Isnin, 26 April 2010

SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR





PULANG LEWAT PAGI


dari kkb aku bergerak lewat untuk tidak tersangkut. hujan renyai – sama sedih.
warga kkb turit sedih - mereka kurang sedar – bahawa jika pilihan raya umum kota kkb telah jatuh ke tangan pakatan.

aku kembali ke restoran 98 – smabil minum the china sambil berlabong dan beseloroh.


KUALA LUMPUR

sampai melebehi jam dua pagi – kota ini senyap. sang pelacur dan tukang ragut juga telah lama tidor hanya kami yang melintasi kota untuk mencari bubur ikan di jalan pudu.


KE RUMAH

tidak ada yang berubah – hanya kucing datang merapati segala ‘tis tud ‘ yang aku bawa pulang. aku yakin sang kucing tidak akan dpat membaca sega;a literatur/propaganda yang aku bawa pulang.

BANGUN LEWAT

esok aku aku pasti bangun lewat – menjalar di katil – tapi aku ingin menulis sesuatu – untuk mengingati apa yang telah aku lakukan seminggu ini. kemudian mungkin aku wajib memasukan susuk aku ke dalam air garam. seudah air kaki gunung maka air garam aku rasa amat wajib.

APA YANG INGIN AKU TULIS


apa yang ingin aku tulis ialah analisa dan ingatan ingatan aku tentang kkb. aku rasa satu revolusi telah berlaku – satu ledakan yang amat besar dan mengelora - pembaca tt tunggukan.

32 ulasan:

abukhuzaifah berkata...

dari reformasi perlukan revolusi

abukhuzaifah berkata...

pakatan rakyat kena lebih agresif merancang,membuat tindakan dan membantutkan segala perancangan umno.kita perlu revolusi malaya yang baru!

Tanpa Nama berkata...

TT,
Aku dah anxious lah apa yang kamu akan tulis.

Cepat cepat tulis ye?

Jangan biar pembaca tunggu terlalu lama. Aku ni dah jadi addict blog TT.

orang kampung

Abu Simbel berkata...

selamat pagi juga buat tt dan tim yang tak pernah rasa letih dan bosan meng'update'kan segala macam rencah dari KKB ...
'we lose the battle, but we will win the war'.. InsyaAllah!

muchas gracias roberto..
penang,26/04/10

Edyes berkata...

la viva revolusion!!!

mawar berkata...

Salam sdr TT /Hishamudin Rais,
..sudah le hidup dalam munafik dan anarki, apa nak diperjuangkan, saya mengikuti tulisan sdr dan perjuangan sdr sejak 73/74 lagi..sdr yg yang dulu saya kagum berucap dalam dwi bahasa di speaker corner UM..kini longlai tanpa arah dan tujuan...tulisan yang melalut, meluat, meloyakan serta penuh dengan fitnah..dusta..entah apa-apa lagi..bila nak berubah kepada..... perjuangan yang lunak, mengisi kemerdekaan dan pembelaan kepada yang berhak...ayuh saya akan menyokong sdr dengan doa dan juga apa sahaja...jiwa raga sekiranya perjuangan dilandasan yang lurus. Berfikir le sejenak kalau sdr masih lagi mempunyai fikiran..saya tidak mengharapkan komen ini disiarkan, memadai kalau mesej sampai kepada sdr.

Tanpa Nama berkata...

ka harapkan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari.apa pun zaid dan keseluroh wira pakatan, kamu telah melakukan yang amat hebat dan yang terbaik bagi kami.menyampaikan mesej yang mantap dan ikhlas demi hak dan kebenaran rakyat telah terlaksana dengan amat berhemah serta berkesan sekali.jadikanlah ini suatu tapak serta asas untok mara kehadapan berdepan dengan kedatangan pru13.kami masih boleh tersenyum kerana yang tersirat kami kalah bukan mengalah.

