Selasa, 20 Oktober 2009
INI BERITA FITNAH – RAJA PETRA FITNAH RAJA GOPAL
SIAPA PERCAYA PUNGGUNG AKAN DI ROTAN.. KAH KAH KAH …kah kah kah
Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.
Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.
Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.
Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.
Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.
Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.
Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.
Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.
Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.
Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.
Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.
Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.
Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.
1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.
2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.
4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).
5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.
Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.
Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.
Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.
Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.
(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)
INI BARU BERITA BETUL .... KAH KAH KAH... kah kah kah
DASAR KEWANGAN PERLU MANAFAAT RAKYAT : RAJA NAZRIN – berita hairan
Dasar kewangan yang diwujudkan perlu memberi tumpuan kepada rakyat dan tidak sewajarnya disediakan untuk pelabur dan pengurus wang saja, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini.
Baginda bertitah, pada permulaan krisis kewangan global semasa, terdapat perbezaan antara kepentingan golongan pelabur dan orang biasa, tetapi Asia tidak boleh mempunyai dua versi berkenaan.
"Pembuat dasar tidak boleh memenuhi keperluan golongan elit dan mengetepikan orang biasa yang bersusah payah mencari rezeki," titah Raja Nazrin, yang juga duta kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… KAH KAH KAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
37 ulasan:
Kah kah kah pun sudah cukup .
Aku harap2 tak de lah commenters dekat TT nie kena charge minggu nie sebab hina Sultan Perak ....Amin
Tabik pada PAS kerana tidak klu klek dan dakwaan bahawa PAS tikam belakang adalah tidak benar!
Tabik juga pada TT kerana menyiar artikel seadanya....
Hubaya!! Hubaya !!!!
Mufti Perak, harusini harusana telah mengeluarkan fatwa bahawa derhaka kepada sultan sama dengan derhaka pada tuhan.
kah..kah..kah..kah..kah
raja nazrin in his speech is talking about himself and on behalf of his family.so rakyat are we willing to give our benefits to this perak royalties?mangkok ayun punya raja!may god blesses you tt and rpk.
MURKA...MURKA...MURKA...kah kah kah kah kah
JIKA NAK TAHU SIAPA LEBIH MURKA...BUBAR DUN PERAK SEKARANG JUGA
kah kah kah kah kah...BARU KITA BOLEH TAHU SIAPA CELAKA...SIAPA MURKA
BUBAR...BUBAR..NOW...NOW...TODAY...kah kah kah kah kah
Nah sekarang burut/buntut baru keluar dan rakyat boleh nampak rupanya. Rakyat menderita berburut&berbuntut kayaraya senang lenang dalam istana dibina daripada kening rakyat.
Raja Retra dan TT keluarkan kudis kudis mereka yang merampas hak Negeri dan Rakyat. Biar Tuhan yang Mahakuasa mengadili mereka diakhirat dan rakyat mengadili mereka dalam PRU13 akan datang.
Allahuakhbar Allahuakhbar.
Kah..Kah...Kah...Kah..
Kena Kelepet dan Kena Kencing la korang dengan Raja Gopal...kah..kah..
Woi Sampai bila nak jadi bodoh kena tipu...kah...kah..kah...
Adouhh Pak!!!!!
kapan mau dibeli kain kapan pak???
Rumah kata pergi kubur kata mari Pak
keliwontron poyo kah kah kah
ish...ish..ish....
blalang...oooo...blalang...
kali ni mati lah kiter blalang oooiiii
moga virus ini tak berjangkit ke Kelantan. satu dua hektar dah laa..
janganla sampai raus hektar..
kena sumpah kang..
salam...
BERAPA HARGA 1 KUPON...??
"pancung,sula,rejam woi! aku tak gentar" - 'Daulat Tuanku' oleh kugiran Buterfingers..gua dedicate lagu ni kat semua para raja gopal..
