Jumaat, 6 Ogos 2010
JEMPUTAN UNTUK BERSETIA KAWAN !
KENAL ASAL USUL UNTUK MENGENAL DIRI
SAMBUTAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA DI SEPANG SABTU INI - mkini
Seramai 600 Orang Asal, termasuk dari Sabah dan Sarawak, akan berkumpul di Pantai Bagan Lalang Sepangbagi memeriahkan sambutan Hari Orang Asal Sedunia (HOAS) Sabtu dan Ahad ini.
Sambutan tahun ini dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia dengan kerjasama NGO seperti Center for Orang Asli Concerns (COAC), Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) bahagian negeri Selangor dengan penganjuran di bawah Tourism Selangor Sdn Bhd.
Sambutan tahun ini akan dimeriahkan dengan pelbagai acara yang disediakan termasuk sajian makanan tradisi dari Sabah dan Sarawak.
"Selain itu, ia turut diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada tiga rumpun Orang Asal (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) dengan pakaian tradisi masing-masing," kata penyelaras sambutan HOAS 2010, Jenita Engi.
NOTA:
sila datang beramai-ramai untuk
merayakan pesta rakyat
datang dan bersama menunjukkan setiakawan
terhadap orang asal.
tanpa mereka kita mengenal petai, durian dan kerdas
tanpa mereka tidak ada akar dan kayu
tanpa mereka kita tak kenal ubi kayu
tanpa mereka tidak akan wujud bahasa melayu
tanpa mereka tidak akan wujud tanah melayu!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
TT, saya nak cerita pasal Bagan Lalang.
Bagan Lalang sedang membangun. Ada projek rumah atas air iaitu "Golden Palm Tree Water Villas" yang sedang diusahakan.
Papan tanda kata projek Kerajaan Negeri Selangor dan pekerja kata projek itu sudah lama.
Masalahnya TT, water villas ni tidak tenggelam dalam air. Semua tiang-tiang boleh dilihat terpacak dalam pasir laut kerana air surut.
Setakat jam 2.00 petang, air masih surut dan kering kontang. Saya tak tahulah jam berapa air pasang.
Dalam iklan cantik, siap ada gambar kapal layar di keliling villas, tapi itu hanya gambaran pelukis.
Tentu ramai yang terpedaya dengan gambaran pelukis itu.
Nanti saya kirim gambar kepada TT.
yb
ada berani umno nak ngaku bumiputera....?
melayu cina india..semua asalnya pendatang haram....
macam oang putih kat australia tu jugak lah...
orang asli itulah bumiputera ...
melayu ni dlm bahasa jawa adalah 'lari'...maka yg lari tulah pendatang asing....
kah kah kah kah kah kah ...
....
orang asal
lebih lama duduk dan hidup di tanah ini
dari sebelum
Parameswara lagi
jadi kita jangan terlalu bangga hidup ditanah ini
kerana kita adalah keturunan raja-raja & keturunan kerajaan-kerajaan melayu terdahulu,
yang terkemudian duduknya
sebelum orang asal
---mereka lebih faham akan tanah ini berbanding kita
Kita bagi mereka kerakyatan kelas satu.
Kita bagi Bumiputera kerakyatan kelas dua.
Kita bagi Sam Kai Cheong kerakyatan kelas tiga.
Kelas empat kita bagi kat samy vellu, tak lupa pula karpal singh.
Kita tarik balik kerakyatan tukar tiub
kah kah kah
Catat Ulasan