Isnin, 22 Februari 2010

PROJEK TIPU MELAYU LAGI



SURUH PEGAWAI FELDA YANG BERGAJI MAHAL - BOLEH BUAT KERJA MACAM INI?




DEMO 24 FEBUARI DITERUSKAN - NGO FELDA - malaysiakini

ANAK - sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda - akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan demonstrasi di ibupejabat Suhakam di Kuala Lumpur Rabu ini.

Presidennya, Mazlan Aliman merayu kepada kira-kira 1,000 peneroka Felda yang menghadiri konvensyen nasional anjuran PKR di Jerantut semalam, supaya turut hadir beramai-ramai menyertai demonstrasi pada 24 Februari ini.

Mazlan memberitahu demikian ketika ditemui Malaysiakini di konvensyen tersebut. Beliau turut membentangkan kertas kerja mengenai generasi baru Felda.

Di Konvensyen itu, Mazlan menggesa supaya dimansuhkan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang didakwanya menjadi instrumen utama bertentangan dengan matlamat asal Felda untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan petani dengan menggalakkan mereka membersih, menanam dan akhirnya memiliki lebih 10 ekar tanah.

Katanya, kesannya dapat dilihat di mana 80 peratus tanah yang asalnya dibersih dan ditanam oleh peneroka, berakhir jatuh ke tangah Felda Plantations.

Felda yang ditubuhkan sebagai sebuah agensi pusat pada 1956, melancarkan tanah rancangan pertamanya dua tahun kemudiannya di Bentong. Dengan penggubalan Akta Penempatan Berkelompok 1960, agensi berkenaan telah beralih daripada pembasmian kemiskinan kepada mencatatkan keuntungan optima.

nota:
felda yang ditubuhkan untuk memberi tanah
kepada warga tidak bertanah kini telah diubah
peneroka felda kini menjadi kuli sama seperti
dizaman kebun getah british dulu.

felda yang di swastakn menjadikan sang peneroka
buruh pertanian bukan pemilik tanah.

inilah satu contoh penipuan yang amat ketara
hanya mereka yang buta hati
tidak faham pekara ini.




15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

Adik Najib kuasai Tol Touch & Go...bertambah tambah tambah kaya...mentang mentag la adik PM..

mosabit berkata...

felda?....oang putih kata FAIL DAA...

semua oang nak PAS...bukan FAIL....macam sifool....

kah kah kah kah kah kah ......

Faizal Haji Ali berkata...

Mawi tak turun demo sekali ke? Takkan takda wakil dari Felda Taib Andak?

Tanpa Nama berkata...

YEA YEA!! MINYAK NAIK LAGI!!! THE SUN 22nd Feb 2010..

"the gomen believes an increse of 10sen a litre is acceptable to the public..."

Tanpa Nama berkata...

Pegawai pegawai FELDA balun bonos sampai 6 bulan! Peneroka FELDA jadi hamba abdi macam zaman serfdom dulu!

Tanpa Nama berkata...

F...U...C...K ACCEPTABLE TO THE PUBLIC.

Tanpa Nama berkata...

B. Hairan

BUKIT MERTAJAM: Program Bulan Kebajikan Umno Juara Rakyat anjuran Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda di sini, semalam, terganggu seketika apabila kira-kira 100 penyokong pakatan pembangkang berkumpul membantah program berkenaan.

Bila masa pulak PR jadi pembangkang di Penang?

"Ini program untuk masyarakat bukannya politik. Kita tidak melakukan pendaftaran ahli baru sebaliknya hanya memberi bantuan. Janganlah asyik bersikap buruk sangka," katanya sambil menambah seramai 360 orang kurang upaya di Parlimen Permatang Pauh menerima beras dan hamper termasuk 10 kerusi roda di majlis itu.

Bukan PROGRAM POLITIK? Jadi program apa? Kalau dah anjuran UMNgok yang tergedik nak jadi juara rakyat kunun, tu kira politik la. Nak mintak simpati rakyat yg bahlol, nak tunjuk pada rakyat yg bahlol bahawa umno baik hati, prihatin dll, semuanya semata2 POLITIK. Hanya yang bodoh, tolol, bongok je percaya yang ini bukan program politik.