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir rahim
Semangat perjuangan kami memang tidak pernah runtuh . Penat lelah kami tidak pernah kami ungkit. Wang ringgit kami yang kami keluar sendiri pun tak pernah kami kesali. Waktu dan tenaga kami yang terbuang pun kami tidak pernah mengadu . Kami akan tetap dengan slogan " LAWAN TETAP LAWAN "
Cuma persoalannya kami hanya sekadar bantu untuk memenangkan calon calon yang di utarakan oleh Pemimpin Pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mempersoalkan walaupun calon adalah bekas peminum arak dan tolak hukum hudud pada masa lalu. Yang kami kesal Negeri Selangor di mana Menteri Besar nya dan pentakbirannya di takbir oleh Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menjamin masa hadapan rakyat Negeri Selangor . Alasan yang saya anggap paling bodoh sekali " UMNOBN APCO belanjakan duit sebanyak RM40 JUTA , so what ! Kerajaan PM 1 Malaysia banyak duit takkan nak belanja RM1000.00 untuk berkempen pilihan Raya . ini lah yang paling Bodoh punya alasan .WAKIL RAKYAT baik adun atau parlimen Pakatan Rakyat khusus di Selangor sepatutnya lempang muka masing masing . Asyik bergaduh je si Khalid Samad tak sehaluan dengan Hassan Ali , Azmin Ali tak sehaluan dengan Ronnie Liu ,Teresa dok pikir macamana nak sius off suara AZAN SHOLAT ,Eliz Wong Berkhalwat dengan Lelaki Melayu . Wakil Rakyat PKR Lompat Parti , DLL . Dan Kepada MB SElangor tolong lah pi la turun padang kat kesemua PBT di seluruh negeri Selangor , Macam mana pihak UMNOBN APCO boleh dapat maklumat perihal kelemahan PBT di Selangor . Tidak semua pegawai PBT kat negeri Selangor sokong Pakatan Rakyat , disebabkan itulah Mantan MB Selangor Khir Toyol anugerahkan penyapu kat pegawai pegawai PBT Selangor. Kami faham MB Selangor tidak akan risau kalau PKR kalah kat Hulu Selangor kerana walaupun kalah MB Selangor tetap dapat duit gaji bulanan .Duit Kami asyik keluar macam air free tapi nak masuk balek kena kerja keras . Apa jaminan Ketua2 Pemimpinan Pakatan Rakyat kepada kami dibawah ini dan rakyat negeri Selangor . ????????????????

Jemba berkata...

Jangan lupa selitkan love story yang tidak kesampaian itu.. kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Walaupun kalah syabas kepada PKR kerana undi telah bertambah sebanyak 95 undi. Ini bermakna BN tidak berjaya menarik semula penyokong2 mereka dan PKR masih kukuh dan semakin kuat. Diharapkan juga wakil2 rakyat PR muhasabah diri dan tidak berbalah sesama sendiri yang boleh menyebabkan media2 pengampu BN mengambil kesempatan memperbesarkan perkara2 kecil tersebut walaupun sesama mereka juga berbalah cuma ianya boleh diselesaikan dengan habuan wang, projek2 dan jawatan2 dalam kerajaan. Tunggu je adakah janji2 BN yang berjumlah RM64 juta di Hulu Selangor tu tertunai sebelum PRU ke 13..kalau janji tinggal janji, pengundi2 di Hulu Selangor buatlah apa yang patut semasa PRU 13 nanti...

Tanpa Nama berkata...

sdra Mawar,
Enak betul kamu mengutuk TT. Tapi nyata TT tidak perlukan pujian dan sumbangan idea dari malaon seperti kamu.

Apa yg kamu nak TT lakukan ?
Kamu mahu supaya TT bersama kamu menyembah para rasuah yg memerintah negara sekarang ?

Kamu nak TT bersama kamu dan seluruh media `sampah sarap perdana ` memberikan pujian kepada parti yg bersekongkol dgn israel itu ?

Apa ?
Masih tak cukupkah kongkongan kepada seluruh media dan masih kurangkah puji-pujian oleh semua media letronik, media sampah sarap dan sebahagian lagi media altanatif keatas parti gerombolan yg dikatakan oleh Mahathir sudah busuk sampai ke pucuk itu ?

Adnan

Ha ha ha berkata...

Ha ha ha

Bro TT, kadang-kadang tulisan ko yang longlai dan tampa tujuan membuat aku berfikir sejenak..dan berfikir mencetuskan resolusi dan Revolusi ..ha ha ha.

Tapi ini untuk mereka yang mampu berfikir dan waras...Others no komen

Salammm

Tanpa Nama berkata...

