Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 2 Mac 2010

CARA NAK JAGA KESEHATAN SATU MALAYSIA



BERJUANG UNTUK JAGA KESEHATAN ORANG RAMAI




GMPPK BANTAH CADANGAN SKIM FPP - melayau

Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) membantah cadangan kerajaan untuk memperluaskan skim Pesakit Membayar Penuh (FPP) di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Koordinator GMPPK, E. Silvarajah, 60, mendakwa cadangan untuk memperluaskan skim itu ke HSI seperti yang dilaksanakan di Hospital Selayang banyak memberi kesan negatif.

Beliau mendakwa, kesan itu akan menjadi penganiayaan kepada pesakit kerana doktor pakar yang terlibat dengan skim itu akan lebih bertumpu kepada pesakit yang boleh membayar secara penuh.

Dia juga mendakwa, doktor pakar muda terpaksa menjalankan pembedahan yang lebih besar kerana kebanyakan doktor pakar yang lebih berpengalaman akan lebih tertumpu kepada tugasan yang ditetapkan di dalam skim itu.

"Ada sebahagian daripada pakar menumpukan lebih banyak masa dan tenaga merawat pesakit swasta sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap pesakit biasa yang tidak membayar secara penuh.


KAH KAH KAH...

woit... INI DIA CARA KALAU NAK JAGA KESEHATAN WARGA... kah kah kah...

woit.... NAK JAGA KESEHATAN WARGA BUKAN... PAKAI KOTAK BERINSULASI.... kah kah kah..

woit.... NAK JAGA KESEHATAN WARGA..... BANYAK KAN DOKTOR....kah kah kah...

woit....NAK JAGA KESEHATAN WARGA.... BUKAN NAIK KAN HARGA GULA... kah kah kah..

woit... INI DIA TUNTUTAN SATU MALAYSIA ... HOSPITAL JANGAN DI SWASTAKAN.... kah kah kah...

nota:
kalau gerombolan berlabon
tentang kesehatan orang ramai
ternyata semua bohong.

satu Malaysia bukan mahu hospital swasta
satu Malaysia mahu khidmat yang baik
orang ramai bayar cukai
jangan gunakan duit cukai nak kayakan adik-beradik kah kah kah

nota:
orang melayu ini tak sedar sedar
hospital itu harta dia
jual hospital
ertinya jual harta nenek moyang

orang melayu leka kena tipu
harta kena rempat
telinga di sumbat ketuanan melayu
pergi hospital harga ubat mahal
menangis dan merayu
nak pergi jual ketuanan melayu
satu sen pun tak laku kah kah kah




15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BEE END MEMBODOHKAN RAKYAT!

PADA PEMBODEK UMNGOK PERGI LA UCAPKAN TAHNIAH PADA PEMIMPIN SATU MALAYSIA HANGPA TU.

-madir-

Tanpa Nama berkata...

eloklah tu.. yg kaya terus dijaga dan di beri keutamaan. yg miskin pula terus saja jadi warga kelas tiga mcm pendatang haram.

Datuk Seri berkata...

HABIS LA ANAK-ANAK AKU KURUS KERING...KURANG PROTIN

HARGA IKAN DAH NAIK MELAMBONG. BUKAN KERANA LAUT BERGELORA TETAPI KERANA 'KOTAK'...kah kah kah kah..kah kah

LEPAS NI KENA LANTIK EZAM 6 KOTAK JADI PENGERUSI LKIM...LEMBAGA KELENTONG IKAN MELAYU..kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Yang terus sakit & me"lidi" adalah rakyat biasa...

Yang terus sihat walafiat adalah.....BIK MAMA...semakin "mengembang mekar" walaupun ketika ekonomi negara "bernyawa2 spt ikan dalam kotak berinsulasi"............

AzamDean berkata...

kan ke ada klink 1MalaysiaL...

kerajaan bodoh..

aZRoy berkata...

gua dengar2 khabar angin, nanti akan ada satu enforcement demi menjaga kesihatan perokok, mereka diwajibkan membeli kotak rokok berinsulasi dan bercip teknologi tinggi. tambahan, kene beli dari satu company yg dikhaskan saja, mungkin proksi MOH. tapi gua mintak2 la tak jadi, kah kah kah.

Lang berkata...

maka rakyat tt kene bersetuju untuk menyokong hospital 1malaysia yang mana disediakan untuk orang-orang miskin. (hospital ini menyediakan kemudahan yang paling minimum, tanpa doktor dan jururawat terlatih sebab nak bayar mereka tak mampu)

perancangan selanjutnya, sekolah-sekolah yang ada sekarang juga akan diswatakan... mampu? sendiri mau jawaplah..

