Selasa, 19 Oktober 2010

BAKAL PEMIMPIN ANAK MUDA




CIK GU BADRUL




nota:
berani
lantang tapi orang rembau










SHAMSUL ISKANDAR



nota:
terduduk
selesa tapi gemok








CALON AMK TERBAIK BILA ANWAR MASUK PENJARA

Perjuangan, perjuangan dan perjuangan. Untuk menewaskan Barisan Nasional, Angkatan Muda Keadilan memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber untuk membawa perubahan total sebuah organisasi suram menjadi sebuah organisasi yang lebih tersusun dan penuh strategi perlawanan.

Ia terutamanya, ketika anak muda semakin bosan dengan politik sempit, AMK seharusnya mempunyai pemimpin yang paling layak untuk membangkitkan revolusi politik bijak dengan menjadikan Parti Keadilan Rakyat sebagai pilihan utama untuk anak muda mengambil bahagian dalam wadah memperjuangkan nasib mereka.

Realiti yang dihadapi anak muda hari ini perlu diterjemah dengan jelas, kerana anak muda itu adalah pewaris kepada negara ini. Realiti keperitan hidup setiap anak muda yang bangkit dan jatuh dan kemudiannya cuba bangkit kembali, adalah menjadi tanggungjawab AMK untuk mengenalpasti segala keperluan mereka demi menjadikan AMK itu satu-satunya wadah untuk anak muda terus berjuang demi keadilan semua.

Siapakah pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk menjadikan AMK sebuah sayap pemuda yang paling relevan?

Reformasi dalam sayap pemuda keadilan perlu dilaksanakan secepat mungkin. Jaringan padu di antara AMK negeri dan pusat perlu diperkemas. Hanya calon yang kerap turun ke padang sahaja layak untuk dipilih sebagai Ketua AMK kerana calon ini sentiasa bergerak dalam perjuangan melumpuhkan propa-propa musuh selain daripada mempunyai jaringan kuat di kalangan pemuda AMK yang lain.

Seorang pemimpin sejati tidak memerlukan barisan bayangan demi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua. Walau siapapun timbalannya, kerjasama utuh tetap akan terlaksana. Adalah jauh lebih baik dari menamakan timbalan dan keseluruhan barisan exco, dikhuatiri sekiranya timbalan pilihan tidak menang, ia pasti menyukarkan lantas menimbulkan masalah perhubungan.

Calon berjiwa rakyat yang sanggup mendepani segala permasalahan rakyat, yang sanggup bermatian untuk rakyat, yang sanggup diheret di atas tar jalanraya demi nasib rakyat.

Perlukah seorang calon yang kaya raya untuk menjadi ketua AMK?


Ingatlah, PKR bukan UMNO! PKR juga bukan parti serpihan UMNO!


Hanya yang dangkal sahaja berfikiran begitu. Hanya mereka yang masih berjiwa UMNO sahaja akan melakukan pemilihan berdasarkan latar belakang kewangan seseorang. Pejuang sebenar ialah pejuang yang berusaha untuk menjadikan rakyat hidup senang. Pemimpin sejati ialah menjadikan rakyat jauh lebih kaya dari dirinya sendiri. Jadi fikirlah, adakah kita serupa dengan regim UMNO ?

Perwakilan, telitilah dengan bijak bahawa siapa pejuang sebenar di dalam AMK. Hebatnya seseorang itu bukan dari pangkatnya, tetapi dari amanah yang dijaga rapi.

Hanya pemimpin berjiwa pejuang, berhati rakyat wajar dipilih menjadi ketua. Pemimpin celik suasana dan peka terhadap situasi wajar diberi laluan. Pemimpin yang bijak dalam perlawanan dan tegak dalam istiqomah, wajib ditolak ke hadapan.

( diambil dari tulisan edyesdotcom.blogspot.com )


16 ulasan:

cicit ngah layor berkata...

Bakal pemimpin mesti diuji dulu..Jangan ler asaikan peah bercakap ajer dah kiter iktiraf.Pilih ler org yg tak takut belantan cota,tak heran dgn black maria,tak heran nyamok lipaih dilokap,asaikan kebajikan rakyat menjadi citer2nyer.Jangan ler dipilih yg dimolot berani,dihati pengecut...biler polih bagi tau nak tangkap,cabut lari keIndon.....tidor pulak dgn jalang Indon.Cari yg betoi2 istikhomah pader perjuangan......Bukan berjuang duit dan pangkat oooiii....

Umar Al Khattab berkata...

...
kah kah kah

ISLAM dah lama bagi contoh terbaik
kenapa rakyat 1malaya buta lagi???

Amru bin Asr ketika dilantik menjadi gabenor dibawah khalifah Umar, adakah harta ukurannya? adakah nasab ukurannya?? adakah kroni ukurannya??

tidak ...!!