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56
Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122
Satu keputusan yang menakutkan UBN serta UMNgOOOk kerna pru13 nanti undi penentu akan menentu nasib UBN tapi di sebaliknya awas! kaum UBN kerna terlalu terdesak hendakkan undi penentu ini akan mengadai secara borong keTUANan melayu.....

madbi berkata...

bila ada pilihanraya,balik balik isu yang bn bangkitkan soal saman hudud. meh sini ahli/pemimpin amno dan pas yang bengap/ otak masuk air aku nak bagitau; zaid dulu dalam amnu saman kerajaan kelantan pimpinan tgna pasal ia ada tujuan iaitu untuk membuktikan sesuatu yang korang tak nampak.... apa dia yang korang tak nampak tu??? jika sekiranya saman tu diterima dan setelah di bicarakan dimahkamah dengan segala fakta dan bukti bukti yang dikemukakan memutuskan bahawa hukum hudud kalah dan tak terpakai, maka nyatalah bahawa hukum yang Allah turunkan lemah dan hukum dari penjajah sangat tinggi. maka mana logik nya ISLAMUYA'LU WALA YU'LALAIH tapi seandainya hudud menang, kerajaan takada alasan untuk melaksanakan hukum hudud di malingsia jadi beranikah kerajaan membawa kes ini ke mahkamah??? oleh itu jangan salahkan zaid dalamj isu saman hudud ni, pasal dia dah pikir itulaah satu satunya cara hukum tersebut dapat di laksanakan . so mana mana pemimpin dan ahli yang kepala banyak masuk air tu tolong pam sikit keluar.

Abu Abdurrahman berkata...

Haji Jamaluddin ... masih bercerita lama, masih termakan kata-kata yang belum tentu pastinya itu?

Kadangkala kekalahan itu perlu untuk menyedarkan, supaya ujudnya kesedaran seperti Haji nakkan.

Jadi jangan terlalu ghairah menuding jari mengatakan orang lain peminumlah, orang penolak hukum Allahlah dan berbagai-bagai lagi.

Tidakkah Haji pernah membaca atau mendengar, atau didengarkan cerita-cerita sahabat Rasullah (saw). Bagaimana mereka sebelum dan sesudah bertaubat. Juga tidakkah Haji dengar adab bagaimana untuk kita menangani mereka-mereka yang sudah mengaku bertaubat?

Tanpa Nama berkata...

SUMPAH ANAK MUDA MALAYSIA AKAN LENYAPKAN UMNO / BN / UPCO DAN YAHUDI

SEKALI KAMI BERSUMPAH SELAMANYA KAMI TIDAK BERPATAH, AYUH ANAK-ANAK MUDA SELURUH NEGARA BANGKIT, LAWAN DAN TERUS LAWAN , ANAK-ANAK MUDA SELURUHNYA DARI PERLIS HINGGA KE SABAH SUDAH JELAS , SUDAH TERANG, SUDAH SEDAR , KAMI TIDAK BODOH , MENYAKSIKAN PEPERANGAN ULUNG INI SELAMANYA ADALAH SATU KEWAJIPAN.
ATURKAN LANGKAHMU, HAYUNKAN TEKADMU SYAITAN!!! PERASUAH KITA TUMBANGKAN!

Tanpa Nama berkata...

Lawan Tetap Lawan ...

Unknown berkata...

semlamat kembali bro TT....

akulah berkata...

Isham, politkus PR kena guna bahasa strategik utk orang melayu. Ini masalah PR tak takel.

Tanpa Nama berkata...

Sham,

Canang sikit agar pimpinan PR harus bermula lancar program tawan Putrajaya mulai saat ini..

Kalau tak mula sekarang, mmg mimpi sajalah. Harus ada "logo", gagasan bloggers, warna rasmi, committee bla bla bla..

Rakyat mulai pudar rasa yakin kalau kita tidak mulai dari skrg.

Rancangan GE13 harus ada fokus 1. bagaimana nak kekalkan negeri2 dlm pegangan PR 2. bagaimana nak kekalkan kerusi pegangan PR 3. Bagaimana nak rampai kerusi BN yang PR ada chance. 4 bagaimana nak tembusi kawasan2 hitam ie Johor

PR harus lancar kempen skrg.... biar pendukung PR mulai rasai semgat dar skrg.

Harus ingat, BN bekerja kerana duit. Kita bekerja kerana kita mahu melihat Malaysia yang lebih demokrasi...

Hancur BN......!

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama -> 2010 April 26 11:58, bagus la idea tu...

Mengapa orang Cina tak sokong BN? Mengapa India dan Melayu berterusan menyokong BN?

Ini memang polemik menarik untuk dibincangkan.

1. Pengundi Cina adalah bebas berfikir sbb mereka rata2 tidak kesah dengan kemiskinan yang mereka miliki, sbb semasa mereka miskin, tiada siapa pun akan membantu. Sokong gerombolan pun mereka tak dapat apa2. Sokong pembangkang, supaya dapat juga lepas geram. 50 tahun, gerombolan tolong mereka apa? Skrg, PR kot2 boleh tolong sikit2 pun jadilah!