Apollo 2020 berkata...

jgn kate kotak ikan je, tp tgk buku2 teks kat sekolah. mane ade kualiti!

gambarajah kurang, byk ayat je. warne pon xde. sbb tue pendidikan malaysia tak maju dan tak berubah. asyik org yg same je dpt kontrak buat buku teks.

diorg nie pulak malas nak jage kualiti tp pentingkn untung. tapi masalahnye berlaku monopoli dlm projek buat buku teks.

mak aku cerita, zaman sebelum tahun 70-an, di kampung2, kalau ade kenduri kahwin satu rumah nie akan dijadikan stor tempat simpan kuih cam bahulu, dll kuih tradisional melayu.

kuih2 nie akan diletakkan dlm satu para yg agak tinggi dan seorang mak cik akan ditugaskan utk menjaga kuih2 nie.

biasanya mak cik nie akan menjadi garang selama beberapa hari kerana mempunyai kuasa menjaga kuih yg banyak nie.

mak cik nie akan mementingkan anak cucu die yg dapat dahulu kuih-kuih nie sebelum diagihkan kpd para tetamu kenduri kahwin.

mase nie la anak cucu diorg akan menjadi sombong sebab dpt kuih lebih dari kuasa mak/nenek die yg jage kuih2 nie. kalo sape2 yg x rapat dgn diorg jgn haraplah nak dapat kuih lebih.

utk tetamu akan dicatu-catukan mcm tak cukup, tetapi utk anak cucu akan lebih diutamakan.

mcm tu jgk lah yg berlaku sekarang nie dlm negara kita. tp di peringkat yg lebih tinggi. harta negara agih kpd keluarga/ kroni mcm harta kepala bapak die yg punya, tp utk rakyat dicatu-catukan mcm tak cukup.

sebab tu la kenapa diorg nak terus berkuasa dgn apa cara sekali pon.

mcm mak cik yg jage kuih2 nie, kalo tak garang mcm mane orang nak takut dgn die kalo dia buat penyelewengan dlm agihan kuih-kuih nie.

malaysia nie telah dikuasai oleh yg berotak kampong tp masih nak berkuasa walaupun tak layak jadi pemimpin bangsa.

sbb tu la aku sokong perjuangan PR utk menumbangkan 'org-org kampong' nie dari terus mencatu-catukan kekayaan negara kpd rakyat walaupun negara kita nie sebenarnye kaya raya.

x kira lah ape masalah PR tp kalo menentang BN yg kampong nie aku akan sokong dan berjuang.

ct berkata...

baguih juga adalah org ber-demo depan hospital tu, kalau tak saya pun tak tahu ada skim mcm ini.

cilaka, nak cari duit pergilan dekat tempat cari duit, hospital kerajaan bukan tempat tersebut.

Tanpa Nama berkata...

satu k'jaan mati2 x bg kompeni kroni naikkan tarif air...satu lg k'jaan mau caj rakyat utk basic healthcare..kalo pencacai umno masih buta gak menilai x tau laa mau ckp pe lg..siang mlm terpekik terlolong idop melayu..tp yg jd mangsa ialah bangsa sendiri..bingai!..wakakaka

Tanpa Nama berkata...

Sapa banyak duit atau gaji tinggi boleh pergi spital selayang atau HSI
Di sini ada DOKTER PAKAR boleh rawat

Sapa tak ada duit atau gaji ciput boleh pergi klinik 1malaysia
Di sini ada ATTENDAN PAKAR boleh rawat
Sapa ada sakit jantung kronik dan kanser tahap 4 boleh pergi klinik ini

TT tolong mintak spy sikit desas desus klinik 1Malaysia tak ada dokter

hu hu hu

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kerajaan UMNO/BN lama sudah lakukan penswastaan perkhidmatan kesihatan awam sedikit demi sedikit supaya rakyat di negara tidak menyedari penswastaan ini. Penswastaan di negara di lakukan kerajaan UMNO/BN dengan bertujuan politik dan memperkayakan kroni-kroni politik UMNO. Kroni-kroni ini ialah alat untuk UMNO/BN untuk terus kekal berkuasa. Sistem kroni adalah sistem "Domino". Kalau seorang jatuh, satu demi satu jatuh dan lingkuplah UMNO. Masa seperti ini tak lama lagi ia kan sampai juga. Sumpah setia kroni-kroni UMNO ialah "One For All and All For One". Kroni-kroni tidak akan dihadapkan ke Mahkamah walau pun apa juga kes rasuah dibawa oleh SPRM kerana SPRM adalah dibawah pengerusi UMNO bukan dibawah Parlimen atau kuas rakyat. Kuasa yang rakyat beri kepada ahli politik perlu dikawal oleh badan Pengahakiman. Kalu badan penghakiman pun corect..correct maka apalh rakyat ada?. Contoh adalah kes Rasuah berbillion duit rakyat disoglapkan oleh kroni-kroni UMNO/BN dalam skandal PKNZ apa telah jadi?. Kalaulah kes terbongkar maka tiori domino ini boleh dibuktikan. Dan pada masa itu tersungkur kerajaan BN/UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Bhg: Akhir

Masalah wakil Rakyat klon UMNO yang terdapat di Parti Keadilan inilah mereka meminta. mereka tahu inilah cara UMNO menjaga wakil rakyat mereka. Maka untuk berubah adalah amat payah. mereka perlu kembali ke Pangkuan UMNO untuk menerima imbuhan mereka tak pilihan..kerana untuk bertanding dalam pilihanraya mereka telah membelanjakan semua wang simpanan dengan harapan apabila dilantik menjadi wakil rakyat boleh dilangsaikan hutang. Rupanya menjadi wakil rakyat hujan di tengahari. Pda masa inilah perangkap UMNO telah mengena. Untuk menjadi wakil rakyat kriteria utama dalam kurun 21 ialah kewangan yang mantap. Mereka tidak perlu ambil rasuah kerana harta mereka dan kewangan mereka memang cukup. Itu sebabnya pemilihan Presiden Amerika diutamakan "Fund Riser"..tak tahu nak kata apa....orang melayu perlu memikirkan masa depan Tanah Melayu ini. Cara Politik orang Melayu sudah lusuh dan Malaysia perlu diberi wajah baru.

