Isnin, 12 Oktober 2009

INI KERJA BODOH - MENGHINA ORANG MISKIN




43,509 KELUARGA MISKIN TEGAR DAPAT BERAS PERCUMA
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Seramai 43,509 keluarga miskin tegar di seluruh negara akan mendapat beras ST15 secara percuma mulai Disember ini melalui pemberian kupon bernilai sekurang-kurangnya RM24.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar, berkata pemberian tiga kupon maksimum itu bergantung kepada jumlah ahli keluarga terbabit.

nota:
hentikan kerja bodoh yang meghina orang miskin.
beras 10 kilo ini akan habis dalam masa kurang sebulan.

ini kerja menipu rakyat.
ini kerja menghina orang miskin.
jangan bodohkan orang miskin

apa yang wajib dilakukan bukan
bagi beras – beras ini akan habis.

bukakan jalan untuk orang miskin agar
beras mereka terus mencukupi.

bukakan peluang agar mereka tidak hidup miskin.
bukankan peluang untuk mereka berdikari bukan
meminta minta untuk dihina.

beri kupon ini adalah proses dimana orang miskin
ini terus miskin dan terus bergantung. ini rancangan
gerombolan. bila orang miskin ramai mereka akan
bergantung pada gerombolan. empat tahun sekali beri
sedekah dan suruh mengundi. ini trik gerombolan.

warga yang bebas merdeka tidak akan mahu dihina.


pepatah tamil ada berkata:
ulek ilek eee unekk melayu : ertinnya
siapa ada nama eee dia bukan melayu kah kah kah






28 ulasan:

Johan berkata...

menipu,membodohkan,nenindas..sebab tu lagi miskin satu kawasan tu,lagi kuat sokongan kat umno..

Tanpa Nama berkata...

agak kurang hajar idea noh omar ni....

dasar lanun negara...

jab sp berkata...

Isham,
Gerombolan tahu bahawa kekuasaan mereka akan berterusan selagi ada insan miskin tegar berada di bumi Malaysa ini.
Manusia yang ada keupayaan agak susah untuk ditawan mindanya,tetapi mereka yang hidup dalam kemiskinan amat mudah dibeli jiwanya(walaupun bukan semua tetapi majoriti)
Lihatlah di Serawak dan Sabah,selagi ada kaum yang miskin dan terpinggir agenda pembanggunan akan terus digunakan atas sebab politik dan jangan harap PR mampu mengatasinya.

Tanpa Nama berkata...

tanya.. apa beza dengan duit yg kerajaan pakatan bagi kat org miskin ?

Confidentialist berkata...

Aku betul2 terkilan majoriti penduduk Bagan Pinang lebih pilih UMNO berbanding PAS. Atau pilih DUIT berbanding PAS.

Adakah mentaliti rakyat Malaysia masih lagi di takuk lama sebenarnya? Adakah diorang ni fikir tak mungkin akan ada kerajaan yang lebih baik dari kerajaan BN? Polis curang, hakim curang, SPR curang, media yang sepatutnya bebas pun curang, itu semua kerja BN. Itu pun masih baik?

Aku yakin, mati hidup balik pun aku tak mungkin akan undi UMNO lagi. Dan aku yakin aku takkan menjual undi aku dengan berapa pun harganya. Tapi orang Bagan Pinang...?

Damn! Agaknye betul2 dunia ni nak terbalik...

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah.. pepatah tamil tu mmg champion!!kahkahkah..
aku pun rasa kt pd tu pun ramai org miskin harta, dan miskin akal.. yg kaya nafsu wang politik jer.. janji masyukkkk..
kesian.

Tanpa Nama berkata...

ya johan , john menyokonganda, selagi melayu bodoh, selagi itukah umno suka, selagi itulah kaum kapitalis hidup subur.

mn berkata...

PAK LONG TT,

PUAK-PUAK NI DAH LUPA KA SURAH LUKMAN AYAT 18 NIH...kah kah kah kah kah

BERMAKSUD..."JANGAN TAKABUR, JANGAN SOMBONG DAN JANGAN BANGGA DIRI..."

TAPI umno BOLEH MENIPU, BOLEH REMBAT, BOLEH TIBAI Woii...kah kah kah kah kah kah kah..kah kah

Orang Kampung berkata...

