Jumaat, 25 Jun 2010
ONE FANNY MALAYSIA - KAH KAH KAH
MAT KARTON DENGAN DADAH DADAH YANG BARU SAMPAI DARI KULUMMBIA
ONE FANNY MALAYSIA TERBITAN MALAYSIAKINI DIHARAMKAN - mkini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam buku terbitanMalaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan olehKinibooks yang merupakan anak syarikatMalaysiakini, dua lagi komik Zunar -Perak Darul Kartundan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.
Ketua setiausaha KDN, Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.
"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.
"Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya.
KAH KAH KAH…
woit… THIS IS REALLY FANNY FUCKING MALAYSIA…. kah kah kah..
kah kah kah… NAK KETAWAKAN PUN DI HARAMKAN… kah kah kah..
kah kah kah… LAWAK PUN MENGANCAM KRONI…kah kah kah
kah kah kah… HARI HARI ADA LAWAK DI PARLIMEN … TAK HARAM PULAK...kah kah kah..
kah kah kah… MAT MONGOL BUAT LAWAK BODOH ..I HELP YOU ..YOU HELP ME… TAK HARAM …. kah kah kah
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…KAH KAH KAH…
woit… BESOK KENA TANGKAP KERANA KETAWA…. kah kah kah..
kah kah kah... DI HANTAR KE KAMUNTING KERANA TERLALU BANYAK KETAWA...kah kah kah..
nota:
ketawalah kamu hari ini kerana ketawa adalah percuma
ketawalah kamu hari ini kerana ketawa baik untuk kesehatan
ketawalah kamu hari ini kerana ketawa adalah senjata melawan gerombolan kah kah kah
nota:
sila tanya lebai google apa itu fanny
nanti jumpa fanny tak kenal pulak..kah kah kah
BENDA HARAM MEMANG BEST
dapatkan barang barang haram ini:
dengan membeli cara online : www.cartoonkafe.com
atau pukul talipon 03-22-72-40-45
atau talipon kdn dan minta bercakap dengan datok sri mahmood adam kah kah kah
NOTA KALAU KOMIK KARTON INI BAHAYA KERAJAAN
WAJIB BELI SEMUA KOMIK INI. BILA MUSUH DATANG
MENYERANG MALAYSIA BERIKAN KOMIK INI. MEREKA
AKAN TERPENGARUH DAN AKAN KETAWA KAH KAH KAH
HINGGA TAK BERANI MENYERANG NEGARA KITA kah kah kah
KENYATAAN RESMI MAT KARTON
"SAYA AKAN TERUS BERKARTUN HINGGA KE TITISAN DAKWAT TERAKHIR."
Latar belakang:
Setakat kenyataan ini ditulis, saya belum mendapat surat rasmi
dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pengharaman buku
saya.
Berdasarkan laporan Malaysiakini (24 Jun 2010), KDN berkata tiga
buku/majalah saya - 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu
Dalam Kartun telah diharamkan.
"1Funny Malaysia" adalah koleksi karya-karya pilihan kartun saya
yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web
Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009.
"Perak Darul Kartun" adalah buku terbitan syarikat saya sendiri,
Sepakat Efektif Sdn Bhd. "Isu Dalam Kartun (IDK)" adalah majalah
bulanan yang mempunyai permit penerbitan dari KDN dan setakat ini
tiga edisi IDK telah diterbitkan; vol 1, vol2 dan vol 3.
Tahun lepas, sebuah lagi majalah saya "Gedung Kartun" telah
dirampas dan juga telah diharamkan. Berdasarkan kenyataan KDN ini
bererti keenam-enam penerbitan saya dan juga pasukan kartunis saya
telah diharamkan.
Dalam laporan Malaysiakini, Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri
Mahmood Adam dipetik sebagai berkata buku-buku tersebut diharamkan
kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.
"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan
kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat
untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.Ia tidak sesuai
untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan
ketenteraman awam," kata beliau.
Kenyataan saya:
1Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan
yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang
kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh
memudaratkan ketenteraman awam. Ia adalah satu tuduhan yang serius
dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.
2. Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya
sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya
yang terdapat dalamnya diharamkan.
3. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang
dimaksudkan dengan takrif "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk
menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan,
ia boleh memudaratkan ketenteraman awam."
4. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana
dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang
dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak
sesuai untuk bacaan umum.
Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya.
Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.
4. Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa
kerugian besar kepada syarikat saya. Saya menjangka pengedar-
pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah
beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.
5. Tetapi, keuntungan material bukanlah matlamat utama saya.
Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya.
Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah
dan salah laku kerajaan BN. Saidina Ali berkata, "Bercakap benar
kepada pemerintah yang zalim adalah patriot sebenar".
6. Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh
mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh
mengharamkan minda saya. "Saya akan terus berkartun sehingga ke
titisan dakwat terakhir."
ZUNAR
(Zulkiflee Anwar Ulhaque)
Kartunis/Editor kartun
zunar49@gmail.com
03 22724045
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
24 ulasan:
komik2 zunar ni memudaratkan, kerana membuatkan seseorang ketawa golek2 sampai mati, ketawa ini lebih lalok dari ganja, lebih khayal dari ecstacy, lebih stim dari stimroll, bahaya..., sangat bahaya..., mengancam keselamatan negara dan mengganggu gugat keharmonian kaum...
akta baru harus digubal dibawah seliaan gani patail dan mat mongol dan mahmood adam...., sape yang ketawa dikenakan hukuman buang negara ke mongolia atau denda 5000 kampit gula
woi mat adam..., hiyarkhhhhh, ptuiiii.....
ah ha ha ha...bila masa pulak buku kartun boleh menyebabkan berlaku gangguan ketenteram awam ni...ah ha ha ha
kalau macam tu haramkan jugak kartun TOM and JERRY dalam TV sebab banyak adegan pukul memukul...ah ha ha ha
hahahaha...ini adalah berita kartun yg lebih lawak dari kartun.Tindakan kerajaan mengharamkan karya seni kreatif amat KARTUN...adakah karya kartun lebih bahaya dari majalah berunsur sex..yg berlambak dipasaran.Kenapa
terdapat banyak buku cerita dan majalah yg berunsur sex dan keganasan tidak pernah diambil tindakan...ini kerana karya itu tidak mengancam umnongok...inilah kerajaan yg mengamalkan slogan 1Malaysia ciptaan umnongok...
A funny circus has formed in Malaysia world
"........"Loktar "Lies" Yatim" even went on to say that the revenue from sports betting will be only used to finance the under privileged non-Muslims. Now all non-Muslims will be grateful to BN and we will vote BN.........."
This "Loktar Lies" a real coward and good joker, from his speech have shown that he and his family a "Judi" lover, but he blamed it to others.
Ooi....admit it, we all knew you well,jangan cakap besar lagi !
Semacam YB TT selalu cakap
http://tukartiub.blogspot.com/2010/06/cilaka-kapir-laknat-ini-bagi-malu-orang.html
==============================.
woit…. KAPIR LAKNAT TAK PERNAH PERGI UMRAH…. kah kah kah..
woit… KAPIR LAKNAT TAK PERNAH BACA DOA…. kah kah kah..
woit… MACAM MANA KAPIR INI BOLEH BERJUANG MEMBANTU WARGA GAZA?..... kah kah kah..
woit… DULU KAPAL DARI SYARIKAT INI MASUK PELABUHAN KLANG ..kah kah kah
woit….TAK ADA PUN BANTAHAN OLEH ORANG YG BERBUIH BUIH BERDOA…kah kah kah..
===============================.
"KUALA LUMPUR: Perkasa president Ibrahim Ali has trained his gun, this time, on Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, calling him “stupid” for defending MCA Youth head Wee Ka Siong........."
http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=32665:khairy-is-stupid-says-ibrahim-&catid=19:newscommentaries&Itemid=100131
This KatakDiTempurung Ali,the best he has learnt to speak english is "stuuuuuupiiiid" and "shiiiiiiit". He can't go further than this.
Ooi....we knew you well too, jangan pura-pura tahu inglis-lah.
You are among the group of "Mee Low Sipik inglis" gang.
Buang-lah tongkat Apno, ajar sendiri jalan sikit.kanak-kanak pun tahu lari , tak akan lu tak boleh jalan.
Jikalau itu , malu aje
Kah........Kah.........Kah.......
Kah........Kah.........Kah.......
Kah........Kah.........Kah.......
"Some people have so much respect for their superiors they have none left for themselves."