Memang betul pun cakap tak serupa bikin, MP PR yg dijemput bagi hadiah kecemerlangan kat sekolah dihalang sedangkan itu program sekolah. Tapi bila umngok buat program politik terang2 di sekolah, semua dibolehkan. Benda2 macam ni lah buatkan orang yang bijak dan professional makin menyampah dengan ngok. Tunggu la bungkus dan cepat2 booking tiket sblm PRU akan datang. Golongan muda akan belasah cukup2.

Tanpa Nama berkata...

'Menurutnya, kini terdapat 1.3 peneroka di 317 tanah rancangan Felda, dengan 800,000 daripadanya merupakan generasi kedua dan ketiga.

Mazlan mendakwa, daripada 23,000 kakitangan kumpulan syarikat Felda, hanya 5,400 orang dari kalangan anak cucu penerika Felda - dan daripada jumlah itu, hanya kira-kira 100 orang yang memegang jawatan tinggi.'

Hoi, memang makcik felda kena tipu sokmo!

Hoi, tapi tetap perasan!

Hoi, perasan bagus!

Hoi, kena otek sokmo!

Hoi, memang bangang!

Hoi, kesian!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kelantan kutip cukai kastam paling rendah 2008

KUALA LUMPUR: Kelantan menjadi negeri yang mencatat hasil kutipan cukai kastam paling rendah pada 2008, iaitu hanya RM34 juta berbanding negeri sekecil Perlis yang berjaya mengutip RM107 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.



“Sesudah (Pas) memerintah selama 20 tahun, hasil kutipan cukai kastam hanya RM34 juta, jauh lebih kecil daripada Perlis sedangkan saiz Kelantan tiga kali ganda lebih besar.

“Jika betul-betul cintakan Kelantan, wajib mengangkat negeri ini ke tahap yang baik dan menukar kerajaan negeri yang tidak mampu membelanya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran facebook Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di sini, semalam.

Contoh paling jelas bahawa umngok punya pemimpin yang sangat bodoh, bebal, bangang, tolol, lembab dan berhati busuk.

KASTAM kutip cukai rendah pun salahkan kerajaan negeri. Bila masa kastam jadi agensi kerajaan negeri? Semua duit tu pergi ke Putrajaya, bukan saku kerajaan kelantan. Tu dah ada DR kat depan tu, kalau menteri yg takde DR taktau la berapa kali ganda bahlolnya. Pengikut, penyokong, ahli umngok tah berapa puluh kali bahlol dan bebal sebab ikut si bebal.

Sudin berkata...

Bukankah Felda harta pusaka tinggalan Tun Razak untuk waris dan anak cucu beliau ?
Anak cucunya tak perlu kerja,hanya menketedarah harta pusaka peninggalan beliau.

Mat monggol adalah kepala pewaris.
Apa yang diwarisinya ?
Felda,13 mei,CIMB,ISA,OSA......Perlembagaan fasal 153,keris telanjang.....wow ! banyaknya harta pusaka....kah,kah,kah...

tajudin berkata...

Bro TT, memang kesian kat orang Felda (esp. Pak Usu & Mak Usu)

Tanpa Nama berkata...

hahaha aku ingat najib ni betul2 support FELDA..rupenye yang orang standard je ye.. hahhaahaha...kepada tanpa nama atas sekali.. haha kerabat najib ni macam2 ada...bank pun diorang punya.. hahah mau tak kayau!!!!

Tanpa Nama berkata...