Kalaupun iye UMNO menang kerana rasuah, kenapa Pakatan Rakyat tak mampu alihkan fokus rakyat daripada DUIT kepada MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH? Pakatan Rakyat, hentikan cakap kosong. Hentikan menyalahkan UMNO dan gerombolan di atas kekalahan. Kalian seharusnya ambil iktibar. Bukan begitu pantas menyalahkan rasuah sebagai punca kekalahan.

Tak tau nak cakap macam mana lagi...

Tanpa Nama berkata...

Ini projek nak kayakan kroni yg jual beras. INi projek nak kayakan tokeh seludup beras Bernas. Tok Syekh seludup beras u melompat2 gumbira dapat projek besar.
Apa jadi dengan beras zakat yang bertimbun dalam kepok beras??? Itu untuk siapa pulak???

Tanpa Nama berkata...

Pepatah Cina Berkata: "Apabila orang mengemis kerana kelaparan jangan beri ikan kepada dia kerana dia boleh habiskan hidangan itu pada masa itu juga dan dia akan mula mengemis lagi; TETAPI BERILAH DIA MATA KAIL KERANA DGN MATA KAIL DIA BOLEH MENDAPATKAN IKAN UNTUK KELUARGA DAN DIRINYA SEPANJANG HAYAT".
Kerajaan dah banyak buat kesilapan dalam cara membantu orang Melayu. Kerajaan juga telah menjadikan orang Melayu bangsa yang sentiasa meminta DAN MENGEMIS...dan jadikan mentaliti kelas dua supaya lambat-laun orang Melayu sentiasa datang mengemis DARI mereka. CONTOH Skim Felda, kerajaan menjadi seperti "Orang Putih yang berhijrah ramai-ramai Ke Amerika dan menghalau kaum Red Indian dari tanah mereka dan berikan tanah gersang yang tidak ada binatang buruan kepada puak Red Indian yang pribumi negara Amerika.Kononnya menolong Pribumi Red Indian. Yang peliknya Hasil balak dari skim FELDA siapa yang dapat?...siapa yang kebas bila Hutan Belantara di ratakan untuk tanam pokok kelapa sawit. Hasil balak dari skim Felada ada masuk buku kah?. Betul Tukartiub kata itu; Melayu diperbodohkan seperti kaum red Indian di Amerika.Orang Melayu menjadi pengemis di negari sendiri..tanam padi mengemis...tanam getah mengemis...tanam sayur mengemis..anak belar ke Universiti mengemis..mohon jawatan kerajaan mengemis...undi pun mengemis dari bukan Melayu. Jadi Generasi akan datang bila tak ada benda yang dapat mengemis...baru sedar!

pelajar di perantauan berkata...

sy nk bg pendapat..rasa nye ape yg kerajaan buat e2 x salah...at least depa cuba gak wt sesuatu tok bantu org miskin...knapa kite perlu lihat tindakan e2 sbg satu tindakan yg kurang ajar..spt smua sedia maklum hrga beras di pasaran dah naek..dgn beri beras percuma boleh meringan kan beban org miskin...ini juga sebenar nye merupakan satu jalan tok mereka keluar dr kemiskinan...so smua nye terletak di tgn mereke sama ada mahu keluar dr belenggu kemiskinan atau terus mengemis kasihan..mcm ayt quran ckp allah xkan mgubah nasib seseorng/satu kaum itu mlainkan mereka yg mngubah nasib mereka sindri...n allah juga x melihat output atau hasil tp allah melihat pd usaha yg dilakukan...

Tanpa Nama berkata...

Biarlah miskin harta jangan miskin budi pekerti.Kalau beri kita ambil tetapi jangan beri dan gadai maruah kita.Pemberian adalah asalnya hak rakyat.Dan undian juga adalah hak rakyat.Jangan jadi gelap mata dan hati kerana secubit pemberian.Tak semua orang yang kita nampak pandai itu pandai dan tak semua orang yang nampak bodoh itu bodoh.

mizi berkata...

nak buat macamana..dah melayu sendiri yang bodoh lagi bangang..dah sahih pun kaki rasuah masih diaorang menangkan macam dah takde orang lain yang diaorang nak jadikan peminpin..nasib engkaulah melayu

Ah Leong berkata...

