Khamis, 4 Mac 2010

CONTOH KERAJAAN UNTUK RAKYAT




BIARKAN TERUS HIJAU - UNTUK UDARA BERSIH DAN NYAMAN





HUTAN KOTA DAMANSARA DIWARTA HUTAN SIMPAN KEKAL - melayau

Kerajaan Negeri Selangor telah mewartakan semula Hutan Kota Damansara, meliputi kawasan seluas 321.7 hektar (795 ekar), sebagai hutan simpan kekal dari 18 Februari tahun ini selepas kempen selama lapan tahun oleh Friends of Kota Damansara (FKD), sebuah badan bukan kerajaan, kata pengerusi bersama FKD Jeffrey FK Phang hari ini.

FKD ialah gabungan 20 persatuan penduduk dan kumpulan alam sekitar yang berkempen bagi Hutan Kota Damansara dimanfaatkan bagi tujuan rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.

Asalnya dikenali sebagai Hutan Simpan Sungai Buloh, kawasan hutan itu pertama kali diwartakan pada 1898 membabitkan kawasan 6,590 hektar.

"Ia memegang rekod sebagai hutan tertua diwartakan di Malaysia sehingga 1983 di mana separuh daripada kawasan asal hutan simpan itu digunakan bagi pertanian,” katanya dalam kenyataan.

Pada 1992, seluas 1,600 hektar diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan bandar Kota Damansara manakala pada 1993, kerajaan negeri memperuntukkan 402.6 hektar daripada kawasan hutan simpan itu bagi taman botani.

Apabila perancangan bagi taman botani dibatalkan dan cadangan pembangunan bagi kawasan itu diterbitkan pada Mei 2002, penduduk mengadakan bantahan pertama.

Pada Disember 2007, Draf Pelan Tempatan Petaling Jaya 2020 mendedahkan hampir seluruh kawasan tanah itu diperuntukkan bagi pembangunan perumahan dengan satu kawasan kecil diperuntukkan bagi rekreasi.

Berikutan pewartaan terbaru kawasan itu sebagai Hutan Simpan Kekal oleh kerajaan negeri, ia juga diklasifikasikan sebagai kawasan hutan untuk penyelidikan, pendidikan dan rekreasi, katanya.

KAH KAH KAH...

woit.... MENANGIS SEGALA CUKONG.... kah kah kah...

woit... MERAUNG KONTRAKTOR BUMIPUTERA...kah kah kah..

kah kah kah... MELELEH AIR LIOR KONTRAKTOR JUAL PROJEK...kah kah kah...

woit... DARi 1,600 HEKTAR TINGGAL 321 HEKTAR... kah kah kah

kah kah kah.... KALAU GEROMBOLAN MEMERINTAH SELANGOR...HABIS HUTAN LINGKUP.... kah kah kah..

woit... INI LAH CONTOH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT... kah kah kah..

woit... INILAH PENTABIRAN YANG MENYELAMAT HARTA RAKYAT....kah kah kah..

nota:
toyo goncang telor dalam reban
cari bomoh nak kasi adun pakatan lari
tak tahan tengok hutan terus hijau kah kah kah




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memanglah gerombolan ni tak suka hijau

tapi... maulud nabi sibuk nak mampus pulak nak berarak kunun2 begitu komited menyanjung nabi...

???#*@%#%*!!!

-average joe-
klakka-la.blogspot

Tanpa Nama berkata...

Dari 6520 ha bukan 1600 ha tinggal ciput

Tanpa Nama berkata...

Kalau gerombolan perintah,usahkan Selangor...satu malaysia melayu sudahnya duduk bawah jambatan.

Lari ke pulau tak boleh...pulau dah bagi kat abang long cukong MCA

Tanpa Nama berkata...

Eleh!

kang be N dapat balik
habis lah hijau tu

Tanpa Nama berkata...

teruskan usaha untuk hijaukan bumi....GREEN PEACE