Peter McArthur
Kalau LosMah dilukiskan seksi macam Altantuya mungkin Mamud Jadam akan luluskan.
Jangan lah sama kan dengan Badak Africa sudah tentu tak dapat kelulusan suami JIB.
Awas kamu Zunar,
Kamu sememangnya seorang reformis yang telah berjaya membantu mengubah minda masyarakat menggunakan eleman kartun bermula dari zaman 'gila-gila' lagi.
Selepas ini mungkin lagu-lagu seperti Pawana, Biru Mata Hitamku, Bernafas Dalam Lumpur, Jerangkung Dalam Almari atau Sahabat Gua akan diharamkan juga pasal mempunyai unsur-unsur yang boleh mangancam keselamatan negera.
In Australia they just had a new woman PM but sorry mate we beat you to second best.
1Malaysia Big Mama took office earlier than you did Julia Gillard and she also carries the title First Lady.
daftar istilah lebih kurang begini:
fanny
1a => BrE (Kemaluan wanita atau seangkatan dengannya)
1b => Menipu, (stop fannying around...)
2 => GeneralEnglish , sial, celaka, suwey eg. Lawak siot, suwey betul...
3 => AmE (Punggung)
mi spik no inglish
Ini lah Malaysia ... Majalah Bugil .. dpt COP HALAL .. majlah kartun plak dapat COP HARAM ...
polis dan menteri polis rampas kartun2 sdr zunar sbb:
1.kartun yg ketawa lagi mengetawakan sama taraf dengan kereta iaitu senjata yg lebih bahaya dari pistol/senapang
2.kartun zunar adalah teks bacaan rasmi kumpulan JI dan pengikut wahabbi yg mengancam keselamatan negara
3.depa nak belajar macammana cara: a.buat kartun yg memang kelakar, bukan lawak poyo lagi skema macam depa punya senyum kambing tua
b.hasilkan majalah kartun yg dapat sambutan ramai
c.untuk ketawa berdekah2 sebab depa ni kurang gene dan hormon untuk rasa funny, sebaliknya asek sebok pikiaq macamana nak dapat kuasa, nak dapat projek, dapat duit, dapat burit, dapat fanny
-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
bro zunar,jangan risau, kalau lu boleh melukis hingga titisan dakwat terakhir,gua akan sokong lu punya karya hingga titisan akhir air liur gua sebab banyak ketawa!
hai hicyam,
satu lagi kreatviti rakyat yang dianggap subversive oleh KDN. tabek Zunar!
One funny/pundek Malaysia' diharamkan kerna kartun2 itu telah menaikkan lancau2 gerombolan lalu menjadi tersangat erotic. Kapitalis Dalam Negeri/KDN amat takut kiranya marhen ketawa kerna kebangangan/ketololan mereka.
KAL. Seorang kartunis tetap majalah The Economist yang cukup terkenal.Kartunnya sangat menarik. kartun yang membawa mesej kematian kapitalisme.
Kapitalisme mati = sosialisme hidup
Jahanam borjois = hidup hak marhen
- cerita pasal corporation, financialization,Fordism, underground economy,bail-out,sweat shop, anti-Union,anti-liberal, anti-reform,anti-demo, mechanization, desacralization, hoarding, greed, lust, sex, yang ditaja oleh sistem ekonomi kapitalimse lahanat dengan lebih meluas.
Kartun2 zunar diharamkan & zunar patut ditangkap dan dihukum geletek smpai pengsan.
Kartunis2 reformist mesti bersatu & berdemo di brickfield & kita bakar ... sampah.
Zunar lebih ho liaw dari hicyam, kerna TAPAI tidak erotic & tidak diharamkan oleh Kapitalis Dalam Negeri/KDN
Lawak jugak mad mod adam ni yek
lebih lawak daripada katun lawak
dalam sebuah negara lawak
yang dipimpin oleh pemimpin lawak
dan berotak kartun
mampuihlah Barua Negara
**judi bola tak haram pulak**
mana ularmak fulamah alamak umco pergi
tt sebut fasal fanny,
teringat gua kat sorang amoi ofismet gua dulu - nama dia fanny!
gua tak boley tahan ketawa dalam hati tiap kali panggil/sebut nama dia hahah funny!