Noh Omar memang kepala projek. Dulu masa jaga MARA zaman Pak Lah Noh Omar buat projek Kursus Modal Insan dan Jati Diri untuk Staf MARA dan para pelajar MRSM dan Kolej MARA. Sampai kini dia dah tukar kementerianpun upah fasilitator kawan aku belum dibayar.
Tengoklah nanti adalah nanti tokey beras yang tak dapat bayaran pulak.
Menteri UMNO mana ada fikir lain selain dari DUIT DUIT. DI MANA-MANAPUN BUAT DUIT.

Farahanani Amhazali berkata...

kalo mereka pikir lagi mudah nak tarik sokongan bila sesuatu tempat tu miskin..
apa beza mereka dgn ex-penjajah yang guna kan taktik memundurkan bangsa Melayu utk kawal pemberontakan terhadap penjajah??

shamshul anuar berkata...

Saudara Johan,

Kenapa bersangkaan buruk. Patutnya kita bersyukur kerana ada usaha nak bantu miskin tegar.

Mungkin pada Johan, bantuan itu sikit sangat. Tetapi pada orang miskin, ianya amat berharga.

Saudara Tanpa nama,

Kenapalah berperangai sedemikian. Puluhan ribu orang Melayu yang tak bertanah diberi tanah oleh FELDA.

Tentulah orang bodoh saja yang samakan beri tanah pada orang miskin sama seperi US zalimi Red Indian.

Kalau orang Melayu jadi pengemis di bumi bertuah ini, NASIHAT saya sepak saja dia. Sedangkan pendatang Bangladesh pun boileh hidup senang di Malaysia.

Biasiswa Kerajaan bagi( maksudnya UMNO). Peluang belajar di UK, USa, Jepun, Mesir diberi walaupun mak bapa petani di kampung. Ini satu "social engineering" yang sangat hebat.

Kalau nak harapkan DAP tolong beri biasiswa pada anak Melayu, hai samalah seperti suruh musang jaga reban ayam.

Kalau saudara otrang islam, bawalah mengucap. Kebencian boleh menghancurkan.

Keliwontron berkata...

Aku kelakar tengko gelagat gerombolan UMNO nie dalam p/raya B/pinang ..ini ibarat macam main bola
PKR dah sumbat 7 gol ...UMNO baru 1 satu ...tiba2 UMNO score lagi 1 satu tapi terlalak sakan macam menang game bola tuh ...
mcm Man U lwn Bolton Man U dah sumbat 7 Bolton histeria sebab dapat 2 gol ...gelitelur aku tengok ...
Kes beras nie pulak ...sebenarnya tak salah bagi tak salah amik ...beras mmg banyak BErnas punya stok lama daripada dok bagi kutu beras makan baik org miskin sapu kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

why everything is soooo negative?

En. Ahmad Menulis berkata...

kasihan si miskin, sudahlah miskin, lagi ditipu...

Tanpa Nama berkata...

Aku tak tau nak cakap aper lagi....Kerajaan sekarang penuh dengan menteri2 yang gila babi....Kata hidup melayu tapi layan orang melayu macam babi....Haram anakcucu aku undi BABI NEGARA.....Tunggu lah....lagi 50 tahun selagi BABI NEGARA memerintah selagi itu orang melayu miskin dan merempat....entah2 dah kena jual jadi hamba kat negara lain.....la nie pun dah macam hamba kat negara sendiri....semua mahal gila BABI.....BABI punyer PM....PUKIMAK.

Detguaq berkata...

Apa N.ajis buat untuk basmi kemiskinan tegar dikelantan?

Apa yang dia cakap? dah takdir....

Allah dah takdirkan bukan semua orang jadi kaya, bukan semua orang jadi miskin....

Kerajaan membantu hangpa jadi kacang hantu.....N'ajis dok bela burong kroni dia dikelantan. Anwar Tan dok timbun kekayaan....

Desak dulu N.ajis basmi kemiskinan tegar dari berselindung disebalik takdir....

Keylee Daud berkata...

nanti jatuh jugak lama lama dok atas lenguh kepala lutut jugak gagaga

Tanpa Nama berkata...

Tukar Tiub,

Apa yang menghina orang miskin kalau bagi beras?

Apa yang umno tak buat untuk orang melayu untuk keluar daripada kelompok kemiskinan. Kalau orang Melayu tu malas dan miskin, itu pilihan diorang. Jangan salahkan kerajaan. Peluang banyak disediakan. DEB dah ada (iye -deb yang menyebabkan generasi melayu sekarang senang boleh duduk rumah batu ni walaupun mak bapak die dulu penoreh getah, anak anak die (walau sepuluh pun tapi kalau belajar pandai), boleh belajar di uk dan us. Kamu tak pernah pergi ke tempat yang kerajaan dia memang tak ambil peduli rakyat. Miskin terbiar tanpa education. Ambil contoh terdekat - Indonesia.