Aku harap ramai orang2 Malaysia yg celik IT baca artikel ni.. bukan sibuk main game farmville kat FB tu..
sedarlah.. betapa dasyat nyer Sultan yg hang junjung tu.
so, kenkawan yg prihatin letak link/pautan malaysiakini/tt berkaitan artikel ni dgn sub topik yg sarcastic kt mana2 yg sesuai (facebook, myspace,friendster,twitter, etc.) supaya diowg terbuka hati nk baca apa ke jadahnya yg berlaku kat perak.. sblum di 'hack' oleh melaun penyamun2 ni..
tq.
wuiiii..... raja ni orang ke jin???? apa macam dia makan tanah sama balak tu sekali ngap aje haaa, nanti mau bera apa macam????
sedangkan nabi pun ada yang berani menghina inikan pulak baru raja, apa sangat. kalau tak ada rakyat mana da sultan, jadi.... rakyat lagi besar dari raja!!!! lagipun yang buat cerita ni pun raja gak (rpk) bukan tt.
.............PAYAH NAK ULAS CONTOHILAH JUNJUNGAN BESAR NABI KITA
buzzcock dtg nnti kita bg dia try maharaja... tgk ape kata dia.. ekekeke
anti-feudal.
feudal sistem jahiliyah.
kah kah kah yang ini bukan RASUAH kalau tak caya tanya orang kuat 1malaysia
bodoh siakk...sib baik mlk xde sultan..klu ada,mesti dh komplot dgn ali ketam..lgi teruk..bogel terus rkyat mlk
sebab tu kena tahu hal sebenar...tapi nama satu hal yg sebenar?
horay horay horay...lebung lebung lebung...yeahhhhaaaaaaa...HAPPY DEEPAVALI TO RAJA GOPAL (aka Muniandy Karuppiah)!!!!
terjemahan yang baik
wuihh!!! bestnya jadi sotan!!
err..... kat setana ader "belli dansing" ka..?? nak jugak join tgk skali... maunyer rajer mude jadi rajer mahkote.... he! he! he!
rupernyer.... baik lagi yeop derih yg dulu....
isk! isk!
cilakak bai!! rakyat n beli pisau cukur bukupon susah! road tax motor sikal 3'rd party lg mahal drp 1'st party..kapitalis punya goment! mane nye yg rakyat didahulukan oi bai! mane nye rakyat ade pilihan dlm hidup ni utk berjimat bai!baek hapuskan terus insuran 3'rd party tu..wujudkan insuran 1'st party je senang citer...bangsat ko bai!!
DUMB DUMBER berkata...
sebab tu kena tahu hal sebenar...tapi nama satu hal yg sebenar?
2009 Oktober 20 12:45
___________________________________
tunggu Royale sue RPK la
kalo tak betul takkan Royale nak biar, takkan tak berani sue
Najib n Rosmah havent sue RPK
but RPK oledi come out with SD
so?
---malayidiot--
Naik satu raja..nak 100 hektar
Naik lagi satu..nak 100 hektar lagi
Kalu mcm rakyat nak duduk atas tanah mana? Atas pokok? Pokok pun habis kena tebang!!!
Satu perkhabaran yang baik!
Cayala bro!
Minta izin pautan.
Pordaaahh...ini Nazrin macam musang yang diletak dalam reban ayam. Tiada kredibiliti nak jadi duta kewangan Islam! Mungkin ilmu tu dia ada, tapi kredibiliti-nil! Mufti pun senyap saja...takut fulus dan title miss kot!
sri hartamas
Kerajaan Nijar Boneka DAP Perak semasa 11 bulan memerintah dah agih-agih konsesi balak seluruh Perak pada tokey Cina DAP. Ngeh & Nga dah agih2 dah pun semua plot balak di Perak semua pada tokey Cina DAP. Saman kalau tak betul! Itu yang mereka meroyan tuh!
Apa la sangat kalau benarlah seperti ditohmah bahawa Sultan Perak dapat konsesi. Sultan Perak kan tuan punya tanah di seluruh Perak dan jajahan takluknya. Bukankah begitu yang dilafazkan oleh semua rakyat Perak? Itulah namanya Ketuanan Melayu. Sultan menjadi tuan di negerinya. Ke Ngeh & Nga nak jadi tuan? Kalau ikut sejarah pun memang Sultan berhak penuh pada negeri dia. Kalau bagi kepada Cina DAP orang Pakatan happy la kot? Itu yang meroyan sampai berbaring atas jalan tuh. Yang bodoh puak2 Pas la.
