Bahasa Inggeris oleh DBP) - nama yang sinonim dengan Tan Sri Isa Samad. Doktor Senapang adalah rakan, kawan dan penasihat Tan Sri Isa Samad. Tanpa Doktor Senapang, pastilah banyak kawasan balak di Negeri Sembilan yang terus terbiar menjadi hutan rimba. Tanpa idea Tan Sri Isa Samad dan Doktor Senapang, rakyat Malaysia hanya akan melihat pasir memutih dan pantai melandai di Port Dickson.

Tan Sri Isa Samad dan Doktor Senapang adalah dua badan satu kepala. Doktor Senapang akan mencari tanah dan kawasan baru, terutama kawasan tanah rizab Melayu. Kawasan-kawasan ini akan ditunjukkan kepada Tan Sri Isa dan di sini, mereka berdua akan turun menembak. Inilah hubungan intim antara politikus Melayu dengan cukong Cina yang wajib dijadikan asas untuk memangkin Agenda Melayu dan Islam Hadari.

Kerana semua ini, saya dengan jujur meminta agar media-media arus perdana dan laman-laman web untuk tidak lagi memperlekehkan kewibawaan Tan Sri Isa Samad. Saya meminta semua pihak memberhentikan polemik politik wang ini. Jika agenda politik wang a.k.a rasuah ini diteruskan, pasti musuh-musuh Umno yang sakit-sakit tulang belakang pun, akan berani menyerang.

Sesiapa sahaja yang terus mempertikaikan kemenangan Tan Sri Isa Samad ini saya anggap mereka cemburu, dengki dan iri hati. Telah sampailah masa dan ketikanya bagi anak jati Adat Pepateh menyandang jawatan Perdana Menteri. Seperti Napoleon yang datang dari pulau Corsica yang kecil, Tan Sri Isa Samad juga datang dari mukim Linggi yang kecil. Kalau Napoleon akan menawan seluruh Eropah, Tan Sri Isa Samad akan menawan semua tanah kosong dan kawasan setinggan di Kuala Lumpur. Justeru, tanpa segan dan silu saya mencadangkan diri saya untuk menjadi Orang Isa. (TT)



26 ulasan:

Johan berkata...

tulisan yang direcycle untuk ahli politik yg direcycle..kahkahkah

apepun walaupun dah 5 tahun,banyak yg diperkatakan dalam tulisan ni masih relevan..

Unknown berkata...

Ni puji ke sindir ni,wa kah kah kah..

Unknown berkata...

tukar tiub perangai hang cam hang fuak hamPAS hang gak. Hang tabuq paku atas jalan pas tuh hang datang nak tukar tiub.
hang nampak cam maksum sial je tapi busuk cam longkang.Duk pitnah cna cni.

Tanpa Nama berkata...

bro..

puak2 umngok mesti hepi giler sbb kejayaan mereka mempertahankan rasuah dan ISA..

so UMNO menang...jom bubar DUN perak...kalau depa ada kote la....muahahhahahah

Edyes berkata...

Baik betul TT pada masa nie... cakap pun masih berkias kias... eh, TT tak wujud lagi masa tu....

kalau sekarang nie, dah tentu TT bagi kaw kaw punyer...

doktor snapang tu bukan ahli pelabur terkenal di texas ke?

Tanpa Nama berkata...

monitek air mato den sham wooiiii

mn berkata...

ISA SAMAD CALON HEBAT,
SEORANG CALON SUKA BERSENAM,
DALAM UMNO SEMUA REMBAT,
MEMANG PARTI YANG DAH JAHANAM,

Tanpa Nama berkata...

ko dapek mano cito ni sham???

den ponah donga nama dkto snapang tu maso kempen rais yatim (s46)kek umah tok ompek kilau,lakai...tak silap den namo hotel alson klana tu pun ado sangkut paut ngan doktor snapang tuh...

HISHAMUDDIN hussein RAIS yatim berkata...