Sahabat dilantik menjadi wakil khalifah kerana jujur & amanahnya..!

takkan selama2nya nak buta dibawah umno lagi.

dah lama tak masuk blog ni.terkadang amarah ini termuntah juga

rattlehead berkata...

rock steady chegubard!!!!

Tanpa Nama berkata...

memang realiti

PKR ni parti serpihan UMNO..

Cuma dia tambah pulak puak2 hindraf masuk..haha

mereka yang kecewa tidak mendapat perhatian di dlm parti lama merajuk masuk PKR.

nak belit2x apa lg?

kalau dulu madey xpecat anwar ,PKR xkan pernah wujud.

Mungkin jika Madey memberi laluan pd anwar dl, anwar sudah menjadi PM yang memperjuangkan ketuanan melayu.

Berkali2 kita lihat bagaimana sifat xpernah mahu bersabar di dalam diri anwar & selalu terburu2 dalam membuat tindakan menyebabkan dia terperangkap..

PRU 13 adalah penentu PKR.Jika masih gagal merampas putrajya, itu petanda berkuburlah PKR buat selamanya..

din kaki lutu dreba berkata...

bukan jugak yang kaki lompat katak
spt izam katak

bukan jugak yang masuk kotak
umpamanya izam kotak

tidak jugak yang katak padang golf
bak saharin golf

tak mau yang ponggong berbisol
macam kulim bisul

Tanpa Nama berkata...

ceh sembang macam toya

Tanpa Nama berkata...

DUIT NEGERA SUDAH ADA, APA PASAL PULAK NAK KEWANGAN PEMIMPIN PULAK YANG KUKUH?

Kalau negara sudah ada duit, duit yang bersesuaian la.. pemimpin yang miskin tetapi berjiwa rakyat (lebih2 lagi yang islam) pun tak der masalah!

Politik sudah menjadi bisnes beb...

Saiful berkata...

idup che gu bard..

Tanpa Nama berkata...

tuan TT, betulkah pemimpin dalam PKR bukanlah asal dari puak puak UMNO kecewa..tetapi masih terdapat perangai UMNO dalam PKR masih ujud..

maaf tolong bagi kepastian..

Husin Kg Baru berkata...

Bro Isham.

gua rasa dua-dua mamat skema. sorang pakai baju ada kolar. sorang lagi pakai baju cekak musang. confirm mamat skema`!!!

kita org nak mamat yang berani sarung t-shirt dan jeans bundle beb~! baru selamba...


Bro Isham, lu sendiri dulu lagi power, berani pakai vest jer tanpa kancing butang. nampak ketiak. nampak pusat. takkan lu dah lupa...

baru rebel without cause..

Tanpa Nama berkata...

Semuanya adalah manusia yang hipokrit tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
HANYA MEMENTINGKAN KEDUDUKAN DAN JAWATAN.
PIRAHHHHH... PENJAHANAM BELIA !

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN bukan seperti buah durian kalau cukup masak akan gugur sendiri. Pakatan Rakyat boleh kumpul ramai-ramai boleh buat kenduri makan durian. Kalau nak gugurkan UMNO/BN kena jolok dan paksa. Takat semangat anak-anak muda AMK, Pemuda Pas dan Dapsy ...tengok songkok tinggi pun dah kecut...Baca buku revolusioner sikit untuk kentalkan keberanian..Che Guivera!.

ha ha ha berkata...

Ha ha ha..

Anak muda berbaju Putih belang merah berperut gendut...atau anak muda berkulit hitam berbaju putih belang merah, anak muda berkulit hitam berbaju putih belang hijau berperut gendut...Anak muda berbaju putih dan berseluar putih sikat belah tepi...ada sikit-sikit gendut ..ha ha ha..

Atau mereka anak-anak muda yang separuh botak berperut gendut atau skema dengan sikit-sikit gendut..tetapi tak beruniform..agak-agak mana yang anak muda akan pilih ..ha ha ha.

Atau anak muda berserban tinggi berperut gendut atau yang bermata sepet berbaju putih ..he he he ..yang mana lebih glamor ..ha ha ha..Bro Isham jawab sendirilah..

Tanpa Nama berkata...

BRO SYAM,

AKU PANDAI CAKAP

AKU TAK TAKUT MATI

AKU ISLAM YG BENER2 BERIMAN

TAPI...

AKU KENA GIGIT KUTU KUCING BINTAT2

AKU GATAL TAK TAHAN.

PAKSALAH AKU JADI KETUA

Tanpa Nama berkata...

kami anak muda mahu cikgu bard..

budakPenang berkata...

kah...kah..kah
blog hg memang sempoi...
kah..kah..kah...
gelak byk best kan...
kah..kah..kah...
aku suka baca blog hg..
kah..kah..kah..
hg anjing ka?
kah..kah..kah..
hebat hisam rais si anjing ni..
kah.kah..kah..
tulisan anjing mcm hg ni mmg menarik..
woi anjing...takkan tak approve kot..
kah..kah..kah