Khamis, 2 September 2010
SELAMAT BERBUKA PUASA
REFORMASI
tadi d fb aku terserempak dengan klip reformasi
siapakah agaknya yang bagitu berbudi
yang berbudi untuk mengembalikan ingatan kita sekali lagi
setiap kali aku menonton imejnya
setiap kali aku merasa sebak
setiap kali aku melihat imej kakak yang di tarik sb
setiap kali ingatan segar kembali
setiap kali aku melihat imej pancutan asid
setiap kali ingatan aku cerah beligar
setiap kali aku melihat anak mud adarah di dahi
setiap kali kemarahan aku bertambah lagi
laungan itu terus bermain
laungan itu terus membingar
laungan anak anak muda di jalan raya
berpuluh mereka turun
beratus mereka berbaris
beribu mereka berkumpul
mengacung tangan mengoncang dunia
anak muda masa depan negara bangsa
di jalan raya setiakawan terpahat tidak terduga
di jalan raya bertempur siap siaga
di jalan raya anak muda melakar sejarah
di jalan raya parlimen rakyat luas terbuka
jangan kau lupakan
jangan kau tinggalkan
jangan kau abaikan
janji yang terpahat di jalan raya
lihat kembali klip itu
ingatkan kemudaan mu
muda yang akan merentas dunia
muda yang akan merobah dunia
anak muda jalan raya adalah milik kamu
anak muda akhirnya dunia ini adalah milik kamu
BERBUKA DI JALAN PETALING
kelmarin aku ke china town
ini wilayah yang aku minati
aku ingin melihat bagaimana warga
diperut kota bebuka puasa
aku membeli kueh betul betul di simpang jalan petaling
gula melaka, kueh ubi kayu dan kueh lapis
ini bukan pasar ramadan - ini kedai kueh ah chong
yang berdiri dengan basikalnya di pinggir jalan
pasar ramadan di pasar seni
kemudian aku memesan air tembikai
tanpa gula tanpa ais
lalu aku duduk di cafe swiss hotel
yang harga secawan kopinya
mungkin melintas sekilo ikan patin
sesuah berbuka aku je jalan sultan
ada sebuh restauran china yang sering aku kunjungi
dua wanita pertengahan umur cukup ramah dan berbudi bahasa
seperti kita telah kenal beribu tahun
seperti kita dilahir oleh induk yang sama
mereka tersenyum menyambut kesampaian aku
lalu aku memesan ikan talapia masak siam
yang setiap kali aku ke sini
inilah yang aku pesan
enak nya masakan ini
seenak keu membaca tulisn aku ini
talapia di goreng kering
kemudian di taburi dengn kueh
asam mangga dan lada
aku juga memesan tahu
bersama telor hitam seratus tahun umurnya
aku juga memesan kangkong dan belancan
itulah yang aku makan semalam.
hampir terlupa - untk meniuman
aku memesan seteko teh china pahit dan hitam
betapalah enaknya hidup dalam kota ini !
HARI INI
petang ini
aku berbuka di rumah
kueh kelmarin dari jalan petaling aku hangatkan
ayam dari sungai buluh sasaran aku panaskan
dan sayur paku
ikan jaket goreng
semuanya yang ada tersimpan dalam peti ais
kemudia aku tumbuk lada dan membuat sambal tempoyak.
esok aku tak tahu ke mana?
ada apa apa cadngan ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
34 ulasan:
Pegi kuala kangsar..order rendang tok
bro....pergi kampung baru pula...
bro....esok pergi bukak puasa kat kampung baru pulak....
nasi kukus dipasar borong kemaman... petainya mmg indah... mcm tulisan tt... haha
Duduk di meja rumah, hadap kurma tiga biji dan air masak mati secawan. Tunggu azan. :) cubalah.
HAHAHA ISYAM, ADE SIJIL HALAL TAK TU KEDAI CINA? HAHAHA... LU JANGAN NANTI FATWA JAKIM KELUAR TAK HALAL NAYA LU KAH KAH KAH . ..
en tt. Buka puasa kat keramat pulak. Org kata kedai ikan bakar kat keramat sedap
salam TT.
next time ke Kuala Selangor, sempat - sempatkanlah diri ke Tg Karang.
salam... esuk sila ke Pasar Ramadhan Seri Serdang Bro. Banyak makanan kampung berbagai negeri di jual di sana. Boleh jumpa bro di sana juga.
salam ...
esuk sila ke pasar ramadhan seri serdang. Banyak amkanan perlbagai negeri di jual di sana.
saya x tau selama ni pak isham ade FB.. br nk add tp kuar ni "Sorry, this user already has too many friend requests"... sedih x dpt add pak isham.. kami anak muda menyokong dan berterima kasih atas fakta2 yg slama ni disembunyikan oleh gerombolan.. salam dr ank muda..
..bro lu datng la modestos bukak pose .makan pasta gua masak ..melayu banjar ..
pernah makan gulai ikan yu?
Pi berbuka kat masjid dan teraweh sekali.Rasakan nikmat yang berbeza.Dan cuba blog bagaimana manusia berkupiah kadangkala rakus juga tetapi carilah mereka yang halus budi bicaranya.Itulah lailatulqada tahun ini.