Apabila Hishamudin Rais mengarut
July 31, 2008

Apabila kita dengar orang suka mencarut, kita mungkin akan ketawa terbahak-bahak, paling kurang pun tersenyum simpul. Tapi dalam hati kita tidak suka orang ini, fikiran dia kotor, lantas kawan semacam ini layak diajak berbual di kedai kopi saja, bukannya dijemput naik kerumah kita.

Itulah Hishamudin Rais (HR).. penulis artikel politik yang suka dengan terma-terma lucah, jijik.

Ambo bercakap pasal HR bukannya ambo benci kepada dia, tetapi ambo benci kepada gaya penulisannya. Apa yang ditulis mencerminkan pemikiran seseorang itu. Kita boleh menilai peribadi seseorang itu dengan gaya tulisannya atau percakapannya.

Percakapan ini ada dua jenis, satu yang yang dilafazkan dengan lidah. Satu lagi ialah percakapan melalui hati, dan ianya dizahirkan dengan tulisan atau lukisan. Serabutkah dia? Tersusunkan dia? Zuhudkah dia? Kalau hati dah kotor, maka kotorlah seluruh jasad.

Ambo minta maaf pada HR, ambo kena kata berterus-terang dengan HR, sebab HR berjuang melalui pena. Tapi gaya perjuangan HR ganas dan lucah.. takut-takut orang lain ambil pedoman buat asas perjuangan. Cukuplah dengan politik kita yang saban hari makin kelabu, janganlah HR kasi ianya hitam terus.

Berbalik kepada tulisan HR baru-baru ini di Malaysia Kini -baca sini-

Kenapa Sdr. Hishamudin Rais cukup marah? Dibantainya PAS cukup-cukup. Marah sangat dia pada PAS sebab nak bermuzakarah dengan UMNO. Itu baru nak berdialog.. belum lagi PAS-UMNO bersatu. Ambo bukan penyokong PAS tetapi ambo suka bersikap rasional.

Kalau orang Cina mendapat kezaliman, wajib kita menolongnya. Kerana ini negara Islam, rakyat mesti berasa selamat, tidak kira apa kaum sekalipun. Kalau menentang Islam dan cuba menghancurkan Islam, wajib kita melawan, tidak kira walaupun dia Melayu sekalipun, Melayu yang mewarisi Islam ‘baka’ bukannya Islam yang kita susah-payah memilikinya.

Sdr HR orang seni, cuba berjuang dengan seni. Menzahirkan kekotoran BN dengan seni muzik Carburator Dong. Adakah orang suka? Yang jadi mangsa, Alak CD, sebab menurut kehendak Sdr HR.. Kesian dia, sepatutnya HR yang kena tendang itu hari..

Di negara Barat, menzahirkan mesej melalui seni secara kotor-sekotornya dapat diterima. Itu hasil seni kata mereka. Di Barat, pelukis kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dapat diterima, itu seni penyampaian mesej secara sinis melalui kartun. Orang Islam amat sensitif hal-hal begitu.

Dalam Islam, seni digalakkan berkembang-biak menjadi subur. Boleh membuat sajak, boleh berlagu-lagu, boleh melukis dan macam-macam lagi kerja seni. Tapi ada batasnya, bukan sajak yang membuat fitnah, bukan lagu yang memuja syaitan, bukan melukis gambar wanita telanjang.. Islam ada batasnya.

Kalau betullah benci sangat kepada BN, kiaslah ayat-ayat demo dengan adab.. adab orang Melayu dan adab orang Islam.

Kalau betullah benci sangat pada BN, cukuplah sdr Hishamudin Rais seorang yang memutuskan tali silaturrahim. Jangan disekat orang lain yang hendak berjumpa, belum tentu orang itu akan jadi kawan kepada musuh kita.

Belum tentu lagi PAS hendak bersatu dengan UMNO. Masa yang menentukan, Allah Ta’ala yang mengatur masa akan menentukan, Allah Ta’ala yang memiliki hati hamba-hamba-Nya yang menentukan. Mengikut hukum jari-jemari, satu ibu jari yang menunjukkan kepada orang lain, empat jari menunjukkan balik kepada kita.