MANGGA, URTV, BACARIA, HI, sume HALALAN TOYYIBAN!!! Majalh dedah lurah dendam, paha gebu dan mulus sume HALALAN TOYYIBAN...bangkit nafsu sume kire OK, PASS QC, tak menjahanamkan ketenteraman awam...
MAJALH tuk KETAWA, HARAM wal DAKHALA ILAN NAR...kah kah kah...BTUL LA< KIAMAT NAK DEKAT...ORg jahil jadi pemimpin. Oh MALAYSIA ku yg sengal...Gua tak sabar nak blah dr negara ni bila dapat wat PhD
woi tt..
ko nie selalu kutuk 'eee'..
zunar nie bukan 'eee' ke?
Kartun-Kartun Zunar telah diistiharkan sebagai 'Musuh No 1 Negara' dan minggu depan Bik Mama & the gang akan lancarkan kempen 'JANDA BENCI KARTUN ZUNAR'dengan slogan 'KARTUN ZUNAR BOLEH MEMBUNUH' - Agensi Berita Hairan
kingkonglee69gmail.com
14.24
hai TT, tolong haramkan@ jangan siarkan komen kingkonglee69 yang sarat dengan bahasa sampah & kepala hotak sosialis/komunis.
Apa kena mengena tugas KDN dengan ideologi. Zunar telah mempamerkan kreativiti yang menarik. KDN menjalankan tugas keselamatan berdasarkan negara. Boleh mengkritik tapi si kingkonglee itu telah menghina secara total melibatkan ideologi.
Berambus saja kingkonglee ke ngara moyangnya di tanah besar cina.
Semua negara ada undang2.
Kolumpo, 25 Jun 2010 - Beberapa orang pemuda - pemuda telah diberkas oleh PDRM malam tadi disekitar kawasan Dataran Merdeka. Sumber rapat merepotkan bahawa pemuda-pemuda tersebut telah ditahan oleh anggota daripada Ibu Pejabat Bukit Aman cawangan D3suku Jenayah Kartun kerana mengedar majalah-majalah kartun Zunar yang merbahaya kepada nyawa orang ramai. Majalah-majalah kartun Zunar tersebut memberikan kesan negatif yang membawa maut dalam bentuk ketawa berlebihan kepada pembaca-pembacanya. Dalam pada itu, Musang Hassan menggesa anak-anak muda agar menjauhi majalah kartun itu yang dilihat lebih merbahaya daripada Heroin, Syabu, Ganja, Pil Kuda, Ubat Batuk dan yang seangkatan dengannya - Berita Hangit
..B O D O H punya kementerian. B O D O H punya kerajaan.
dekat US, komik lukis kartun clintonn tengah ada skandal pun tak jadi hal. itulah demokrasi. dah kau nak sangat demokrasi, buatlah betul2.
kalau tak, tadbirlah m'sia secara negara Islam. sistem Khalifah.
baru berkat. dapat redha dan rahmat. itu pun tak tau ka.
Kenapa komik2 luar yang ganas dan lucah tidak diharam? Itu lebih mempengaruhi minda remaja kita!
Sebagai bekas rakan sejawat di CESB, salam saya kpd Zunar. Teruskan berkarya sehingga ke titisan darah terakhir! Kuatkan semangat kau, Zunar! Doa kami kau terus berjaya!!
merahsilu99
gua rasa tulisan kingkonglee tu amat betul dan bertepatan
tak perlu nak ban tulisan kingkonglee
kalau merahsilu99 rasa tak begitu sesuai dengan kingkonglee, sila berjumpa beruk kerri atau katak him untuk mendaftarkan diri
jangan mara haaa
marah kang kena jual
sekarang ni musim suma kena jual
kg baru pun boleh kena jual
inikan pula hang, merahsilu99!
kesian ko mahmud.. hai ada tanda2 dapat sambung kontrek ksu sampai mampus.
ini yang ko dapat drp makmal2 andkra kdn tu ye? hebat mesia ni... yang halal jadi haram yang haram jadi halal.
Kalau takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai
Kalau takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan
Kalau takut kartun2 diharamkan, lukiskan saja kecantikan bimama
Kalau takut ketawa kah...kah...kah..
jadilah tukang angguk dan pencacai gerombolan...
vikmoro kombet...
Catat Ulasan