Selamat berjuang mencari kebenaran saudara ku!
buka kat neraka la plak
jom esok mai berbuka di loq staq, kedah!
eh boleh ke? halal ke kueh tu? *tanya je*
ada juga islam yg bkn pas atau umno...
islam 'modern' dan islam tabligh...
ko biaq btui makan kt kedai cina..cina muslim ok.. ni cina kafir masak.. masak la ko..ape kesah dak McD ngn KFC pn bukan org muslim yg masak ..kekekeke...
datang ler ke Melaka pulak...cuba rasa asam podeh/ikan bakau....cuba skali nak lagi...hehe
bangi..tak pun cheras pulak..
bro...wa salah sorang pendegar tegar lu time lu berucap kt luar masjid negara zaman reformasi dulu2...kita sama2 melarikan diri semasa dihambat FRU..wakakaka
semoga diberi petunjuk dan hidayah kat lu bro
kawen lah bro, cadangan ditutup.
pegi putrajaya ler...
kita tengok.. macamana org2 gomen berebut meyerbu bazar dari pangkat PTD sampei ke PAR...
tiada kelibat menteri...!!! menteri masih dlm bgn batu di sekeliling putrajaya. segan untuk turun atau kononnya tidak setaraf...
putrajaya..!!! adakah 3 tahun lagi berubah..!! adakah 3 tahun lagi, menteri2 akan byk berkeliaran di bazar ramadan putrajaya..???
gua syor bro g kg.melayu ampang...sana ada gerai kat depan umah kat lorong pinang 1...buah melaka dia terbaik...dan laksa asam dia pun terbaik...untung sabut ada badak berendam...bukan bik mama rendam ok...
KO DUDUK JE KAT UMAH TU JANGGUT. KO MASAK SENDIRI. KALU NAK MAKAN GAK KO GI TRY
NASI AMBENG.PERGHHH
isham.. ape kata ko turun kat klang. aku bawak ko pegi merewang kat sana
isham... kalo ko nak try, ini aku bagi gerai pakcik jawa ni. ko pegi kat pj old town, ada traffic light kat stesyen bas dia. kat betul2 traffic light tu (depan kedai mamak, luar kedai la maksud gua), ko leh bantai daging salai/bakar masak itam 2-3 keping, masakan ala rendang dinding (masakan perak, tapi ala padang indonesia, authentic brader!!!), kendian, amik rendang ayam 2-3 ketul dengan nasik dia... cukup dengan ulam atau timun ulam dengan air asam... lepas berbuka..ko leh pegi masjid jalan othman, ~ 2-3 km dari situ.. buat mengarib + isyak dan terawih sekali.. kalo rajin la
ini masakan syurga dunia... tak sampai RM10 pun makanan ko tadi.. khalas!
tolong kempen nampak..
unkle hisyam
beberapa minggu yang lepas saya telah menziarahi pasar malam golongan tiong hua di "Tun Aminah" di selatan tanah air..saya terjumpa dengan makanan kegemaran saya ketika berurusan di deretan kedai kedai yang berselerak di daerah Mong Kok, Hong Kong..
chou doufu atau tauhu busuk yang berbau kurang enak tapi menyelerakan.. jangat terkejut makanan ini jua digemari oleh maharatu Ci Xi semasa pemerintahan dinasti Qing.. lebih lebih lagi bila dikunyah panas semasa berbuka puasa..di KL chou doufu mungkin boleh di dapati lorong Petaling Street..
p/s:...............................
dan jangan kau ingat..
semua anak muda yg turun
yg kepalanya berdarah
yg dihambat polis
adalah hero..
kerana..
mereka hanya sampah yg suka cari pasal..
sekarang pun agaknya tengah buang masa cari pasal ngan orang kg..
yg benar2 reformasi..
duduk belakang dah lari jauh2.
tinggalkan abang2 samseng kg dusun, rempit dan budak2 punk kene lanyak.
kahkahkah
selera ko terok la janggot..
ade mkn kt kedai cina.. ha ha
aku cadangkan ko try kedai korea pulak.. try 'kimchi'.. rase sesuatu yg luar dr kebiasaan..
Ha ha ha
Shah...Shah....Bangun! Bangun!..apa yang ko merapek ni..orang cerita pasal buka puasa ko merapek pasal Refomasi ...Puasa ke idak...ha ha ha.
salam cik HR. Saya cadangkan tuan kembali ke seremban. Dari tol seremban, tuan dah boleh menikmati kecibaian pengguna jalan raya seremban hinggalah ke bazar ramadhan di ampangan.
http://akuskizo.blogspot.com/2010/08/raya-datang-lagi.html
Lauk camtu jer lah, tapi saya syorkan tuan cuba ikan pekasam goreng yang sebelahnya ada gerai jual air.
Takpun terus exit ke tol Pedas linggi dan terus ke bazar ramadhan di pekan Rembau dan cari ayam golek madu. Gerainya di depan stor JKR. Memang pueh tokak.
Hujung minggu ni memang sesuai untuk tuan kembali catch-up dengan keadaan N9. Ke, tuan dah berputus arang dengan nogori ni? Ah..Podulik an yo apo kato orang tuo. Buek taktau yo..
Kalau porot dah ponoh dan maleh nak teraweh, bulehlah kontek eden. Buleh lah tuan bagi tunjuk ajar kepado seh yang hino ni
Catat Ulasan