Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 1 Oktober 2009

WAJIB BERLAKU ADIL




KENYATAAN RESMI : KONTROVESI ISU JAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG


Hari ini saya dihujani dengan email dan sms daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan parti saya dan teman-teman penyokong Pakatan yang membaca laporan akhbar di dalam Berita Harian halaman 6 bertarikh 29 September 2009 bertajuk “Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru“.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya tidak pernah sekali-kali membangkitkan isu jawatan KM DIGILIR ikut formula baru. Saya memberi pandangan berlatar belakangkang sambutan hari raya yang antara lain menunjukkan bahawa terdapat penerimaan masyarakat terhadap citra kepimpinan politik baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2009. Kunjungan rakyat berbilang kaum ke rumah-rumah terbuka anjuran pimpinan Pakatan Rakyat tidak kira bangsa seperti yang dianjurkan oleh pimpinan PKR, DAP dan PAS menggambarkan bahawa formula kepimpinan yang digunakan oleh BN/UMNO yang mengangkat agenda perkauman telah ditolak. Saya cadangkan kenyataan saya dibaca tanpa TAJUK dan Tafsiran yang diberikan oleh akhbar, tetapi fokus kepada petikan (quotation) yang digunakan yang lebih menggambarkan kenyataan saya yang sebenar. Saya yakin pembaca sekalian mempunyai kematangan untuk membezakan apa yang benar dan apa yang salah.

Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru (Tafsiran media)

Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri (Tafsiran media)

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum menjadi pemimpin selaras prinsip perjuangan gagasan Pakatan Rakyat (PR), keadilan untuk semua. (Tafsiran media)

Ketua Pemuda PKR yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, berkata formula politik baru itu perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu. (Tafsiran media)

Beliau berkata, sebagai rakan pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan menolak politik perkauman sempit, sudah sampai masanya formula itu ditukar bagi memberi peluang kepada semua kaum menjadi ketua menteri. (Tafsiran media yang mana saya tidak langsung merujuk kepada formula bergilir)

“Pulau Pinang sejak dulu lagi terperangkap dengan formula BN dan Perikatan yang menjadi asas politik perkauman dengan memberi jawatan Ketua Menteri kepada kaum Cina semata-mata atas alasan kaum majoriti di negeri ini.

“Politik baru Pakatan Rakyat tidak menjadikan kaum sebagai alasan utama, orang Melayu atau India pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Peluang itu terbuka kepada semua dan saya yakin masyarakat di sini juga sudah dapat membezakan prinsip keadilan dan kemanusiaan berbanding fahaman agenda sempit dan perkauman yang diamalkan parti kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. (kenyataan saya yang merujuk kepada perbezaan normatif dan prinsip kepimpinan politik Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman berbanding BN)

Mohd Yusmadi percaya kepemimpinan tertinggi pakatan termasuk DAP, PKR dan Pas dapat menerima pandangan itu dan melaksanakannya. (Tafsiran media)

“Tidak ada masalah (pelaksanaan), sebab mereka (PR) turut mengangkat agenda keadilan dan menolak prinsip perkauman seperti Pas yang melaungkan slogan Pas untuk semua. (suntingan petikan yang tidak lengkap- kenyataan saya ialah Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman tidak akan terperangkap dengan model kepimpinan ala BN/UMNO)

“PKR sendiri adalah parti yang menolak agenda perkauman dengan mengangkat agenda keadilan dan ini dibuktikan melalui kepemimpinan kami yang diterima rakyat tanpa mengira kaum,“ katanya. (kenyataan saya yang menngangkat dasar PKR keadilan untuk semua dan perkataan ‘Kami’ yang digunakan sebenarnya ialah ‘Anwar Ibrahim’ yang saya katakan sebagai conton pemimpin yang diterima oleh semua rakyat bukan di atas sebab perkauman tetapi keadilan untuk semua. Contoh tersebut tidak digunakan)

Beliau yang mewakili golongan muda di negeri itu juga yakin formula baru itu dapat dilaksanakan menerusi pendekatan tolak ansur antara pemimpin dalam pakatan. (Tafsiran media - kenyataan sebenar saya ialah prinsip politik Pakatan Rakyat mendapat tempat anak muda yang menolak politik perkauman dan bukan “tolak ansur” seperti yang dilaporkan. Saya tidak pernah menggunakan perkataan tolak ansur)