Saya setuju dengan salah satu comment di atas. Orang Melayu kalau miskin dan kemudian menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri adalah mereka yang tidak sedar diri, dan mereka perlu berubah sendiri. Kail dan pancing sudah diberikan dengan banyaknya .. pergilah tangkap ikan sendiri.

Setengah orang miskin pula, pada pandangan sesetengah mereka adalah miskin. Tetapi hakikatnya ada mereka yang miskin tetapi selesa dengan kehidupan mereka. Tapi tak bermakna kita tak boleh meringankan kehidupan mereka. Tak luak pun kalau kita bersedekah. Golongan mcm ni yg kita katakan miskin tegar. Mentaliti mereka tak boleh diubah walau bagaimana banyak peluang pun diberikan. Jadi, apa salahnya kalau dibantu walaupun dengan beras?.

Tanpa Nama berkata...

Detguaq,
Semiskin-miskin rakyat Kelantan, mereka tetap bijak menilai...siapa tok guru, siapa kaki rasuah...mereka tetap berpegang pada aqidah bahawa yang memberi rezeki itu adalah ALLAH SWT, bukannya UMNgOk...

AntiBeerN berkata...

Untuk Detguaq...

EKAU MEMANG BODOH. Ini statistik yg dibentang di Dewan Rakyat oleh Bedolah Bedawi pada 3 September 2007:

Sabah mempunyai bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar yang tertinggi iaitu 32,297, diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) Kedah (4,938) dan Kelantan (3,550).

TOP 4 semua negeri di bawah UMamakNO. Bandingkan jumlah di Kelantan & Sabah serta Terengganu yg kononnya kaya ngan minyak. Bagai langit ngan bumi.

Skrg ni, kau pegi desak si Najis 1Malaysia kau tu untuk basmi kemiskinan tegar di negeri BeerN sebelum ekau nak tunjuk bodoh tahap gaban ngan mengutuk negeri aku kat sini...

Basuh Baju berkata...

Ironi..

memanglah kita boleh kata kerajaan bagi beras percuma ni satu taktik nak dapatkan undi.

tapi memang itu pun kerja orang politik. Nakkan sokongan.

Orang Pakatan pun bagi duit dan bantuan kepada org miskin jgk. Cthnya kerajaan selangor bagi 20% diskaun bil air dan kerajaan PP bagi duit kat miskin tegar.

So aku pun boleh kata dorang pun menghina orang miskin jgk. Sepatutnya yang diajar ialah bagaimana cari duit dan bagaimana nak jimatkan air. Kan?

Komen tanpa nama: bagi mata kail bukan ikan.

Betul.

Tapi kerajaan dah bagi banyak. Bagi lesen, bagi tender, bagi pinjaman, semua dah bagi. Tapi orang kita sendiri yang salah gunakan peluang2 ini.

Bagi lesen, jual lesen. Bagi kontrak, ali baba kontrak. Bagi biasiswa, tak nak balik Malaysia.

So bagaimana?

Bagi ikan salah. Bagi mata kail salah.

Barisan buat salah. Pakatan buat pun salah.

Tak payah buat apa-apa? Lagilalh salah.

Betul x?

Tanpa Nama berkata...

memang bagus bagi beras tu tapi baru sekarang nak tunjuk prihatin. Dah 52 tahun beb. Memang lah BN dah bagi macam2 tapi yg dah ambil lebih drp beras kita kena tengok. Jgn sekampit beras RM40 dah jadi RM100. Yg songlap lebih drp kampit beras tu. Benda tu macam beli tanah org miskin ler. Kalau nak cakap memang banyak puak Umnogok ni buat.

Puak2 Umnogok memang cara macamtu. Kat kampung aku pun banyak kaki rembat drp puak yg sama. Yg dok backup puak UMNOgok ni lebih baik tengok dulu kat tempat kau org. Cuba tengok ketua2 bahagian atu cawangan UMNOgok, mesti depa dah rembat tanah saudara2 kalian atau org2 kampung. Tengok berapa besar rumah dan harta depa. Yg miskin pengikut depa ler jugak.