Rabu, 28 Julai 2010

MANA PERGI IKANG ?




IKANG MENYELAM SENYAP SAJE




PAS MINTA UMNO LUPAKAN DIALOG, TETAP TIDAK MAHU LAYAN – minsider


PAS tetap tidak mahu melayan Umno sambil menyifatkan tindakan komponen Barisan Nasional itu secara berterusan mengajak PAS menjalin kerjasama perpaduan hanya bertujuan mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Sekali lagi, dua naib presiden PAS menegaskan bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup”.

Dalam hubungan ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, ajakan Umno sebenarnya bukan mahu mewujudkan perpaduan, tetapi mahu menghilangkan kepercayaan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap PAS.

“Kita melihat tawaran itu bukannya mahu mewujudkan perpaduan Melayu yang sebenarnya tapi ia strategi halus digunakan Umno untuk membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

“Kalau PAS terima ajakan itu, kita akan kehilangan kepercayaan dan akan berlaku keadaan PAS tidak akan dipercayai oleh rakyat.

“Malah saya percaya Umno akan terus berusaha untuk pastikan PAS terima cadangan itu dan pemimpin PAS telah dapat mencium muslihat tersebut,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.


HARUSSANI DEDAH ADA BERTEMU PEMIMPIN SELAIN HASAN ALI - minsider

Harussani Zakaria mendedahkan adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan perpaduan Melayu.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

“Saya sebut Hasan sebab beliau mengakui sendiri jumpa saya, sebab itu saya boleh cakap,” katanya.

“Kebetulan beliau ahli PAS, ada juga ahli Umno datang jumpa saya berbincang soal ini. Mereka tanya jalan penyelesaian perpecahan orang Melayu.

“Yang lain saya tidak mahu cakap, nanti mereka bergaduh sesama sendiri pula.


KHALID SAMAD : BODOH BUKAN JENAYAH - mkini

Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad terus mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali supaya menyaman Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno.

Khalid berkata, tindakan itu perlu diambil supaya "keikhlasan dan ketelusan" exco kerajaan Selangor itu tidak dipersoalkan oleh ahli PAS.

"Oleh itu, kami amat berharap agar saman terhadap Harussani disegerakan oleh pihak Pesuruhjaya supaya terbukti bahawa beliau telah ditipu dan beliau tidak reda ditipu sebegini rupa oleh Umno dan konco-konconya," katanya.

Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk. Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan.

"Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, stupidity is not a crime (kebodohan bukanlah jenayah)," ka

KAH KAH KAH…

woit…. BODOH….?.... kah kah kah..

woit…. INI BUAT BUAT BODOH…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU TAK BODOH MACAM MANA NAK JADI MENTERI BESAR…. kah kah kah..

nota:
asakan ini akan berterusan sehingga pas pecah.
ini perancangan yang diatur untuk menarik pas
keluar dari pakatan. taktik ini untuk memecah belahkan
pas sendiri. lihat khalid samad dan hasan ali sedang perang
lidah. nanti jika karpal singh atau chen mah hin atau lim kit sing
-yang selalu bercakap karut - maka akan berlaku pula
kacau dalam pakatan.

setidak tidaknya akan ada beberapa orang pas yang akan hilang
walah dan menjadi ibrahm ali.

kita tunggu dan sediakan payung kah kah kah

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

letih.....letih....letih... dah tak payah nak layanlah isu ni.... buang masa.

Tanpa Nama berkata...

Ikang kekek mak iloi, iloi,
Ikang gelama mak ilai, ilai,
Berlagak sungguh Mat Said amboi,
Hingga ketawa mengilai-ngilai,

Ikang kekek mak iloi, iloi,
Ikang gelama mak ilai, ilai,
Kalau Pakatan Rakyat nak jadi pandai,
Bantulah rakyat, janganlah lalai,
Ikang kekek hoi!
Ikang kekek.......

Pok TT oiii... tu gambo ikang ke tu?
Tok napok macang ikang pung?
Napok macang menatang dugong je...
Haa saheh la tu... menatang dugong tu
Berat Pok TT nih... tok kenal ikang dengang menatang dugong...