AntiBeerN berkata...

Kepado pengomen kat ataih ni...

Mano lagi raja mencarut... blog TT ka Parpukari...

Jawab, jangan tak jawab.

DurianKampung berkata...

Tanpa nama 08:13

Aku setuju ngan ekau... geng BeerN skrg mcm kera dapat bunga...

Melalak kat sana sini blog PR macam org mabuk Beer...

Nama yg tak penah komen @ kecut teloq sblm ni pun tunjuk berani sindir PR...

Kat pecacai BeerN sekelian... kedudukan terkini masih 7-2

Diulangi...

7-2 7-2 7-2 7-2 7-2

Selagi tak jadi 7-7... kecutkan kembali teloq anda & dok diam2...

Edyes berkata...

Salam tuan,

ulasan edyes di sini

Terima kasih kerna bagi laluan

Cetusan berkata...

bagus pujian tu

sapa lagi nak sokong wagih

Tanpa Nama berkata...

"Buktinya, dua tahun lalu, Tan Sri Isa Samad telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Labu Seremban. Dalam Ucapan Penerimaan ijazah, Tan Sri Isa telah menyatakan bahawa beliau merasa bangga kerana sebuah kilang elektronik di Linggi telah menempa sejarah kerana berjaya membuat sebutir komputer chip yang terbesar di dunia."

kahkahkah yang ni memang tak boleh blah kahkahkah

Sudin berkata...

pengomen
2009 Oktober 12 12:09

menggunakan islam :
menghalalkan yang haram,
mengharamkan yang halal......
kah,kah,kah.......

woit.....rais anak yatim !
apa yang kau mengarut ni....??????

Burung kakak tua pun pandai berkata ALLAH itu satu dan esa....kah,kah,kah.......
Kau recycle kata-kata burung kakak tua......kah,kah,kah....

Gua setuju statement 'Recycle'

Burung kakak tua akan diajar/suruh mengucap tiap-tiap pagi........"Rasulullah melarang umatnya mencarut"......tiap-tiap hari,tak kira siang malam.Itulah ungkapan yang digunakan oleh burung kakak tua........dan lagi satu....ulamak iblis akan mengeluarkan fatwa "berbahagialah di syurga akhirat"......hendaklah patuh pada ulul amri.....kah,kah,kah......walau pun awek kau kena rogol...!!!!
Kah,kah,kah........

woit....rais anak yatim !jangan berbelit....mengunakan nama berbelit untuk konfuse kan manusia....itu dinamakan .....ULAR !!!!!!!!

Watak ini ramai dalam PAS......KAH,KAH,KAH........dan saat begini gerombolan lanun Umno/Bn teramatlah mereka nanti....untuk melihat penyokong atau ahli-ahli PR bercelaru......kah,kah,kah......

Ko kata negara islam ?
kakak tua pun kata negara islam....kah,kah,kah.......
Perlembagan persekutuan/negara tu kepala bana dasar apa ?
Dasarnya apa ??????????????????

Ahli-ahli lanun gerombolan Umno/Bn menghalalkan rasuah dan entot-entot.......itu islamkah ???

Apakah PAS ingin melupakan peristiwa memali.......?
Berhadapan dengan ketua gerombolan Umno kaki pembunuh dan perogol......itu ko kata islam ?

Hutang darah bukankah di bayar dengan darah ???????????

Dah kata dah ......walau serban tinggi mana sekali pun.....tiap-tiap diri akan merasa masuk neraka....walau pun nama kau harussani.....kena masuk neraka dulu...tak kan terlepas....walau pun dah naik haji 7 kali.....kah,kah,kah....nak berpolitik buat cara berpolitik...kah,kah,kah.......

Riyaz berkata...