2. Pengundi Cina adalah bebas berfikir sbb mereka rata2 yang kaya atas usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang gerombolan. Sanggup berhutang walau nyawa jadi taruhan dengan along dan bank. Jadi bila sudah kaya, mereka tahu itulah hasil kejayaan diri tanpa bantuan orang lain terutama gerombolan.

3. Hanya sebilangan Cina saja yang mesih hidup bergantung dengan gerombolan. Malah Cina sendiri merasa jijik untuk bergantung dengan gerombolan. Pada mereka, gerombolan ini adalah sama seperti kumpulan Mak Nyah. Mereka berasa geli-geleman melihat bangsa mereka yang tidak bebas berfikir dan hidup bersama golongan Mak Nyah.
(Kpd golongan Mak Nyah, jangan terasa yer, itu jer contoh yang saya ada buat masa sekarang ni, mungkin ada contoh lain lagi tepat, tapi ini jer contoh yang hampir tepat berdasarkan perlakuan2 gerombolan yang amat getik itu.)

4. Melayu terus menyokong gerombolan kerana, hidup pun susah, kalo sokong gerombolan, hidup mereka akan terus menjadi susah dan susah. Tak perlu hairan kerana apa mereka terus menyokong gerombolan. Melayu ini akan terus hidup membodek kerajaan kerajaan kerana asasnya mereka2 ini adalah golongan malas berfikir.

5. India pula, hahahaha sama dengan No 4 tadi. Bila bekerja, mesti kuat bodek kerana asalnya mereka adalah golongan malas berfikir dan juga masal bekerja macam Melayu juga. India = Melayu jer, bersaudara rasanya.

6. Mengapa semakin ramai yang kian menyokong bukan gerombolan? Ini kerana mereka merasakan mereka mampu berbuat sesuatu untuk negara LEBIH BAIK 8 juta persen dari apa yang gerombolan boleh buat. Gerombolan cuma bagi bila ada pilihanraya saja. Takdak pilihanraya, tobat sesen pun gerombolan tak bagi. Setiap sen, gerombolan pikir camana nak sapu abih licin. Tak cukup dengan abih licin, dia pikir pulak camana nak curi duit rakyat dan perbendaharaan negara lagi dengan memperkenalkan cukai2 yang pelik (alasan: tak bayar cukai, tak moden atau maju, idea bangang ke haper ni?), tibai dengan cukai harga minyak, dilelong nama subsidi supaya mewajarkan harga minyak naik.

Jadi hairankah kita Melayu ngan India terus menyokong gerombolan? Mengapa Cina berterusan tak nak sokong gerombolan?

mawar berkata...

Salam sdr TT,

...sdr masih lagi berjiwa besar kerana menyiarkan komen saya yang tidak berpihak kpd sdr...tidak seperi kebanyakan blog pembangkang seperti MSO...dan dulu kickdefella. Kepada pengunjung malaun tanpa nama..sdr Adnan... dalam menilai kebenaran kita kena duduk ditengah dan membaca dari semua punca dan tidak mudah menuduh dipihak satu tidak betul. Kedua pihak baik saluran arus perdana dan saluran alternatif mempunyai punca maklumat yang berguna...kalau kita baca semua kita dapat menilainya..saya lihat hari ini saluran alternatif yang banyak melaporkan berita yang berunsur fitnah dan tidak benar manakala saluran arus perdana pula hanya tidak menyiarkan berita yang tidak memihak kepadanya sahaja..dan membesar-besarkan berita yang memihak kepadanya...itu adalah propoganda bukan fitnah...masyarakat kita boleh berfikir dan terdedah dengan pelbagai maklumat dan boleh membuat penilaian..Saya bimbang kalau fitnah dan berita tidak berasas akan memakan diri kelak dan perjuangan menghapus dan mendedahkan pengkianat dan perasuah di kedua belah pihak tidak berjaya. Nah tulis dan dedahlah kepincangan pimpinan kita walaupun ianya TG Nik Aziz kalau a ada asas...dan jangan fitnah.

Luqmanazizphoto berkata...

Saya suka komen daripada saudara/i mawar, 2010 April 26 10:17.

Tanpa Nama berkata...

saya juga suka komen sdr/i mawar. juga anon 14:06.

kebanyakan komen dalam blog ini bersifat conformist. bukan membawa perbincangan yang bagus sangat pun. tak semestinya mengkritik PR tu menyokong gerombolan. sebab itulah PR tak menang semalam agaknya. orang malas nak undi sebab belebih-lebih sangat gaya penyokong PR ni kat blog TT. nak jadi macam media gerombolan juge agaknya...

Tanpa Nama berkata...