Nok ghoyak ko Pok TT... menatang dugong ni lebih kurang same la dengang Bik Mama... menatang duyong pulok lebih kurang same dengang Kavita Kaur... gitu la lebih kurang...

Tanpa Nama berkata...

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

cis!! bagero khinzir punya akhbar dan/atau wartawan! bila puak UMNgOk gigit tangan PAS depa tak siar! tapi bila tian chua PKR gigit tangan polis balaci UMNgOk laju je depa siar!

mejistret pun sama bagero kepala lembu! puak UMNgOk gigit tangan PAS depa tak hukum! tian chua gigit tangan polis depa denda 2ribu sampai kecoh nak gugur tian chua dari jadi mp!

dulu mamak madiaq cakap malaysia model negara islam jadi ikutan org2 islam seluruh dunia. agaknya itu yang mike tyson pun sama ikut belajar gigit telinga holyfield!

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

Tanpa Nama berkata...

TT,
Maka kita jangan mengikut perbuatan2 iblis ini:
yang dengki,
sombong,
takabbur,
mencari-cari kesilapan dan kelemahan,
suka melihat kemusnahan.
------------------
Harussanni bukan Iblis. Dia Mufti.
Dia tidak berjudi.
Dia hanya tangkap penjudi miskin.

Tanpa Nama berkata...

SYABAS HARUS SANI
DEDAHKAN
TELANJANGKAN
HEBAHKAN
SEBARKAN
TULISKAN
RAKAMKAN
BIAR SEMUA ORG TAHU
SEPATUTNYA HARUS SANI JADI MUFTI MALAYSIA BUKAN NEGERI PERAK...

Tanpa Nama berkata...

Hoi Tanpa Nama@2010 Julai 28 13:11... jangan nak putar belit la... bila plak kitorang panggil Haru Sana Sini tu Ib**s... kitorang tak panggil Haru Sana Sini cam tu.. Kau yang panggil ade la... kitorang panggil dia Ufti Perak Darul Kartun Sahibul Hikayat Tan Sri Dr Haru Sana Sini ada le... klau betul mamat nih Mufti... pasai apa Orang UMNgOk berjubur, mengongkek, main judi, rampas tanah, curi duit negara tak de pun dia marah... mufti ape ni...

Tanpa Nama berkata...

tak yah ler duk gabung2.. mca and dap steady jer.. kalu ikhlas nak tolong mlayu buat jer apa yg patut.. kuasa memerintah di tangan mlayu bukan dap pun...

so, apa isunya yg mlayu tegugat and bepecah????

rakyat bukan benci dgn kerajaan atau umno, tapi pemerintah yg rasuah lagi zalim!

Tanpa Nama berkata...

Mana video...mana rakaman..mana gambar..Khalid dah tak sabor-sabor ni.
Kalau Hasan Ali tak mahu saman Khalid Kamad akan saman. Khalid akan guna wayang kulit' sebagai bukti..

sembang politik berkata...

Umno, pas dan keadilan wajib bersatu, kalau tk nak bersatu, kita bagi je negara ni kat DAP.

baru padan muka aku.

ha ha ha berkata...

Dei...

Berapa YB Melayu dalam Parliman?
Berapa YB Melayu yang tergadai Bodi dengan Chukong?
Berapa YB Melayu yang betul Betul Islam?
Berapa YB Melayu yang bertuankan Perkerja dari Majikan?
Berapa YB Melayu yang memperjuangakn Melayu dalam Parliman?

Kenapa Melayu harus Takut????

Kalau kita lihat lebih separuh YB Melayu di Parliman..tetapi kenapa Hak ketuanan Melayu Hilang?

Sebab banyak YB Melayu bukan memperjuangkan agenda Melayu..mereka memperjuangkan agenda PERUT..pegi mampus dengan perpaduan Melayu.

Wakil Rakyat diundi oleh rakyat, digaji oleh rakyat dan Patut menjaga kepentingan RAKYAT..BUKAN kepentingan PARTI, KERA-JAAN dan CHUKONG..ha ha ha.

FREE OUR YB..ha ha ha