Khamis, 25 Mac 2010

KETUANAN MELAYU KENA TIPU



UMNO PADANG TERAP MAHU ADUN TITI UNDUR
- malaysianinsider

Umno Padang Besar mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi Yip Sun Onn dari MCA meletakkan jawatan walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan beliau tidak akan melepaskan kerusinya.

Sehubungan itu bahagian tersebut berkata ia sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.

“Kita tidak boleh tunduk kepada tekanan kepada tindakan tidak bertanggungjawab itu. Siapa dia untuk mengugut kepimpinan negeri?

“Kami mahu dia tinggalkan (kerusi), kami bersedia untuk satu lagi pilihan raya kecil,” kata ketuanya Zahidi Zainul Abidin kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata jawatankuasa bahagiannya telah mengadakan pertemuan malam tadi dan berpendapat bahawa Yip tidak menghormati kepimpinan negeri.

Titi Tinggi merupakan salah satu daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Padang Besar.

Ia satu daripada dua kerusi DUN ditandingi MCA pada 2008.

Bagaimanapun Zahidi menjelaskan permintaannya agar Yip meletakkan jawatan bukan kerana pemimpin Umno tempatan mahu bertanding di kerusi itu.

“Berdasarkan kuota, kerusi itu adalah milik MCA, kami tidak mahu pemimpin MCA yang tidak berbudi,” katanya.

Tegas beliau, MCA mesti mengambil tindakan jika tidak parti itu tidak harus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kira-kira 70 peratus pengundi adalah orang Melayu dan tidak harus ada masalah bagi kami,” katanya.

Ketika ditanya Najib dan Menteri Besar Dr Md Isa Sabu mahu Yip menarik balik surat letak jawatan, Zahidi berkata, Umno bahagian itu tahu apa yang terbaik bagi kawasan itu.

KAH KAH KAH...

woit... BETUL LAAA.... CAKAP KETUANAN MELAYU....kah kah kah..

woit... KAWASAN INI 70% MEALYU.... FASAL APA BAGI PADA CHINA...kah kah kah..

kah kah kah.... INI SUDAH BUKAN KETUANAN MELAYU.... kah kah kah...

woit.... KALAU KETUANAN MELAYU... KERUSI INI MESTI BAGI PADA UMNO.....kah kah kah

kah kah kah... KALAU TIDAK KERUSI INI JADI KAWASAN KETUANAN RAKYAT.... kah kah kah...

woit... MANA MENTERI BESAR YANG HISAP CURUT....kah kah kah



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada geng ni...cina DAP jahat...cina MCA baik...sebab cina Dap tak boleh bagi lendir...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

kalau dah kuat buat apa nak takut
kena tunjukkan kekuatan tu
kalau menang misti saham naik

baru kita tahu selogan tu betul ke tak betul
kalau selogan betul, misti menang punya