PR pun satu hal, kerana terlalu yakin dengan anjakan sokongan pengundi sehingga tidak menghiraukan peranan SPR dan sentiasa bersedia untuk berlawan di atas padang yg tidak samarata sehingga menyebabkan petugas PR berhempas pulas keletihan...

Kalau macam nilah cara PR, maka rasa lambat lagilah nak ke Putrajaya...

Pastikan berikan tekanan berterusan terhadap SPR ke atas perkara yg dituntut oleh BERSIH tempohari...

Kalau tidak, setiap kali sebelum wisel perlawanan ditiup, BN sudah mendahului PR dengan 5 - 0,

Cerdikkah PR kalau asyik sedia untuk bertanding dgn cara macam ni?

rattlehead berkata...

luqman dan mawar....p komen dlm facebook najib monggol lagi bagus la....org mcm hisham kalo takde sampai mampus rakyat malaysia khususnya melayu kena kencing dgn BN/UMNO...gaya penulisan hisham adalah senang difahami....walaupun agak kritis tapi itulah cara nak sedarkan org melayu.....kalau taknak baca korang leh baca blog che det ke najib ke ok....jgn sibuk...nanti malaysia kena jual dgn israel jgn nak bising plak lepas ni ye

rattlehead berkata...

PKR sebenarnya dah menang.....BN guna tipu helah....maklumlah najibkan raja rasuah....tah brp pengerusi SPR dpt imbuhan kalo BN menang....pindah nama pengundi satu hal....peti undi pengundi hantu yg lepas masuk satu hal...sape berani bersumpah BN tak tipu....mai berdebat dgn aku....

budakHuluSelangor berkata...

revolusi
reformasi
relevan
relatif
dan apa2 lagi..............
aku hampir gila mengikuti blog mu..........

TERUSKAN PERJUANGAN!

persetankan.........setan2 penjajah...glokal

Tanpa Nama berkata...

mawar,

media arus perdana suka memburukkan pembangkang seolah olah pembangkang jahat sangat..tgk la TV3 dan utusan..lain kali tulis la TVBN dan UtusanBN..senang cerita..Harakah dan Suara Keadilan terang2 surat khabar politik..media arus perdana patut neutral supaya orang2 yang tak ambil tau pasal politik atau yang bergantung semata mata kat media perdana tak kena brainswashed..

mana ada parti yang perfect kat dunia ni..hahaha.PR ada banyak kelemahan lagi..yang menentukan bangsa tu maju bukan parti tapi bangsa tu sendiri..orang malaysia kena bebas berfikir..cendekiawan2 kat luar sane jgn jd cam lembu..ditarik ke hulu ke hilir..derang kena memacu minda rakyat skali..bukan politician semata mata

PR kena kurang politicking..kasi up service kat rakyat..dengan tu lagi ramai akan sokong..INGAT:PILIH YANG BETUL BETUL BOLEH DIHARAPKAN..

TAPI aku paling meluat pasal BN..derang cam tak berubah ja..masih tak bersih..bukti??tyme pemilihan pemimpin tertinggi, derang yang main rasuah(eh silap politik wang) patutnya hilang kelayakan..ni tidak..
UMNO kalau tak main duit tak sah..hahaha..tu quote atuk angkat yang dah tua..dia dulu ketua cawangan UMNO Klang..
banyak lagi menda aku tak suka pasal BN lebe2 UMNO..TAPI jangan PR pon berperangai sama cam BN..nanti pening rakyat nak pilih mana satu

aku paling harap badan kehakiman, SPR, polis dan SPRM bebas suatu hari nanti..begitu juga media arus perdana..kan baik kalau BN dan PR dapat bertarung dalam gelanggang yang sama rata..paling penting minda rakyat keseluruhan perlukan revolusi..dengan revolusi minda rakyat dapat maju ke hadapan..tanpa revolusi minda jangan mimpi malaysia nak jadi negara maju

bet berkata...

sy tolak umno sbb die byk menipu drp sblum merdeka,smpai psl merdeka smpai skrg.dulu kini selamanya
menipu..

Tanpa Nama berkata...

brother hisyam,
mungkin kawe sore hak ore pangil ulamak minat ke demo.
tapi bila kawe bowa Ideal demo, semua ore setuju. semua tok guru dan ustaz suka sengeh dan kata kawe terro, pada hal kawe cedok ideal hak brother hisyam.
blog demo blog mula-mula kawe buka sebelum harakah.
dewan ulamak PAS kelate

housaeiff berkata...

Aku nda suka kalau bro hisham berpolitik
Aku suka bro hisham dengan ilmu dan karya penulisan.