Skim Felda ini sama dengan Skim bantuan kepada Red Indian Amerika yang diberi oleh bangsa Pendatang Amerika dari Eropah yang telah mencerobah Tanah orang Asli Amerika (Red Indian) itu. Kawasan Tanah yang subur ini bangsa pendatang eropah diambilnya dan kawasan gersang dan bukit bukau diberi kepada bangsa pribumi red indian ini. Kalau ingin majukan bangsa Melayu tak akan lah hantar mereka pergi ke Hutan belantara dan menanam kelapa sawit. Tak tahulah keadaan Felda sekarang tapi peneroka felda generasi pertama ini hidup mereka seperti Buruh Paksa atau mcm hamba abdi untuk mendapatkan 10 ekar tanah di hutan belantara. Dengan rumah yang mcm reban ayam, keadaan yang keliling yang amat menakutkan dengan binatang buas dan racun, tiada kemudahan asas langsung. Generasi pertama ini hidup dalam serba kekurangan. Yang peliknya beribu-ribu hektar hutan belantara diratakan dengan kaya dengan khazanah hutan termasuk kayu-kayu balak yang mahal-mahal itu di tebang dan masuk akaun siapa?..akaun Felda atau empunya tanah atau cukong-cukong dari kerajaan terlebih belasah kayu-kayu balak itu. Bagi tanah dipinggir hutan tapi suruh majukan macam mana. Terpaksalah peneroka ini bagi kat Felda nak uruskan. 10 ekar nak buat apa usahakan sendiri. Nak bawa keluar hasil pun tengah mati. Kalau kerajaan betul-betul perihatin dan nak tolong Melayu betul-betul ikhlas kenapa tak beri hanya satu ekar saja di kawasan KL ke atau kawasan George Town. Tanah di bandar asalnya siapa tuan bukan ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu siapa?. British telah lama memberhenti penjualan Tanah kepada pada orang-orang Cina dan India. Orang Cina dan India tidak dibenarkan memiliki tanah. Cuma Untuk Sultan dan Bangsa Eropah. Tetapi siapa yang dapat semua tanah-tanah kat Bandar dan menjual secara rahsia kepada towkey-towkey Cina?. Siapa jual Wilayah Persekutauan dan Cyber jaya kepunyaan Rakyat Selangor (oopppsss ketuanan adalah raja Gopal a/l Maharaja) dan jadi Billinaire sekelip mata. orang Selangor dapat apa?...phuii nasib baik Khalid naik MB dapat juga wang akhirat kematian. Toyol itu hantu gigi je tapi boleh buat Mahligai...tak mahu tanya orang UMNO. Hasil Jual Kuala Lumpur dan Cyber Jaya kepada kerajaan persekutuan siapa yang dapat habuan?..Penjualan labuan kepada Wilayah Persekutuan..itu dia romeo Sabah dulu beli kapal mewah joli dengan betina-betina filipina comel montok dalamnya. Dia ada lagi kah? lama tak dengar berita?. Tanya orang UMNO ini sibuk cakap pasal Cina di bandar...Melayu di kampung...lagu katak panggil hujan ..katak Kelantan???.

Lang berkata...

Lihat LTH... tujuan asal nak bantu org susah pegi haji...

Tgk skrg... LTH mampu beli bangunan, tanah, ladang, buat business macam2... Berbangga?.. mmg bangga sokmo... sehingga terlupa org susah masih seksa nak pegi haji sbb tambang semakin naik... keuntungan untuk poket 'LTH' semakin tinggi demand.

kita tgk pulak Lembaga Zakat... alhamdulillah... memang kayau betul sampai mampu beli bangunan, mampu bayar gaji big bosses juta2, mampu beli bangunan dan berbagai lagilah... Bangga? ya kami berbangga... sehinga terlupa menoleh kebelakan, masih ramai fakir miskin menderita... wang zakat tuuuu...

Kalau nak cerita pasal Felda... kira oraitlah tu... katanya masa mula2.. anak peneroka ni nak kesekolah pon tak mampu... so bagi tanah untuk teroka, dapat juga duit utk hidup dan menyekolahkan anak.

Sekarang anak felda ramai yang berjawatan tinggi dan bergaji besar... kira udah berjayalah pelan perancangan.. dpat melepaskan golongan ini dari garis kemiskinan... nak apa lagi?... salah ke kalau Felda kayau rayau.. salah ke kalau Felda nak happy sket.. kejayaan untung juta2 ni utk tunjuk pada masyarakat antara bangsa... klu tidak nnt mcm mane nak buktikan rancangan tu amat berjaya.. Berbangga?.. ya! kami amat berbangga... biarlah masih ada orang felda yang masih tanggung hutang dan sebagainya... mereka masih mampu makan dan tidak kebuluran mcm kat afrika tu... kira oraitla...

Tanpa Nama berkata...

Sudah la Sham....
Yang ko heboh apa hal?

Mati nanti bukan makcik boleh bawak tanah felda 10 ekar tu masuk kubur.
Baik makcik sedekah kat felda
Itu kira macam kifarah tuh!
Besar pahala!

hidup felda
hidup felda
hidup felda



mampos makcik