Rabu, 4 November 2009

JADIKAN DEMO BUDAYA HIDUP



BANGUN DAN LAWAN !




PESAWAH DEMO BANTAH KOUTA PADI
– malaysia kini

Lebih 100 petani di Mukim Bendang Morak, Tumpat hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di kawasan sawah padi mereka bagi meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghapuskan sistem pembelian padi mengikut kuota oleh pengilang.

Mereka mendakwa sistem kuota yang berkuatkuasa tahun lalu itu menyebabkan mereka menanggung kerugian besar.

Dalam demonstrasi kira-kira sejam itu dan sambil mengibarkan sepanduk antaranya tertera 'Jangan Sekat Rezeki Kami' dan 'Hapuskan Sistem Kuota Yang Merugikan Petani', mereka mendakwa tidak sanggup lagi menanggung kerugian.

Penyelia Pembangunan Mukim Bendang Morak, Yusuf Salleh berkata sewajarnya kerajaan menghapuskan sistem kuota itu bagi membolehkan pengilang membeli seberapa banyak padi daripada petani.

"Apabila sistem kuota dilakukan, ada pengilang yang menolak untuk mengambil padi kami yang dijual pada kadar harga RM1,000 untuk satu tan metrik padi.

"Mahu tidak mahu kami terpaksa mencari kilang lain yang hanya mahu membeli pada kadar harga jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya," katanya kepada pemberita.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… HEBAT… PANAS… kah kah kah..

woit… ORANG KAMPONG TELAH BERANI TURUN… kah kah kah..

nota:

inilah budaya yang patut terus ditanamkan.
jadikan budaya demo dan tunjuk perasaan sebagai
budaya satu malaysia. apa sahaja yang kita tidak suka kita berdemo.

hantar memo. jumpa menteri adalah kerja yang sia sia.
hantar memo untuk melambatkan jakan penyelesaian.
lihat kalau tidak ada demo isa – kerajaan tidak peduli.
lihat kalau tidak ada demo anti ppsmi – kerajaan tidak peduli.

kalau mahasiswa seluruh malaysia bangun buat demo anti auku –
dalam masa tiga hari – auku akan lupus.

p/s: ingat demonstrasi baling 1974



3 ulasan:

mn berkata...

BERNAS DAH SETLE BELUM..??

MELAYU TANAM PADI...

BILA JADI BERAS...TAUKEYNYA BERASAL DARI HONGKONG...kah kah kah kah

KETUANAN MELAYU...PEJUANG MELAYU...FINALLY 'PELINGKUP MELAYU'...kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Menteri dulu bahlol walaupun ada 1st Class dari UM (kelas sintuk?)dalam ekonomi la ni plak mat retard lagi teruk....

Keylee Daud berkata...

patutnya pakcik yang sadaikan mer dekat bangsal belake rumah