“Saya yakin inilah citra politik yang dimahukan rakyat Malaysia, iaitu kepemimpinan politik tidak kira kaum Melayu, Cina dan India,” katanya. (kenyataan saya yang menunjukkan perkembangan sihat politik Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman)

Ditanya pandangannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang sedia ada, Lim Guan Eng, Yusmadi berkata, Lim sekarang berusaha keras memenangi hati rakyat dengan memberi keutamaan kepada pelbagai aspek dan usahanya itu diterima baik semua pihak.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan teman-teman dan pembaca. Saya yakin apa yang dikatakan “Liberation is a tough a job”.

Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Malaysia (Balik Pulau)
Ketua AMK Pulau Pinang


nota:
ini di terima melalui e-mail tt.
untuk berlaku adil maka seluruh kenyataan ini dipapar.
kenyataan ini tidak diedit.
kalau faham baguslah
kalau tak faham jangan menangis dan tuduh tt melebong kah kah kah




8 ulasan:

Sukj berkata...

MANGKOK PKR NI NAK JADI 'TUKANG BELIT' JUGA KA??

BIAR 'TUKANG PELINGKUP' YANG SATU TU DAH LAH JADI TUKANG BELIT

KAU ORANG BELIT TAK DAPAT APA2 PUN.

TAPI 'TUKANG PELINGKUP' TU BELIT 22TAHUN DIA DAPAT HIDUP DALAM 'HARAMONEY'...kah kah kah kah kah...

BUKAN 'HARMONI'...kah kah kah kah kah..kah kah kah

mohd basir ahmad berkata...

Tukar Tiub jangan la jadi macam MSM. Time Utusan Malaysiia buat spin, jangan la kita dok meracau sama. Kesian Yusmadi - hang pi pujuk dia belanja lunch gulai itik serati.

Juga sila nasihatkan Uncle Kapal Singh tu jangan la emotional sangat time baca Utusan Malaysiia.

Anak Sungai Derhaka berkata...

Salam..

Dan buat semua Blogger dari Penang yang katanya menyokong Pakatan Rakyat tu...

Kalau tak tahu apa cerita sebenar, jangan melatah tak tentu arah..

Johan berkata...

kalau dah tahu media arus perdana macam tu,jangan lah senang2 kasi dorang modal tuk bikin spin..siapa suruh dia pandai2 nak buat kenyataan yang senang gile nak diputar-pelitkan (ni pun kalau betul maksud keyataan dia diputar-belit)

Media Cyber berkata...

hai? jawatan KM pun nak dirotate gak? wakakaka! bodoh punya PKR!

Johan berkata...

media cyber,

abis bukan ke BN sdiri buat rotation CM kat Sabah?..apasal tak ckp bodoh punya BN?..atau lu sdiri tak tahu?kahkahkah..

joe_ringgo berkata...

budak yusmadi ni mcm x paham bahasa jekk...

Tanpa Nama berkata...

ulasan mamat ni dari paparan TT boleh buat aku blaghohkan mcm bahasa melayu yang hampir jahanam sebab pemuka mat saleh dah suntik virus bangga diri kat dalam diri hulubalang melayu masakini.

tu la nasib badan budak-budak.
nak belajar tinggi sikit kene hadap buku mat saleh.
ada DBP keluar buku mari mengeja ABC, ada U bagi ijazah mee kari kedai kopi.

jadi melayu salah, jadi mat saleh salah, jadi cina kena belah, jadi india jatuh lelah.

aku merepek, layan lagu dah la bro isham.
----------------------------------
anak2 muda perlu ada pendirian
tak mudah lupa adat dan batasannya
jgn sesekali kau tewas terpedaya
dalam mencari erti dirimu sendiri

biar rambutmu diwarnakan hijau, biar rambutmu di warnai kuning
biar rambutmu di warnai merah
asal hatimu tidak diwarnai hitam

generasi bundle, itu pilihanku

generasi bundle