Harus diingat bahawa setiap komen adalah hak individu..setiap rakyat berhak menerima @ menolak apa yg diolah..tidak perlu kita menuding jari kerana kita belum tentu mampu mengubah minda dan persepsi kita..
sememangnya saya beranggapan pengikut blog ini adalah waras dan boleg berfikir.kerana apa yg baik diambik, yg kurang baik boleh dibiarkan sahaja..tidak sukar untuk buat begitu..atau mungkin anda yg tidak senang dgn tulisan dari penulis2 blog ini, anda bleh mencuba ke blog lain...Insya-Allah..

dan diingatkan sekali lagi, dalam kita beretika politik.....
"tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal...yang kekal hanya kepentingan kita..."

Tanpa Nama berkata...

encik HISHAMUDDIN hussein RAIS yatim... apa yng awak mencarut lama sangat nih.

p ambik wuduk tu...saya tak paham sebab carutan awak makin mnjadi jd...

Tanpa Nama berkata...

dah kalah tu sudah laaaa.... nak memokak lagi nak wat apa. hahaha

apa2 pun aku nak bagitau pada ko, kasi simpan la syorga ciptaan PAS kau tu. hahahaha

hidup umno

Tanpa Nama berkata...

PAS kalah ...yey yey...

Jebat Musibat berkata...

10 orang kawan aku yang kuat BN pun tidak berani berpesta sakan.

beberapa orang darinya berkata :

"menang pun hati tak senang juga"

mereka juga mengakui terlalu banyak yang tak betul padahal mereka juga umno totok!.

Jadi Naluri manusia itu tetap ada perihal kesedaran dan keadilan

Tanpa Nama berkata...

kasain mat hassan dah senyum pun sumbing....tension gilak!

Johan berkata...

tak payah layan lah komen yg pakai nama "hishamuddin hussein rais yatim" tu..dia tu troll yg saje nak provok korang layan komen dia

puteh berkata...

tanpa nama 17:33,
baca ni!!!
orang melayu, ngaku islam... solat?.. solat raya..he..he..dapat kuar tv.
minum arak laktu..
zina...bunuh....

pas kalah...yey..yey..????

ye lah...rasuah tu apa ye? politik wang......ha..ha...ko puja la ko punya isa tu.

Tanpa Nama berkata...

Isyam, sojak bilo lak ni sopan santun dan berhemah macam siti nurhaliza tuu..?? krahhkahkahkah... perasanlah tu macam siti jugak, diva yang paling bersopan konon...

mesti sekarang ni alim macam siti jugak kan? selalu zikir dan wirid kan? isyam, kalau wirid baca apa? siti baca "ya khalid" ngan laki dio. boto tak tipu, esey dongar sendiri dalam tv rancangan 'ar-rayyan' oleh dr. fatma az-zahrah tu.

isyam, bolehlah train anak buah yang perempuan nyanyi macam siti lepas tu train pulak buat baik ngan laki orang yang kaya2, suruh ceraikan bini tua dulu baru boleh kahwin ngan anak buah tu. ini trend dah menjadi. eleh.. ustaz rock tu apa crita? tu si memey tu lagi sorang.. ini semua contoh ikutan orang baik2 dan sopan2 belako..! zaman sekarang ni bini tuo tak laku, dipelantingkan dek orang jo bilo dah dapek betino mudo. khakk ptuihh..!
anak pompuan esey bilo nak kawin nanti esey interview jantan tu macam FBI interview teroris. tau la apo esey nak buek nanti.

-sutan kuto-

Ah Leong berkata...

Apa nak jadi korang semua ni. PRK Bagan Pinang dah ada pemenangnya. Kita sama-sama tengok pulak persidangan agong UMNO 2009 mulai esok. Apa isunya. Isu penting ke? atau remeh=temeh tapi gempak sakan ke?

Tanpa Nama berkata...

kemenangan dah dijangkakan....tabur duit dah jadi kebiasaan..rasuah dah dihidangkan...kenyataan nya ...gelap masadepan malaysia..kalau B Ngai ters memegang..dan rakyat terus dibutakannnnnn....rasuah perosak negara..PR teruskanlah berjuang...