Tanpa Nama berkata...

Bhg:ii

Setiap kroni ini dilantik menjadi CEO syarikat-syarikat GLC yang telah diswastakan dibayar gaji sehingga beratusan ribu ringgit sebagi gaji bulanan. Mereka ini kebanyakanya tidak ada pengalaman langsung dalam bidang mereka sertai dan cuma ada ijazah dari universiti kangkong. Ambil sajalah mana-mana CEO syarikat GLC ini, anda kajilah latar-belakang ceo-ceo ini mereka cuma telah pernah menjadi bekas wakil rakyat, ketua bahgian atau bekas ahli exco UMNO pusat. Bagi mereka ini UMNO adalah tempat mereka cari makan lebi dari perjuangan asal parti. Kata-kata hikmat mereka Untuk Agama dan Bangsa dan Negara cuma slongan reotorik saja untuk menipu orang Melayu yang sukakn slongan, pantun dan peribahasa. UMNO cuma menjaga kroni-kroni ini saja bukannya bangsa Melayu keseluruhan. Kalaulah mereka menjaga orang Melayu..orang melayu tak seperti ini selepas merdeka 50 tahun masih merempat di negara ssendiri dan perlu hempas pulas ingin meniaga. Cuma kita dapat lihat segelintir orang Melayu maju kerana keadaan sosial ekonomi telah beraleh. Ini bukanlah jasa UMNO sebenar. Melawatlah ke negara-negara seperti Singapura, Korea, Taiwan atau Siam sendiri. Mereka juga telah lebih maju dari negara kita walau pun parti Politik tidak pernah kata "ini adalah kejayaan kami". Apakah kalau kita sudah Bangunan berkembar tertinggi dunia kita telah berjaya..bukan itu ukuran..kalau orang Melayu bina sendiri bangunan itu...maka itulah kejayaan sebenar...takt beri kontrak dan bayar duit kepada orang lain sesiapa pun kalu ada duit boleh buat. Apakah ia bukan satu pembaziran duit rakyat?. Kalau kita perhatikan orang Asli yang masih bercawat dan terbuka dada dalam tahun -60an tidak lagi pada masa ini, adakah kita boleh katakan UMNO telah majukan mereka?. Orang Melayu sebenarnya hidup dalam illusi yang telah dibuat UMNO. Seperti mana Penjajah British yang tahu orang Melayu ini snggup bermatian kepada dua perkara iaitu Agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Maka British telah serahkan tugas agama Islam pada Raja-Raja Melayu. Dengan sebab inilah negara ini tiada Menteri Agama seperti negara-negara lain. Maka British hanya perlu menjaga Raja-Raja melayu dan British tidak langsung pedulikan orang Melayu petani. Pelajaran pun hanya dibuka untuk Bangsawan seperti Maly Kolej. Anak-anak bangsawan belajar di luar negari anak petani belajar agama dengan tok guru kampung.UMNO ditubuhkan oleh bangsawan melayu juga bersikap begini terhadap rakyat biasa orang Melayu. UMNO tidak pernah ambil berat tentang orang Melayu, mereka cuma perlu jaga hati Raja-Raja Melayu dan Kroni-kroni mereka untuk terus berkuasa. Orang-Orang Melayu sebenarnya gagal memahami senorio politik manupulasi UMNO. UMNO sebenarnya telah mengongkong pemikiran orang Melayu dengan berbagai-bagai desepsi politik ini termasuk agama dan mengapi-apikan perselihan dan persengkataan perkauman yang lampau. Apabila sumber negara Minyak akan kekeringan maka orang Melayu di negara ini akan ditinggalkan oleh umno terpingga-pingga. Sekiranya kalau pun Pakatan rakyat berjaya tumbangkan UMNO tidak membawa makna apa-apa lagi. Pada masa itu kita keluarkan air mata darah pun sudah tidak bermakna lagi. Sedarlah..sedarlah Bangsa ku Melayu.

Lang berkata...

Pencacai-pencacai parti ni bukan tak tahu mana elok mana buruk. mereka tahu... cuman berharap kalau nanti senario sokongan bertambah, pencacai ni akan tampil dan mengaku itu semua hasil pejuangannya. tanpa perjuangan itu sang ketua tak kan dapat kembali kegemilangan yang hampir hilang. masa itu pencacai akan demand lak atas apa usaha yang dia dah lakukan. ini kan dah jadi normal modus operandi dalam politiking.