Tanah Kg Baru & Kg Tersusun di Perak yang diberi kepada majoriti Cina pun depa tak nampak lagi. 74125 geran diberi pada Cina. 19146 diberi pada India. Melayu cuma 35663 geran aje. Majoriti tanah dah dapat pada Cina DAP! Melayu cuma dapat gula-gula Ngeh & Nga. Melayu bukan ke paling ramai di Perak? Saman la!
Yang selama ni Sultan2 & kerajaan korban tanah dengan buka FELDA yang lebih 2,000,000 ekar di seluruh Malaysia tak nampak ke pengorbanan Sultan Melayu? Nak buka Felda ni pun satu cerita gak. Cina2 DAP nilah yang teroka tanah secara haram. Bila Sultan lulus tanah nak buka Felda, puak2 nilah yang memberontak sampai ada kejadian jaga yang ditembak mati masa dulu disebabkan kerajaan rampas semula tanah yang diteroka secara haram ni. Siapa yang dapat manfaat dgn pembukaan tanah Felda? Siapa pula yg membangkang sampai tembak jaga yang jaga alatan memberisihkan hutan tu? Apa yang DAP buat? Marah pada kerajaan sebab ambil semula tanah yang diceroboh.
Apa yang DAP buat di Penang utk angkat nasib orang Melayu? Apa yang DAP buat di parlimen dan dun yang dikuasai oleh mereka? Habis Melayu dihalau secara strategik dengan pelan letak harga rumah yang mahal. Sewa bangunan dinaikkan sewenangnya. Sampai peniaga Melayu akhirnya berpindah ke kawasan Melayu. Apa Pas buat? Jadi balaci DAP je lah! Piraahhhhh!
-NizarBonekaDAP!-
tiba masa nya utk sultan perak dan keluarga menangkis jika semua ini adalah tohmahan semata mata.
jika diam je... betul lah RPK ni
hrp byk lg artkel2 mt yg dialih bhsa kpda bhsa mlyu...
woit mamat tanpa nama 18:47! artikel lu adalah yg paling terbongok gaban pernah gua baca! masuk bakul sampah lepas tu buang ke dalam tangki najis belakang rumah lu arr! kah kah kah gi mampos laa. nak bela sultan kunun! gua siang malam cari rezeki utk anak bini. diorang senang2 kipas duit! bagi penumbuk 8888 kali sampai meninggal!!!
tanpa nama 18:47...
hang dapat apa?... banglo?...balak?...woi negeri bukan milik raja/sultan...milik rakyatjelata... kalau x ada rakyat...x ada sultan..jadi...raja/sultan kena ingat..kalau kempunan sangat nak tanah.... pergi ke tanah perkuburan... dapat free..x yah bayar satu sen pun... hang duduklah sana..sampai kiamat..
baru faham tmakasih
Salam. massyaallah. akhir zaman ni memang banyak fitnah. kembalilah kepada allah s.a.w. semoga penulis dan yg mengkomen mendapat rahmat allah. segala yang baik datang dari allah dan yang buruk adalah dari kita jua sebagai hambanya. Sultan tu diangkat oleh rakyat. tak sedar ke bahawasanya setiap dosa rakyat tu dia tetap akan dapat saham selaku penegak agama islam (biarpun sesetengah sultan tu kurang pendidikan islamnya) yang x pahamnya sumber penulis tu adalah mencurigakan. saya x jelas dan x percaya selagi dibuktikan dengan hukum allah. bala dan hukuman allah lebih adil, jd sesuailah jika kita hanya berserah kepada allah dari mengambil hukum sendiri yang dikhuatiri akan menjerumuskan kita di kalangan orang-orang sesat. nauzubillah.
kah kah kah ...
hang baik ka hang jahat ka hang tetap raja
hang raja ka hang menteri ka hang tetap manusia ...
sapa pun hang, dlm kuboq tetap kene tanya ...
kah kah kah ...sultan - sultan ..
kah kah kah
Catat Ulasan